Anda di halaman 1dari 6

Tujuan

Menentukan kehadiran karbohidrat, lemak, dan protein dalam dua sampel makanan.

Bahan dan radas

1. Tabung uji
2. Rak tabung uji
3. Bikar 500 mL
4. Pemegang tabung uji
5. Penunu Bunsen
6. Tungku tiga kaki
7. Kertas turas
8. Penitis
9. Air suling
10. Rod kaca
11. Larutan Iodin
12. Larutan Benedict
13. Larutan Millon

Bikar Rak tabung uji

Tabung uji

Rod kaca
Air suling
Penitis

Pemegang tabung
uji

Penunu Bunsen
Tungku tiga kaki

Gambar 1.1: Radas yang digunakan.


Larutan millon

Larutan benedict
Kertas turas
Larutan iodin

Penitis

Gambar 1.2: Bahan yang digunakan.

Prosedur Pemerhatian Deduksi


1. Ujian kehadiran karbohidrat
i. Ujian untuk gula ringkas Sampel makanan A
a. 2 mL sampel makanan A dan B mengandungi
dituangkan ke dalam tabung gula penurun.
uji.
b. 5 titik larutan benedict
ditambahkan ke dalam tabung A B
uji.
c. Tabung uji tersebut kemudian Sampel makanan A
di diletakkan ke dalam air berubah warna dari
panas selama 5 minit. putih ke hijau.
d. Perubahan warna dicatatkan. Sampel makanan B
e. Langkah (a) hingga (d) diulang pula berubah warnah
dengan menggunakan sampel dari putih ke biru terang.
makanan B.

ii. Ujian untuk kanji


a. 1 mL sampel makanan A Sampel makanan A
dituangkan ke dalam tabung dan B tidak
uji. mengandungi kanji.
b. 5 titik larutan iodin
ditambahkan ke dalam tabung
uji tersebut.
c. Perubahan warna direkodkan. Sampel makanan A dan
f. Langkah (a) hingga (c) diulang B tidak menunjukkan
dengan menggunakan sampel apa – apa perubahan
makanan B. warna.
2. Ujian kehadiran protein
a. 2 mL sampel makanan A Sampel makanan A
dituangkan ke dalam tabung uji. dan B mengandungi
b. 5 titik larutan millon ditambahkan protein.
ke dalam tabung uji tersebut.
Kemudian digoncang perlahan –
lahan.
c. Perubahan warna direkodkan.
d. Langkah (a) hingga (c) diulang
dengan menggunakan sampel Sampel makanan A
makanan B. bertukar warna dari
putih ke kuning
bata(mendakan).
Sampel makanan B
bertukar warna dari
putih ke merah
bata(mendakan).

3. Ujian kehadiran lipid


a. Satu titik sampel makanan A Sampel makanan A
dititiskan ke atas kertas turas. dan B mengandungi
b. Kertas turas kemudian dibiarkan lipid atau lemak.
kering.
c. Apabila kering, arahkan kertas A B
turas kearah sinaran matahari.
d. Pemerhatian direkodkan. Sampel makanan A dan
e. Langkah (a) hingga (d) diulang B pada kertas turas
dengan menggunakan sampel apabila diarahkan
makanan B. kearah sinaran matahari
cahaya dapat
menembusi kertas turas
tersebut.

Jadual 1.1: Jadual prosedur, pemerhatian dan deduksi.


Perbincangan

Dalam eksperimen ini kami dikehendaki untuk menentukan kehadiran karbohidrat,


lemak, dan protein dalam dua sampel makanan. Dua sampel makanan tersebut dilabelkan A
dan B. Kedua – dua sampel makanan tersebut adalah dalam bentuk cecair.

Terdapat tiga reagen penting yang telah digunakan dalam eksperimen ini iaitu
larutan benedict, larutan iodin dan larutan millon. Setiap reagen ini mempunyai fungsi
tersendiri. Bagi larutan benedict, ianya digunakan untuk menguji kehadiran gula penurun
dalam sampel makanan. Selain itu, larutan iodin digunakan untuk menguji kehadiran kanji
dalam sampel makanan. Larutan millon pula digunakan untuk menguji kehadiran protein
dalam sampel makanan. Bagi menguji kehadiran lemak dalam sampel makanan pula, kertus
turas digunakan.

