Anda di halaman 1dari 69

Buku Log Lencana Kemahiran

M/S Pertama
(muka
hadapan –
guna kertas
A4 berwarna Nama :
merah jambu No Kumpulan :
) Sekolah :

M/S Kedua “Biodata Pengakap” (mesti ada sekeping gambar berunifom – passport saiz)

Isi Kandungan (4-13: susun ikut perkara dalam buku skim latihan)
M/S Ketiga
No Perkar Muka
. a Surat

1 Lencana Kemahiran 1

2 Biodata Pengakap 2

3 Isi Kandungan 3

1 Ulasan
4

“Ulasan :”
“Keputusan :” Disahkan bahawa (Nama Peribadi) telah Lulus Buku Log Lencana
Kemahiran

M/S Akhir “Tarikh :”


“Tandatangan:”
SKIM LATIHAN LENCANA KEMAHIRAN
1. Telah mencapai darjah yang tertinggi dalam ilmu latihan asas perbarisan sebagaimana yang
dikehendaki dalam Lencana Usaha, Lencana Maju, Lencana Jaya, kawad tongkat serta cara
membawa bendera dan telah melatih dengan jayanya satu unit pengakap dalam ilmu
tersebut.
2. Mengetahui cara mengikat serta kegunaan simpulan dan ikatan yang berikut:
a) simpul tapak kucing (catspaw)
b) simpul raga (carrick bend)
c) simpul serban (turk’s head)
d) simpul buaian (scaffold hitch)
e) lilit berkas tingkat (racking bend)
f) genggam monyet (monkey fist)
g) sambat pendek (short splice)
h) ikat seraya jepun (Japanese lashing)
i) ikat serong Filipina (Filipino lashing)
j) takal tali (rope tackle / harvester’s hitch
3. Mengetahui cara membuat dan menggunakan sistem takal dan pancang dogang
(anchorage)
a) 3-2-1
b) Log dan picket
c) Dead-man
4. Membina satu projek perintis (pioneering project) secara berpatrol seperti menara,
jambatan atau ‘aerial runway’ tidak kurang daripada 5 meter tinggi panjang.
5. Melanjutkan pengetahuan dalam pemetaan dengan mengetahui tentang asas Orienteering
dan cara membuat cross-bearing bagi mencari kedudukan di atas peta dengan
menggunakan kompas.
6. Memahirkan diri dalam ilmu tahan lasak hidup dengan membuat bivouac dan bermalam di
dalamnya, membuat perangkap yang mudah serta membuat masakan rimba (backwoods)
seperti nasi, ikan, daging dan telur.
7. Mengenali tapak lima jenis haiwan dan membuat dua jenis plaster casts.
8. Mengetahui cara membuat penganggaraan (estimation) tinggi dan lebar.
9. Membuat satu model projek perintis.
10. Lakukan perkara yang berikut:
a. Berenang 50 meter berpakaian lengkap
b. Melempar seutas tali yang panjangnya 20 meter sejauh 12 meter supaya jatuh ke kawasan
antara 2 pacang yang jaraknya 2 meter dengan mendapat 2 kejayaan daripada 3 kali
lemparan. ATAU
c. Mengetahui cara Abseiling/ Rappeling, alatan untuk abseiling, langkah keselamatan, sistem
belay, cara abseiling dan melakukannya sejauh 8 meter. ATAU

d. Mengetahui cara membina dan langkah keselamatan berkenaan serta melakukan


dua belas daripadanya:
● Melalui titi goyang
● Melalui titi komando
● Melalui titi pacak
● Bergayut tali
● Bergayut monyet
● Merangkak deadman’s crawl
● Merangkak dalam gelungan tayar
● Merangkap bawah jaringan
● Melalui terowong
● Memanjat tali
● Memanjat pokok
● Memanjat tangga
● Memanjat tembok
● Memanjat batang pokok

e. Menggunakan tindih kasih gelung atau simpul kerusi untuk menurunkan seorang yang
cedera dari tempat tinggi – 5meter (pokok atau bangunan atau gaung curam)
ASAS PERBARISAN
Latihan perbarisan atau kawad adalah bertujuan memberikan kemahiran dan
membentuk keperibadian yang berdisplin tinggi dan bermurni merupakan satu gerak
kerja tradisi dalam setiap unit atau peringkat kumpulan pengakap.
Ahli-ahli dalam kumpulan pengakap mesti cergas dari segi jasmani dan mental.
Latihan perbarisan atau kawad juga akan dapat menyemaikan semangat taat setia dan
berkeyakinan diri dalam melakukan aktiviti-aktiviti berpengakapan. Selain itu, ahli-ahli
pengakap akan menjadikan diri mereka sentiasa bersedia, cergas, bertatatertib,
bekerjasama, kemas, teratur serta berhemah tinggi semasa berada dalam atau di luar
kumpulan pengakap.
Latihan kawad amat bermanfaat kerana pengakap merupakan barisan muda yang
perlu berdisplin dan bersiap sedia untuk menjadi insan yang berguna dan berkhidmat
kepada masyarakat pengakap dan masyarakat umum dengan cemerlang.

TUJUAN KAWAD

1. Untuk membentuk seseorang pengakap supaya bermegah dengan tatatertib atau


berdisiplin.
2. Cergas dengan pergerakan.
3. Taat setia dan menurut perintah.
4. Bekerjasama dalam satu kumpulan.
5. Menyatupadukan dengan semangat berpasukan.

SIFAT JURULATIH KAWAD

Berkawad adalah pelajaran yang tetap dan memerlukan tenaga dan semangat supaya
boleh mencapai tahap yang tinggi. Menjadi seorang jurulatih kawad mesti mempunyai
sifat-sifat berikut:
1. Kesabaran. Jangan lekas naik darah. Memberi tunjuk ajar dengan hemah yang
tinggi.
2. Melatih bersungguh-sungguh. Selalu menegur mana yang salah, supaya
membetulkan kesalahan dan melakukan semula yang terbaik.
3. Berkemampuan. Mempunyai semangat kepimpinan yang tinggi dan fasih dengan
semua pergerakan dan hukum kawad.
4. Berakhlak ,cergas dan bersiap sedia untuk pengajaran yang baik.
5. Kepercayaan diri sendiri dan hati yang ikhlas. Memastikan tunjuk ajar yang diberi
adalah tepat dan betul.
6. Teladan yang baik. Pengakap sentiasa menganggap jurulatih mereka sebagai
teladan. Oleh itu jurulatih hendaklah:
a. Sentiasa berdiri sedia dan tegak (semasa memberi hukuman)
b. Pastikan pengakapnya mengikut seperti yang ditunjukkannya.
c. Memberi tunjuk ajar yang betul.
d. Jangan kasar berbahasa.
e. Berpakaian kemas dan bersih.
f. Sentiasa tenang.
g. Tegas.

CIRI-CIRI SEORANG PEMBERI HUKUMAN YANG BAIK


Untuk menjadi seorang pemberi hukuman yang baik pengakap hendaklah:

1. Badan cergas, otak cerdas.


2. Bersedia mengajar ahli-ahli pasukan dengan hati ikhlas.
3. Fasih dengan semua pergerakan.
4. Peka kepada kesalahan dan boleh membetulkan kesalahan pasukan dengan cepat.
5. Memberi hukuman dengan jelas dan tepat.
6. Tidak bergurau walaupun semasa latihan.

PERATURAN SEMASA MENGAJAR KAWAD


1. Semasa mengajar kawad gunakan peraturan seperti berikut :
a) Kedudukan barisan. Tentukan barisan tidak menghadap matahari yang terik
ataupun sinaran lampu yang terang terus ke mata sepanjang masa Latihan dan
kedudukan barisan yang sesuai termasuk lantai yang rata dan tidak berlubang atau
berbatu.
b) Penerangan yang jelas. Terangkan pergerakan yang akan diajar dan
langkah-langkah yang penting.
c) Kesungguhan dan bersemangat. Memberi tunjuk ajar dengan penuh kesungguhan
dan bersemangat.
2. Memastikan semua ahli faham selepas pertunjukan dengan pergerakan dan hukum.
Jika pengakap telah faham dan boleh melakukannya dengan baik, teruskan sambung
ke pergerakan seterusnya.
3. Latihan berulang diperlukan setiap latihan. Walaupun ahli-ahli telah faham pergerakan
dan hukum dan melakukan dengan baik, berulang lagi pada masa latihan yang akan
datang supaya lebih mahir.
4. Mengira masa setiap pergerakan. Setiap ahli yang baru untuk permulaan berkawad,
hendak menggunakan cara panggilan masa pada semua pergerakan.
a) Setiap ahli akan lebih bersemangat apabila berteriak panggilan masa
beramai-ramai.
b) Memastikan pergerakan tersebut selaras.

