Anda di halaman 1dari 4

PELAJARAN KAWAD KAKI (KETUA SYEKSEN)

TUJUAN KAWAD
1. Untuk membentuk seseorang supaya bermegah dengan tatatertib cergas
dan taat
setia (memerima arahan dan menjalankan arahan tersebut)
2. Membentuk anggota penguatkuasa supaya berkerjasama dalam satu
kumpulan
3. Huraian
a. Berkawad adalah asas untuk panduan membentuk tatatertib didalam
Pasukan, asas dan perpaduan tatatertib semasa bertugas adalah
berdasarkan kepada kawad yang diperbaiki berkali-kali.
b. Apabila berkawad hendaklah diterangkan apakah sebab-sebab
berkawad itu, berkawad sangat-sangat dikehendaki oleh pasukan,
bukanlah sebagai hukuman atau mendera tetapi untuk membina
tatatertib serta darjat sesuatupasukan itu
KEDUDUKAN SEDIA
Kesalahan-kesalahan biasa
1. Kedudukan yang terlalu tegang, menyebabkan sedutan nafas terbatas
2. Tiada sedia dan mengerakkan mata.
3. Kaki dan badan tiada menghadap kehadapan, tumit tidak rapat
4. Lengan tangan bengkok sedikit dan menjalar kehadapan.
5. Bahagian belakang tangan hala kehadapan dan dengan hal yang demikian
membuka tulang belikat dan menyesakkan dada.
6. Pergelangan tangan bengkok dan tegang, buka jari telunjuk terlalu
kebawah daripada jari lain.
KEDUDUKAN SENANG DIRI
Kesalahan-kesalahan biasa
1. Kegagalan mengangkat kaki tidak paras dan tidak menghala ke kiri.
2. Membengkokkan lengan-lengan ketika membengkokkan lutut
3. Mengerakkan kaki kanan dengan menyebabkan barisan jadi tidak lurus.
4. Bengkok pada bahagian pinggang apabila membetulkan kaki.
KEDUDUKAN REHATKAN DIRI
Kesalahan-kesalahan biasa
1. Menggerakkan kaki, dengan itu menyebabkan hilang lurus barisan.
2. Berdiri kuat diatas kaki sebelah dan bercakap-cakap

PERSIAPAN PERBARISAN ANGGOTA
Anda telah diarahkan sebagai platun sarjan, sebelum mengambil perbarisan
anda dikehendaki membuat perbarisan tersebut.
1. Perkara-perkara yang perlu dilakukan
a. Beri bahasa hukuman sedia.
b. Bariskan dalam tiga barisan.
c. Beri bahasa hukuman buka barisan gerak.
d. Beri hukuman ke kanan lurus.
e. Bahasa hukuman pandang depan
f. Dari kanan nombor, jumlah anggota
2. Persiapan melapur perbarisan
a. Beri bahasa hukuman, rapat tumit rapat tangan, langut terus
pandang depan.
b. Terus melapor, assalamualaikum atau selamat pagi, petang, malam
tuan atau encik.
c. Anggota berbaris seramai.........orang dalam buka barisan sedia
diperiksa atau menerima taklimat dari tuan atau encik.
d. Mengiringi pegawai tersebut, bermula dari kanan barisan hadapan
dan seterusnya barisan tengah dan belakang.
e. Pemerisa barisan (Pegawai) memberi taklimat atau terguran kepada
anggota.
3. Platun sarjan melapur semula
a. Beri bahasa hukuman tutup barisan.
b. Beri bahasa hukuman kekanan lurus dan pandang depan.
c. Lapur kepada pegawai tuan, encik minta kebenaran menjalankan
tugas.
d. Beri bahasa hukuman senang diri dan rehatkan diri.
e. Platun sarjan memberi taklimat dan teguran kepada anggota
semasa pegawai membuat pemeriksaan atau taklimat, diatas kata-kata
nasihat dan membina
f. Beri bahasa hukuman sedia:
i.Apabila dapat arahan menjalankan tugas
ii.Beri bahasa hukuman keluar baris

