Anda di halaman 1dari 8

Baja KalFos Kulit Telur Untuk Elak Bunga dan Buah Gugur Sebelum Matang

Tanaman anda kerap mengalami buah muda gugur secara tiba-tiba atau kudup bunga
gugur? Cuba semak jika betul telah anda berikan air, baja, cukup cahaya, dan ada agen
pendebungaan seperti rama-rama, lebah, ataupun serangga lain. Jika semua telah anda
cukupkan, mungkin faktor lain yang menyebabkan masalah ini seperti kekurangan kalsium.
Cara terbaik untuk memulihkan keadaan ini adalah dengan menggunakan baja kalfos. Baja
Kalfos adalah gabungan dua unsur iaitu kalsium dan fosforus.

Semua bahan untuk membuat baja organik ini boleh kita dapati dari dapur kita sendiri. Ia
adalah cecair nutrien sesuai untuk tumbuhan yang mula berbunga.

Pada fasa bunga ini, tumbuhan memerlukan kalsium dan fosforus yang banyak. Dalam
kaedah pertanian alami, kita guna kalfos sebaik sebelum tumbuhan mula mengeluarkan
putik bunga. Kata mudahnya, kita berikan fosforus pada sistem akar, yang akan
membolehkan tumbuhan menyerap air dan nutrien dari tanah bagi membantu fasa kritikal
untuk putik bunga keluar. Kita berikan kalsium bagi menguatkan persediaan tumbuhan
untuk menampung mengeluarkan bunga dan buah yang banyak.

Ringkasnya, baja kalfos baik untuk perkembangan sistem akar, melebatkan dan berupaya
mengelak bunga dan buah yang belum matang gugur serta menghasilkan buah yang
berkualiti.

Saya kongsikan resipi baja kalfos.

Resipi Baja Kalfos


Bahan-bahan:

1. Kulit telur ayam – 200 g


2. Cuka organik* – 1 L
3. Bekas 1.5L

*apa-apa cuka makan yang biasa kita guna di dapur.

Alat:

1. Kuali

Cara buat:

1. Ramas dan hancurkan kulit telur ayam sehingga menjadi serpihan kecil
2. Sangai serpihan kulit telur itu sehingga berwarna hitam di dalam kuali
3. Masukkan hasil sangai tersebut ke dalam bekas
4. Tuang cuka kayu ke dalam bekas
5. Buih-buih akan muncul. Biarkan sehingga buih itu hilang
6. Tutup bekas dan peram antara 20 sehingga 30 hari
7. Setelah itu tapis cecair KalFos.

Penggunaan:

1. 3-5 mL kalfos dengan 1L air


2. Sembur pada daun, batang dan pangkal pokok. Boleh juga siram jika tiada masa.

Penghasilan baja organik ini mudah, bukan? Hanya guna cengkerang telur ayam. Tidak
lebih tidak kurang. Dengan menggunakan baja kalfos ini, kita mungkin dapat
mengurangkan kos pembajaan. Apatah lagi memberi kesan bagus kepada tanaman.

Selamat mencuba!

Rujukan:

1. https://permies.com/t/54487/CalPhos-liquid-fertilizer-spray-eggshells
Baja organik atau organik fertilizer adalah baja yang dihasilkan melalui bahan
berasaskan binatang, tumbuhan dan bahan mineral.

Namun secara umum pengeluaran baja organik yang terbesar antara bahan-bahan ini
ialah daripada bahan mineral seperti limestone,phosphate rock dan ammonia (dalam
pengeluaran industri).

Sumber Baja Organik

1. Sumber haiwan

Sumber tinja binatang seperti ayam, lembu, kuda, arnab dan guano (tahi kelawar).
Selain itu juga bahan-bahan binatang seperti tulang, darah dan sebagainya diproses
menjadi baja organik seperti darah dan tulang kambing, lembu dan ikan. Misalnya,
bloodmeal, bone meal, hides, hoofs dan tanduk adalah sumber penghasilan baja
organik.

2. Sumber tumbuhan

Bahan tumbuhan yang sesuai diproses menjadi baja organik seperti kompos, baja
alfalfa, baja biji-kapas, baja gluten jagung dan baja rumpai laut.

