Anda di halaman 1dari 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

SAINS TAHUN 4
Tarikh / Hari 20hb Februari 2019
Masa 7.10 am – 8.10 am
Kelas 4 Intelligent
Tema Sains Hayat
Tajuk 3.0 Proses Hidup Manusia
3.3 Manusia bergerak balas terhadap rangsangan.
Standard Pembelajaran 3.3.1, 3.3.2, 3.3.3 & 3.3.4
Objektif Pembelajaran Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
1. Menyatakan manusia bergerak balas apabila organ deria menerima
ransangan dengan menjalankan aktiviti
2. Menjelaskan dengan contoh gerak balas manusia terhadap ransangan
dalam kehidupan harian.
3. Membuat inferens tentang kepentingan gerak balas manusia terhadap
ransangan.
4. Menjelaskanpemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.
KPS Menginferens, berkomunikasi
Aktiviti 1. Guru menyoal kesihatan murid.
2. Guru menyuruh murid menyatakan 5 deria manusia dan organ yang
terlibat.
3. Aktiviti 1: ‘What will happen next?’
Guru menyuruh murid untuk melakukan aktiviti berikut:
a. Merasa gula | b. Memancarkan cahaya di mata
c. Meniup wisel secara tiba-tiba | d. Termakan lada
e. Tersentuh air panas | f. Terhidu kentut orang
4. Murid mengetahui dan mempelajari maksud rangsangan dan gerak balas.
Rangsangan: Keadaan atau perubahan yang dapat dikesan oleh manusia.
Gerak balas: Tindakan yang diambil terhadap rangsangan.
5. Aktiviti 2: Enjit-enjit semut.
a. Perbincangan tentang ransangan, gerak balas dan deria yang berlaku
dalam Aktiviti 2.
6. Guru bersama-sama murid membincangkan kepentingan gerak balas
terhadap rangsangan – melindungi diri daripada sebarang kecederaan.
7. Guru bersama-sama murid membincangkan tabiat yang perlu dielakkan
yang boleh menyebabkan kerosakan pada organ deria.
8. Guru memberikan latihan pemgukuhan kepada murid.
9. Murid membuat kesimpulan tentang pembelajaran pada hari ini.

EMK Kreativiti dan inovatif


BBB Lembaran kerja, kertas mahjong, pen marker
Penilaian Latihan bertulis individu
Refleksi Pada akhir pengajaran;
______ murid dapat mencapai objektif yang ditetapkan dan ______ murid yang
tidak mencapai objektif akan diberi bimbingan khas dalam sesi akan datang.

PdP ditunda
kerana………………………………………………………………………………………..

Anda mungkin juga menyukai