Anda di halaman 1dari 20

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

01 Biodata Pelajar 2

02 Penghargaan 4

03 Pengenalan 6

04 Penulisan Akademik 8

05 Rujukan 12

06 Lampiran 16

1|Page
BIODATA
PELAJAR

2|Page
BIODATA PELAJAR

Nama : FAYSLEY JOCA JOLDIN

Tarikh lahir : 19hb DISEMBER 1994

No. IC : 941219-12-5313

Alamat : Kg. Malangang Baru Kiulu,

P/S 372 89257 Tamparuli, Sabah.

No. Telefon : 019 - 821 6984

E-mail : jcasley_19@yahoo.com

Unit : PISMP Sains (SK) Ambilan Jun 2015

3|Page
PENGHARGAAN

4|Page
PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya amat bersyukur ke hadirat Tuhan atas keberkatan yang telah
diberikan kepada saya sehinggakan saya telah berjaya menyiapkan karja kursus ini dengan
jayanya. Kerja kursus ini merupakan satu tugasan yang perlu disiapkan oleh setiap pelajar
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM). Maka dengan itu saya amat berbesar hati untuk
mengucapkan sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Cikgu Fisiologi dan
Epidemologi (SCES 3013), Pn Ainon binti Hadim dan En. Chandran Vengadasamy selaku
pensyarah di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent Sabah. Mereka merupakan
tenaga pengajar kami dalam subjek EDUP 3013, dimana mereka telah berganding bahu
bertungkus lumus untuk memberi tunjuk ajar, bimbingan dan juga menjana idea – idea yang
amat berguna sekali kepada kami.

Selain itu, tidak dilupakan juga untuk mengucapkan ucapan terima kasih kepada
rakan-rakan saya kerana dengan pertolongan dan tunjuk ajar mereka telah membantu saya
dalam menjana idea – idea yang bernas sekaligus dapat memperolehi maklumat yang
penting dalam perbincangan. Seterusnya, tidak lupa juga kepada bahagian perpustakaan
IPG Kampus Kent kerana telah memberikan kebenaran kepada kami untuk mencari
seberapa banyak maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan ini. Seterusnya,
tidak lupa kepada abang – abang dan kakak – kakak senior yang sudi memberi tunjuk ajar
serta bimbingan yang amat berfaedah sekali kepada saya kerana melalui tunjuk ajar mereka
saya dapat memperoleh ilham untuk menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya dan anggota keluarga yang lain
kerana telah memberikan saya sokongan dan dorongan untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Akhir kata, tanpa bantuan oleh semua pihak, secara langsung ataupun tidak langsung,
besar kemungkinan saya tidak dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan baik.

“Terima Kasih Semua”.

5|Page
PENGENALAN

PENGENALAN

6|Page
Dalam kerja kursus SCES 3013 ini terdapat beberapa tugasan yang perlu
diselesaikan oleh pelajar PISMP Semester 1 Ambilan Jun 2015 Institut Pendidikan Guru
Malaysia (IPGM). Sepertimana yang dikehendaki dalam kerja kursus ini, terdapat tiga
bahagian yang perlu diselasaikan oleh pelajar iaitu bahagian 1, 2, dan 3. Dalam bahagian 1
kerja kursus ini, ia berkaitan dengan penghasilan satu penulisan akademik yang
membincangkan punca, kesan dan cadangan cara pencegahan satu masalah epidemiologi
iaitu tabiat merokok dan masalah pernafasan.

Dalam bahagian 2 pula, pelajar ditugaskan untuk melengkapkan sekurang –


kurangnya tiga (3) laporan amali.

Dalam bahagian 3 pula pelajar akan menjalani ujian yang berbentuk kuiz secara
individu. Kuiz yang akan dihadapi pelajar adalah sekurang – kurangnya dua (2) dan dapat
menjawab dan lulus dengan baik.

7|Page
PENULISAN
AKADEMIK

Penulisan akademik.

8|Page
Dalam menongkah era dunia tanpa sempadan, pelbagai masalah timbul selaras
dengan kemajuan Malaysia di persada global. Masyarakat masih disogokkan dengan gejala
merokok yang membimbangkan. Laporan Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun
2000 dalam Modul Berhenti Merokok (2001) membuktikan 20 peratus perokok di Malaysia
terdiri daripada golongan remaja dan statistik ini meningkat setiap tahun. Dianggarkan 50
hingga 60 orang remaja di Malaysia memulakan tabiat merokok setiap hari. Persoalannya,
bagaimanakah tabiat merokok dapat menjurus kepada masalah pernafasan? Apakah punca
yang menyebabkan tabiat merokok? Apakah kesan merokok terhadap sistem pernafasan?
Adakah cara mengatasai tabiat merokok ini?