HUKUM KAWAD ASAS

Lencana Keahlian & Lencana Usaha


1. Baris. Masuk baris
2. Baris. Senang diri
3. Baris. Rehatkan diri
4. Baris. Sedia
5. Baris..... Orang tinggi ke kanan, Orang rendah ke kiri, menjadikan satu barikan di
depan saya Gerak
6. Baris. Dari kanan satu dua satu dua bilang
7. Baris..... Nombor ganjil satu langkah ke depan, nombor genap satu langkah ke
belakang Gerak
8. Baris..... Orang di sebelah kanan diam, Barisan pertama pusing ke kanan, barisan
kedua pusing ke kiri, ke kanan ke kiri pusing
9. Baris..... Akan jadikan tiga orang satu barisan, jadikan Gerak
10. Baris..... Akan luruskan barisan ke kanan lurus
11. Baris..... Akan separuh tangan lurus ke kanan lurus
12. Baris. Pandang depan
13. Baris..... Akan hadap ke kanan / kiri / belakang (bergantung kepada keduduk
komander), ke kanan / kiri / belakang (bergantung kepada kedudukan ahli perbarisan)
pusing
14. Baris..... Akan menghala ke depan bertiga-tiga dari kiri, cepat jalan
15. Baris..... Berhenti
16. Baris..... Akan bergerak satu /dua langkah ke kanan, ke kanan Gerak
17. Baris..... Akan bergerak satu /dua langkah ke kiri, ke kiri Gerak
18. Baris..... Akan bergerak satu /dua langkah ke belakang, ke belakang Gerak
19. Baris..... Akan bergerak satu /dua langkah ke depan, ke depan Gerak
20. Baris..... Keluar. Baris
21. Baris. Bersurai

Lencana Maju
22. Baris..... Akan separuh pusing ke kanan /ke kiri, ke kanan / kiri pusing
23. Baris..... Akan tukar langkah semasa berjalan, tukar. langkah
24. Baris..... Akan bergerak setempat bertiga-tiga, hendak kaki
25. Baris. Maju
26. Baris..... Akan pusing ke belakang semasa berjalan, ke belakang sing
27. Baris..... Barisan pertama satu langkah ke depan, barisan ketiga satu langkah ke
belakang, depan belakang, buka barisan Gerak
28. Baris..... Tutup barisan Gerak
29. Baris..... Akan hormat depan semasa berjalan, kedepan hormat

Lencana Jaya
30. Baris. Akan pandang ke kanan / kiri semasa berjalan, pandang kanan / kiri
31. Baris..... Akan belok ke kanan / kiri semasa berjalan, ke kanan kiri belok
32. Baris..... Akan hormat ke kanan / kiri semasa berjalan, ke kanan kiri hormat
33. Baris..... Akan hormat ke depan, selaku menerima hadiah ke depan hormat
34. Baris..... Akan tukar hala ke kanan / kiri semasa berjalan ke kanan ke kiri. pusing
35. Baris..... Akan tukar langkah perlahan cepat semasa berjalan, tukar. langkah
KAWAD TONGKAT

UKURAN TONGKAT ADALAH SEPERTI BERIKUT:

Panjang: 1.5 meter (60 inci)

Garis pusat: 2.5 sentimeter (1 1/8 inci)

HUKUM KAWAD TONGKAT

1. Sedia
2. Senang Diri
3. Rehat Diri
4. Baris. Hormat Tongkat
5. Baris. Baring Tongkat
6. Baris. Angkat Tongkat
7. Baris. Berdoa mengikut agama masing-masing Kalih Tongkat
8. Baris. Melafas persediaan pengakap Kalih Tongkat
9. Baris. Memberi tiga sorakan yasaka Kalih Tongkat
10. Baris. Rusuh Tongkat
11. Baris. Julang Tongkat
12. Baris. Bimbit Tongkat
13. Baris. Sendan Tongkat
14. Baris. Turun Tongkat
CARA MEMBAWA BENDERA

Bendera merupakan lambang penting dalam pergerakan pengakap. Pengakap


hendaklah menghormati bendera, sama ada bendera Malaysia atau bendera negeri.
Upacara menaikkan bendera pada satu-satu acara atau aktiviti pengakap seperti
semasa perkhemahan, selain sebagai amalan pengakap, juga merupakan salah satu
cara menghormati bendera.

Di dalam sesuatu perarakan atau perbarisan, bendera Malaysia mestilah


mendahului bendera-bendera lain yang menyertai perarakan tersebut. Jika perarakan
itu diadakan secara sederet berhadapan, bendera Malaysia mestilah berada di tengah-
tengah di antara bendera-bendera lain.
TIGA CARA MEMBAWA BENDERA ADALAH SEPERTI BERIKUT:

1. Membawa di bahu tanpa kibar. Pengakap hendaklah tahu membawa bendera tanpa
kibar di bahu. Caranya ialah dengan meletakkan kayu bendera di bahu kanan sambil
bahagian yang diikat dengan bendera terjuntai di belakang. Kedudukan ini hendaklah
selesa dan tidak mengganggu pergerakan pembawa, termasuk semasa berkawad.
Tangan kiri hendaklah bergerak seperti biasa.

2. Membawa bendera yang berkibar. Cara lain membawa bendera yang berkibar ialah
di hadapan bada. Untuk cara ini, pengakap hendaklah menggunakan penyokong
bendera yang diletakkan di bahagian pinggang di hadapan seluar pengakap.
Penyokong ini ialah untuk dimasukkan hujung kayu bendera. Tangan kanan pembawa
akan memegang kayu bendera pada lebih kurang tengahnya, manakala tangan kiri
dalam kedudukan biasa. Pembawa hendaklah pastikan agar selesa untuk bergerak.

3. Membawa bendera tanpa berkibar. Untuk membawa bendera tanpa berkibar,


caranya adalah sama seperti bendera yang berkibar. Yang berbeza Cuma hujung
bendera hendaklah dirapatkan kepada kayu dan dipegang bersama oleh pembawa.
MELATIH UNIT PENGAKAP
Pengakap remaja dikehendaki melatih dengan jayanya satu unit pengakap dalam ilmu yang
berkaitan.
1. Asas perbarisan kawad kaki
2. Kawad tongkat
3. Cara membawa bendera

Satu rekod yang lengkap dan kemas kini:


1. Asas Perbarisan Kawad Kaki
Tarikh : ………………………………….
Tempat : ………………………………….
Nama Penguji : ………………………………….

…………………………………. ………………………………….

Tarikh lulus Tandatangan pemimpin

2. Kawad Tongkat
Tarikh : ………………………………….
Tempat : ………………………………….
Nama Penguji : ………………………………….

…………………………………. ………………………………….

Tarikh lulus Tandatangan pemimpin

3. Cara Membawa Bendera


Tarikh : ………………………………….
Tempat : ………………………………….
Nama Penguji : ………………………………….

…………………………………. ………………………………….
Tarikh lulus Tandatangan pemimpin
(Gambar-gambar latihan)
SIMPULAN DAN IKATAN
SIMPUL TAPAK KUCING
Rupa bentuk simpul ini adalah seperti tapak kucing. Simpul ini digunakan untuk membuat
gelung/tanjul pada tali supaya dimasukkan ke takal. Cara membuat simpul ini ialah dengan
membuat dua gelung. Kemudian putarkan kedua-dua gelung itu dua kali, akhir sekali
cakupkan tali takal dan ia adalah selamat digunakan.

SIMPUL RAGA
Simpul inidigunakan untuk menyambung dua tali kasar yang sama besar. Kedua-dua
hujung simpul ini hendaklah diikat dengan simpul lilit supaya ia tidak terlucut. Simpul ini
juga digunakan bagi permulaan simpul berlian.
SIMPUL SERBAN
Simpul ini digunakan untuk menghias dan ia juga berguna untuk mengikat. Simpul ini
boleh digantikan sebagai woggle untuk dipakai pada skarf pengakap.
Simpul ini boleh dibuat pada jari tangan kita. Langkah-langkah adalah seperti pada rajah di
bawah. Simpul ini boleh diakhiri setelah membuat dua atau tiga kali anyaman.
SIMPUL BUAIAN
Simpul ini digunakan untuk mengikat tali kepada papan untuk membuat tempat duduk
buaian.
LILIT BERKAS TINGKAT
Lilit berkas tingkat digunakan untuk mengikat dan merapatkan dua utas tali yang selari. Ia
merupakan lilitan yang bertingkat-tingkat. Cara membuat lilitan ini ialah tali kecil atau
benang dililitkan berselang-seli ke atas dan ke bawah antara kedua-dua utas tali kasar.

GENGGAM MONYET
Genggam monyet digunakan untuk membuat hujung tali lebih berat supaya senang untuk
melempar tali ke sasarannya dengan tepat. Biasanya ia digunakan oleh pengakap dalam
aktiviti yang melibatkan kemahiran melempar tali dan juga semasa melakukan aktiviti
menyelamat.
SAMBAT PENDEK
Sambat ini digunakan untuk menyambungkan dua jenis tali yang sama besar atau tebal.
Kedua-dua hujung tali yang hendak disambung perlu diikat dengan tali kecil.

