Anda di halaman 1dari 10

PANDUAN AMALI

MEMBUAT BAJA ORGANIK MENGGUNAKAN


BAHAN-BAHAN SEMULAJADI
Disediakan oleh: Izham Alias / KebunBandar.com

Untuk jemputan kurus pendek berkaitan baja, boleh terus hubungi:


Unit Agroteknologi,
Kolej Komuniti Tambunan,
Jalan Batu Gong,
89657 Tambunan,
Sabah.
PENGENALAN
Petani banyak bergantung pada input-input kimia yang dijual. Peningkatan harga
petrol memberi kesan langsung kepada peningkatan harga baja dan racun kimia.
Ini seterusnya menyebabkan kenaikan secara langsung kepada kos pengeluaran
tanaman.
Untuk petani untung, petani harus meningkatkan hasil. Untuk meningkatkan hasil,
petani perlu meningkatkan kos input. Walaupun begitu, harga jualan sayur dan
tanaman tidak boleh meningkat.
Apa yang petani boleh buat adalah dengan mengurangkan kos input seperti baja
dan racun kimia. Tapi ini pula akan memberi kesan kepada pengeluaran tanaman.
Dilema petani ini ada ubatnya.
Kembali kepada alam semula jadi. Gunakan bahan-bahan yang ada di sekeliling
kita.
Kaedah Pertanian Alamiah atau lebih dikenali sebagai Korean Natural Farming
(KNF) ini semakin mendapat tempat. Semakin ramai petani di seluruh dunia
menggunakan kaedah yang murah ini.
Diharapkan panduan ini dapat membantu petani untuk berkebun dengan lebih
efisien.

Baja Input Bio-Organik


1. Mikrob Asli
2. Jus Sayuran Peram
3. Jus Buahan Peram
4. Baja Ikan
5. Kalsium Fosfat (KalFos)

1
Mikrob Asli (MA)
Nama Inggeris: Indigineous MicroOrganism (IMO)
Kebaikan mikrob asli:
Untuk tumbuhan dan tanah
1. Menyuburkan kembali tanah
2. Menyuburkan tumbuhan
3. Mengurangkan tekanan pada bibit yang masih kecil
4. Mengumpul nitrogen di udara seterusnya menggalakkan pertumbuhan
yang cepat
5. Mengawal serangga perosak dan penyakit
6. Memberi kesegeran yang lebih lama kepada bunga potong
Untuk haiwan ternakan
1. Mengurangkan bau busuk najis kandang
2. Meningkatkan tahap penghadaman ternakan
3. Meningkatkan tahap imunisasi haiwan ternakan
4. Memperbaiki kualiti air dalam akuarium mahupun kolam
5. Boleh merawat penyakit kurap kucing dan anjing
6. Menghilangkan bau busuk najis dan kencing haiwan
Untuk rumah
1. Sebagai pencuci alami menghilangkan bau busuk sampah dan tandas.
2. Sebagai sanitasi membersihkan kotoran di sekitar rumah
Bahan: Alatan:
1. Nasi – 500g 1. Bekas tapis
2. Gula merah – 500g 2. Baldi – 5L
3. Air bersih – 500 Ml 3. Penapis
4. Kertas
5. Gelang getah
6. Plastik
7. Botol kosong – 1.5 L

2
Cara buat:
1. Mengumpul mikrob asli
a. Masukkan nasi ke dalam bekas tapis. Tunggu sehingga nasi menjadi
sejuk
b. Cari rumpun buluh atau pisang.
c. Korek lubang sekitar 15-30 cm dalam.
d. Letakkan bekas di dalam lubang di bawah perdu buluh atau pisang
tersebut
e. Tutup bekas dengan bekas tapis lebih besar. Ini agar mengelakkan tikus
atau haiwan perosak lain mengacau
f. Tutup dengan bekas tersebut dengan plastik bagi mengelakkan basah
akibat hujan
g. Biarkan selama 3-5 hari sehingga kelihatan kulat seperti kapas muncul di
atas dan sekitar nasi.
2. Penternakan dan penghasilan
a. Pindahkan nasi berkulat ke dalam baldi. Masukkan gula merah dan air
bersih. Gaul rata.
b. Tutup baldi dengan kertas dan diikat dengan gelang getah
c. Letakkan baldi di tempat gelap dan dingin jauh daripada pancaran
cahaya matahari.
d. Biarkan baldi berisi campuran tersebut selama 7 hari.
3. Penuaian
a. Ambil baldi yang telah diperam itu dan tapis cecair yang terhasil.
b. Masukkan cecair yang ditapis ke dalam botol kosong
AMARAN: Pastikan botol berisi MA tidak ditutup rapat agar gas yang terhasil
dapat keluar. Jika botol, ditutup ketat ada kemungkinan botol meletup ketika
dibuka nanti.
Cara guna:
1. Sebagai baja cecair
a. Campurkan 1 sudu makan (~5 mL) MA dengan 1 L air. Semburkan pada
daun dan batang pokok.
b. Sebolehnya sembur di awal pagi (Sekitar 6.00am-8am) atau lewat
petang (5.00pm-7.00pm)
3
c. Sembur seminggu sekali
d. Sesuai disembur bagi bibit yang baru bercambah ataupun masih kecil
2. Mempercepatkan penghasilan kompos
a. Campurkan 2 sudu makan (~10mL) MA dengan 1 L air. Siram pada
kompos.
b. Buat siraman 2 minggu sekali agar kompos cepat terhasil

