Anda di halaman 1dari 11

UNIT 5 : KONFLIK DALAM

ADAB PERSAHABATAN
DISEDIAKAN OLEH: CIKGU NORHALIZAWATI
CADANGAN NILAI

 Baik Hati : Kepekaan kepada keperluan dan kebajikan diri dan orang lain dengan
memberikan bantuan serta sokongan moral secara ikhlas
 Kejujuran: Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan
 Hemah Tinggi : Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia
 Hormat : Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan
institusi sosial
 Toleransi : bertolak ansur, sabra dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup diri
dan orang lain
KONSEP

 Sahabat ialah orang yang rapat dalam kehidupan kita selain


anggota keluarga
 Sahabat yang baik akan sentiasa berada di sisi kita pada saat suka
dan duka
 Konflik persahabatan bermaksud perselisihan atau pertentangan
yang berlaku antara seorang sahabat dengan sahabat yang lain dari
segi idea, pendapat, kepentingan, dan matlamat
JENIS-JENIS KONFLIK PERSAHABATAN

 Konflik Bahasa : Penggunaan bahasa yang tidak beradab dalam persahabatan


Contoh : Menggunakan perkataan yang kurang sopan kepada sahabat
 Konflik Gender : Halangan akibat perbezaan jantina
Contoh : Menyentuh sahabat yang berlainan jantina dengan sesuka hati
 Konflik Personaliti : Perwatakan dan personality yang tidak sama dalam persahabatan
Contoh : Amalan dan budaya yang berbeza antara satu sama lain
 Konflik Etnik, Agama dan Budaya
Contoh : Amalan dan budaya yang berbeza antara satu sama lain
JENIS-JENIS KONFLIK PERSAHABATAN

 Konflik Status : Kedudukan social dan ekonomi yang berbeza


Contoh : Taraf hidup yang berbeza antara sahabat
 Konflik Integriti : Amalan yang bertentangan dengan prinsip kejujuran,
ketelusan dan kepercayaan dalam persahabatan
Contoh : Membocorkan rahsia sahabat
CARA PENYELESAIAN KONFLIK

 MENERIMA BUDAYA DAN LATAR BELAKANG SAHABAT


a. Mengenali budaya dan adat resam yang diamalkan
b. Menghormati kepercayaan dan amalan agamanya
c. Menyertai majlis social sahabat mengikut keperluan
 MENERIMA KELEBIHAN DAN KEKURANGAN SAHABAT
a. Memberikan layanan yang sopan
b. Memberikan perhatian ketika berkomunikasi
c. Menghormati sahabat
CARA PENYELESAIAN KONFLIK

 BERTOLERANSI SESAMA SAHABAT


a. Bertolak ansur dan sabra semasa menghadapi konflik
b. Bersedia untuk mendengar pandangan sahabat
c. Mengutamakan penyelesaian masalah berbanding dengan emosi
 MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI
a. Bertutur dengan penuh keikhlasan hati
b. Mengawal emosi semasa bercakap
c. Menggunakan gaya bahasa, nada suara dan kata-kata yang sesuai
CARA PENYELESAIAN KONFLIK

 MEMBUAT PERUNDINGAN
a. Mengenal pasti punca berlakunya konflik
b. Bersemuka dengan hati yang terbuka
c. Mewujudkan suasana terbuka dan saling memerlukan antara satu sama lain
 MEWUJUDKAN PERASAAN BERTIMBANG RASA DAN EMPATI
a. Prihatin terhadap perasaan sahabat
b. Menyedari tanggungjawab dan peranan masing-masing
c. Saling memahami dan membantu antara satu sama lain
KEPENTINAGAN MENYELESAIKAN
KONFLIK PERSAHABATAN
 Mencapai kata sepakat supaya konflik dapat diselesaikan
Contoh : Kedua-dua pihak mendapat kebaikan melalui persetujuan bersama
 Mewujudkan hubungan yang harmoni dalam persahabatan
Contoh : Mengelakkan rasa kuarang senang dalam hubungan persahabatan
 Mengeratkan hubungan persahabatan
Contoh : Menangani konflik dengan cepat supaya hubungan persahabatan tidak renggang
 Menghindari campur tangan orang lain
Contoh : Bersemuka ketika menyelesaikan masalah
 Mengelakkan berlakunya tekanan perasaan
Contoh : Mengawal emosi yang tidak stabil supaya konflik tidak berpanjangan
KESAN PENYELESAIAN KOFLIK
DALAM PERSAHABATAN
 Meningkatkan motivasi dalam menghadapi cabaran akan datang
 Meningkatkan kefahaman tentang diri dan sikap sahabat
 Meningkatkan sikap toleransi dan kejujuran antara sahabat
 Membantu meningkatkan rasa sentitiviti dan kepekaan dalam
hubungan persahabatan
LATIAHN PEMULIHAN (m/s 78)
BERDASARKAN GRAFIK DI BAWAH, KENAL PASTI CARA DAN KESAN
PENYELESAIAN SESUATU KONFLIK DALAM PERSAHABATAN

CARA PENYELESAIAN KONFLIK KESAN PENYELESAIAN KONFLIK


Elak campur tangan orang ketiga Mengukuhkan hubungan persahabatan

Anda mungkin juga menyukai