Tabiat merokok merupakan satu rutin harian bagi perokok untuk menghisap rokok.
Tanpa rokok, kehidupan mereka seakan – akan kosong. Masalah pernafasan pula
merupakan masalah fisiologi yang berkaitan sistem pernafasan manusia: kesukaran
bernafas. Sistem pernafasan merupakan sistem menghirup oksigen dari udara dan
mengeluarkan karbon dioksida. Organ – organ yang terlibat dalam sistem pernafasan
manusia adalah hidung, tekak, trakea, bronkus, bronkiol, bronkus, paru – paru dan alveolus.
Terdapat banyak jenis rokok yang dijual merata – rata. Sebatang rokok yang dinyalakan
oleh perokok mengeluarkan lebih 4000 bahan kimia beracun yang boleh membawa maut.
Bahan kimia seperti tar menyebabkan masalah pernafasan seperti radang pada organ
sistem pernafasan, kanser paru - paru dan sebagainya. Rokok yang seringkali yang diambil
oleh perokok ialah rokok yang mempunyai kandungan nikotin. Jadi, bagaimanakah nikotin
menyebabkan ketaagihan?

Nikotin mempengaruhi keseimbangan kimia pada otak, khususnya dopamin dan


norepinephrine iaitu neurotransmitter yang menyebabkan perokok rasa tenang dan bahagia.
Ketika nikotin bekerja, maka mud dan fokus akan berubah kepada negatif. Perubahan
tersebut terjadi sangat cepat. Ketika seseorang menghisap rokok, nikotin dengan cepat akan
menuju ke otak dimana kesannya akan bekerja. Itulah mengapa perokok sangat menikmati
kesan dari nikotin dan menjadi ketagihan. Pada masa yang sama, ketika terdapat
ketidakseimbangan kimia di otak akibat jumlah dopamin dan norepinephrine yang
berlebihan, otak akan mencuba untuk menyeimbangkannya. Sistem pertahanan badan
secara automatiknya akan mengeluarkan sejenis kimia yang membuatkan seseorang
merasa tekanan, mud menurun, dan tidak tenang ketika tidak merokok. Keadaan ini
menyebabkan seseorang ingin menhisap rokok untuk kembali meningkatkan mud dan
ketidaktenangannya.

Kegiatan merokok ini sering berlaku kepada masyarakat yang tidak mengendahkan
tentang bahayanya merokok, bukan saja golongan lelaki malahan juga golongan wanita juga

9|Page
ada yang sudah pandai berjinak-jinak dengan tabiat merokok ini. Terdapat pelbagai punca
atau faktor seseorang itu menghisap rokok antaranya ialah kurang ikatan kekeluargaan.
Keluarga merupakan organisasi yang terpenting dalam mendidik kanak – kanak yang baik
dan buruk. Kebelakangan ini ibu bapa terlalu sibuk dengan pekerjaan mereka sehingga
mereka terlupa akan anak – anak mereka di rumah. Ini menyebabkan anak – anak bosan
kerana kurang kasih sayang daripada ibu bapa yang seterusnya menyebabkan mereka
terjerumus dalam aktiviti negatif ini. Selain itu, rasa ingin mencuba sesuatu yang baru dan
berseronok membuak – buak dalam diri terutama remaja. Bagi remaja lelaki, merokok
merupakan satu cara untuk menunjukkan kematangan mereka dan merasa bangga apabila
menghisap rokok. Bagi lelaki dewasa, mereka merokok kerana sifat ketagihan mereka
sehingga ada yang berpendapat rokok sahabat atau kekasih kedua mereka. Di samping itu,
tekanan belajar atau kerja membuatkan mereka merokok. Mereka menganggap merokok
adalah cara melepaskan tekanan. Bagi wanita, merokok merupakan cara untuk
melangsingkan badan. Hal ini disebabkan bagi mereka merokok dapat mengawal selera
makan jadi bentuk dan berat badan mereka dapat dikekalkan. Golongan wanita hari ini
mahu memperjuangkan persamaan taraf. Ini bermakna mereka mahu meletakkan diri
mereka setaraf dengan lelaki. Mereka percaya dengan merokok, taraf mereka sama dengan
golongan lelaki. Ini menjadi kebanggaan golongan wanita jika mereka dapat melakukan apa
saja yang dilakukan oleh lelaki.