Jus Sayuran Peram (JSP)


Nama Inggeris: Fermented Plant Juice (FPJ)
Kebaikan JSP:
1. Membantu tumbuhan kekal subur
2. Mengurangkan serangan serangga perosak seperti belalang dan bena
3. Mempercepatkan pertumbuhan sayur
Bahan: Alatan:
1. Kangkung – 1kg (dikutip seawal 1. Baldi – 5L
selepas subuh, sekitar jam 6am- 2. Penapis
7am)
2. Gula merah – 1kg
3. Air bersih – 1 L
4. Kertas
5. Gelang getah
6. Botol plastik 1.5 L – 2

Cara buat:
1. Kutip semua kangkung sebelum subuh. Hal ini kerana ketika ini tumbuhan
ini kaya dengan enzim baik.
2. Potong dan cincang kangkung kepada potongan halus
3. Campurkan kangkung yang dicincang, gula merah dan air ke dalam baldi.
Gaul rata.
4. Tutup dengan kertas dan ikat dengan gelang getah
5. Simpan baldi berisi semua bahan itu di tempat gelap dan dingin selama 7
hari.

4
6. Setelah 7 hari, perah semua bahan dengan penapis
7. Simpan pati JSP ke dalam botol kosong.
AMARAN: Pastikan botol berisi JSP tidak ditutup rapat agar gas yang terhasil
dapat keluar. Jika botol, ditutup ketat ada kemungkinan botol meletup ketika
dibuka nanti.
Cara guna:
1. Campurkan 1 sudu makan (~5 mL) pati JSP dengan 1 L air bersih.
2. Semburkan pada daun dan batang atau tanah berdekatan perdu tanaman
3. Sebolehnya sembur di awal pagi (Sekitar 6.00am-8am) atau lewat petang
(5.00pm-7.00pm)
4. Sembur seminggu sekali
5. Gunakan pada:
a. Padi: 7 hari selepas tanam di sawah
b. Jagung: Setiap 7 hari sehingga masuk fasa berbunga
c. Sayuran: Setiap 10 hari selepas tanam sehingga tuai
d. Pisang: Setiap 10 hari selepas tanam sehinggalah masuk fasa berbunga
e. Pokok buah: Setiap 10 hari sehingga mula keluar bunga
Jus Buahan Peram (JBP)
Nama Inggeris: Fermented Fruit Juice (FFJ)
Kebaikan JBP:
1. Sumber kalium yang bagus untuk memaniskan buah
2. Membesarkan saiz buah
3. Mengurangkan serangan serangga perosak dan penyakit
4. Menambah kepelbagaian mikrob baik di dalam tanah
Bahan: Alatan:
1. Buah-buahan berwarna kuning: 1. Baldi – 5 L
mangga, betik, cempedak, 2. Penapis
pisang – 1 kg
2. Gula merah – 1 kg
3. Air bersih – 1 L
4. Kertas
5. Gelang getah
5
Cara buat:
1. Potong buah kepada potongan kecil
2. Campurkan buah yang telah dipotong, gula merah dan air ke dalam baldi.
Gaul rata.
3. Tutup dengan kertas dan ikat dengan gelang getah
4. Simpan baldi berisi semua bahan itu di tempat gelap dan dingin selama 7
hari.
5. Setelah 7 hari, perah semua bahan dengan penapis
6. Simpan pati JBP ke dalam botol kosong.
AMARAN: Pastikan botol berisi JBP tidak ditutup rapat agar gas yang terhasil
dapat keluar. Jika botol, ditutup ketat ada kemungkinan botol meletup ketika
dibuka nanti.
Cara guna:
1. Campurkan 1 sudu makan (~5 mL) pati JBP dengan 1 L air.
2. Semburkan pada daun dan batang atau tanah berdekatan perdu tanaman
3. Sebolehnya sembur di awal pagi (Sekitar 6.00am-8am) atau lewat petang
(5.00pm-7.00pm)
4. Sembur seminggu sekali
5. Gunakan pada:
a. Padi: apabila mula muncul bunga padi (setiap 7 hari)
b. Jagung: apabila bunga jantan mula keluar (setiap 7 hari)
c. Pisang: apabila mula muncul bunga (setiap 7 hari)
d. Pokok buah-buahan lain: apabila mula muncul bunga sehinggalah buah
dituai (setiap 7 hari)