IKAT SERAYA JEPUN


Ikat seraya Jepun diperkenalkan pada tahun 1970 semasa Jambori Antarabangsa di
Jepun. Ikat seraya Jepun merupakan pilihan yang digunakan untuk menggantikan ikat
seraya. Kegunakan ikat seraya Jepun adalah sama dengan ikat seraya, iaitu untuk
mengikat dua batang kayu yang keadaannya bersudut tegak (90°). Ikat seraya hanya
menggunakan satu hujung tali, manakala ikat seraya Jepun menggunakan kedua-dua
hujung tali semasa mengikat.
IKAT SERONG FILIPINA
Ikat serong Filipina merupakan pilihan yang digunakan untuk menggantikan ikat serong.
Kegunaan ikat serong Filipina adalah sama dengan ikat serong, iaitu untuk merapatkan
dan mengikat dua batang kayu atau buluh yang bersilang pada sudut tirus. Ikat serong
hanya menggunakan satu hujung tali, manakala ikat serong Filipina menggunakan
kedua-dua hujung tali semasa mengikat.

TAKAL TALI
Kegunaan takal tali adalah untuk menggandakan kekuatan tarikan sebanyak tiga kali.
Takal tali juga digunakan untuk menggantikan penggunaan takal apabila takal tidak
didapati dan pada masa kecemasan.
SISTEM TAKAL DAN PANCANG
TAKAL
Takal besi adalah paling sesuai untuk projek perintis. Roda takal yang berdiameter besar
akan menyenangkan penngunaan takal kerana tali dapat ditarik dengan mudah dan laju.
Untuk memastikan diameter tali sesuai, adalah baik jika diameter roda takal lima kali ganda
lebih besar daripada diameter tali.

Pengenalan jenis blok takal besi/logam

Blok takal bercangkuk


Ia mudah digunakan untuk menyangkut tali yang Panjang atau barang yang berat. Tali
diikat dengan simpul tapak kucing dapat disangkut. Biasanya takal bercangkuk mesti
digunakan bersama dengan

Blok takal bermata


Ia biasa digunakan kerana matanya memberi kekuatan selepas tali diikatkan pada
matanya bersama beban. Ia lebih selamat digunakan terutama objek beban yang boleh
bergoyang.
Blok takal tepi buka
Ia mudah digunakan. Tali dapat dimasukkan tanpa menngunakan hujung tali, ia sangat
berfaedah apabila menggunakan tali yang kasar dan panjang.

Blok takal dua roda


Ia dapat dikategorikan kepada dua jenis, iaitu takal dua roda bercangkuk dan takal dua
roda bermata. Tali dicangkuk pada cangkuk atau mata takal. Kekuatan takal dua roda
yang bermata adalah satu setengah kali ganda lebih kuat daripada takal dua roda yang
bercangkuk, tetapi takal dua roda yang bercangkuk adalah lebih mudah digunakan.
Apabila takal cangkuk digunakan, penutup hendaklah dibuat dengan tali di antara paruh
takal dan leher cangkuk bagi menjaminkan tali tidak terlucut.

Pengenalan jenis sistem takal

Sistem takal tetap

- Sistem takal tetap adalah blok takal tidak bergerak.


- Takal boleh mengubah arah daya menjadikan beban objek lebih senang diangkat.
- Jarak pengerakan daya sama dengan jarak beban.
Sistem takal bergerak

- Sistem takal bergerak adalah takal bergerak Bersama dengan beban objek.
- Daya yang diperlukan untuk mengangkat beban adalah separuh berat beban tersebut.
- Takal bergerak tidak menukar arah daya. Kedua-dua daya dan beban bergerak arah
yang sama.

Sistem takal bergabung

- Sistem takal bergabung adalah gabungan takal tetap dan takal bergerak.
- Daya yang perlu mengangkat objek adalah separuh berat daripada objek tersebut.
- Arah daya adalah bertentangan dengan arah objek bergerak.
Cara penggunaan takal
1. Tali takal boleh diikat dengan beberapa cara, satu cara yang baik ialah ikat dengan
simpul tindih kasih kemudian buat simpul tapak kucing. Caranya adalah dengan
memegang pada tali takal, kemudian putarkan dua atau tiga pusingan dan seterusnya
masukkan tali takal ke dalam cangkuk takal.

2. Cara yang lain ialah dengan menggunakan dua takal cangkuk. Tali dimasukkan ke
dalam roda takal dan ikat dengan tindih kasih pada tali itu.

3. Bagi mengikat tali takal ke batang pokok, karung guni atau kain buruk diperlukan bagi
mengelakkan tali melurut ke bawah. Tali takal dililitkan ke batang pokok beberapa
pusingan dan ikat lilit tindih kejab.

4. Bagi menyambungkan kedua-dua takal bermata, belenggu digunakan untuk menjamin


supaya ia tidak mudah tercerai. Tali dimasukkan ke dalam roda takal dan ikat dengan
simpul tindih kasih.

Takal digunakan untuk mengetatkan ikatan tadi mengangkat barang yang berat,
mengangkut orang naik turun dari pada menara dan pokok, dan juga menolong dalam
kerja-kerja memancang untuk projek perintis seperti menara, jambatan dan arrial runway.

Berikut adalah beberapa jenis takal yang digunakan bagi menggandakan kekuatan
untuk menarik sesuatu dengan tali yang dipasangkan pada takal.

Takal besi hendaklah sentiasa diminyakkan dan disimpan tempat yang kering supaya
ia tidak mudah karat.
PANCANG

Sistem pancang 3-2-1

Sistem pancang 3-2-1 mempunyai enam batang pancang. Keenam-enam pancang


tersebut disusun mengikut urutan, iaitu tiga pancang pertama sebagai penahan, diikuti dua
pancang kedua sebagai penyokong dan satu pancang ketiga sebagai pembantu. Seluruh
kekuatan adalah tertumpu pada tiga pancang pertama, jadi adalah sangat mustahak bagi
menyedia dan memancangkan tiga pancang pertama.
Cara membuatnya adalah dengan memancangkan tiga pancang pertama ke dalam
tanah dalam keadaan condong, iaitu 60°daripada aras tanah. Selepas itu, dua pancang
yang kedua dan satu pancang yang ketiga dipancangkan supaya kedudukannya berada
dalam satu garisan lurus.
Bagi mengikat pancang, tiga utas tali kecil yang panjangnya 7 meter diperlukan
untuk membuat ikatan. Dimulakan dengan mengikat simpul manuk di bahagian atas tiga
pancang pertama, selepas itu tali tersebut ditarik ke bahagian bawah dua pancang kedua
dan diikat dengan kemas. Sudut di antara pancang dengan tali yang diikat mestilah
bersudut tepat, iaitu 90°. Seterusnya ikatan pancang kedua dan ketiga dan lakukan seperti
di atas. Setelah memeriksa dan memastikan kesemua pancang telah siap diikat, barulah
takal boleh dipasang dan digunakan.
Sistem ‘Log and Picket’ atau sistem batang kayu dan pancang

Sistem batang kayu dan pancang memerlukan satu batang kayu berdiameter 15cm
yang panjangnya 1meter dan dua belas pancang. Batang kayu yang digunakan mesti
cukup keras dan kuat supaya tidak mudah patah dan selamat digunakan. Cara
membuatnya ialah dengan memancangkan empat pancang pertama supaya selari dan
berkeadaan condong, iaitu 60°daripada aras tanah. Kemudian pancangkan empat
pancang kedua supaya selari dengan pancang ketiga supaya selari dengan pancang
kedua. Letakkan batang kayu di bahagian belakang empat pancang pertama.
Seterusnya setiap pancang pertama diikat dengan pancang ketiga supaya bertiga-
tigaan. Cara mengikat pancang adalah sama dengan cara mengikat Sistem 3-2-1. Setelah
memeriksa dan memastikan kesemua pancang telah siap diikat, barulah tali takal diikat
pada bahagian tengah batang kayu dan takal boleh dipasang dan digunakan.
Sistem ‘Deadman’

Sistem deadman biasanya digunakan di kawasan tanah keras seperti tanah liat dan
juga di kawasan yang kontang di mana kekurangan kayu pokok. Oleh kerana tidak mudah
dapat bekalan kayu, system deadman memerlukan satu biji batu besar yang berdiameter
20cm. Batu mestilah kukuh dan tidak mudah retak dan pecah. Cara membuatnya ialah
menggali sebuah lubang yang dalamnya 1/2 meter. Selepas itu batu diikat dengan seutas
tali yang kasar di bahagian tengahnya dan ditanam ke dalam lubang tersebut. Buat satu
lorong melalui tanah untuk membolehkan tali yang diikat pada takal itu dapat menegang
dan bersudut 25°. Tutupkan lubang yang digali dengan kemas. Setelah memastikan semua
telah selesai, Akhirnya pasang takal pada tali yang telah disediakan. Sistem deadman tidak
sesuai digunakan di kawasan tanah lembut dan tanah pasir.
PROJEK PERINTIS
Jenis-jenis Projek Perintis
Membina satu projek perintis (pioneering project) secara berpatrol seperti menara,
jambatan atau aerial runway tidak kurang daripada 5 meter tinggi/panjang merupakan
pengetahuan yang perlu dipelajari oleh pengakap.