Antara kesan merokok terhadap sistem pernafasan manusia ialah masalah untuk
bernafas. Racun paling berbahaya dalam sebatang rokok ialah tar, karbon monoksida dan
nikotin. Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia penyebab kanser. Statistik di
Malaysia membuktikan merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kes kematian setahun;
30 peratus daripadanya disebabkan oleh 10 jenis kanser, iaitu kanser paru-paru, mulut,
esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. 50
peratus kematian pula berpunca daripada sakit jantung dan strok. Setiap tahun, lebih
100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat kanser, sakit
jantung dan penyakit sekatan pulmonari kronik. Hampir satu per empat mangsa pesakit
jantung berpunca dari tabiat merokok. Selain itu, karbon monoksida di dalam rokok pula
menjejaskan bekalan oksigen ke tisu-tisu sehingga tisu-tisu terencat dan akhirnya
mengakibatkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%.
Apabila racun rokok memasuki tubuh manusia, racun berkenaan menyebabkan kerosakan
pada setiap organ di sepanjang laluannya, bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran
pernafasan, paru-paru, saluran penghadaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan,
sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing. Di samping itu, asap rokok yang
dihembus oleh perokok, atau asap rokok basi (istilah saintifiknya, merokok secara pasif)

10 | P a g e
turut menjejaskan kesihatan orang di sekelilingnya. Profesor Dato' Dzulkifli Abd. Razak,
mantan naib canselor Universiti Sains Malaysia dalam rencananya, "Asap Rokok Basi:
Dedahkan Faktanya" menjelaskan, asap rokok basi mengandungi lebih banyak bahan
beracun berbanding asap rokok yang disedut oleh perokok. Asap ini lebih berbahaya kerana
asap berkenaan terapung di udara beberapa ketika. Tegasnya, sudah terang lagikan
bersuluh, perbuatan merokok membawa beratus-ratus masalah kesihatan yang tiada noktah
penghujung.

Antara cadanagan pencegahan bagi mengatasi masalah tabiat merokok yang


menyebabkan masalah pernafasan ialah kempen dan ceramah yang berkaitan bahayanya
merokok. Pihak kerajaan mahupun pihak persendirian hendaklah berkerjasama
melancarkan kempen melalui iklan – iklan yang dipancarkan ditelevisyen, poster mahupun
ceramah tentang bahayanya merokok di sekolah, di pejabat dan sebagainya. Selain itu,
bersukan ataupun melakukan aktiviti yang berfaedah seperti riadah dapat mengelakkan
seseorang itu daripada merokok. Individu yang aktif bersukan selalunya menitikberatkan
kesihatan tubuh badan dan menghindari tabiat yang boleh merosakkan diri mereka seperti
merokok. Pilih aktiviti sukan yang sihat dan lakukan dengan berkumpulan untuk menambah
keseronokan dan motivasi diri. Oleh itu, perokok hendaklah melakukan aktiviti sukan ini
kerana ia dapat menghindarkan dirinya dari tabiat merokok. Di samping itu, pelajar yang
merokok di sekolah haruslah didenda. Pelajar yang didapati merokok hendaklah dikenakan
denda yang setimpal contohnya pelajar yang merokok itu akan diadukan kepada pihak polis
dan pihak polis akan mendenda mereka. Ini adalah kerana pihak polis bekerjasama dengan
pihak sekolah untuk menangani masalah disiplin pelajar. Ibu bapa juga akan dipanggil untuk
memberitahu aktiviti negatif anak mereka yang merokok. Pelajar yang merokok itu juga akan
dirujuk kepada guru kaunseling untuk menanyakan kenapa dia merokok. Akhir sekali,
perokok hendaklah memberikan hadiah atau habuan untuk diri sendiri jika berjaya berhenti
merokok pada hari tertentu. Ini untuk mendapatkan kepuasan hasil dari pemberhentiannya
merokok.

Holistiknya, semua pihak perlu bekerjasama memperkasakan usaha untuk


menyedarkan masyarakat bahawa perbuatan merokok akan mendatangkan implikasi negatif
terutamanya kepada perokok sendiri dan masyarakat sekelilingnya. Bersama-samalah kita
berpadu tenaga mewujudkan suasana Satu Malaysia yang lebih sihat dan ceria, bebas
daripada kepulan asap rokok yang menjerumuskan kita ke lembah maut. "Kesihatan
Cemerlang, Masyarakat Gemilang, Negara Terbilang."