Baja Ikan
Nama Inggeris: Fermented (Fish) Amino Acid (FAA)
Kebaikan baja ikan:
1. Sumber nitrogen yang tinggi.
2. Bertindak sebagai ‘hormon tumbesaran’ untuk tumbuhan membesar
3. Makanan bagus untuk mikrob tanah baik
6
Bahan: Alatan:
1. Ikan laut *() – 1 kg 1. Baldi – 5 L
2. Gula merah – 1 kg 2. Penapis
3. Air bersih – 1 L 3. Pisau
4. Kertas
5. Gelang getah
6. Botol kosong 1.5 L – 2
*lebih bagus jika berwarna biru gelap atau hitam, tanda kaya dengan asid amino
Cara buat:
1. Cincang semua ikan termasuk isi perut dan insangnya sekali.
2. Masukkan ikan yang dicincang itu, air dan gula merah ke dalam baldi. Gaul
rata.
3. Tutup baldi dengan kertas dan ikat dengan gelang getah
4. Simpan baldi berisi ikan tersebut di tempat yang gelap dan dingin selama
14 hari
5. Selepas 14 hari, tapis semua peraman dengan penapis. Sisa peraman boleh
ditanam di pangkal pokok sebaagai baja.
6. Masukkan pati baja ikan ke dalam botol kosong.
AMARAN: Pastikan botol berisi baja ikan tidak ditutup rapat agar gas yang terhasil
dapat keluar. Jika botol, ditutup ketat ada kemungkinan botol meletup ketika
dibuka nanti.
Cara guna:
1. Sesuai untuk sayuran, pokok hiasan, orkid, padi, jagung dan buahan.
2. Campurkan 1 sudu makan (~5 mL) pati baja ikan dengan 1 L air.
3. Sembur pada daun dan batang tumbuhan atau terus pada tanah sekitar
pangkal tanaman.
4. Sembur seminggu sekali.
5. Sebolehnya sembur di awal pagi (Sekitar 6.00am-8am) atau lewat petang
(5.00pm-7.00pm)

7
Kalsium Fosfat (KalFos)
Kebaikan:
1. Boleh menggalakkan tanaman mengeluarkan bunga yang banyak
2. Meningkatkan hasil tanaman
3. Memanjangkan tempoh penyimpanan buah
4. Mengurangkan serangan serangga perosak dan penyakit
Bahan: Alatan:
1. Cengkerang telur ayam – 1 kg 1. Baldi – 5 L
2. Cuka makan – 1 L 2. Penapis
3. Botol kosong 1.5 L 3. Kuali

Cara buat:
1. Goreng cengkerang telur ayam di dalam kuali tanpa minyak sehingga warna
hitam keperangan
2. Masukkan cengkerang telur yang telah siap digoreng bersama dengan cuka
makan ke dalam baldi.
3. Tutup baldi dengan kertas dan ikat dengan gelang getah
4. Peram campuran tersebut selama 14 hari atau sehingga cengkerang telur
semua larut dan lebur
5. Setelah 14 hari, tapis campuran dengan penapis.
6. Masukkan pati tersebut ke dalam botol kosong.
Cara guna:
1. Campurkan 1 sudu makan (~5 mL) kalfos dengan 1 L air.
2. Semburkan pada daun dan batang atau tanah sekeliling tanaman
3. Sembur seminggu sekali
4. Sesuai untuk:
a. Padi: Pada permulaan nampak tangkai padi sehingga seminggu sebelum
tuai.
b. Jagung: 45-60 hari selepas tanam
c. Sayur, buahan dan pisang: Pada penampakan bunga dan sehingga
seminggu sebelum tuai

8
Panduan Umum Penggunaan Baja
1. Semua baja ini boleh dicampur dalam satu bekas semburan.
2. Sukatan untuk 10 L atau 20 L boleh mengikut kadar yang sesuai. Contohnya
jika kita gunakan tong penyembur 20 L, maka kita masukkan baja sebanyak
100 mL. Jika kita gunakan tong penyembur 10L, maka kita masukkan baja
sebanyak 50 mL.
3. Asingkan antara tong penyembur racun rumpai dan tong penyembur racun
serangga. Jangan gunakan tong yang sama untuk baja dan racun.

Anda mungkin juga menyukai