Menara hourglass Menara Stilt

Alatan yang diperlukan untuk pembinaan

Menara piramid atau menara hourglass

1. Peralatan yang Diperlukan


a. Tiang (Kayu/buluh)
Bilanga Panjang/tingg Diamet
n i er
3 4.8 m 7.5 cm
3 4.2 m 7.5 cm
3 3.6 m 7.5 cm
3 3.0 m 3.5 cm
3 1.8 m 5.0 cm
12 Dari 0.6m-1.8m 3.5 cm

b. Tali rami manila


Bilangan Panjang
5 6.0m
15 4.5m
6 2.5m
26 1.8m

c. Lain-lain

- Tali untuk tangga


- Kayu/buluh untuk tangga

Langkah-langkah Pembinaan

Langkah-langkah keselamatan

1. Memastikan draf struktur telah dilulus oleh pemimpin atau jurulatih perintis sebelum
bermula.
2. Memastikan pancang digunakan dengan betul dan kuat supaya dapat menyokong
pembinaan.
3. Memastikan struktur pembinaan adalah kukuh sebelum dipakai oleh orang lain.

Draf struktur pembinaan


Model Projek Perintis
1. Sediakan gambar rajah model projek perintis yang hendak dibina.
2. Kumpulkan bilah buluh yang secukupnya untuk projek tersebut.
3. Bilah buluh diraut dengan licin dan bersih.
4. Bina model projek perintis dengan menggunakan bilah buluh yang diraut.
5. Gunakan tali ataupun benang untuk mengikat model projek perintis.
6. Kemaskan segela ikatan dan simpulan yang diikat.
7. Sediakan sekeping papan sebagai lantai (jika perlu)
8. Akhir sekali, gunakan syelek dan lekar untuk mengilat dan mencantikkan model projek
perintis tersebut.
PEMETAAN
Peta topo
1. Peta ialah satu lakaran grafik yang mewakili bahagian di permukaan bumi, yang
dilukis mengikut skala sebagaimana jika dilihat daripada atas (tempat tinggi).
2. Peta rupa bumi (peta topo) yang dikeluarkan oleh Jabatan Ukur Malaysia
mempunyai pelbagai maklumat.
3. Peta yang berwarna (sehingga enam jenis warna) dan mempunyai simbol dan label
berserta maklumat dalam petunjuk peta tersebut digunakan untuk menunjukkan
fitur-fitur yang terdapat atas permukaan bumi.
4. Peta yang baik membolehkan kita membayangkan apa yang ada di tempat tersebut;
saiz, bentuk, jarak, ketinggian dan lain-lain.
5. Maklumat utama yang boleh diperolehi dari peta-peta itu ialah:
(a) rupa bumi dari garis kontur
(b) bentuk saliran/sungai, tasik
(c) tumbuhan semula jadi
(d) jenis-jenis pertanian dan kegiatan ekonomi
(e) bentuk petempatan
(f) bentuk perhubungan
6. Pengetahuan dari segi kaedah dan pendekatan dalam kajian dan tafsiran peta amat
penting untuk membolehkan semua maklumat boleh diperolehi daripada peta topografi
dan membolehkan kita membuat perancangan berdasarkan maklumat yang ada di peta
selepas dibaca dan ditafsir.
Ciri-ciri utama peta rupa bumi
1. Negara – Bahagian kiri permidang atas, menunjukkan lokasi yang ditunjukkan oleh
peta.
2. Bandar – Bahagian kanan permidang atas.
3. Nombor Siri Peta – Di sebelah kiri permidang bawah. Selain sebagai nombor registrasi
dari badan pembuat, kita biasa menggunakannya sebagai petunjuk jika kelak kita akan
mencari sebuah peta.
4. Petunjuk Peta – Ciri-ciri fizikal dan budaya yang ditunjukkan dengan symbol yang
berlainan. Contohnya:
Garisan warna coklat untuk garisan kontur
Garisan warna biru untuk sungai
5. Simbol – Tanda-tanda yang melambangkan sebenar di atas muka bumi. (dilukis dalam
berbagai-bagai bentuk dan warna)
6. Skala Peta – adalah perbandingan antara jarak peta dan jarak horizontal dilapangan.
Ada tiga jenis skala iaitu skala perkataan, skala linear (lurus) dan skala pengimbang.
7. Kod Warna – Terletak dibawah skala linear terdapat 6-7 kotak segi empat berwarna
yang menunjukkan semua warna yang digunakan pada peta.
8. Jenis Utara – Biasanya di sebelah kanan peta terdapat sebuah rajah yang
menunjukkan kedudukan jenis-jenis utara. Rajah ini memberi darjah selisih grid dan
magnet.
9. Selang Kontur – Ini adalah merupakan perbezaan antara tiap-tiap kontur. Semua peta
Malaysia mempunyai selang 50 kaki dan tiap-tiap 250 kaki garisan kontur adalah lebih
tebal sedikit.
10. Panduan Grid – Di bawah ruangan petunjuk, biasanya terdapat sebuah rajah yang
menerangkan cara membaca panduan grid.
11. Garisan Grid – Dilukis secara melintang dan menegak. Tiap-tiap garisan dinomborkan
pada hujungnya. Garisan-garisan timuran dinomborkan pada pemidang atas dan bawah,
garisan utaraan dinomborkan pada pemidang kiri dan kanan.
12. Kenyata Ketinggian Dalam Kaki dari Aras Laut – Terletak dekat selang kontur.
13. Garis Lintang (latitud) dan Garis Bujur (longgitud) – Kaedah paling biasa untuk
tentukan tempat (koordinat) atas peta ialah longgitud dan latitud. Latitud adalah jarak
sudut dari garis khatulistiwa, sama ada ke utara atau selatan. Latitud khatulistiwa
adalah 0 darjah dan Latitud kutub utara/selatan adalah 90 darjah. Longgitud adalah
jarak sudut timur-barat daripada garis Meridian.
Kontur
1. Garisan yang dilukis pada peta yang menghubungi tempat-tempat yang mempunyai
aras tinggi yang sama dari aras laut dinamakan kontur.
2. Kontur ditandakan pada selang tinggi 50 kaki pada kebanyakan peta yang
mempunyai skala 1 inci bagi 1 batu. Jika unit metric digunakan, selang tinggi kontur
biasanya 20 meter. Nilai selang tinggi kontur boleh berbeza dan bergantung kepada
skala peta atau kadang kala rupa bumi.

Pembacaan Peta dengan Panduan Grid

1. Untuk menunjukkan kedudukan tempat atau benda-benda di atas peta topo dengan
mudah, garisan-garisan grid dilukis secara mendatar (Timuran) dan menegak
(Utaraan) melintangi peta.

2. Garisan Timuran dinomborkan dari barat ke timur dan garisan Utaraan pula
dinomborkan dari selatan ke utara.

3. Di Dalam Peta topo Malaysia dan Singapura 1 inci bagi 1 batu, tiap-tiap satu garisan
adalah 0.58 inci jaraknya, atau 1,000 ela di atas tanah. Tiap-tiap garisan yang
kesepuluh (10,000 ela) dicetak dengan garisan hitam yang lebih kasar.
Jenis Paduan

1. Panduan empat angka. Panduan ini digunakan untuk merujuk kepada seluruh
persegi grid. Panduan grid petak A ialah 1222 dan titik B dalam petak 1423.
Rujukan sebenarnya dilakukan ke penjuru barat daya tiap-tiap satu persegi.

2. Panduan enam angka. Panduan ini digunakan untuk menunjukkan kedudukan


yang lebih tepat dan untuk merujuk kepada ciri yang lebih kecil. Satu angka ketiga
ditambahkan kepada Timuran dan Utaraan melalui pembahagian kecil yang
dibayangkan seolah-olah tiap-tiap persegi dibahagikan kepada persepuluh.
Misalnya, dalam gambar rajah bawah, kedudukan titik B adalah 145235.
KOMPAS
Kedudukan sesuatu titik dengan titik yang lain boleh ditentukan dengan menggunakan arah
atau bearing. Arah adalah satu cara anggaran menetapkan kedudukan objek tersebut dan ia
tidak memberi ketepatan. Bearing adalah cara yang tepat menunjukkan kedudukan arah
dengan sudut kerana ia menggunakan protractor untuk pengiraan sudut.

Arah

Arah menunjukkan kedudukan satu titik dari titik yang lain dengan menggunakan nama
mata angin. Gambar rajah di bawah menunjukkan semua 16 arah mata angin. Arah mata
angin yang utama terdiri daripada 4 arah iaitu utara, timur, selatan dan barat dengan setiap
arah berjarak 90 darjah. Kuadran antara utara dan timur dibahagi setengah pada 45° dan
dinamakan timur laut, seterusnya, tenggara adalah di antara selatan dan timur, barat daya
di antara selatan dan barat dan barat laut di antara utara dan barat. 8 arah mata angin ini
mendirikan 8 arah mata angin yang utama yang biasa digunakan oleh orang ramai. Setiap
bahagian 45° ini dibahagikan setengah pada sudut 22½° dan mendirikan 16 mata arah
angin dengan nama-nama khusus diberi kepada arah ini seperti dalam gambar rajah di
bawah.

