Anda di halaman 1dari 7

Tugasan 3: Penulisan Esei

1.0 Pengenalan
Dalam esei ini akan dihuraikan kegunaan elektrolisis dan kegunaan kimia nuklear dalam
kehidupan seharian.

2.0 Elektrolisis

Elektrolisis merupakan suatu proses penguraian bahan kimia dalam larutan akueus atau leburan
kepada unsur juzuknya dengan menggunakan arus elektrik (Nurul Nadirah, n.d.). Tenaga elektrik
berubah kepada tenaga kimia dalam proses elektrolisis. Perubahan tenaga semasa elektrolisis:

𝑇𝑒𝑛𝑎𝑔𝑎 𝑒𝑙𝑒𝑘𝑡𝑟𝑖𝑘 → 𝑇𝑒𝑛𝑎𝑔𝑎 𝑘𝑖𝑚𝑖𝑎

Gambar 2.1: Sel Elektrolisis

Sebatian yang mengalirkan arus elektrik dalam keadaan larutan atau leburan dikenali sebagai
elektrolit. Contoh elektrolit ialah larutan asid, larutan alkali dan larutan garam. Sebatian yang tidak
boleh mengalirkan arus elektrik adalah bukan elektrolit. Contoh bukan elektrolit ialah gula,
glukosa, alcohol dan sebatian molekul lain. Elektrolisis banyak digunakan dalam kehidupan
seharian yang dapat meningkatkan kualiti kehidupan kita.

Salah satu kegunaan dalam kehidupan seharian adalah penyaduran. Penyaduran


merupakan penyaduran nipis satu logam pada permukaan logam yang lain melalui proses
elektrolisis (Dwiwa, 2015). Penyaduran bertujuan untuk melindungi logam daripada kakisan atau
untuk memperbaiki rupa dan nilainya. Untuk melakukan proses ini, logam yang hendak
disadurkan perlu diletakkan di katod yang direndamkan ke dalam elektrolit yang mengandungi
ion logam yang akan menyadurnya, manakala pada anod merupakan logam yang digunakan
untuk menyadur.

Gambar 2.2: Penyaduran kunci menggunakan kuprum

Contohnya, logam kuprum dijadikan anod. Maka, larutan kuprum (II) sulfat akan
digunakan sebagai elektrolit. Semasa elektrolisis, kuprum akan terlarut untuk membentuk ion
kuprum, Cu2+. Ion-ion ini kemudian bergerak ke katod (kunci) dan terenap sebagai lapisan kuprum
yang nipis pada kunci. Dengan itu, kunci kuprum yang dijadikan katod akan dilitupi lapisan
kuprum. Logam yang digunakan untuk menyadur biasanya argentum, aurum, kuprum, kromium
atau platinum yang mana bertindak sebagai lapisan pelindung. Beberapa perkara yang perlu
diambil kira untuk mendapat hasil saduran yang cantik termasuklah membersihkan logam yang
hendak disadurkan dengan kertas pasir terlebih dahulu. Dalam konteks ini, pembersihan
bermaksud kebebasan dari sebarang habuk, gris, minyak kakisan, bahan pencemar dan bahan
asing (Reama, 1917). Dalam proses penyaduran, logam yang disadur diputarkan secara
perlahan-lahan untuk menghasilkan penyaduran yang lebih sekata dan cantik. Dengan
mengaplikasikan elektrolisis dalam proses penyaduran, kehidupan seharian menjadi lebih mudah
dan lebih berkualiti. Jika kita mempunyai kunci besi yang telah berkarat dan ingin memperbaiki
penampilannya, kita bolehlah lakukan elektrolisis di makmal.

Selain itu, elektrolisis juga digunakan dalam penulenan logam contohnya kuprum. Kuprum
merupakan konduktor yang baik. Walau bagaimanapun, kehadiran bendasing dalam kuprum
akan mengurangkan kekonduksian elektriknya. Dalam industri, kuprum boleh ditulenkan melalui
elektrolisis (Chesnutt, n.d.). Gambar 2.3 menunjukkan ilustrasi proses penulenan kuprum.
Gambar 2.3: Penulenan logam kuprum.

Elektrolit yang digunakan ialah larutan kuprum(II) sulfat. Ini adalah kerana larutan ini
mengandungi ion logam yang hendak ditulenkan. Logam kuprum yang tidak tulen dijadikan anod.
Semasa elektrolisis, atom-atom kuprum membebaskan elektron dan membentuk ion-ion kuprum,
Cu2+. Logam kuprum tidak tulen terlarut ke dalam elektrolit. Saiz anod semakin berkurangan.

Cu  Cu2+ + 2e-

Bendasing yang tidak terion tidak terlarut dalam larutan. Ia akan termendak di dalam
larutan. Logam kuprum yang tulen pula dijadikan sebagai katod. Ion-ion kuprum pada elektrolit
akan menerima elektron dan terenap sebagai logam tulen. Saiz katod semakin bertambah.

Cu2+ + 2e-  Cu

Sememangnya elektrolisis juga dapat menulenkan logam seperti kuprum agar bendasing
singkirkan seterusnya mendapatkan logam yang lebih baik.

