Anda di halaman 1dari 12

TUAS

1. Tuas ialah sebuah palang yang berputar pada satu titik yang tetap.
2. Tuas terdiri daripada tiga bahagian iaitu fulkrum, daya dan beban.
 Daya : toalakan dan tarikan yang dikenakan pada palang
 Beban: Objek yang hendak digerakkan
 Fulkrum : Titik sokongan yang tetap
3. Tuas merupakan mesin ringkas. Kebaikan tuas
a. Membantuk kerja lebih mudah
b. Membolehkan kita menggunakan daya yang kecil untuk melakukan kerja

4. Pengelasan tuas

5. Bahagian tuas dan contoh jenis tuas

MOMEN DAYA
1. Momen daya ialah ____________________ yang dihasilkan apabila daya yang dikenakan pada
suatu objek boleh memutarkan objek itu pada satu pangsi atau fulkrum. [TP2]
2. Momen daya bergantung pada __________________ yang dikenakan dan jarak tegak dari
fulcrum ke daya.
3. Contoh momen daya:

4. Contoh mengira momen daya:

5. Momen daya akan bertambah sekiranya:


 magnitud daya bertambah; iaitu mengenakan daya lebih besar
 Jarak tegak dari pangsi ke daya bertambah
6. Pengiraan momen daya [TP3]

PRINSIP TUAS

1. Apabila suatu tuas diseimbangkan, momen daya adalah sama dengan momen daya.

Beban (N) x Jarak beban dari fulkrum (m) = Daya (N) x Jarak daya dari fulkrum (m)

2. Pengiraan prinsip tuas [TP3]


Berapa berat Ramu?

Berapakah berat beban?

Berapakah jarak beban ?

TEKANAN

1. Tekanan ditakrifkan sebagai daya per unit luas permukaannya (arah daa serenjang dengan luas
permukaaan)

2. Semakin kecil luas permukaan objek, semakin besar tekanan yang dihasilkan.
3. Aplikasi
a. Mengapakah kepingan logam pada kasut peluncur nipis? Tapak kasut peluncur ais
terdiri daripada kepingan logam yang nipis supaya dapat mengenakan suatu tekanan
yang besar pada permukaan ais. Dengan ini ais dapat dilebur dan senang diluncur
b. Mengapa mata pisau nipis? Luas mata pisau adalah sangat kecil. Tekanan yang besar
padanya membolahkan pisau ditolak melalui bahan yang hendak dipotong
c. Mengapa traktor mempunyai tayar besar dan lebar? Traktor menggunakan tayar yang
besar dan lebar untuk mengurangkan tekanan supaya dapat bergerak di atas tanah
yang lembut tanpa terbenam ke dalamnya.
d. Apakah tujuan paku pada tapak kasut bola sepak? Paku dan tapak kasut bola sepak
mempunyai luas permukaan sentuhan yang kecil. Tekanan di bawah paku adalah cukup
besar untuk terbenam ke dalam tanah untuk mendapat suatu cengkaman yang kuat
tanpa tergelincir.
e. Mengapa papan peluncur salji mempunyai permukaan yang lebar? Papan peluncur
salji mempunyai permukaan yang besar untuk mengurangkan tekanan pada salji
supaya tidak terbenam ke dalamnya.