Cara bagaimana arah sesuatu titik didapati adalah titik itu disambung kepada titik
pusat arah mata angin. Nama arah angin itu adalah nama mata angin yang paling rapat
dengan garisan yang dilukis. Contohnya, arah utara timur laut dalam gambar rajah atas
adalah pembahagian dua di antara utara dan timur laut.
Pengenalan jenis utara
1. Terdapat 3 jenis utara dalam pemetaan yang disebabkan oleh fizikal geometrid an juga
ralat manusia. Antaranya adalah:
• Utara benar (true north)
• Utara grid (grid north)
• Utara magnet (magnetic north)

2. Utara benar adalah utara bumi (kutub utara). Utara magnet adalah arah utara yang
ditunjukkan oleh jarum magnet sesuatu kompas. Utara grid ditunjukkan oleh
garisan-garisan grid utara selatan di atas peta topo.

3. Ketiga-tiga utara ini tidak pernah sama dan selisihnya disebut sudut selisih magnet dan
grid. Sudut-sudut ini menghala sama ada ke timur atau ke barat dari utara benar.
Apabila menukarkan utara hala ke timur, selisihnya dicampurkan. Apabila
menukarkan hala ke barat pula, selisihnya ditolakkan.

4. Ini bermakna jarum kompas menunjukkan arah utara magnet, bukannya utara sebenar.
Perbezaan sudut antara utara sebenar dengan utara magnet dipanggil “Magnetic
Declination”.

5. Di sebabkan jarum magnet tidak tunjuk ke arah utara peta, maka pembetulan perlu
dibuat, samada tambah atau tolak nilai magnetic declination ini. Untuk Malaysia, nilai ini
terlalu kecil dan selalunya diabaikan, kecuali urusan yang terperinci.
Bearing
Bearing ialah satu cara untuk menentukan kedudukan sesuatu titik dari titik yang lain
dengan unit sudut atau darjah. Ini ialah cara yang tepat kerana darjah boleh disukat dengan
alat lukis protraktor. Terdapat dua cara untuk memberi bearing, iaitu bearing kompas dan
bearing sudut.

Bearing Kompas
Bearing kompas juga dinamakan bearing quadrantal dan ia jarang digunakan untuk
ukuran arah dalam peta topo. Dalam cara ini, semua arah diukur dari utara ke timur dan
barat, dan dari selatan ke timur dan barat. Maka semua arah adalah sama ada U…°T,
U…°B, S…°T atau S…°B.
Merujuk kepada gambar rajah di bawah, arah titak “a” diukur dari utara mengikut
arah jam sehingga garisan Oa dan sudutnya ialah U 60 °T. Titik “c” diukur dari selatan
bertentangan dengan arah jam sehingga garisan Oc dan ia merupakan S 45°T.

Bearing Sudut
Bearing ini dikenali juga sebagai bearing bulatan penuh yang ditunjukkan sebagai
sebahagian daripada bulatan penuh 360°. Bearing dibaca dari utara mengikut arah
pusingan arah jam. Protraktor boleh digunakan untuk membaca bearing pada peta
topo. Sebagai panduan untuk bacaan, garis tegak (timuran) digunakan. Bacaan yang
diperolehi dengan cara ini dinamakan bearing grid. Contoh bearing sudut: Bearing dari
B ke A adalah 180° + 35° = 215°.
Pengenalan jenis kompas dan bahagiannya

Kompas silva

Kompas lensatik

Cara Menggunakan Kompas

Sebelum menggunakan kompas pastikan perkara berikut:


1. Tidak ada besi atau bahan logam yang berdekatan.
2. Kedudukan kompas mesti rata.
3. Jarum kompas mesti dalam keadaan tenang.
Cara Menggunakan Kompas Silva Bersama Dengan Peta

1. Bentangkan peta dengan menggunakan bantuan kompas supaya garisan utara


menghala kutub utara.
2. Selepas itu tandakan titik tempat anda berada, katakan titik tersebut ialah A
(tempat permulaan).
3. Bacakan arahan dahulu misalnya, ‘Anda dikehendaki bermula dari bandar A
menuju ke Bandar B dengan bearing sudut 150°.
4. Di atas peta, letakkan kompas Silva pada titik A dengan panah arah menghala
bearing sudut 150°.
5. Panah arah hendaklah berada tepat pada garis lurus yang dibina dari bandar A.
6. Selepas itu, sambungkan garisan itu sehingga dapat mencari kedudukan bandar B.
7. Apabila anda berjaya mencari kedudukan bandar B yang sebenar, barulah anda
dapat memulakan pengembaraan ke bandar B.
Cara mendapat “cross bearing”

“Cross bearing” digunakan untuk mengetahui sesuatu kedudukan di atas peta.


Cara ini sangat penting sekiranya seorang pengakao sesat di kawasan yang tidak
kenali. Seorang pengakap perlu mahir dalam pemetaan seperti memahami bentuk
muka bumi serta membaca bearing. Sebelum melakukan langkah-langkah berikut,
lebih baik membuat Haluan Peta (Map Orientation) terlebih dahulu bagi menentukan
peta ke arah utara.

1. Anda perlu kenali 2 poin/tempat (seperti bukit, tasik dll) di muka bumi yang
terdapat di atas peta anda. Kedua-dua tempat ini akan dijadikan 2 poin untuk
membuat cross-bearing.

2. Ambil bearing Bukit X. Kemudian tanpa mengubah dailnya, letak kompas itu di
atas peta dengan bucunya menyentuh puncak Bukit X. Pastikan anak panah arah
kompas menghala ke arah bukit.

3. Kemudian gerak plat bes kompas itu tanpa mengubah kedudukan bucu pada
puncak Bukit X sehingga garisan-garisan orienteering Utara-Selatan selari dengan
garisan-garisan grid peta itu. Pastikan bucu sentiasa menyentuh pada puncak
Bukit X.

4. Lukis satu garis sepanjang sisi kompas itu dari puncak Bukit X.

5. Kemudian ikut cara yang seperti di atas pada Bukit Y dan buat satu garisan dari
Bukit Y. Garisan itu akan bertemu dengan garisan dari Bukit X. Tempat di mana
kedua-dua garisan itu bertemu adalah kedudukan anda di atas peta.
ILMU IKHTIAR HIDUP
MEMBUAT TEMPAT TEDUH

Mendirikan sebuat pondok sementara (bivovac) serta tidur di dalamnya selama semalam.

- Tempat perlindungan bivouac adalah tempat perlindungan yang biasanya bersifat


sementara, digunakan terutama oleh tentera atau pengakap atau pendaki gunung. 
- ‘Bivouac’ atau tempat perlindungan sementara adalah mustahak dalam ilmu ikthiar
hidup. Jenis bivouac bergantung kepada bahan-bahan yang boleh diperolehi secara
semulajadi atau bahan yang dibawa bersama seperti baju hujan dan saiznya pula
bergantung pada bilangan orang yang perlu perlindungan.
- Bivouac boleh dibina daripada bahan semulajadi seperti dahan pokok untuk
membentuk bingkai, dan kemudian bumbung ditutup dengan daun, pakis atau bahan
serupa untuk kalis air.
- ‘Bivouac’ harus didirikan dengan membelakangkan arah tiupan angin dan api
dinyalakan di hadapannya.
- Tempat perlindungan bivouac juga dikenali sebagai bivvy (juga
dieja bivy atau bivvi atau bivi).

Lakaran struktur bivouac yang dirancang


MEMASAK MAKANAN RIMBA

Keterangan Secara Praktikal

Nasi di Dalam Buluh


Ambil satu buluh yang tebal dan tebukkan satu lubang bersegi empat di tengah.
Buatkan satu pemegang dengan buluh, kemudian cucikan dalaman buluh itu dengan
bersih. Masukkan beras yang sudah dicuci dan air yang mencukupi. Selepas itu,
letakkannya di atas bara arang. Ia akan mengambil masa lebih kurang 35 minit untuk
masak jadi nasi. Ingatan: Jumlah sukatan air sama dengan sukatan beras dan
memastikan air tidak kering dalam buluh sebelum nasi masak.

Ikan Panggang
Ambil sehelai daun pisang kemudian letakkan ikan yang telah dibersihkan di
atasnya. Bubuh kicap perasa dan minyak masak dan bungkus ikan tersebut. Lepas itu,
kepitkan ikan dengan sebatang buluh. Di permukaan luar daun pisang, sapukan minyak
masak supaya ia tidak terbakar. Panggangkan ikan di atas bara arang sampai ia
berbau. Ia mengambil masa kira-kira 15 minit untuk masak.
Ayam Panggang
Potong daging ayam kepada ketulan yang dikehendaki. Kemudian sapukan serbuk
kari, kicap, minyak, garam dan serbuk perasa supaya lazat. Cucukkan ketulan daging
itu dengan buluh tajam atau kepitkannya dengan buluh dan panggang ia sampai masak
di atas bara arang.

Telur Dimasak Dalam Keledek


Potong sebiji ubi keledek yang lonjong kepada dua bahagian, kemudian korek
sebahagian isi dalamnya. Masukkan telur ke dalam keledek itu dan tutup sebatang kayu
halus. Lepas itu, masukkan keledek ke dalam lubang yang ditutup dengan asbestos
yang mempunyai arang bakar di atasnya. Ia mengambil masa 30 minit untuk masak.