KEBAIKAN BAJA ORGANIK KEPADA BATAS DAN TANAMAN

1. Membaikpulih tanah kepada tanah yang kaya humus untuk tanaman.

2. Kelembapan tanah dan melambatkan kekeringan pada tanah.

3. Sumber nutrient yang tinggi kepada tanaman.

4. Memberi lebih pengudaraan dan saliran yang baik kepada tanah.

5. Penambahan mikroorganisma yang baik dalam batas membolehkan ia menguraikan


komponen baja organik seterusnya menghasilkan nutrisi kepada tanaman.
6. Struktur tanah lebih gembur dan peroi dengan kehadiran kompos.

7. Mesra alam tanpa pencemaran.

Untuk menjimatkan kos, kita boleh membuat sendiri baja organik daripada bahan yang
senang diperolehi di rumah.

Jom kita belajar cara-cara untuk menghasilkan baja organik. Baja organik yang akan
dihasilkan kali ini ialah dengan menggunakan tiga kaedah iaitu :

👀 FERMENTED FRUIT JUICE (FFJ)


👀 FISH AMINO ACID (FAA)
👀 CALCIUM PHOSPHATE (CAP)
👀 FERMENTED PLANT JUICE (FPJ)

FERMENTED FRUIT JUICE (FJJ)

Menggunakan buah-buahan sebagai bahan utama dalam menghasilkan baja organik.

Bahan-bahan yang diperlukan :

 Buah-buahan yang masak dan manis (ciku, mangga, pisang)


 Gula merah
 Kertas putih
 Gelang getah
 Bekas plastik
 Pisau
 Papan pemotong
 Mangkuk
Cara-cara menghasilkan baja (FJJ)

1. Sediakan bahan-bahan dan peralatan yang akan digunakan


2. Potong buah-buahan kepada bahagian yang kecil
3. Gaulkan buah-buahan dengan gula merah dengan kadar 1:1
4. Masukkan ke dalam bekas dan tutup dengan menggunakan gelang getah
5. Tutup dengan penutup dan simpan di tempat redup selam 5-7 hari
6. Tapis dan simpan dalam bekas

FISH AMINO ACID

Menggunakan sisa-sisa ikan sebagai bahan utama dalam penghasilan baja organik

Bahan-bahan yang diperlukan :

 ikan
 gula merah
 kertas putih
 gelang getah
 bekas plastik
 pisau
 papan pemotong
 mangkuk

Cara-cara menghasilkan baja (FAA)


1. Sediakan bahan dan peralatan yang digunakan
2. Potong ikan kepada saiz yang kecil
3. Gaulkan ikan bersama gula merah dengan kadar 1:1
4. Masukkan ke dalam bekas dan tutup dengan kertas dan ikat dengan gelang
getah
5. Tutup dengan penutup botol dan simpan selama 1 bulan
6. Tapis dan simpan campuran baja di dalam bekas dan tutup (jangan terlalu ketat)

Baja acid amino dan fermented plant juice

CALCIUM PHOSPHATE

Menggunakan kulit telur sebagai bahan utama dalam penghasilan baja calcium
phosohate

Bahan-bahan yang diperlukan :

 Kulit telur
 Cuka beras
 Kertas putih
 Gelang getah
 Bekas plastik

Cara-cara menghasilkan CaP


1. Bakar kulit telur dan hancurkan
2. Campurkan kulit telur dengan cuka beras pada kadar 1:10
3. Tutup dengan kertas dan ikat menggunakan gelang getah
4. Tutup dengan penutup botol dan simpan di tempat redup selama 30 hari
5. Tapis dan simpan campuran baja di dalam bekas dan tutup

FERMENTED PLANT JUICE (FPJ)

Menggunakan sayur-sayuran dalam penghasilan baja FPJ

Bahan-bahan yang diperlukan :

 Sayur hijau
 Gula merah
 Kertas putih
 Gelang getah
 Bekas plastik
 Pisau
 Papan pemotong
 Mangkuk

Cara-cara menghasilkan baja FPJ

1. Sediakan peralatan dan bahan yang diperlukan


2. Potong sisa tanaman bersaiz 5-10cm
3. Timbang dan masukkan ke dalam bekas
4. Gaulkan sayur hijau bersama dengan gula merah pada kadar 1:1
5. Masukkan ke dalam bekas dan tutup menggunakan kertas putih
6. Seterusnya ikat menggunakan gelang getah
7. Tutup menggunakan penutup dan simpan di tempat yang redup selama 5-7 hari
8. Tapis dan simpan di dalam bekas
Rajah dibawah merupakan gambar baja-baja organik 👇

Anda mungkin juga menyukai