PEMERIKSAAN PAKAIAN
AM
1. Perkara-perkara yang diterangkan dibawah ini mengambil peranan dari
segi tatatertib dalam sebuah pasukan yang baik, yang mana mereka dilihat
dalam pemeriksaan dalam perhatian si pemeriksa.
2. Kegunaan sepenuhnya mestilah diperolehi daripada pakian mereka dan
berapa lama boleh dipakai. Walau bagaimana pun tidak ada sebab pakaian
tidak dipakai, tidak mesti digosok dan dibasuh dalam keadaan baik. Pakaian
yang tidak sesuai dipakai mestilah diperhatikan dalam pemeriksaan, teguran
sewajarnya mesti dilakukan.
3. Adalah menjadi kebiasaan untuk pemeriksaan dimulakan pada orang yang
disebelah kanan barisan hadapan dalam buka barisan.
4. TUJUAN MEMBUAT PEMERIKSAAN
a. Menentukan pakaian dipakai dengan betul
b. Menentukan pakaian boleh digunakan.
c. Menentukan senjat bersih dan boleh digunakan.
d. Menentukan mereka cergas dan sihat.
5. PANDANGAN AM
a. Sebelum memeriksa, perhatikan sebarang kedudukan, mesti diiring
oleh orang yang berpangkat rendah darinya untuk mencatitkan apa-
apa yang diberitahu serta menentukan kesalahan dan betulkan dengan
segera.
6. AMBIL PERHATIAN SEPINTAS LALU SEMASA ANDA MEMERIKSA:
a. Menentukan mereka berdiri dengan betul.
b. Menentukan mereka lurus dan beratur dengan baik.
c. Menentukan mereka bercukur dan bersih.
d. Menentukan mereka berpakaian bergosok, bersih serta betul
ukurannya, jangan terkecil atau terbesar
7. PAKAIAN KEPALA
Dari hadapan.
Cap - Pakai khidmat lencana ditengah-tengah dahi dan paras.
Beret - Dipakai dengan ketat dan paras, satu jari dari atas mata kiri.

8. BAJU PANDANGAN DARI HADAPAN
a. Hendaklah dipakai mengikut ukuran badan supaya kelihatan kemas.
b. Dalam perbarisan barang-barang yang menggelembungkan saku
tidak dibenarkan.
c. Barang-barang dan jahitan yang berlebihan mestilah dipotong
d. Lencana-lencana dan pangkat mestilah bersih, dipasang dengan
betul.
e. Pingat-pingat dan riben-riben mestilah dipasang ditengah-tengah
diatas saku sebelah kiri atau kanan mengikut peraturan yang telah
ditetapkan.
BAJU PANDANGAN DARI BELAKANG
f. Tentukan baju ditarik dengan kemas tidak meleweh
g. Landyard dipakai dibawah ketiak, pengujung landyard hendak
dimasukkan kesaku kiri ditempatnya
9. TALI PINGGANG DARI BELAKANG
a. Mesti dipakai dengan kemas dan ketat.
b. Bakel mestilah berada ditengah-tengah dihadapan dan sejajar
dengan tulang baju/seluar.
10. SELUAR PANDANGAN DARI HADAPAN
a. Dihadapan seluar panjang mestilah sampai diatas kekura dan
belakang ia mestilah separas sedikit tumit kasut.
b. Dari belakang seluar panjang mestilah rata pada punggung dan
muat dengan kemasnya diatas baju dan dibawah tali pinggang hujung-
hujung benang dari jahitan mestilah dipotong
11. KASUT PANDANGAN DARI HADAPAN
a. Kasut mestilah bersih, berkilat mengikut ukuran masing-masing, tali
mestilah kuat tidak bersimpul diikat kuat menutup lubang-lubang
menjaga kekura, kaki dan hujung talinya diikat dengan kemas.
b. Semua bahagian kasut hendaklah dibersihkan dan berkiwi.
12. PERKARA YANG JANGAN DILAKUAKAN
a. Jangan bertengkar denganya
b. Jangan sentuh. (melainkan rekrut)
c. Jangan maki hamun sampai keluar batasan dan jangan sebab
seseorang semua dimarahi.
d. Perkara yang mustahil atau kesalahan yang tidak patut dimarahi
seperti warna baju turun atau sebaliknya
13. PERKARA YANG PATUT DILAKUKAN
a. Tunjuk contoh teladan.
b. Beri hukuman terang dan tepat, ambil teguran kepada perkara yang
telah berlaku.
c. Puji mereka yang segak dan kemas.

14. JENIS-JENIS PAKAIAN SERAGAM
a. Pakaian Istiadat.
b. Pakaian Kerja.
c. Pakaian Operasi
d. Pakaian Latihan.
Catatan: Tatacara pemakaian diedar dari masa kesemasa.

15. PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM
a. Anggota dikehendaki memakai pakaian seragam lengkap semasa bertugas
seperti yang diarahkan dari masa kesemasa.
b. Pegawai Memerintah boleh pada bila-bila masa membenarkan mana-mana
anggota untuk memakai pakaian biasa (pereman) selain daripada pakaian
seragam lengkap.
c. Anggota pada setiap masa hendaklah menjaga kebersihan pakaian
seragam.
d. Anggota dilarang
i.Mengubahsuai pakaian aksesorinya
ii.Merosakkan dengan sengaja mana-mana bahagian pakaian seragam
iii.Menyerah, memberi, menjual atau meminjamkan pakaian seragam
kepada orang yang tidak dikenali.
iv.Anggota yang kehilangan pakaian seragam hendaklah membuat
laporan Polis dan melaporkan kehilangan kepada Pegawai
Memerintah melalui Pegawai bertugas berserta salinan laporan
polis.
v.Anggota hendaklah memakai apa-apa lencana pengiktirafan dan
pingat yang dianugerahkan kepadanya mengikut kekannanya
seperti mana yang diarahkan.

Anda mungkin juga menyukai