Membakar Ubi Kentang/Ubi Kayu


Basuh dan keringkan ubi kentang/ubi kayu. Sediakan sekeping asbestos. Kemudian
korek satu lubang, letakkan ubi kentang itu di dalam lubang. Tutup lubang itu dengan
asbestos dan kemudian nyalakan api. Biarkan selama 40 minit. Cucukkan ubi kentang
dengan sebatang kayu yang tajam supaya wapnya boleh keluar.
Roti Lilit

1. Gaul tepung dengan air, garam dan uli hingga sebati.


2. Sebatang kayu yang telah dikupas kulit (kayu hidup) atau buluh digunakan untuk
melilit tepung yang telah diuli.
3. Tebal tepung adalah 2-4 cm. Jangan terlalu tebal kerana bahagian dalamnya
akan lambat masak.
4. Bakarkan di atas bara yang sederhana.
5. Marjerin atau keju disapukan pada roti tersebut bagi menambah keenakannya.

Keterangan Secara Teori


Telur

Ada beberapa cara untuk memasak telur:


1. Balut telur dengan tanah liat dan bakar di atas api. Apabila tanah liat kering, satu
letupan kecil akan kedengaran menandakan telur telah masak.
2. Belah kentang, keluarkan sebahagian isinya dan masukkan telur (tanpa Kulit) ke
dalamnya. Apabila kentang empuk, telur di bahagian dalamnya akan masak.
3. Keluarkan sebahagian daripada isi bawang besar kemudian masukkan telur ke
dalamnya dan bakar.
4. Keluarkan isi oren, masukkan telur ke dalamnya, telur ini berasa oren.
Nasi

1. Menggunakan buluh – Prosesnya sama seperti teknik membuat lemang, sedikit air
dan beras dimasukkan ke dalam buluh yang telah dilapiskan (di bahagian dalam)
dengan daun pisang, kemudian panaskan di atas api perlahan-lahan sehingga
masak.
2. Menngunakan daun palas atau daun kelapa. Sama seperti memasak ketupat.
3. Memasak nasi dalam skarf. Rendam beras hingga kembang. Basahkan skarf dan
masukkan beras ke dalamnya, timbuskan dengan tanah 2-4cm tebal dan letakkan
bara di sebelah atasnya. Ingatan: Jumlah sukatan air sama sukatan beras.

Daging

1. Ricihkan sebesar 2-3cm dan cucuk daging pada sebatang kayu.


2. Hiris daging nipis-nipis, kemudian dapatkan seketul batu yang licin / batu hampar.
Bakar batu sehingga batu menjadi panas. Kemudian letakkan daging pada batu
tersebut.

Burung, Ikan dan Ayam

1. Bungkus dalam tanah liat tanpa membuang bulunya, masukkan ke bara api.
Apabila telah masak, bulu ayam atau burung itu akan tertanggal dari kulitnya dan
melekat pada tanah liat.
2. Panggang dengan menggunakan penyepit khas atau yang dibuat sendiri.
Tapak haiwan dan “plaster cast”
Tapak haiwan

Pengakap remaja dikehendaki mengenali lima jenis tapak haiwan. Antaranya:


a) Ayam

b) Itik

c) Anjing

d) Kucing

e) Gajah

f) Lembu

g) Kuda
h) Babi hutan

i) Harimau

Plaster cast
Pengakap remaja dikehendaki membuat dua jenis plaster casts dengan menggunakan plaster
of Paris.
1) Bersihkan tapak/ jejak yang akan diambil.

2) Sediakan acuan (bergantung pada saiz jejak).


3) Masukkan plaster of Paris kemudian ditambah air secara sedikit-sedikit sehingga
cukup keras.

4) Curahkan plaster of Paris ke acuan.

5) Tunggu sehingga plaster of Paris keras, kemudian tanggalkan acuan.

6) Beruskan sisa-sisa tanah dan pasir daripada permukaan plaster cast.

7) Akhirnya, hasil plaster cast tapak kaki haiwan siap.


PENGANGGARAN
Mengetahui ukuran bahagian badan sendiri akan membantu kita dalam ilmu
menganggar. Jadi sebelum mempelajari kaedah menganggar, setiap pengakap
hendaklah mengetahui dengan tepat ukuran bahagian badannya sendiri seperti berikut:

1) Panjang ruas hujung jari telunjuk cm

2) Lebar ibu jari cm

3) Panjang jengkal (dari hujung ibu jari ke hujung telunjuk) cm

4) Panjang jengkal (dari hujung ibu jari ke hujung kelingking) cm

5) Panjang dari pergelangan tangan ke siku cm

6) Panjang dari siku ke hujung telunjuk cm

7) Panjang dari tempurung lutut ke tanah cm

8) Panjang depa (hujung jari ke hujung jari) cm

9) Panjang hujung jari tangan ke tapak kaki cm

10) Purata langkah biasa cm

11) Panjang hujung jari kaki ke tumit cm

12) Lebar tapak kaki cm


MENGANGGAR KETINGGIAN

Kaedah matematik
Untuk mengetahui berapa tingginya sebatang pokok, berjalanlah sejauh Sembilan
meter. Di situ tegakkan sebatang tongkat yang dipegang oleh seorang pengakap lain. Dari
situ berjalan lagi satu meter supaya jauhnya menjadi sepuluh meter. Kemudian meniraplah
di atas tanah dan tenung menerusi tongkat tadi ke kemuncak pokok yang hendak diukur.
Pada masa menenung, pengakap yang seorang lagi hendaklah menaikkan atau
menurunkan pegangannya pada tongkat sehingga mata menjadi selaras dengan tangan
pengakap itu dan kemuncak pokok. Kemudian ukur tongkat itu dari tanah hingga ke tangan
pengakap yang memegangnya dalam ukuran sentimeter. Selepas itu darabkan ukuran
sentimeter dengan 10 dan inilah tinggi pokok itu. Pengakap boleh menggunakan sebarang
ukuran yang difikirkan sesuai asalkan perimbangan sembilan dengan satu dibuat dan
ukuran sentimeter pada tongkat didarab dengan 10.
Kaedah bayang
Letakkan sebatang kayu yang tingginya 1 meter secara menegak di atas tanah dan ukur
panjang bayangnya. Kemudian ukur panjang bayang pokok dan kira berapa kali bayang
kayu boleh dimuatkan dalam bayang pokok. Katakan 6 kali, jadi darabkan tinggi kayu, iaitu
1 meter dengan 6, oleh itu tinggi pokok adalah 6 meter.
Kaedah pembahagian
Letakkan sekeping kertas putih di batang pokok pada ketinggian aras mata, katakan
1.5meter. Selepas itu, undur ke belakang. Pegang sebatang kayu atau buluh yang
panjangnya 20cm dengan tangan dan luruskan bertentangan dengan mata. Pastikan
hujung kayu atau buluh dibentuk pada titik putih dan hujung ibu jari dibentuk pada tanah.
Kemudian gerakkan kayu atau buluh ke atas bagi memastikan berapa kaki kayu atau buluh
boleh dimuatkan dalam batang pokok. Katakana empat kali, jadi darabkan ketinggian aras
mata, iaitu 1.5meter dengan 4. Jadi tinggi batang pokok adalah 6 meter.
Kaedah pokok tumbang
Pegang sebatang kayu sepanjang 20cm dengan tangan. Selepas itu undur ke belakang
dan tangan yang memegang kayu diluruskan. Kemudian tutup sebelah mata, gerakkan
kayu setinggi hujung kayu dibentuk pada hujung pokok dan hujung ibu jari dibentuk pada
tanah. Seturusnya, secara perlahan-lahan hujung kayu diputarkan ke sebelah kiri, iaitu dari
menegak ke mendatar sehingga terbentuk sudut 90° dengan batang pokok. Tandakan
dengan tepat di mana hujung kayu mencecah tanah. Selepas itu, ukur daripada titik
tersebut hingga ke batang pokok dan tinggian pokok akan diperolehi.
Menganggar lebar sungai

Kaedah segi tiga


Cara menganggar lebar sungai atau tali air tanpa menyeberanginya ialah dengan
mengecamkan sesuatu objek di seberang sungai. Objek tersebut mestilah jelas dan
mudah kelihatan di tempat anda berdiri. Contohnya batu yang besar atau pokok yang
tinggi. Katakan objek tersebut ialah A dan tempat anda berdiri ialah B. Anda
dikehendaki berjalan ikut sudut tepat bagi AB kira-kira 20meter di tebing sungai. Di
akhir perjalanan 20 meter, tandakan tempat itu dengan pancang C. Dari C berjalan
terus lagi 10 meter dan tandakan serta namakan tempat itu D. Jadi dari B ke D ialah
30meter. Dari D berpatah pula ikut sudut tepat arah ke darat dan berjalan sehingga
kedudukan anda, pancang C dan A jadi selaras. DE adalah setengah jaraknya daripada
AB. Oleh itu lebar AB ialah dua kali ganda jarak DE.
Kaedah tabik

Kaedah ini memerlukan tangan dan perjalanan tapak. Dengan tabik, bahagian
bawah tangan melihat ke tebing bersebelahan. Kemudian memusing badan perlahan ke
tepi dan melihat ke tempat yang hujung tangan yang dinampak. Jarak antara kedua titik
tersebut adalah jarak sungai.
Aktiviti pilihan
BERENANG 50 METER

Pengakap dikehendaki belajar berenang, khususnya untuk 50 meter. Berikut adalah beberapa cara
untuk berenang.