Dalam sampel makanan A, semasa menguji kehadiran gula penurun, sampel


makanan A berubah warna dari putih ke hijau. Ini bermakna sampel makanan A
mengandungi gula penurun. Dalam menguji kehadiran kanji pula, sampel makanan A tidak
menunjukkan apa – apa perubahan. Ini bermakana sampel makanan A tidak mengandungi
kanji. Dalam menguji kehadiran protein, sampel makanan A berubah warna dari putih ke
kuning bata (mendakan). Ini bermakna sampel makanan A mengandungi protein. Akhir
sekali, dalam ujian kehadiran lipid, sampel makanan A yang dititikkan ke atas kertas turas
menjadikakn kertas turas tersebut lut cahaya. Ini bermakna sampel makanan mengandungi
lipid atau lemak.

Dalam sampel makana B pula, semasa menguji kehadiran gula penurun, sampel
makanan B berubah warna dari putih ke biru terang. Ini bermakna sampel makanan A
mengandungi gula penurun. Dalam menguji kehadiran kanji pula, sampel makanan B tidak
menunjukkan apa – apa perubahan. Ini bermakana sampel makanan B tidak mengandungi
kanji. Dalam menguji kehadiran protein, sampel makanan B berubah warna dari putih ke
merah bata (mendakan). Ini bermakna sampel makanan B mengandungi protein. Akhir
sekali, dalam ujian kehadiran lipid, sampel makanan B yang dititikkan ke atas kertas turas
menjadikakn kertas turas tersebut lut cahaya. Ini bermakna sampel makanan mengandungi
lipid atau lemak.

Secara eksperimennya, sampel makanan A dan sampel makanan B mengandungi


kehadiran gula penurun, protein dan lemak tetapi tidak mengandungi kanji. Walaupun
begitu, kuantiti ataupun peratusan sebenar gula penurun, protein dan lemak tidak diketahui.
Namun, perbezaan perubahan warna dantara dua sampel makanan dapat memberi
pandangan awal yang mana satu mempunyai kuantiti atau peratusan gula penurun atau
protein atau lipid yang lebih tinggi.

Sampel makanan A lebih banyak mengandungi gula penurun daripada sampel


makanan B. Selain itu, sampel makanan B lebanyak mengandungi protein berbanding
sampel makanan A. Akhir sekali, Sampel makanan A mengandungi lebih banyak lemak
daripada sampel makanan B.
Semasa melakukan eksperimen ini, terdapat beberapa ralat yang telah dilakukan. Antara
ralat yang dilakukan ialah;

1. Semasa mencampurkan sampel makanan dan reagen tertentu, campuran tersebut tidak
digoncang. Hanya sedikit sahaja yang bertindakbalas.
2. Sampel makanan yang digunakan terlalu banyak menyebabkan reagen yang digunakan
juga banyak.

Ralat – ralat ini dapat dielakkan dengan mengambil beberapa langkah berhati – hati iaitu;

1. Semasa mencampurka sampel makanan dan reagen, campuran hendaklah


digoncangkan perlahan – lahan agar dapat bertindakbalas sepenuhnya.
2. Sampel makanan makanan yang ingin diuji hendaklah diambil sedikit sahaja agar
tindakbalas berlaku dengan cepat.

Kesimpulan

Sampel makanan A mengandungi kehadiran gula penurun, protein dan lemak tetapi tidak
mengandungi kanji.

Sampel makanan B mengandungi kehadiran gula penurun, protein dan lemak tetapi tidak
mengandungi kanji.
Rujukan

Aryulina, Diah dkk. 2010. BIOLOGY for Senior High School Grade XI Semester 1. Jakarta :
Erlangga.

Dayte D. K.. (n.d.). Ujian iodin untuk karbohidrat. Diambil pada September 23, 2015 dari
https://www.scribd.com/doc/91770476/Ujian-Iodin-Untuk-Karbohidrat.

Herman V. W.. (n.d.). Ujian makanan video. Diambil pada September 27, 2015 dari
https://www.scribd.com/doc/91770476/Ujian-Iodin-Untuk-Karbohidrat.

Kimball, J. W. 1999. Biologi Umum. Jakarta: Erlangga.

Prawirohartono, Slamet. 2004. Sains Biologi 2a Kurikulum 2004 Kelas 2 SMA. Jakarta: Bumi
aksara.

Sri Lestari, Endang. 2009. BIOLOGI 2 Makhluk Hidup dan Lingkungannya Untuk SMA/MA
Kelas XI. Jakarta: Pusat Perbukuan Departemen Pendidkan Nasional.

Thamara Martha. (n.d.). Ujian makanan karbohidrat protein lemak. Diambil pada September
25, 2015 dari http://play-fume.blogspot.my/2014/08/uji-makanan-karbohidrat-protein-
lemak.html.

Anda mungkin juga menyukai