Anda di halaman 1dari 5

LATIH TUBI SOALAN HUKUM

Nyatakan hukum bagi situasi berikut:

1. Abdullah menaiki keretapi dari Perlis ke Singapura pada pukul lima pagi hari
Jumaat. Beliau tidak menunaikan solat Jumaat pada hari tersebut.

2. Solat Jumaat yang didirikan di sebuah masjid dengan jumlah jemaah seramai
empat puluh orang yang terdiri daripada 39 orang bermastautin dan seorang
bermukim.

3. Ahmad beristinjak menggunakan air embun ketika berkhemah di dalam hutan.

4. Rohani berpuasa sunat hanya pada hari Jumaat.

5. Safiah merasa makanan pada hujung lidah tetapi tidak menelannya sedangkan ia
berpuasa.

6. Razi menunaikan solat Zuhur dan Asar secara jamak di rumahnya sebaik-baik
sampai dari Mekah.

7. Ahmad menunaikan ibadat puasa pada bulan Ramadhan tanpa bersahur.

8. Syafie solat Zuhur tetapi tidak membaca selawat ke atas nabi dalam tahiyyat
akhir.

9. Hasnah berwuduk tanpa membasuh kedua-dua belah telinganya.

10. Khatib membaca khutbah tanpa mendoakan orang-orang Islam dalam khutbahnya.

11. Salim melakukan solat Zuhur dan Asar secara jamak di surau kampungnya ketika
hendak bermusafir.

12. Puan Salimah melakukan solat jenazah suaminya bersama-sama jemaah yang lain.

13. Roslan melakukan solat Maghrib dengan melunjurkan kaki ke arah kiblat kerana
kakinya patah.

14. Encik Ahmad mengeluarkan zakat fitrah bayinya yang baru lahir pada akhir
Ramadhan.

15. Khadijah berbuka puasa kerana bermusafir melebihi dua marhalah.

16. Husin berpuasa pada 11, 12 dan 13 Zulhijah.

17. Puan Munirah menderma kepada fakir miskin pada bulan Ramadhan.
LATIH TUBI SOALAN HUKUM

18. Encik Idris mengeluarkan zakat padinya selepas menuai.

19. Encik Syafii berniat puasa Ramadhan pada siang hari.

20. Puan Mariam berbuka puasa kerana bimbang akan kesihatan diri dan
kandungannya.

21. Encik Abu mengeluarkan zakat fitrah selepas menunaikan solat fardhu Subuh
pada 1 Syawal.

22. Puan Halimah berpuasa sunat pada 30 Syaaban.

23. Ikram mengerjakan solat sunat Terawih sebelum menunaikan solat Isyak.

24. Penduduk Kampung Batang Pinang menunaikan solat Jumaat dengan jumlah jemaah
seramai 52 orang yang terdiri daripada39 orang bermastautin, 3 orang bermukim
dan 10 orang pelancong dari Singapura.

25. Madihah mandi wajib dengan meratakan air ke seluruh badan tanpa menggosok
badannya kerana yakin badannya bersih dan tiada najis.

26. Kaki Aiman dijilat anjing ketika dia sedang menunggu bas di perhentian bas.

27. Puasa Ali telah terbatal satu hari dalam bulan Ramadhan. Beliau tidak sempat
mengqadakkan puasa yang tertinggal itu sehingga tiba bulan Ramadhan pada
tahun berikutnya.

28. Ali berwuduk untuk sujud syukur.

29. Kamal berwuduk untuk membaca khutbah Jumaat.

30. Anisah berwuduk sebelum mandi wajib.

31. Cikgu Kasim dalam keadaan berwuduk, berjabat tangan dengan Encik Ah Chong.

32. Abdullah bertolak dari Sabah ke Kuala Lumpur. Beliau tinggal di Kuala Lumpur
selama dua hari dan mengerjakan solat Isyak dua rakaat.