TEKANAN GAS

1. Tekanan gas terdiri daripada tekanan udara dan tekanan atmosfera


2. Tekanan udara ialah
a. daya yang dikenakan oleh zarah-zarah udara ke atas pemukaan di dalam bekas tertutup.
b. Teori Kinetik Gas : zarah-zarah udara sentiasa bergerak bebas dan rawak. Zarah-zarah
udara saling berlanggar dengan satu sama lain dan permukaan dinding bekas.
c. faktor-faktor yang mempengaruhi tekanan udara ialah isipadu dan suhu
 Apabila isipadu bekas berkurang, zarah-zarah akan berlanggar lebih kerap,
tekanan udara meningkat.
 Apabila suhu udara meningkat, zarah-zarah akan berlanggar lebih kerap,
tekanan udara meningkat.
3. Tekanan atmosfera ialah
a. Tekanan udara yang dihasilkan oleh zarah-zarah udara dalam atmosfera.
b. Tekanan atmosfera dipengaruhi oleh altitude, iaitu ketinggian sesuatu kawasan dari aras
laut.
c. Semakin tinggi sesuatu kawasan dari aras laut, semakin rendah tekanan atmosfera.
d. Ini kerana, ketumpatan udara berkurang apabila ketinggian bertambah
4. Aplikasi tekanan gas dalam alat harian
1. Sebiji gelas diisi dengan air sehingga ia penuh.
2. Permukaan gelas tersebut kemudiannya ditutup dengan
sekeping kad.
3. Semasa memegang kad, kaca terbalik dengan cepat.
4. Apabila tangan yang memegang kad ditarik, air tidak
mengalir keluar dari gelas.
5. Ini adalah kerana tekanan udara yang dikenakan ke atas kad
adalah cukup kuat untuk menyokong berat air yang terdapat
di dalam gelas tersebut
a. Sebuah tin yang berisi air sedikit dipanaskan sehingga air
mendidih.
b. Mulut tin kemudiannya ditutup rapat/ketat dan seterusnya
air sejuk dicurahkan ke atas tin tersebut.
c. Apabila air mula mendidih, molekul stim menolak molekul
udara keluar dari tin tersebut.
d. Apabila mulut tin tersebut ditutup rapat dan dicurahkan
dengan air sejuk, stim di dalam tin akan memeluwap /
terkondensasi (condenses) menjadi air.
e. Ini menyebabkan tekanan udara di dalam tin menjadi lebih
rendah daripada tekanan udara di luar tin.
f. Akibatnya, dinding tin ditolak ke dalam oleh tekanan udara
di luar tin sehingga ia menjadi kemek (dented).

1. Sebatang pembaris (ruler) diletakkan di atas meja dengan


keadaan satu daripada bahagian hujungnya adalah terjulur.
2. Bahagian pembaris yang berada di atas meja ditutup
dengan sehelai kertas.
3. Apabila bahagian pembaris yang terjulur (protruding) itu
diketuk atau ditolak ke bawah dengan pantas, kertas pada
bahagian hujung yang satu lagi itu tidak terbang ke atas.
4. Ini adalah kerana tekanan udara menekan permukaan kertas
itu ke bawah

Penyedut minuman
Apabila udara disedut, kawasan dalam penyedut akan
menghasilkan kawasan tekanan rendah. Tekanan udara yang
lebih tinggi di luar akan menolak air masuk ke dalam penyedut
minuman. 
2. Picagari
Apabila omboh ditarik ke atas, kawasan dengan tekanan rendah
terbentuk dalam picagari. Tekanan udara yang lebih tinggi di
luar menolakair masukke dalam picagari. 

3. Pam Semburan
Apabila omboh ditolak ke dalam silinder, udara dipancut keluar
dengan laju. Satu kawasan tekanan rendah terbentuk di
sekeliling muncung silinder. Keadaan ini menyebabkan tekanan
udara yang lebih tinggi di dalam tin memaksa racun serangga
masuk ke dalam tiub logam. Kemudian, racun serangga
dipecahkan kepada titisan kecil oleh udara yang dipancut keluar
dengan laju dari silinder. 
4. Sifon
Apabila air mengalir dari hujung bawah salur, kawasan tekanan
rendah terbentuk di dalam salur. Tekanan udara yang lebih
tinggi di luar menolak air masuk ke sifon. 
5. Paip tersumbat
Menekan pam akan memaksa udara yang ada di dalamnya
keluar, kemudian membentuk keadaan bertekanan rendah.
Mangkuk getah melekat pada permukaan singki apabila tekanan
yang lebih tinggi di luar menekan ke atasnya. Tekanan yang
lebih tinggi di dalam paip menolak kotoran yang tersumbat
apabila pam sedutan ditarik ke atas.
6. Tin dengan dua lubang
Susu dipaksa keluar di salah satu lubang oleh tindakan tekanan
udara yang menolak udara ke dalam lubang yang bertentangan.

