Anda di halaman 1dari 7

PUSAT LATIHAN BOMBA DAN PENYELAMAT

SUBJEK : ETIKA BERKAWAD DAN BERPAKAIAN

ETIKA BERKAWAD DAN BERPAKAIAN

OBJEKTIF BERKAWAD
1. Untuk membentuk seorang anggota Bomba supaya bermegah dengan tata tertib, cergas
dan taat setia.
2. Membentuk seorang anggota Bomba supaya berkerjasama dalam satu kumpulan.
3. Berkawad sangat cergas dikehendaki dalam Jabatan bukanlah sebagai satu hukuman
mendera tetapi membina tata tertib dan darjat pada satu-satu kumpulan
4. Kawad yang baik bukanlah dipelajari dipadang kawad saja kemudian dilupakan atau
sebagai satu majlis perbarisan saja.
5. Adalah menjadi tanggungjawab utama bagi setiap anggota bomba supaya percaya diri
sendiri dan bertatatertib setiap masa. Jika sekiranya berkelakuan yang tidak senonoh, lali,
berpakaian tidak baik, kapak berkarat dan lain-lain dibiarkan semasa latihan atau
selepasnya alamat kejatuhan atau kekalahan mesti dialami oleh Jabatan ini.
6. Dengan berkawad dapat memperbaiki mutu kawad, kecekapan dan meningkatkan
Personal Drill masing-masing.
7. Memperbaiki kesalahan-kesalahan yang ketara dalam berkawad seperti hentak kaki
dengan padat, berpusing 90 darjah, kedudukan hormat atau sedia dengan betul dan
sebagainya.
8. Hasrat Jabatan supaya Kawad Kaki anggota Bomba diselaraskan dan setanding dengan
Kawad Kaki ABDB.

SEBELUM BERKAWAD
1. Sebelum beratur bagi sebarang perbarisan atau kawad, pastikan seseorang pun tidak
memakai cincin, gelang, rantai dan membawa talipon bimbit atau pager.
2. Skuad Monitor akan membariskan mengikut keramaian barisan yang bersesuaian dan
seterusnya melapor kepada Jurulatih Kawad.
3. Jurulatih Kawad akan memeriksa ( Inspection ) keseluruhan pakaian / tubuh badan.
4. Jurulatih akan bertanya mengenai dengan kesihatan orang yang akan berkawad.

BFSTC- UPDATE 2009 AMN - Ms 1 dari 7


PUSAT LATIHAN BOMBA DAN PENYELAMAT
SUBJEK : ETIKA BERKAWAD DAN BERPAKAIAN

5. Jurulatih akan memberi ‘Warm Up’ ( Short ang Sharp) hukuman pendek dan tajam 15 minit
ke 20 minit. Bertujuan untuk melancarkan perjalanan darah supaya mengalir dengan baik
semasa berkawad.
6. Kawad diteruskan dengan pelajaran yang akan diajarkan mengikut format yang
disediakan.

PERATURAN DIPADANG KAWAD


1. Mana-mana padang kawad mempunyai peraturan yang tertentu.
2. Tidak dibenarkan berludah/merokok dan bertengkar dipadang kawad.
3. Semasa berada dipadang kawad tidak dibenarkan sama sekali bercerita, bergurau, toleh
kanan/kiri pendek kata dalam keadaan sedia atau senang diri. Hendaklah diam dan
pandangan terus kehadapan disamping bersedia untuk menerima sebarang hukuman
kawad dari jurulatih.
4. Berjalan mengikut langkah atau gerak kaki serta hayun tangan samada berjalan seorang
atau berkumpulan tidak kira jurulatih atau pegawai-pegawai kanan atau semua peringkat.
Pendek kata semasa dipadang kawad tidak dibenarkan sama sekali berjalan sesuka hati
hendaklah memakai pakaian yang lengkap (Full Uniform) bertujuan untuk berkawad.
Peraturan ini tidak termasuk semasa kerja-kerja pembersihan / pemeliharaan padang
kawad atau sebarang acara yang luar daripada format perbarisan yang menggunakan
pakaian seragam.
5. Keluar masuk semasa berkawad dan perbarisan jurulatih hendaklah menentukan anggota
supaya meminta kebenaran untuk masuk atau keluar baris.
6. Jika didapati sesiapa jua anggota yang ditegur tidak mengambil perhatian bertentangan
dengan peraturan dipadang kawad TINDAKAN TATATERTIB dipadang kawad boleh di
ambil tindakan.