Peraturan keselamatan di air


Keselamatan di dalam air memupuk pemahaman tentang keselamatan semasa di dalam
dan berhampiran dengan air.

Latihan mengenai keselamatan boleh dimulakan sebelum lawatan pertama ke kolam


renang. Pendekatan mengenai perkara ini boleh dilakukan dengan meransang minat dan
cabaran kepada mereka, supaya diberi peluang kepada mereka untuk menggunakan
imaginasi mereka ketika berada dalam situasi merbahaya. 

Di samping itu, kaedah bantu mula juga adalah amat dititikberatkan untuk memastikan
bahaya yang berlaku dapat dikurangkan seperti kelemasan ketika menjalani aktiviti renang.
Kaedah CPR adalah kaedah yang terbaik untuk memberi bantuan awal sekiranya ada individu
yang lemas dalam air. 

1. Sentiasa memastikan keadaan badan sihat sebelum mengambil bahagian dalam aktiviti air.
2. Sentiasa memanaskan badan di darat sebelum masuk ke air.
3. Apabila bermain berdekatan kawasan air, sentiasa pastikan bahawa ada orang dewasa
atau guru yang mengajar renang yang boleh berenang dan mahir dalam memberi bantu
mula bersama anda.
4. Sekiranya menghadapi masalah di dalam air, bawa bertenang, pusingkan badan supaya
anda berada dalam keadaan terlentang, dan jika ternampak seseorang, lambaikan tangan
untuk menarik perhatian. Cara lain ialah dengan meletakkan tangan anda di dalam air.
5. Jangan berenang pada masa sejam selepas anda memakan makanan berat.
6. Sekiranya anda berasa kesejukan atau keletihan ketika berada di dalam air, segera keluar
dari kolam.
7. Pakaian haruslah sesuai untuk menjalankan aktiviti renang iaitu pakaian renang.
8. Sentiasa mematuhi arahan guru atau pensyarah pembimbing.
MELEMPAR TALI

Melempar seutas tali yang panjangnya 20 meter sejauh 12 meter supaya jatuh ke kawasan antara
dua pancang yang jaraknya 2 meter dengan dua kejayaan daripada tiga kali lemparan.

AKTIVITI BERHALANGAN

Langkah-langkah Keselamatan
1. Menempatkan petugas bagi setiap bes
2. Memberi taklimat dan penerangan yang secukupnya tentang aktiviti yang akan
dijalankan kepada setiap peserta.
3. Sentiasa mengawasi setiap aktiviti.
4. Menggunakan peralatan yang sesuai dan selamat digunakan.
5. Menyediakan persiapan awal sekiranya berlaku kemalangan dan kecederaan.

Mengetahui cara membina dan langkah keselamatan serta melakukan aktiviti halangan
yang berikut:

1. Melalui titi goyang.


2. Meniti tali.
3. Melalui titi komando.
4. Melalui titi pacak.
5. Bergayut monyet.
6. Bergayut tali.
7. Merangkak “Deadman’s Crawl”.
Untuk melakukan Deadman’s Crawl anda memerlukan tali yang berdiameter
sekurang-kurang 6cm (2½ inci). Diingatkan bahawa latihan hendaklah dimulakan dekat
dengan tanah sebelum mencuba pada aras yang lebih tinggi. Cara melakukannya ialah
berbaring di sepanjang tali dengan sebelah kaki diturunkan untuk merendahkan graviti
supaya dapat menstabilkan badan. Manakala kaki yang satu lagi disangkat pada tali.
Pergerakan dilakukan dengan siri pergerakan caterpillar. Gerakkan kaki di sebelah atas
sehingga mendekati abdomen dan tarikkan tali itu supaya badan digerakkan ke hadapan
tanpa menggerakkan kedudukan tangan. Seterusnya tangan kanan dihulurkan kehadapan
untuk memegang tali di depan diikuti dengan tangan kiri. Kemudian kaki di atas didekatkan
sehingga ke abdomen dan pergerakan yang sama diulangi sehingga sampai ke hujung tali.
8. Menyusupi halangan tayar.
9. Merangkak bawah jaring.
10. Melalui terowong.
11. Memanjat tali.
12. Memanjat pokok.
13. Memanjat tangga.
14. Memanjat tembok.
15. Memanjat batang pokok.

Abseiling / rappelling

Pengenalan “Abseiling/ Rappeling”.


- Abseiling merupakan satu aktiviti tali untuk menaik ke tempat tinggi atau menurun
daripada tempat tinggi dengan menggunakan tali.

- Aktiviti ini sering dilakukan pada acara mendaki, aktiviti keyakinan diri, kerja di tempat
tinggi dan operasi menyelamat di tempat tinggi, ia turut digunakan dalam operasi
ketenteraan teknikal.

- Perkataan ' Abseil ' berasal dari perkataan German, iaitu menurun. " Rappel "
merupakan perkataan Perancis bagi maksud yang sama. Kaedah abseiling ini pertama
kali diperkenalkan oleh seorang pendaki Inggeris, Albert Hummery. Kaedah ini
kemudiannya diubahsuai oleh Dulfer dan Piaz.

Objektif latihan

- Untuk memberi kekuatan dan ketahanan mental dan fizikal


- Memberi keyakinan diri yang tinggi
- Memberikan pengalaman yang baru
- Memberikan keseronokan dan kepuasan diri
- Memupuk semangat kepercayaan dan kerjasama diantara ahli kumpulan

Jenis peralatan keselamatan

1. Tali Kermantle

- Tali kernmantle terdiri dari dua lapisan : kern (core) – iaitu pintalan beberapa
serat tali kecil yang membentuk satu teras yang kuat dan mantle(shealth) –
selaput luar yang terdiri dari jalinan fiber untuk membentuk satu lapisan kulit
luar.

- Tali yang boleh meregang kira-kira 2% adalah bagus untuk aktiviti abseilling.
Tali jenis ini merupakan tali yang boleh dilakukan pelbagai ikatan (multi
standart) dan tali regangan rendah.

- Tali jenis ini dapat mengurangkan lantunan dan menambah kawalan pada
aktiviti abseilling.

- Saiz Tali kermantle yang bersesuai untuk seorang pendaki adalah 8mm
keatas. Dimana untuk pendaki 2 orang atau semasa kerja-kerja
menyelamat, saiz tali yang diperlukan adalah 10mm sehingga 12mm atau
tali berganda (Double Rope) jika menggunakan saiz tali 8mm.

- 2 tali yang diperlukan semasa latihan Abseiling merupakan seutas Tali


Utama atau Tali Penurun dan seutas lagi tali keselamatan.
2. Carabiner

- Alat yang digunakan untuk mencangkuk objek seperti harness, figure of


eight, kenmantle dan sebagainya dan diperbuat dari logam (alloy). Terdapat
dua jenis yang biasa digunkan iaitu screw gates (mempunyai pengunci
berskrew ) dan snap ( tanpa screw ). Untuk latihan Abseiling, kami
cadangkan hanya carabiner jenis screw gates digunakan.

- Carabiner yang sering digunakan dan agak popular adalah Modified D yang
menyediakan ruang kosong untuk tali rappelling yang hanya setebal 12mm.

3. Figure of Eight
- Merupakan salah satu ”alat decender” yang diperbuat dari logam (alloy).
Digunakan sebagai perintang kelajuan semasa menuruni tali.

4. Seat Harness

- Terdapat 2 jenis seat harness, iaitu Half Harness dan Full Body Harness.

- Alat ini untuk menyokong dan menampung beban badan. Half harness
hanya menyokong pada bahagian pinggang dan pinggul sahaja.

5. Sarung Tangan / Gloves

- PPE (Personal Protective Equipment) untuk menahan geseran pada tangan


semasa menuruni tali dan penebat haba.
6. Topi Keselamatan / Safety Helmet

- Diperbuat daripada ”fibre glass” yang tahan lasak.

- Digunakan untuk melindung kepala dari terhantuk ke batu dan ditimpa batu.

7. Sling

- Ia merupakan seutas tali yang bersaiz kecil atau webbing yang diikat
menjadikan gelang . Ia adalah aksesori yang digunakan untuk mengantung
carabiners yang berlebihan atau digunakan sebagai penahan kaki ataupun
lain-lain tujuan.

Persediaan peralatan

- Pastikan semua peralatan dalam keadaan selamat dipakai.

- Pastikan tarikh periksa peralatan tidak terlalu lama.


- Pastikan tali yang dipakai tidak melebihi 2 tahun daripada tarikh pembuatan
walaupun tali tersebut tidak pernah dipakai.

- Pastikan tali yang dipakai tidak ada kesan “luka”, rosak, bonggol, terburai pada
kedua-dua penghujung tali.
Penjagaan peralatan

- Pastikan tali digulung dan disimpan dengan cara yang betul.