LATIHAN PRAKTIS

1. Jelaskan bagaimana pembersih vakum berfungsi


menyedur cebisan kertas. [TP3]

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

2. Jelaskan bagaiman Hemisfra Magdeburg berfungsi [TP3]

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

PERKAITAN ALTITUD DENGAN TEKANAN ATMOSFERA

 Tekanan atmosfera berkurang dengan altitud (Ketinggian dari aras laut)


 Semakin tinggi dari aras laut, tekanan atmosfera semakin berkurang. Ini disebabkan oleh
ketumpatan udara berkurangan apabila ketinggian bertambah.
 Tekanan atmosfera berkurangan dengan altitud. Ini adalah kerana udara mempunyai
ketumpatan yang lebih rendah pada altitud yang lebih tinggi.

KESAN KEDALAMAN TERHADAP TEKANAN CECAIR DALAM KEHIDUPAN HARIAN

 Tekanan bertambah dengan kedalaman cecair.


 Semakin dalam, semakin tinggi tekanan.
 Kedalaman diukur dari permukaan ke dasar.
 Berdasarkan rajah di atas, pancutan air dari lubang yang paling rendah
adalah paling jauh. Ini menunjukkan bahawa tekanan air di titik yang
semakin dalam adalah semakin tinggi.

Aplikasi Tekanan Dalam Cecair.

Pembinaan Empangan. Empangan air dibina untuk


memberhentikan pengaliran air dari sungai dan untuk
membentuk tasik bagi bekalan air. Empangan air juga
menggerakkan turbin untuk penjanaan elektrik. Dinding
pada dasar sebuah empangan adalah lebih tebal daripada
yang di atas untuk menahan tekanan cecair yang lebih
tinggi pada dasar empangan yang disebabkan perbezaan
kedalaman cecair.

Sistem bekalan air umum.: Air dari sungai atau empangan


dipam ke dalam tangki yang terletak pada kawasan tinggi
supaya mempunyai tekanan yang mencukupi untuk
mengalir ke rumah-rumah yang berada pada paras yang
lebih rendah. Tangki air yang terletak pada bumbung
rumah digunakan untuk menyimpan dan membekalkan air
pada tekanan yang tetap.

Dinding kapal selam dibina dengan tebal dan dari bahan


yang kuat untuk menampung tekanan cecair yang tinggi
apabila kapal selam menyelam ke dasar laut.

Pemindahan cecair ke badan pesakit menggunakan


tekanan cecair yang digantung pada suatu kedudukan yang
tinggi.
SOALAN OBJEKTIF

1. Antara berikut, yang manakah ialah unit SI bagi daya?


A Newton
B Watt
C Kilogram
D Joule

2. Antara berikut, yang manakah benar tentang daya?


A Seorang murid ketawa dengan kuat
B Menolak dan menarik sesuatu objek
C Murid menyanyi lagu sekolah
D Menimbang objek dengan tangan

3. Rajah di bawah menunjukkan kedua-dua jari tangan kiri dan kanan yang menarik gelung getah

Antara kesan daya berikut, yang manakah ditunjukkan dalam rajah di atas?
A Mengubah arah gelung getah
B Mengubah kelajuan gelung getah
C Mengubah bentuk gelung getah
D Menggerakkan gelung getah

4. Antara berikut, yang manakah benar tentang daya dihasilkan?


A Memegang spring
B Menarik tali busur
C Menyentuh kereta yang pegun
D Meletakkan paku di atas meja