SELEPAS BERKAWAD
PERINGATAN
Bersurai jika pegawai dihadapan hendaklah diberi hormat kehadapan terlebih dahulu barulah
keluar baris dan sebelum itu duty student hendaklah terlebih dahulu memberi penerangan awal
kehendak bersurai.

BFSTC- UPDATE 2009 AMN - Ms 2 dari 7


PUSAT LATIHAN BOMBA DAN PENYELAMAT
SUBJEK : ETIKA BERKAWAD DAN BERPAKAIAN

PERATURAN MEMAKAI UNIFORM


UNIFORM WORKING DRESS ( BAJU HITAM BUTANG PLASTIK )
1. Digunakan untuk kerja harian dan apabila memakai uniform ini hendaklah memakai
barret / kasut moulded.

UNIFORM NO.2 ( BAJU HITAM BUTANG BESI ATAU BUSH JACKET)


1. Digunakan apabila acara resmi, perbarisan, mesyuarat diluar Jabatan dan apabila
memakai pakaian ini hendaklah memakai cap / songkok / barret dan kasut moulded.

UNIFORM FIELD DRESS (SIX POCKET) / CELORING


1. Digunakan semasa operasi, kerja-kerja harian, sebarang rehearsal apa-apa acara
perbarisan, standby hendaklah memakai barret / helmet dan kasut Top Boot / Rescue
Boot.

HALF UNIFORM
Memakai seluar hitam atau field dress dengan memakai baju getah ( T.Shirt ) yang berlogo
Jabatan samada round colar atau bercolar bolehlah memakai cap / barret bagi kawad kaki atau
yang bersesuaian.

PETROL JACKET
Digunakan semasa seperti berikut :-
a. Majlis Santap / Makan Beradat.
b. Majlis Perbarisan Resmi.
c. Majlis Tertentu.

Bolehlah memakai songkok atau tidak bersongkok tertakluk kepada keadaan.

1. BARRET
Hendaklah dipakai dengan betul dan paras satu jari dan badge atas kening mata kiri dan
rambut nipis sama paras dengan telinga.

BFSTC- UPDATE 2009 AMN - Ms 3 dari 7


PUSAT LATIHAN BOMBA DAN PENYELAMAT
SUBJEK : ETIKA BERKAWAD DAN BERPAKAIAN

2. SONGKOK
Tidak terjungkit ke belakang dan badge atas kening mata kiri.

3. CAP
Tidak berjungkit ke belakang dan badge ditengah-tengah dahi.

4. BAJU
 Hendaklah mengikut ukuran badan supaya kelihatan kemas dan kacak
 Tidak ada barang-barang yang mengelambong dalam setiap saku baju.
 Hujung benang-benang jahitan hendaklah dipotong.
 Pingat-pingat mestilah dipasang dengan betul dan teguh diatas saku baju sebelah
kiri selari dengan penutup saku bahagian atas.
 Baju lengan panjang hendaklah dilipat empat jari daripada atas siku.
 Name tag hendaklah dipakai diatas saku baju sebelah kanan dengan teguh selari
dengan penutup saku bahagian atas.

5. SELUAR FIELD DRESS/CELORING


Hujung seluar hendaklah dimasukkan ke dalam kasut Top Boot/Rescue Boot.

6. TALI PINGGANG
Mesti dipakai dengan ketat dan kemas dan bakel tali pinggang hendaklah berada di
tengah-tengah sejajar dengan tulang baju dan seluar.

7. KASUT
Hendaklah dalam keadaan bersih dan berkilat.

8. KAPAK
Tidak berkarat dan hendaklah berkilat.

BFSTC- UPDATE 2009 AMN - Ms 4 dari 7


PUSAT LATIHAN BOMBA DAN PENYELAMAT
SUBJEK : ETIKA BERKAWAD DAN BERPAKAIAN

9. HELMET
Hendaklah dipakai dengan betul dan paras.

10. TANGAN
Dalam keadaan bersih tidak ada kekotoran dan kuku-kuku bersih dan dipotong.

11. MUKA
Hendaklah dalam keadaan bersih dan janggut hendaklah dalam keadaan bercukur.

12. RAMBUT
Pendek dan sentiasa kemas.

INSPECTION ( PEMERIKSAAN )
Perkara-perkara yang diterangkan dibawah ini mengambil peranan dari segi tata-tertib dalam
sebuah cawangan yang baik yangmana mereka dilihat dalam pemeriksaan dan dalam perhatian
oleh si penerima. Kegunaan sepenuhnya mestilah diperolehi daripada pakaian mereka dan
seberapa lama ia boleh dipakai. Walau bagaiamanapun tidak ada sebab pakaian yang tidak
dipakai mesti dicuci, digosok dengan betul dan dalam keadaan baik, pakaian yang tidak sesuai
dipakai mestilah diperhatikan dalam pemeriksaan. Tindakan yang sewajarnya akan diambil adalah
menjadi kebiasaan untuk pemeriksaan dimulakan pada orang sebelah kanan barisan hadapan
dalam buka barisan dengan full fire fighting gearsnya sekali.