33. Ali bertolak dari Ipoh ke Johor Bahru. Beliau menunaikan solat Asar dalam waktu
Maghrib secara jamak.

34. Fatimah berbuka puasa Ramadhan pada pukul 12.30 tengahari kerana takut
bahaya anak dalam kandungannya.
LATIH TUBI SOALAN HUKUM

35. Sakinah berniat puasa sunat setelah solat Subuh sebelum menjamah sebarang
makanan.

36. Ahmad membayar zakat fitrahnya pada Hari Raya Puasa yang kedua.

37. Abdul Aziz membayar zakat ternakan untuk 35 ekor kambing setelah genap
setahun.

38. Ramli sengaja melewatkan qada’ puasa sehingga melampaui dua Ramadhan.

39. Hasan mengambil wuduk tanpa membaca doa selepasnya.

40. Ali beristinjak dengan batu selepas membuang air kecil sedangkan air ada di
sisinya.

41. Abdullah mengerjakan solat jenazah tanpa membaca doa terhadap si mati selepas
takbir ketiga.

42. Ahmad mengerjakan solat sunat dua rakaat mengiringi solat Fardhu.

43. Ali menunaikan solat Subuh berjemaah tidak sempat membaca Fatihah pada
rakaat pertama.

44. Fatimah menunaikan solat Maghrib dalam waktu Isyak ketika musafir.

45. Anda menunaikan solat secara berjemaah tanpa rukuk dan sujud.

46. Ahmad berpuasa nazar setelah cita-citanya untuk melanjutkan pelajaran


tercapai.

47. Kamila berpuasa pada 13 Zulhijah.

48. Saiful membayar zakat fitrahnya selepas solat Subuh pada 1 Syawal sebelum
menunaikan solat hari raya.

49. Encik Halim mengeluarkan zakat fitrah selepas solat Jumaat pada 15 Ramadhan.

50. Rosli menunaikan solat secara jamak dan qasar ketika bermusafir dari Kedah ke
Kuala Lumpur sejauh 480 kilometer.

51. Akmal menunaikan solat rawatib selepas solat Asar.

52. Ali membaca al Quran tanpa berwuduk terlebih dahulu.

53. Siti bercakap-cakap dengan rakannya ketika mengambil wuduk.


LATIH TUBI SOALAN HUKUM

54. Syarif merenggangkan jari semasa menekap debu untuk bertayamum.

55. Ahmad bertayamum tanpa menghadap kiblat.

56. Salmah berwuduk sebelum melakukan mandi wajib.

57. Siti mandi setelah suci daripada haid.

58. Pak Ali menjalani rawatan secara bekam sedangkan beliau berpuasa.

59. Pn Rahimah mengeluarkan zakat ke atas emas yang cukup nisab yang disimpannya
selama setahun.

60. Pak Karim mengkafankan jenazah seorang lelaki dengan 3 lapis kain putih.

61. En Imran menaiki bas dari Kuala Terengganu menuju ke Kuala Lumpur dan
menunaikan solat Zuhur dan Asar secara jamak takdim.

62. Rosli solat dalam keadaan menahan daripada membuang air besar.

63. Zakaria membasuh kedua-dua telinga ketika berwuduk.

64. Azmi mengucapkan salam pertama semasa solat Zuhur.

65. Hanis menunaikan solat sunat selepas Solat Asar.

66. Imam mengkafankan jenazah Encik Borhan dengan dua lapis kain sahaja.

67. Membaca selawat ke atas Nabi sesudah membaca doa qunut.

68. Hani bercakap-cakap semasa berwuduk.

69. Marzuki beristinjak menggunakan plastik bungkusan makanan semasa berkhemah


di dalam hutan.

70. Azmi berwuduk menggunakan air secara berlebihan.

71. Farid mengeluarkan zakat fitrah pada awal bulan Ramadhan.

72. Amir menunaikan solat hajat selepas solat Subuh.

Rujukan: Himpunan soalan PMR dan PT3


Disediakan oleh: Ustazah Maziah Mokhtar
LATIH TUBI SOALAN HUKUM

Anda mungkin juga menyukai