5. Antara berikut, yang manakah bukan daya?


A graviti
B geseran
C elastik
D jisim

6. Rajah di bawah beberapa situasi untuk menerangkan Hukum Newton Ketiga


Contoh-contoh di atas yang menunjukkan aplikasi Hukum Newton ketiga ialah:
A I dan II sahaja
B I dan III sahaja
C II dan III sahaja
D I, II dan III

7. Rajah menunjukkan sebuah empangan.

Bahagian bawah dinding lebih tebal kerana:


A dinding akan lebih stabil
B Ketumpatan air tinggi
C Tekanan air paling tinggi di bahagian bawah
D Tekanan air paling tinggi di bahagian permukaan air

8. Rajah menunjukkan seekor gajah berjisim 5000 kg di atas sebuah pentas dengan
luas 50 cm2 semasa satu pertunjukkan sarkis.

Berapakah tekanan dikenakan pada pentas itu?


A 0.1 N m-2
B 1.0 × 102 N m-2
C 1.0 × 105 N m-2
D 1.0 × 107 N m-2

9. Kereta dalam rajah di bawah bergerak ke kanan.

Antara berikut yang manakah F?


A. Geseran
B. Jarak
C. Graviti
D. Halaju

10. Antara berikut, yang manakah diklasifikasikan sebagai tuas kelas ketiga?
11. Rajah 6 menunjukkan dua alat, X dan Y.

Pasangan manakah yang menunjukkan tenaga yang dihasilkan yang betul?


X Y
A Tenaga kinetik Tenaga elektrik
B Tenaga haba Tenaga kinetik
C Tenaga elektrik Tenaga kinetik
D Tenaga haba Tenaga keupayaan

SOALAN SUBJEKTIF (BAHAGIAN A)

1. Tandakan (/) bagi pernyataan yang betul.

a. Jika suatu daya dikenakan pada suatu jasad, daya itu akan mengubah berat jasad
itu.
b. Sekiranya daya apungan melebihi berat sesuatu objek, objek itu akan terapung

c. Apabila ketumpatan sesuatu objek meningkat, kesan apungan pada objek itu akan
berkurang

2. Rajah menunjukkan susunan radas yang digunakan untuk menyiasat hubungan antara tekanan
dengan suhu udara pada isipadu dan jisim yang tetap.
(a) Berdasarkan Rajah, nama alat pengukur berlabel X?

…………………………………………………………………………………………………………………………………

(b) Nyatakan kuantiti fizik yang diukur oleh X?

…………………………………………………………………………………………………………………………………

(c) (i) Apakah yang akan berlaku kepada bacaan X apabila suhu bertambah?

…………………………………………………………………………………………………………………………………
(ii) Beri satu sebab bagi jawapan dalam 2 (c) (ii)?

…………………………………………………………………………………………………………………………………

3. Rajah 11 menunjukkan paku tekan yang ditekan dengan jari pada dua tempat berbeza.

Rajah 12

a. Jari pada kedudukan manakah akan terluka sekiranya tekanan yang sama digunakan untuk
menekan paku tekan itu? Terangkan mengapa.
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
[2 marks/markah]

b. Berat purata seekor badak sumbu yang mempunyai purata ketinggian 1.8 meter adalah
lebih kurang 2000 kg. Berdasarkan kepada prinsip tekanan, terangkan bagaimana kaki
badak sumbu diadaptasi untuk berjalan tanpa tenggelam ke dalam tanah.
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
[2 marks/markah]

c. Jelaskan situasi berikut.


i. Siti mendapati sukar untuk berjalan di atas padang rumput yang lembap semasa
memakai kasut bertumit tinggi. Jelaskan mengapa.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[2 marks/markah]

ii. Beg plastik yang digunakan untuk membawa durian lebih mudah koyak berbanding
dengan beg plastik yang digunakan untuk membawa tembikai walaupun berat
kedua-dua buah adalah sama. Jelaskan mengapa.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[2 marks/markah]

Anda mungkin juga menyukai