OBJEKTIF INSPECTION
 Menentukan pakaian dipakai dengan betul.
 Menentukan pakaian boleh digunakan.
 Menentukan Fire Fighting Gears cukup, bersih dan boleh digunakan.
 Menentukan pakaian mereka bercuci dan bersih serta betul ukurannya jangan ada terkecil
atau terbesar.
 Mempastikan semua kelengkapan kebombaan/jentera bomba dalam keadaan baik.

BFSTC- UPDATE 2009 AMN - Ms 5 dari 7


PUSAT LATIHAN BOMBA DAN PENYELAMAT
SUBJEK : ETIKA BERKAWAD DAN BERPAKAIAN

SEMASA INSPECTION
 Tidak dibenarkan sama sekali bercakap, mengerakkan sesuatu anggota badan sehingga
berubah keadaan sedia dan pandangan terus kehadapan dan diam.
 Pandangan mata tidak mengikut dimana pegawai pemeriksa berjalan dan apabila pegawai
pemeriksa bertanya hendaklah menjawab mengikut panggilan pangkat pegawai pemeriksa
dan bersopan santun.

PERATURAN MASUK BILIK PEGAWAI


1. Pintu hendaklah diketuk terlebih dahulu.
2. Masuk dan hormat seterusnya minta kebenaran untuk masuk.
3. Jika diarahkan untuk duduk ucapkan terima kasih kepada pegawai tersebut.
4. Jika tidak diarahkan duduk, senang diri dan semasa bercakap hendaklah dalam keadaan
sedia.
5. Selesai perjumpaan, hormat dan minta kebenaran untuk keluar seterusnya ucapkan terima
kasih.

HORMAT PEGAWAI
1. Jika memakai Full Uniform ( Barret/Cap/Songkok/Helmet) hendaklah tabik (salute).
2. Jika Half Uniform / Pakaian civilian tidak perlu tabik hanya dalam keadaan sedia.

YANG MESTI DIHORMATI :-


1. Kebawah Duli Yang Maha Mulia / Raja Isteri
2. Kerabat DiRaja.
3. Menteri-menteri Kabinet.
4. Timbalan Menteri / S.U.T.
5. Sesiapa jua menjadi Tetamu Kehormat dalam Perbarisan.
6. Lagu Kebangsaan / Semasa Bendera Kebangsaan dinaikkan.
7. Hormat terakhir pada keranda diusung bagi yang tertentu sahaja.

BFSTC- UPDATE 2009 AMN - Ms 6 dari 7


PUSAT LATIHAN BOMBA DAN PENYELAMAT
SUBJEK : ETIKA BERKAWAD DAN BERPAKAIAN

HORMAT DENGAN TANGAN KIRI


Jika sekiranya cacat anggota dalam perkhidmatan dan mustahil hendak memberi hormat dengan
tangan kanannya, hormat hendaklah diberi dengan tangan kiri.

APABILA MENUNGGANG BASIKAL ATAU KEADAAN YANG SEUMPAMANYA.


Penunggang sesebuah basikal atau kenderaan bermotor tidak payah memberi hormat ketika
kenderaan itu sedang bergerak oleh kerana bahaya.

Pemandu hendaklah memberi hormat dengan memusing kepala ke kiri dan ke kanan tidak payah
melepas tangannya dari Handle atau Steering.

APABILA BERGERAK DALAM KENDERAAN BERMOTOR .


Pegawai-pegawai dan anggota bomba hendaklah berbuat seperti dibawah :-
 Pemandu tidak payah memberi hormat.
 Pegawai-pegawai samada duduk atau berdiri didepan hendaklah memberi hormat dengan
tangan kanan.
 Ketua-ketua kenderaan jika sedang berdiri hendaklah menghormati dengan tangan.

PERATURAN DALAM GYMN DAN TEMPAT YANG TIDAK SESUAI UNTUK HENTAK
KAKI.
Jika ada sebarang perbarisan dalam gymn atau tempat yang tidak sesuai untuk hentak kaki tidak
perlu hentak kaki memadailah mengheret kaki sahaja bagi tidak merosakkan tempat tersebut.

BFSTC- UPDATE 2009 AMN - Ms 7 dari 7

Anda mungkin juga menyukai