Anda di halaman 1dari 9

Jawab semua soalan.

1. Rajah 1 menunjukkan perubahan keadaan jirim yang berlaku dalam alam semula jadi. Tulis
pepejal, cecair dan gas untuk melabel setiap keadaan jirim.

a)

Rajah 1
[3 markah]

b) Seorang murid menjalankan eksperimen untuk mengkaji penyerapan haba atau


pembebasan haba semasa perubahan keadaan jirim.

ais air wap air

Rajah 2

1
i. Kelaskan proses K, L, M dan N kepada dua kumpulan dalam jadual di bawah.

Menyerap haba

Membebaskan haba

[2 markah]

ii. Seorang budak yang berpeluh sedang berdiri di hadapan sebuah kipas yang berpusing.
Tandakan (√) proses perubahan jirim yang berlaku pada peluhnya.

Rajah 3

[1 markah]

2
2. Sekumpulan murid menjalankan penyiasatan untuk mengkaji pemanjangan spring dengan
menggunakan pemberat yang berbeza. Rajah 4 menunjukkan radas yang digunakan untuk
penyiasatan itu.

Rajah 4

Keputusan penyiasatan itu ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jisim pemberat (g) Panjang spring (cm)

5 20

10 30

15 40

20 50

Jadual 1

a) Apakah tujuan penyiasatan ini?

[1 markah]

b) Nyatakan satu hubungan di antara apa yang diubah (pemboleh ubah manipulasi) dengan apa
yang diperhati (pemboleh ubah bergerak balas).

___________________________________________________________________________

[1 markah]

3
c) Apakah yang ditetapkan (pemboleh ubah dimalarkan) dalam penyiasatan ini?

[1 markah]

d) Ramalkan panjang awal spring sebelum beban diletakkan.

[1 markah]

3. Sekumpulan penyelidik menjalankan satu penyiasatan untuk mengkaji siratan makanan di


habitat sawah padi. Rajah 5 menunjukkan salah satu rantai makanan yang diperolehi dari
siratan makanan di habitat tersebut.

padi tikus ular

Rajah 5

Jadual 2 di bawah menunjukkan keputusan yang mereka dapati.

Tahun Bilangan ular Bilangan tikus

2010 4 40

2011 6 35

2012 8 30

2013 2 0

Jadual 2

a) Nyatakan dua sebab (inferens) tentang perubahan bilangan ular pada tahun 2013.

i. ________________________________________________________________________

ii. ________________________________________________________________________
[2 markah]

4
b) Nyatakan satu pemerhatian untuk menyokong sebab (inferens) di 3 (a).

[1 markah]
c) Apakah corak perubahan bilangan tikus dalam penyiasatan ini.

[1 markah]

Pengeluaran hasil padi bergantung kepada kadar semburan racun serangga

d) Nyatakan satu hubungan berdasarkan pernyataan di atas.

[1 markah]

4. Rajah 6 menunjukkan penyiasatan yang dilakukan oleh Husna untuk menguji empat jenis
bahan dengan menggunakan kertas litmus.

Rajah 6

Jadual 3 menunjukkan keputusan penyiasatan.

Bahan Perubahan warna kertas litmus

Jus limau nipis Biru kepada merah

Detergen Merah kepada biru

Cuka Biru kepada merah

Ubat gigi Merah kepada biru

Jadual 3

5
a) Nyatakan satu maklumat yang dikumpul dalam penyiasatan ini.

[1 markah]

b) Nyatakan satu sebab (inferens) tentang perbezaan perubahan warna kertas litmus apabila
diuji dengan detergen dan cuka.

[1 markah]

c) Ramalkan perubahan warna kertas litmus jika minyak masak diuji.

[1 markah]

Perubahan warna kertas litmus bergantung kepada sifat kimia bahan.

d) Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan satu hubungan antara sifat kimia bahan dengan
perubahan warna kertas litmus.

[1 markah]

e) Nyatakan satu fenomena yang melibatkan proses peneutralan di dalam kehidupan seharian.

[1 markah]

6
5. Sebuah poster tentang kesan merokok dijumpai di sebuah pasaraya tempatan.

Merokok merosakkan hampir semua organ dalam badan dan menjejaskan kesihatan manusia.
Asap rokok mengandungi bahan kimia yang berbahaya terhadap manusia. Sekumpulan
saintis telah menjalankan kajian tentang kesan asap rokok terhadap kesihatan manusia dan
memberi beberapa dapatan ;
 Nikotin menyebabkan ketagihan dan merosakkan tisu otak
 Nikotin menyebabkan dinding arteri menjadi keras
 Bahan berasid menyebabkan kanser peparu dan emfisema
 Sulfur dioksida menyebabkan batuk dan sesak nafas

a) Seorang perempuan mengandung mengambil keputusan untuk berhenti merokok setelah


melihat poster tersebut. Adakah anda bersetuju dengan keputusannya? Wajarkan pandangan
anda berserta bukti untuk menyokong.

[3 markah]

7
b) Encik Zulkifli mengalami masalah asma sejak kecil lagi. Cadangkan bagaimana Encik
Zulkifli boleh mengelakkan masalah tersebut daripada menjadi lebih serius.

[2 markah]

c) Merokok merupakan faktor utama yang menyebabkan penyakit jantung. Kesannya amat
besar jika terdapat faktor lain seperti amalan pemakanan yang tidak sihat. Rajah 7 di bawah
menunjukkan seorang perokok yang sedang menikmati makanan segera di sebuah restoran.
Terangkan kesan negatif yang akan dialami pada jangka masa panjang jika tabiat ini
diteruskan.

Rajah 7

[3 markah]

8
d) Kajian menyatakan bahawa perokok mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi kanser
peparu. Berikan cadangan anda untuk mengatasi masalah ini di negara kita.

[2 markah]

- TAMAT -

Anda mungkin juga menyukai