Anda di halaman 1dari 4

000602-13-1025

LAPORAN AMALI SAINS 1


ALAM KEHIDUPAN ( UJIAN MAKANAN )

Tajuk : Ujian makanan

Tujuan : Untuk menyiasat hubungan di antara jenis larutan yang digunakan dengan
perubahan warna terhadap larutan yang digunakan

Penyataan Masalah : Adakah bahan yang digunakan mengandungi kelas-kelas


makanan iaitu seperti gula, protein atau kanji?

Hipotesis :

i) Jika larutan alkohol digunakan, maka


ii) Jika larutan Benedict digunakan, maka warna pada larutan berubah menjadi
mendakan merah bata
iii) Jika larutan Millon digunakan, maka warna pada larutan berubah menjadi
mendakan merah bata
iv) Jika larutan Iodin digunakan, maka warna pada larutan berubah menjadi biru tua

Pembolehubah : i) Dimanipulasi : Jenis larutan

ii) Bergerakbalas : Perubahan warna terhadap larutan yang


digunakan

iii) Dimalarkan : Jenis sampel makanan

Bahan : Larutan Benedict, larutan Millon, Larutan Iodin, larutan alkohol dan roti

Alat atau Radas : Rak tabung uji, Tabung uji, penitis, penunu bunsen, penyepit,
spatula, rod kaca, kertas turas, mancis, corong turas, pestle dan
mortar.

1
000602-13-1025

Kaedah atau Prosedur

a) Ujian Emulasi untuk Lemak.

i) Sediakan bahan dan radas seperti yang ditetapkan.


ii) Biskut dimasukkan ke dalam mortar dan pestle dan ditumbuk sehingga
lumat menggunakan mortar dan pestle.
iii) Beberapa titisan larutan alkohol dititiskan ke atas roti tersebut dengan
menggunakan penitis.
iv) Makanan tersebut dimasukkan ke dalam tabung uji yang telah disediakan
menggunakan rod kaca dan spatula.
v) Bahan yang telah dilumatkan akan ditapis dengan menggunakan corong
turas dan kertas turas dan dikumpulkan di dalam satu tabung uji.
vi) Bahan tapisan tersebut dituangkan ke dalam tabung uji yang mengandungi
air suling
vii) Seterusnya, tabung uji diletakkan pada rak tabung dengan menggunakan
penyepit
viii) Akhir sekali, perubahan warna pada larutan diperhatikan dan dicatatkan
dalam jadual

b) Ujian Glukosa

i) Sediakan bahan dan radas seperti yang ditetapkan.


ii) Biskut dimasukkan ke dalam mortar dan pestle dan biskut tersebut
ditumbuk sehingga lumat.
iii) Bahan yang telah ditumbuk itu dimasukkan ke dalam tabung uji dengan
menggunakan rod kaca dan spatula.
iv) Di dalam tabung uji tersebut, larutan Benedict dititiskan dengan beberapa
titisan.
v) Kemudian, penunu bunsen dinyalakan menggunakan mancis dan tabung
uji yang mengandungi biskut itu dididihkan.
vi) Tabung uji tersebut diangkat dengan menggunakan penyepit yang telah
disediakan dan diletakkan pada rak tabung uji.
vii) Akhir sekali, perubahan warna pada larutan diperhatikan dan dicatatkan
dalam jadual

c) Ujian Protein

i) Sediakan bahan dan radas seperti yang ditetapkan

2
000602-13-1025

ii) Biskut dimasukkan ke dalam mortar dan pestle lalu ditumbuk bersama air
sehingga menjadi lumat.
iii) Kemudian, bahan tersebut diambil dengan menggunakan spatula dan rod
kaca lalu dimasukkan ke dalam tabung uji yang telah disediakan.
iv) Beberapa titisan larutan Millon dititiskan ke dalam tabung uji tersebut.
v) Penunu bunsen dinyalakan dengan menggunakan mancis dan tabung uji
tersebut dididihkan.
vi) Tabung uji yang digunakan tersebut diangkat dengan menggunakan
penyepit dan diletakkan pada rak tabung uji
vii) Akhir sekali, perubahan warna pada larutan diperhatikan dan dicatatkan
dalam jadual.

d) Ujian kanji

i) Sediakan bahan dan radas seperti yang ditetapkan


ii) Biskut dimasukkan ke dalam mortar dan pestle serta bahan yang
digunakan ditumbuk bersama dengan air sehingga lumat
iii) Bahan tersebut dimasukkan ke dalam tabung uji menggunakan rod kaca
dan spatula.
iv) Kemudian, penunu Bunsen dinyalakan dengan menggunakan mancis dan
tabung uji tersebut dididihkan.
v) Seterusnya, tabung uji diangkat menggunakan penyepit dan diletakkan
pada rak tabung uji serta dibiarkan sejuk pada keadaan suhu bilik.
vi) Kemudian, beberapa titisan larutan iodin dititiskan ke dalam tabung uji yang
digunakan tersebut.
vii) Akhir sekali, perubahan warna pada larutan diperhatikan serta direkodkan
dalam jadual.

3
000602-13-1025

Keputusan atau Pemerhatian

Sampel Makanan Jenis Larutan Pemerhatian Kesimpulan


Kimia
Lemak Larutan Alkohol Lapisan Lemak Sampel makanan
terbentuk di atas
Protein Larutan Millon Warna pada Sampel makanan
larutan berubah yang digunakan
menjadi mengandungi
mendakan merah protein
bata
Kanji Larutan Iodin Warna pada Sampel makanan
larutan berubah yang digunakan
kepada biru mengandungi kanji
kehitaman
Karbohidrat Larutan Benedict Warna pada Sampel makanan
larutan berubah yang digunakan
menjadi mengandungi
mendakan merah karbohidrat
bata
Gula Penurun Larutan Benedict Warna pada Sampel makanan
larutan berubah yang digunakan
menjadi mengandungi gula
mendakan bata penurun

Anda mungkin juga menyukai