- Pastikan tali yang rosak ditanda dan diasingkan daripada tali yang baik.
- Pastikan peralatan Hardware tidak berkarat.
- Pastikan tali yang basah dikeringkan dengan mengantungnya secara ulang alik
di tempat yang tidak menerima cahaya matahari terus.
- Pastikan semua peralatan yang telah dipakai dibersihkan sebelum simpan.
- Pastikan tali kermantle hanya dicuci dengan air biasa sahaja.

Pengiktirafan peralatan

- Hanya menggunakan peralatan mendaki atau menyelamat tempat tinggi yang


diiktiraf oleh organisasi antarabangsa atau agensi tempatan seperti UIAA, CE,
SIRIM, NIOSH dan lain-lain.

Pegawai-pegawai dan tugasnya

1. Jurulatih

- Jurulatih mestilah seorang yang telah menjalani kursus kejurulatihan dan


telah ditauliah oleh mana-mana organisasi, agency, jabatan atau institusi
yang diiktiraf.
- Jurulatih bertanggungjawab memberikan latihan dan penjelasan kepada
pelatih.
- Jurulatih perlu memastikan semua aspek keselamatan dipatuhi sebelum,
semasa dan selepas latihan dilakukan.
- Jika jurulatih melebihi seorang ketika latihan, seorang Ketua Jurulatih
perlu dilantik.

2. Pembantu Jurulatih

- Pembantu Jurulatih mesti terdiri daripada ahli kumpulan “senior” yang


telah menghadiri latihan atau kursus Abseiling dan mempunyai kemahiran
Abseiling yang mantap.
3. Pegawai Keselamatan

- Pegawai Keselamatan atau “Safety Manager” dilantik di kalangan Jurulatih


atau Pembantu Jurulatih.

- Pegawai Keselamatan mesti memastikan semua peralatan selamat


digunakan, aspek keselamatan di tempat latihan dan memberi nasihat
kepada Jurulatih dalam semua isu keselamatan.

- Pegawai keselamatan perlu periksa ikatan dan bahan yang dipilih untuk
dijadikan “anchor point” adalah selamat.

- Pegawai Keselamatan boleh memberhentikan serta-merta latihan yang


sedang dijalankan jika keselamatan pelatih-pelatih dan pegawai-pegawai
terancam.

4. Pegawai Pertolongan Cemas

- Memberi perkhidmatan pertologan cemas jika berlaku apa-apa


kemalangan.
Sistem belay.
Belayer

- “Belaying Man” atau “Belayer” perlu dilantik di kalangan Jurulatih atau Pembantu
Jurulatih.

- Belay dilakukan adalah bertujuan untuk memberi bantuan perlindungan kepada


pelatih daripada terjatuh terus ketika menggunakan tali.

- Belayer adalah bertanggungjawab menahan tali sekuat - kuat yang boleh dan
biarkan tali yang melakukannya yang lain.

- 2 Orang Belayer di perlukan dimana seorang duduk di bahagian tinggi


berdekatan dengan “Anchor Point” dan seorang lagi di landing point dimana dia
dapat melihat pendaki dan pendaki juga dapat melihat belayer tersebut.

- Pelatih yang ingin membuat penurunan perlu meminta kebenaran turun dengan
menyebut nama pelatih dan “on belay”.

- Belayer di landing point akan membalas dengan jeritan “belay” bermakna


belayer telah bersedia.

- Belayer di bahagian tinggi yang mengawal dan melepaskan tali keselamatan


secara beransur-ansur mengikut kelajuan menurun pelatih.

- Apabila pelatih selamat sampai di landing point, sekali lagi pelatih perlu
menyebutkan nama pelatih dan “Off Belay”, barulah kedua-dua belayer di
bahagian tinggi dan landing point akan melepaskan tali mereka.

- Apabila mendengar kata-kata kunci seperti “Rock”, “Stop”, “Danger”, Bahaya,


Batu, Berhenti dan lain-lain daripada mana-mana orang di tempat latihan, belayer
di bahagian tinggi terus menahan tali keselamatan sekuat-kuatnya dan semua
orang yang berada di landing point, termasuk pelatih yang tergantung di
tengah-tengah dinding perlu mencari perlindungan seboleh-bolehnya.
Langkah keselamatan

Perintah tetap semasa Latihan

- Hanya Ketua Jurulatih atau Jurulatih sahaja yang akan memberi arahan semasa
latihan.
- Semasa kecemasan atau situasi dalam bahaya, semua pegawai atau pelatih
boleh memberi isyarat Bahaya dengan jeritan “key word”.
- Semasa latihan, semua pegawai dan pelatih perlu serius dan bersedia
menghadapi sebarang kemungkinan.
- Jurulatih perlu memastikan semua pelatih dalam keadaan sihat dan mempunyai
kekuatan fizikal untuk menjalani latihan.
- Jurulatih tidak boleh memaksa seorang pun pelatih untuk melakukan latihan
Abseilling jika pelatih tidak ingin melakukannya.
- Pelatih yang kelainan upaya jenis bukan kecacatan anggota badan, penglihatan
dan kerencatan akal perlu diiringi oleh seorang jurulatih semasa melakukan
penurunan walaupun tahap ketinggian adalah rendah. Tali keselamatan wajib
digunakan.
- Pastikan semua pelatih memakai pakaian dan kasut yang sesuai untuk menjalani
latihan.
- Pegawai Keselamatan berkuasa untuk memberhentikan serta-merta latihan jika
tertimbulnya isu-isu keselamatan atau jika difikirnya situasi semasa dalam
bahaya.
- Latihan perlu ditamatkan serta-merta semasa cuaca buruk.
Cara-cara abseiling.

i. Satu tangan di pegang pada tali utama (tali hadapan) dan satu lagi tangan
dipegang pada tali anchor (tali bahagian belakang).

ii. Badan perlu dicondongkan dan kaki perlu dibuka sedikit dengan mengendur atau
membengkokkan sedikit lutut. Keseluruhan tapak kaki perlu didakapkan ke tanah
atau dinding. Tujuan utama lutut dibengkokkan adalah bertujuan untuk
memudahkan membuat lonjakan dan melakukan penurunan.

iii. Tangan di hadapan bertindak mengawal pergerakan dan tangan di belakang


bertindak sebagai kunci dengan memaut tali ke belakang.

iv. Penurun perlu memastikan kecondongan badan adalah 45 darjah dari bukit atau
dinding.

v. Berat badan perlu sentiasa ke belakang, ia bertujuan memudahkan pergerakan.

vi. Kaki digunakan untuk melompat/ melonjak. Kedua-dua kaki memainkan peranan
dengan cara membengkokkan lutut (sedikit sahaja).

vii. Seandainya berlaku kecemasan, penurun perlu menjerit dengan kata kunci “fall in”
dan dengan serta- merta Belayer di bawah akan menarik hujung tali.
Ikatan dan simpulan
1. Simpul mati / overhand knot
- Untuk menyimpul hujung tali terburai dan menjadikan ikatan penahan pada takal.

2. Buku sila / reef knot


- Menyambung dua utas tali yang sama saiz dan jenis. Kedua tali yang
disambung tidak mudah terlerai. Simpulan ini kerapa digunakan terutama
mengikat anduh.

3. Bunga geti / sheet bend


- Menyambung dua utas tali yang tidak sama saiz dan jenis. Kedua tali yang
disambung tidak mudah terlerai.

4. Simpul Angka Lapan / Figure Of Eight


- Merupakan satu simpul pengunci yang tidak mudah dilepaskan.Simpul angka
no.8 ini juga merupakan salah satu daripada stopper knots.
5. Simpul Manuk / Clove Hitch
- Mengikat tali pada tiang /pokok /anggota tangan dan kaki. Simpul manok tidak
mudah terurai kerana semakin kuat ditarik akan semakin ketat simpulannya.

6. Satu Lingkaran Dua Setengah Belit / Round Turn & Two Half Hitches
- Ia digunakan sebagai ikatan Sauh / Anchor pada sesebuah tiang. Ikatan ini boleh
berubah-ubah dan senang dibuka.

7. Tindih Kasih / Bowline


- Ikatan atau simpulan untuk mengikat tali pada pada objek atau benda hidup
tanpa menjerut objek tersebut seperti mengikat tali pada lubang cincin khemah.
8. Fisherman Knot
- Ikatan atau simpulan untuk menyambung dua tali yang licin atau halus.

9. Lain-lain ikatan yang berguna semasa mendaki


Simpul kerusi dan tindih kasih berganda

Menggunakan tindih kasih berganda atau simpul kerusi untuk menurunkan seorang yang
cedera dari tempat tinggi – 5meter (pokok atau bangunan atau gaung curam).

Tindih Kasih Berganda


Simpul ini adalah seperti tindih kasih biasa, tetapi lebih tegap oleh sebab ada dua utas tali,
satu daripada hujungnya tetap tdak boleh terlucut. Simpul ini adalah baik bagi kerja
menyelamat.

Simpul Kerusi
Simpul kerusi digunakan untuk menurunkan orang dari tempat tinggi atau menaikkan orang
ke atas. Ia biasa digunakan dalam kerja-kerja menyelamat, contohnya menurunkan orang
dari bangunan yang sedang terbakar atau menaikkan orang yang jatuh ke dalam gaung.

Anda mungkin juga menyukai