Elektrolisis juga digunakan dalam pengekstrakan logam contohnya aluminium (Loh &
Sivaneson, 2004). Aluminium merupakan logam yang sangat reaktif. Ia boleh diekstrak daripada
aluminium oksida, yang juga dinamakan sebagai bauksit (Al2O3.2H2O). Pengekstrakan dimulakan
dengan menulenkan bauksit dengan melarutkannya dalam larutan natrium hidroksida, NaOH
yang pekat dan panas.

Al2O3 (p) + 2NaOH(ak) +3H2O(c)  2NaAl(OH)4(ak)

Bendasing seperti ferum(III) oksida yang tidak larut dalam larutan natrium oksida boleh
disingkirkan melalui penurasan. Apabila gas karbon dioksida dialirkan ke dalam hasil turasan,
aluminium hidroksida, Al(OH)3 tulen dimendakkan.
2NaAl(OH)4(ak) + CO2(g)  2Al(OH)3(p) + Na2CO3(ak) + H2O(c)

Aluminium oksida, Al2O3 dihasilkan dengan memanaskan pepejal aluminium hidroksida.

2Al(OH)3(p)  Al2O3(p) + 3H2O

Gambar 2.4 menunjukkan ilustrasi untuk mengekstrak aluminium daripada aluminium oksida,
Al2O3 dengan menggunakan proses elektrolisis.

Gambar 2.4: Pengekstrakan aluminium daripada bausit.

Dalam proses ini, kriolit (Na3AlF6) dan natrium florida (NaF) dicampurkan ke dalam
leburan aluminium oksida untuk merendahkan takat lebur aluminium oksida. Aluminium oksida
lebur terdiri daripada ion aluminium, Al3+ dan ion oksida, O2-.

Al2O3  2Al3+ + 3O2-

Semasa proses dijalankan, ion-ion tertarik ke katod manakala ion-ion oksida tertarik ke anod. Di
katod, ion aluminium (Al3+) menerima 3 elektron dan membentuk atom aluminium. Di anod, ion
oksida (O2-) menderma 2 elektron membentuk atom oksigen.

Tindak balas yang berlaku


Anod 2O2-  O2 + 4e-
Katod Al3+ + 3e-  Al

Gas oksigen yang terbebebas akan bertindak balas dengan elektrod karbon (grafit) untuk
membentuk gas karbon dioksida dan juga gas karbon monoksida.

C + O2  CO2 // 2C + O2  2CO
Ini menyebabkan anod terkakis perlahan-lahan dan perlu digantikan dari semasa ke semasa.
Aluminium lebur yang terbentuk di katod (dengan ketumpatan yang lebih tinggi berbanding
elektrolit) akan tenggelam ke dasar sel dan boleh dikeluarkan / diambil dari semasa ke semasa.
Bendasing seperti silika dan oksida besi diasingkan daripada bauksit pada suhu yang tinggi.

3.0 Kimia Nuklear

Kimia nuklear adalah sebahagian daripada kimia yang berkaitan dengan radioaktif, proses
nuklear, seperti transmutasi nuklear, dan sifat nuklear (Nathan, 2006). Sememangnya kimia
nuklear mempunyai banyak kegunaan dalam kehidupan seharian kita.

Antara kegunaan kimia nuklear adalah untuk membekalkan sumber tenaga. Tenaga
nuklear kini dilihat sebagai tenaga alternatif terbaik untuk menjana kuasa elektrik negara bagi
menampung permintaan tenaga yang semakin meningkat dan penyusutan sumber tenaga
minyak. Tenaga elektrik yang dihasilkan daripada teknologi nuklear disifatkan sebagai teknologi
sihat, lebih murah dan jauh lebih baik daripada sumber alternatif yang lain. Menurut Ensiklopedia
Bebas (2005) dalam penulisan Jewinly (2015), tenaga nuklear membekalkan 6.3% tenaga dunia
dan 15% kuasa elektrik dunia. Amerika Syarikat, Perancis dan Jepun menggunakan 56.5%
elektrik yang dihasilkan oleh loji nuklear. Pada tahun 2007, International Atomic Energy Agency
(IAEA) melaporkan terdapat 439 reaktor di dunia yang beroperasi di 31 buah negara.

Selain itu, kimia nuklear juga digunakan dalam bidang pertanian. Teknik nuklear dapat
diguna untuk menghasilkan baka tumbuh-tumbuhan yang baik dan bermutu (seperti kaedah
pembiakan baka mutasi aruhan). Teknologi nuklear juga boleh digunakan untuk membasmi
serangga perosak tanaman seperti kumbang, belalang dan lain-lain (Kung, 2009). Contohnya,
untuk mengawal bilangan serangga perosak, tisu serangga diubah supaya ia mandul dan tidak
dapat membiak. Penggunaan teknik isotop radioaktif dan sinaran pengionan seperti sinar gama
dan sinar-X berjaya meningkatkan hasil pengeluaran pertanian dan ternakan.

Seterusnya, kima nuklear juga digunakan dalam bidang perubatan. Sinar gama dari
kobalt-60 digunakan untuk membunuh sel-sel barah dalam rawatan radioterapi. Sinar gama ini
juga digunakan untuk membunuh kuman dalam proses pensterilan alat perubatan seperti
termometer, jarum dan picagari suntikan, alat pembedahan dan sebagainya (Junus, n.d.).
Radioisotop natrium-24 disuntik ke dalam salur darah pesakit untuk mengesan kedudukan di
mana salur darah disumbat oleh pembekuan darah. Radioisotop fosforus-32 disuntik ke dalam
darah pesakit untuk menentukan kedudukan tumor otak. Radioisotop iodin-131 digunakan untuk
menentukan aktiviti kelenjar tiroid. Dapat disimpulkan bahawa teknologi nuklear ini banyak
membantu mencegah pelbagai jenis penyakit moden dan menyelamatkan nyawa manusia.

Dalam bidang perindustrian dan pembuatan, teknologi kimia nuklear juga digunakan.
Radioisotop digunakan untuk mengesan kebocoran paip air bawah tanah (Kung, 2009). Sedikit
garam (NaCl) yang mengandungi radioisotop natrium-24 (setengah jangka hayat yang pendek)
dilarutkan ke dalam air di tangki simpanan. Satu pengesan tiub Geiger-Muller digerakkan di
permukaan tanah mengikut laluan paip itu sehingga pembilangan yang besar dikesan (tempat
paip bocor).

Gambar 3.1: Cara mengesan kebocoran paip bawah tanah menggunakan Geiger-Muller.

Natrium-24 digunakan sebagai penyurih kerana mempunyai setengah hayat yang pendek supaya
keaktifannya dalam air akan turun ke nilai yang tidak merbahaya dalam tempoh yang singkat dan
ia juga memancarkan zarah beta yang dapat menembusi tanah untuk dikesan. Zarah alfa tidak
dapat menembusi tanah manakala sinar gama pula akan menembusi paip yang tidak bocor.
Selain itu, percampuran bahan radioaktif ke dalam sistem paip yang mengalirkan petroleum atau
air membolehkan kadar aliran dan kebocoran bawah tanah dikesan. Dalam pembuatan kertas,
kepingan plastik, dan kepingan logam, pengawalan ketebalan secara automatik boleh dicapai
dengan meletakkan sumber zarah beta di sebelah kepingan dan pengesan di sebelah yang lain.
Jika kepingan itu terlalu nipis, pembilangan yang dicatat oleh pengesan bertambah dan isyarat
akan dihantar ke penggelek supaya tekanan pada kepingan dikurangkan. Teknik-teknik nuklear
membolehkan produk yang dihasilkan itu berkualiti dan selamat untuk kegunaan pengguna.

4.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, terdapat banyak kegunaan elektrolisis dan kegunaan kimia nuklear dalam
kehidupan seharian. Dengan pengatahuan yang mendalam dan pengalaman yang lebih, kita
dapat memanfaatkan elektrolisis dan kimia nuklear pada tahap yang lebih tinggi.
RUJUKAN

Chesnutt, B. (n.d.). Elektrolysis: Definition, Types & Uses. Diambil pada 24hb Mac 2019 daripada
https://study.com/academy/lesson/electrolysis-definition-types-uses.html.

Dwiwa, H. (2015). Kegunaan Elektrolisis Dalam Kehidupan Sehari-hari. Diambil pada 24hb Mac
2019 daripada http://dwiwahyunanti.blogspot.com/2015/10/kegunaan-elektrolisis-dalam-
kehidupan.html.

Jewinly, S. (2015). Kelebihan dan Kekurangan Penggunaan Tenaga Nuklear sebagai Penjana
Tenaga Elektrik. Diambiil pada 26hb Mac 2019 daripada
https://www.slideshare.net/SHERLYheartCHRISTIAN/kelebihan-dan-kekurangan-
penggunaan-tenaga-nuklear-sebagai-penjana-tenaga-elektrik.

Junus, L. (n.d.). Majalah sains: Manfaat Teknologi Nuklear. Diambil pada 26hb Mac 2019
daripada https://www.majalahsains.com/manfaat-teknologi-nuklear/.

Kung, H. J. (2009). Penggunaan Tenaga Nuklear Dalam Pembangunan Negara. Diambil pada
26hb Mac 2019 daripada https://www.scribd.com/doc/18487044/Penggunaan-Tenaga-
Nuklear-Dalam-Pembangunan-Negara.

Loh, Y. L., & Sivaneson, N. (2004). STPM Physical Chemistry Volume 2. Johor Darul Takzim:
Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Nathan, E. (2006). Nuclear Chemistry. Diambil pada 26hb Mac 2019 daripada
https://en.wikipedia.org/wiki/Nuclear_chemistry.

Nurul Nadirah Binti Mohd Noor. (n.d.). Definisi elektrolisis. Diambil pada 24hb Mac 2019 deripada
http://nurulnadira.weebly.com/definisi-elektrolisis.html.

Anda mungkin juga menyukai