11 | P a g e
RUJUKAN

Rujukan

12 | P a g e
Abu Bakr Jabir Al-Jaza'iri (1991), Hukum Merokok. Terjemahan oleh Abdul Hadi
Balsuthanah. Kuala Lumpur : Pustaka al-Mizan,

Abdullah Nasih Ulwan (2008), Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam. Terjemahan oleh Syed
Ahmad Semait. Singapura: Pustaka Nasional PTE LTD. Jil 1.

Azana Muhammad (1997), Hukum dan kesan amalan merokok : Satu tinjauan di sekitar
bandar Kota Bharu. Latihan Ilmiah, Bahagian Pengajian Syariah, Akademi Pengajian
Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Cho W. A.. (n.d.). Mengapa Rokok Menyebabkan Kecanduan?. Diambil pada Ogos 30, 2015
daripada http://webkesehatan.com/mengapa-rokok-menyebabkan-kecanduan/.

Lawrence K.. (n.d.). Merokok dan Penyakit Jantung. Diambil pada September 1, 2015
daripada http://dokita.co/blog/merokok-dan-penyakit-jantung/.

Laseduw J.. (2013). Kebiasaan buruk yang menyebabkan ganguan pernafasan. Diambil
pada September 1, 2015 daripada http://www.necturajuice.com/kebiasaan-buruk-
yang-menyebabkan-gangguan-pernapasan/.

Mohammad Zahirwan Halim Zainal Abidin (2003), Amalan merokok : Suatu kajian di
kalangan warga Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Latihan Ilmiah,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Mohammad Ismail bin Zaidi. (2009). Tabiat merokok di kalangan remaja, apa yang perlu
dilakukan?. Diambil pada September 3, 2015 daripada
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=0525&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_07.htm.

13 | P a g e
Nor Saleha Ibrahim Tamin, Ng L. O. & Zarehah Dato' Mohd. Zain.. (2012). Fakta mengenai
Tembakau & Merokok. Diambil pada Ogos 30, 2015 daripada
http://www.myhealth.gov.my/index.php/remaja/perubahan-tingkah-laku/fakta-
mengenai-tembakau-a-merokok.

Olivsta. T.. (2011). 4 Jenis Penyakit Paru-Paru yang Dapat Disebabkan Merokok. Diambil
pada September 2, 2015 daripada http://olvista.com/kesehatan/4-jenis-penyakit-
paru-paru-yang-dapat-disebabkan-merokok/.

Paganda A. J.. (2010). Mengapa rokok bisa membuat ketagihan dan kemudian sakit.
Diambil pada September 2, 2015 daripada https://www.facebook.com/notes/info-itu-
ilmu/mengapa-rokok-bisa-membuat-ketagihan-dan-kemudian-
sakit/139533969392607.

Sasrawan H.. (2012). Sistem Pernapasan Pada Manusia. Diambil pada September 6, 2015
daripada http://hedisasrawan.blogspot.my/2013/01/sistem-pernapasan-pada-
manusia-artikel.html.

Shuib S.. (2012). Teknik berhenti merokok dalam seminggu. Diambil pada Ogos 30,
2015daripada http://www.academia.edu/5253850/Kaedah_berkesan_berhenti_rokok.

Ward, Brian R (1993), Merokok dan kesihatan. Terjemahan oleh Zabri Zakaria. Petaling
Jaya: Pan Earth.

Wei T. S.. (2009). Ada apa dengan merokok: Definisi merokok. Diambil pada September 6,
2015 daripada http://mengapaharusmerokok.blogspot.my/2009/05/definisi-
merokok.html.

14 | P a g e
15 | P a g e
LAMPIRAN

16 | P a g e
Gambar 1: Rokok mempunyai banyak jenis di dunia.

Gambar 2: Rokok mempunyai pelbagai jenis bahan kimia termasuklah nikotin yang
menyebabkan ketagihan

17 | P a g e
Gambar 3: Rokok mengundang kepada masalah pernafasan.

Gambar 4: Bahan kimia yang terdapat dalam rokok.

18 | P a g e
Gambar 5: Orang sedang merokok.

Gambar 6: Perbezaan fizikal jantung normal dan jantung perokok.

19 | P a g e
Gambar 7: Kempen ‘Tak Nak Merokok!’ untuk menyedarkan perokok tentang bahayanya
merokok.

20 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai