Anda di halaman 1dari 12

BIODATA PELAJAR

Nama : FAYSLEY JOCA JOLDIN

Tarikh lahir : 19hb DISEMBER 1994

No. IC : 941219-12-5313

Alamat : Kg. Malangang Baru Kiulu,

P/S 372 89257 Tamparuli, Sabah.

No. Telefon : 019 - 821 6984

E-mail : jcasley_19@yahoo.com

Unit : PISMP Sains (SK) Ambilan Jun 2015

PENGENALAN
Sejarah Kibod

Gambar 1.1: Kibod elektronik.

Kibod merupakan sejenis alat muzik berpic serupa seperti organ atau piano, tetapi
menggunakan kuasa elektrik untuk memainkannya. Nama pinjaman diberi dari bahasa
inggeris Keyboard dengan sebutan yang agak sama bunyinya. Kibod tercipta dan
diubahsuai semula dengan perkakasan elektronik.

KIBOD

Alat muzik berpic yang


menggunakan kuasa elektrik.

Rajah 1: Definisi kibod.

Kibod memerlukan sumber tenaga elektrik terus atau menggunakan bateri kering
tertentu bagi memainkannya. Tanpa bantuan tenaga elektrik yang berul, kibod tidak
berfungsi dan tidak dapat dimainkan. Seperti piano atau organ, kibod juga mempunyai
susunan papan nada tertentu, mengikut jenis dan model ciptaannya.

Jenis – jenis kibod


Terdapat pelbagai jenis ciptaan kibod iaitu dari yang sederhana kepada yang agak
canggih. Model kibod adalah bergantung kepada jenama pengeluarannya. Tetapi, kualiti
sesebuah kibod adalah bergantung kepada fungsi dan pengendalian kibod tersebut. Kibod
yang ringkas hanya mampu untuk menyediakan beberapa ton atau bunyi alat muzik serta
beberapa jenis rentak. Di samping itu, kemampuannya adalah terhad dan sukar digunakan
untuk rakaman dan program yang ingin dibuat. Berikut merupakan jenama kibod yang biasa
digunakan serta terkenal:

YAMAHA CASIO

RHODES TECHINICS

KORG

Rajah 2: Model – model kibod ciptaan

Keseronakan bermain kibod ini dapat dilihat apabila seseorang itu dapat bermain
melodi serta iringan irama secara serentak. Cara ini tidak wujud dalam permainan piano
atau alat – alat muzik yang bermelodi. Malah, ada kibod yang memerlukan alat pembesar
suara (speaker) untuk dimainkan dan ada juga model yang sudah mempunya pembesar
suara di dalam kibod.

Kelebihan Kibod
Berdasarkan kemajuan Sains dan teknologi pada masa kini, terdapat banyak inovasi
yang telah dibuat pada kibod sehingga kibod diberi gelaran alat muzik “All in One”. Kibod
merupakan alat muzik yang sangat canggih serta menakjubkan dunia muzik pada hari ini,
semua kibod adalah kromatik dan dilengkapi dengan warna ton dan pic yang mantap. Malah
melodi dan harmoni boleh dimainkan secara serentak dengan iringan rentak irama yang
dipilih.

1. Boleh dimainkan melodi dan kord serta iringan rentak – rentak yang disukai.
2. Mempunyai banyak ragambunyi alat – alat muzik moden dan traditional.
3. Ada pelbagai set kesan bunyi yang boleh diguna pakai bersama muzik.
4. Boleh sirakamkan muzik yang dimainkan serta diperdengarkan semula.
5. Ada “DEMO” bank simpanan lagu atau melodi disediakan sebagai contoh.
6. Boleh diprogramkan kerja – kerja muzik studio yang hendak dihasilkan.
7. Berkemampuan mengubah nada (key) tinggi atau rendah dari segi tonnya.
8. Boleh diperbesarkan kekuataan bunyinya dengan membuat sambungan kepada
pembesar suara yang sesuai.
9. Nada pada kibod adalah tetap dan tidak perlu tunidng seperti piano dan alat – alat muzik
berpic yang lain.
10. Boleh dipasangkan alat pendengar senyap (headphone) agar tidak menggangu
ketenteraman orang lain.
11. Kekuatan bunyi boleh dikawal.
12. Boleh menyimpan data – data rakaman serta membuat pengubahsuaiannya.
13. Mampu menyalin lagu – lagu dari data simpanan yang lain.
14. Mudah dibawa ke mana – mana.

Ulasan kritis video A.


Melodi

Melodi adalah susunan pic dalam sesuatu lagu. Melodi mengandungi pic rendah,
sederhana dan tinggi. Pic merupakan sesuatu bunyi yang tinggi rendah atau rendah. Dalam
video yang diberikan iaitu video A (moves like jaggers), ianya hanya mengandungi pic
rendah dan sederhana sahaja. Sepanjang lagu tersebut pic yang dimainkan adalah hanya
pada 1 oktaf sahaja.

Jeda juga merupakan salah satu unsur melodi. Jeda merupakan jarak pic di antara
dua not. Dalam video tersebut, jedanya ada yang dekat (not c ke not d) dan sederhana (not
c ke not f).

Skel merupakan siri pic yang disusun secara menaik dan menurun. Dari video yang
diberikan, lagu tesebut dimainkan dalam skel D major. Skel D major mempunyai tanda nada
F# dan C#.

Gambar 2: Skel D major.

Kontur melodi merupakan susunan pic yang dimainkan dalam lagu sama ada
bergerak secara menaik, menurun atau mendatar. Dalam video yang diberikan, kontur
muziknya adalah kebanyakkannya dimainkan secara menaik dan menurun dan kadang –
kadang dimainkan secara mendatar.

Frasa atau rangkai lagu yang dimainkan adalah kebanyakannya adalah panjang.
Hanyak frasa atau rangkai lagu yang dimainkan pendek.

Dalam video tersebut, unsur harmoni pada melodi tidak dimasukkan.


Irama

Irama merupakan gabungan not yang berbeza yang akan menghasilkan irama yang
berbeza. Elemen pertama dalam irama ialah detik juga dikenali sebagia bit. Bit dalam
sesebuah lagu hendaklah konsisten. Sama seperti dalam video yang diberikan, bit lagu yang
dimainkan adalah konsisten. Namun ada tempat – tempat yang tertentu bit menjadi laju dan
kadang – kadan menjadi perlahan.

Nilai not pula merupakan nilai sesuatu not yang dimainkan. Dalam muzik
mengandungi nilai not panjang dan pendek.

Gambar 3: Nilai not dalam muzik.

Dalam video yang diberikan,kebanyakan not yang dimainkan adalah semikuaver (1/4 kiraan)
dan kuaver (1/2 kiraan). Not selebihnya adalah krocet (1 kiraan), minim (2 kiraan) dan
semibrif (4 kiraan).
Meter masa atau tanda masa merupakan pengawal masa bagi sesebuah lagu yang

4
dimainkan. Dalam video yang diberikan, meter muziknya ialah .
4

Corak irama merupakan gabungan not yang berbeza yang akan menghasilkan corak
irama yang berbeza. Rentak adalah corak irama tertentu yang digunakna untuk mengiringi
nyanyian. Dalam video tersebut, rentaknya adalah rancak ini kerana tempoh atau kelajuan
yang dimainkan adalah dalam tempoh allegro (laju).

Bentuk

Bentuk merupakan segmen muzik seperti frasa, rangkap dan korus yang boleh diulang dan
dipelbagaikan. Dalam video yang diberikan, bentuk ternary telah dimainkan iaitu AABAAB.

Lirik :Moves like jagger

Just shoot for the stars, If it feels right, And aim for my heart, If you feel like
A
And take me away and make it OK, I swear I'll behave

You wanted control, So we waited, I put on a show, Now I make it


A
You say I'm a kid, My ego is big, I don't give a shit, And it goes like this
[Chorus:]

Take me by the tongue, And I'll know you, Kiss me 'til you're drunk, And I'll show you

All the moves like Jagger, I've got the moves like Jagger, I've got the moves like Jagger

B
I don't need to try to control you, Look into my eyes and I'll own you

With them moves like Jagger, I've got the moves like Jagger, I've got the moves like Jagger

[Verse 2:]

Maybe it's hard, When you feel like you're broken and scarred, Nothing feels right
A
But when you're with me, I'll make you believe, That I've got the key

So get in the car, We can ride it, Wherever you want, Get inside it

And you want to steer, But I'm shifting gears, I'll take it from here (Oh! Yeah yeah!) A
And it goes like this (Uh)

[Chorus:]

Take me by the tongue, And I'll know you, Kiss me 'til you're drunk, And I'll show you

All the moves like Jagger, I've got the moves like Jagger, I've got the moves like Jagger

B
I don't need to try to control you, Look into my eyes and I'll own you

With them moves like Jagger, I've got the moves like Jagger, I've got the moves like Jagger
Tekstur

Tekstur sesebuah muzik merupakan sesuatu bunyi yang didengar yang boleh berbentuk
nipis atau tebal. Dalam muzik yang diberikan, tekstur lagu adalah homofoni. Homofoni
adalah muzik yang diiring oleh permainan kord muzik.

MELODI + HARMONI BERDASARKAN KORD MENGIKUT IRAMA MELODI

Ekspresi / gaya

Ekspresi atau gaya merupkan ciri muzikal yang mempengaruhi sesuatu


persembahan vokal atau instrumental. Ciri muzikal ini ialah dinamiks, istilah dan tanda
syarat. Gabungan aplikasi ciri muzikal boleh menghasilkan lagu yang menarik. Dalam video
yang diberikan, dinamik lagu adalah kurang ini kerana bunyi not hanya dimainkan kuat (f)
sahaja. Selain itu, tiada tempat – tempat tertentu pada lagu dimana ianya dimainkan diansur
kuat atau diansur lembut. Dalam video tersebut, mempunyai mud rancak dan bersemangat.

Teknik permainan

Teknik permainan kibod merupakan teknik yang paling penting dalam memainkan
kibod. Dalam teknik permainan kibod terdapat teknik penjarian. Teknik penjarian merupakan
teknik yang perlu dipelajari agar jari semasa memainkan kibod tidak terbelit – belit atau
menyilang antara satu sama yang lain. Dalam video yang diberikan, teknik penjarian pemain
tersebut kebanyakkannya adalah betul, namun terdapat tempat – tempat tertentu dimana
teknik penjarian pemain adalah kurang sesuai ataupun salah. Terdapat sedikit kesukaran
dalam beralih satu not ke not yang lain.

Pemain memainkan harmoni menggunakan kord pada klef bassnya mengikut irama
melodi. Ini bermakna pemain tidak menggunakan auto accompany. Teknik ini agak sukar
bagi pemain muda seperti dia, namun dia dapat memainkannya dengan agak lancer.
Postur

Postur terbahagi kepada dua iaitu postur tangan dan postur badan. Postur tangan
merupakan keadaan tangan semasa bermain kibod. Postur tangan yang betul ialah bulat
dan mambengkok. Ini akan memudahkan jari kita memainkan dari not ke not yang lain.
Dalam video yang berikan, postur tangannya adalah betul dan terdapat pada tempat
tertentu, postur tangannya adalah salah terutumanya semasa memainkan not yang
mempunyai nilai yang panjang contohnya minim ataupun semibrif.

Postur badan pula merupakan keadaan badan semasa memainkan kibod. Bentuk
badan yang betul semasa memainkan kibod ialah bentuk tulang belakang mestilah
berbentuk ‘S’. Jika bentuk tulang belakang berbentuk ‘C’, maka postur badan semasa
bermain kibod adalah salah. Dalam video tersebut, pemain memainkan kibod bermain
dengan betul. Keadaan belakangnya adalah lurus dan tidak menunjukkan pembengkokkan.
RUJUKAN

Agus L. N.. (2010). Lesson 1: Pengenalan kunci c dan g. Diambil pada Oktober 2, 2015
daripada http://aguswblog.blogspot.my/2010/03/lesson-1-pengenalan-kunci-c-dan-
g.html.

Claudius D.. (2009). Sejarah keyboard. Diambil pada September 26, 2015 daripada
https://davidclaudius.wordpress.com/category/keyboard/sejarah-keyboard/.

Eva Abdullah. (2013). Sejarah alat musik keyboard. Diambil pada September 16, 2015
daripada http://www.ipangrock.com/sejarah-alat-musik-keyboard.html.

Jpsia L.. (2010). Sejarah keyboard. Diambil pada September 20, 2015 daripada
http://jpsia.blogspot.my/2010/09/sejarah-keyboard.html,

Richard F.. (2012). Pengenalan dasar – dasar piano keyboard. Diambil pada September
21, 2015 daripada http://friztianmusic.blogspot.my/2012/01/pengenalan-dasar-dasar-
pianokeyboard.html.

Saputra D. K.. (2012). Keyboard piano dan sejarah. Diambil pada September 16, 2015
daripada http://gurulesprivatmusik.blogspot.my/2012/11/keyboard-piano-dan-
sejarah.html.
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai