Anda di halaman 1dari 22

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

PROGRAM IJAZAH
SARJANA MUDA PERGURUAN
(PISMP)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL KUALA NERUS

SCES3113
GELOMBANG, OPTIK DAN KEELEKTRIKAN

SEMESTER 2 TAHUN 3
NURULHANUN BINTI ZULKIFLI
Nama Pelajar/Angka
A/G: 2017092340073
Giliran
(NO I/C: 970720-11-5170)

Kumpulan/Opsyen PISMP Ambilan Jun 2017/ SAINS 2

Kod dan Mata Pelajaran SCES3113


GELOMBANG, OPTIK DAN KEELETRIKAN

Nama Pensyarah Kursus ENCIK MANSOR BIN ABD RAHMAN

TUGASAN 1
Tarikh Serahan
AMALI 3 (Mengkaji Litar ElektrikK : 10 APRIL 2020...
AMALI 3
Mengkaji Litar Elektrik
TAJUK
Keelektrikan

TAJUK EKSPERIMEN

Mengkaji litar elektrik

TUJUAN

Untuk mencari nilai arus (I) dan beza keupayaan (V) dalam 3 litar arus terus dengan
menggunakan Hukum Ohm, Hukum Kirchoff Pertama dan Hukum Kirchoff Kedua.

TEORI

Semua analisis litar arus terus boleh dilakukan dengan menggunakan tiga hukum iaitu
hukum Ohm, hukum Kirchoff Pertama dan Hukum Kirchoff kedua.

1. Hukum Ohm

Hukum Ohm menyatakan bahawa arus yang mengalir dalam litar adalah berkadar langsung
dengan beza keupayaan yang merentasi litar dan berkadar songsang dengan rintangan di
dalam litar. Secara matematik, ianya diberi dalam rumus V=IR

2. Hukum Kirchoff Pertama / Hukum Arus Kirchoff

Hukum Kirchoff dicipta untuk menyelesaikan masalah litar elektrik yang rumit. Ia digunakan
untuk mencari arus dan voltan yang tidak diketahui dalam litar. Hukum Kirchoff pertama
menyatakan bahawa jumlah arus yang menuju pada satu nod (Junction Point) adalah sama
dengan jumlah arus yang meninggalkan nod persimpangan dalam litar. Dalam erti kata yang
mudah, jumlah algebra semua arus yang memasuki suatu nod adalah sifar.

Arus yang masuk ke dalam nod adalah negatif manakala arus yang meninggalkan nod
adalah positif. Contohnya, jika situasi litar adalah seperti dalam rajah 2.

Rajah 2
Maka, -I1 + I2 + I3 = 0 atau I1 = I2 + I3
Pernyataan ini ialah prinsip keabadian cas elektrik. Tiada cas akan disimpan pada suatu nod
dan tiada cas boleh dicipta atau dimusnahkan pada suatu nod, maka jumlah arus yang
masuk ke dalam suatu nod bersamaan dengan jumlah arus yang keluar dari suatu nod.

3. Hukum Kirchoff Kedua / Hukum Voltan Kirchoff

Hukum voltan Kirchoff menyatakan bahawa hasil tambah jumlah voltan adalah sama dengan
hasil tambah voltan dalam satu litar lengkap tertutup. Dalam erti kata mudah, hukum ini
menyatakan bahawa jumlah algebra voltan dalam satu litar adalah sifar. Beza keupayaan
adalah negatif jika keupayaan semakin kecil dalam arah pengaliran arus elektrik. Contohnya
jika situasi litar adalah seperti dalam rajah 3.

Rajah 3

Maka, +V1 - V2 - V3 = 0 atau V1 = V2 + V3

Pernyataan ini ialah prinsip keabadian tenaga. Beza keupayaan mempunyai perkaitan
dengan perubahan tenaga yang tidak boleh dicipta atau dimusnahkan, maka tenaga yang
terlesap oleh arus yang mengalir melalui litar (V2 + V3) bersamaan dengan tenaga yang
diberikan oleh bekalan kuasa.

RADAS

Bekalan kuasa arus terus, 4 perintang 10Ω, wayar penyambung, multimeter analog
PROSEDUR

(A) Litar Elektrik 1

R1 10Ω R3 10Ω

R2 10Ω R4 10Ω

Rajah 4

1. Litar elektrik dibina berdasarkan rajah 4. Wayar penyambung digunakan untuk


menyambunng perintang dengan punca kuasa membentuk satu litar tertutup yang
lengkap.
2. Punca kuasa dilaraskan kepada 10V dan suis dibuka.
3. Nilai RT, nilai voltan Vad, Vbd dan Vcd serta nilai arus I1, I2 dan I3 diukur menggunakan
multimeter analog. Data dicatat di dalam jadual.
4. Suis punca kuasa ditutup.
5. Rintangan berkesan, RT, nilai voltan Vad, Vbd dan Vcd serta nilai arus I1, I2 dan I3
dihitung secara teori. Data dicatat di dalam jadual.

B) Litar Elektrik 2

R1 20Ω R3 10Ω

R2 10Ω R4 20Ω

Rajah 5

1. Litar elektrik dibina


berdasarkan rajah 5. Wayar penyambung digunakan untuk menyambung perintang
dengan punca kuasa membentuk satu litar tertutup yang lengkap.
2. Punca kuasa dilaraskan kepada 10V.
3. Nilai RT, nilai voltan Vad, Vbd dan Vcd serta nilai arus I1 - I6 dihitung secara teori.

DATA DAN ANALISIS DATA

A) Litar Elektrik 1

Nilai rintangan setara, RT, arus setara I1 dan voltan semasa amali dilaksanakan
RT 10.4Ω
Arus setara I1 0.96A
Voltan 10V
Jadual 1.0

Pengiraan secara teori nilai rintangan setara, RT dan arus setara I1


RT
1
RT =
1 1
+
R 1+ R 2 R 3+ R 4
1
RT =
1 1
+
10+10 10+10
RT =10 Ω
Nilai voltan digunakan: 10V
Arus, I1 V=IR
10 = I1 (10)
I1 = 1A
Jadual 1.1

Nilai teoritikal voltan Vad, Vbd dan Vcd


Vad Vad = I1 RT
= 1 x 10
= 10 V
Vbd Vbd = I2 R2
= 0.5 x 10
= 5V
Vcd Vcd = I3 R4
= 0.5 x 10
= 5V
Jadual 1.2

Nilai teoritikal arus I1, I2 dan I3


I1 V = I1 RT
10 = I1 x 10
I1 = 1A
I2 Vad = I2 R1 + I2 R2
10 = I2 (10) + I2 (10)
10 = I2(20)
I2 = 0.5A
I3 I1 = I2 + I3
I3 = 1 – 0.5
I3 = 0.5A
Jadual 1.3

B) Litar Elektrik 2

Pengiraan secara teori nilai rintangan setara, RT dan arus setara I1


RT R1 × R 2
R12=
R 1+ R 2
20× 10
¿
20+10
¿ 6.67 Ω
R3×R4
R34=
R 3+ R 4
10× 20
¿
10+20
¿ 6.67 Ω
RT =R12+ R34
¿ 6.67+6.67
¿ 13.34 Ω
Nilai voltan digunakan: 10V Vad = I1 RT
I1 10 = I1 x 13.34
I1 = 0.75A
Jadual 2.0

Persamaan nod Kirchoff litar 2


Nod a I1 = I2 + I3
Nod b I6 = I2 + I4
Nod c I5 = I4 + I3
Nod d I1 = I6 + I5
Jadual 2.1

Nilai teoritikal voltan Vad, Vbd dan Vcd


Nilai Vad Vad = I1 RT
= 0.75 x 13.34
= 10V
Nilai Vbd = Vcd kerana litar elektrik adalah R 3× R 4
¿ I 1×
selari R 3+ R 4
10 ×20
¿ 0.75 ×
10+20
¿5V

Nilai Vab = Vac kerana litar elektrik adalah R 1× R 2


¿ I 1×
selari R 1+ R 2
20 ×10
¿ 0.75 ×
20+10
¿5V

Jadual 2.2

Nilai teoritikal arus I1, I2, I3, I4, I5, I6


Nilai I1 10
I1 =
V ad 13.34
I1 = = 0.75A
RT
Nilai I2 5
I2 =
V ab 20
I2 =
R1 = 0.25A
Nilai I3 5
I3 =
V ac 10
I3 =
R4 = 0.5A

Nilai I4 I4 = I3 - I5
Pada nod c : I5 = -I4 + I3 = 0.5 – 0.25
= 0.25A
Nilai I5 5
I5 =
V ab 20
I5 = = 0.25A
R4
Nilai I6 5
I6 =
V bd 10
I6 =
R3 = 0.5A
Jadual 2.3

PERBINCANGAN

Berdasarkan analisis data bagi litar elektrik 1, terdapat perbezaan nilai antara pengukuran
rintangan setara, arus dan voltan yang diukur semasa amali dilaksanakan dengan nilai
kiraan secara teori. Arus yang diukur dengan menggunakan multimeter mencatatkan 0.96A
sedangkan mengikut perkiraan teori, nilai arus yang sepatutnya diperoleh ialah 1.0A.
Perkara yang sama terjadi kepada perintang. Semasa amali, bacaan mencatatkan
peningkatan rintangan setara sebanya 0.4Ω tetapi voltan yang diukur sama jumlah dengan
pengiraan secara teori.

Setelah diteliti, hal ini berlaku mungkin disebabkan oleh ralat semasa melaksanakan
amali seperti ralat pada alat pengukur dan pada perintang. Multimeter analog yang
digunakan sudah usang dan tidak mampu memberi bacaan yang tepat. Bacaan yang
ditunjukkan tidak tetap dan sentiasa berubah. Perintang juga tidak dapat dikenalpasti berapa
nilainya yang sebenar kerana multimeter yang digunakan untuk mengukur nilai perintang
bermasalah. Akhir sekali, ralat yang dilakukan ialah wayar penyambung yang terlalu panjang
dan banyak. Setiap wayar penyambung mempunyai rintangannya yang tersendiri. Semakin
panjang dan banyak wayar digunakan, semakin tinggi rintangan. Rintangan pada wayar
menambahkan rintangan yang perlu dilalui oleh arus, menyebabkan arus menurun daripada
1.0A kepada 0.96A.

Litar elektrik 2 dilakukan secara teori. Semua analisis data yang dibuat menunjukkan
bahawa litar tersebut mematuhi kedua-dua teori Kirchoff.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, semua litar elektrik lengkap akan mematuhi hukum Kirchoff yang pertama
dan kedua serta Hukum Ohm sekiranya tiada ralat atau faktor luar yang menganggu sistem.

RUJUKAN

Ahmad Hashem. (1999). Fizik Matrikulasi Jilid 2. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Cutnell, J.D. & Johnson, K.W. (2010). Introduction To Physics. Hoboken: John Wiley &
Sons, Inc.
Fatt, C. S. (2014, Ogos 9). Hukum kirchoff / kirchoff law [PowerPoint] SlideShare. Dipetik
dari https://www.slideshare.net/csfet/hukum-kirchoff-kirchoff-law

Jones, T., Kirsner, S., Rowe, J. (2003). Sains Rujukan Meja Jilid 1. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Poh Liong Yong & Lee Beng Hin. (2010). Physics for Matriculation Semester 1 3rd ed. Shah
Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Serway, R.A., Vuille, C., Faughn J.S. (2009). College Physics 8th ed. United States:
Brooks Cole Cengage Learning.

Wilson, J.D. & Buffa, A.J. (2000). College Physics 4th ed. New Jersey: Prentice-Hall, Inc.
LAMPIRAN
TAJUK

Parallel wiring – pendawaian elektrik selari.


TUJUAN

Untuk mengenalpasti teknik pemasangan pendawaian elektrik selari.

TEORI

Extension adalah satu teknologi yang dicipta untuk memudahkan manusia. Ia banyak
digunakan di rumah, kedai, pejabat, sekolah, dan sebagainya. Di kedai, harganya agak
mahal malah ada yang mencapai puluhan ringgit sedangkan teknik pemasangannya tidak
rumit kerana hanya melibatkan pendawaian litar selari dan bahannya pula murah serta
senang didapati. Pembinaanya Aktiviti makmal kali ini adalah untuk mengenalpasti teknik
pemasangan pendawaian elektrik selari di dalam Extension.

Dalam pendawaian elektrik sesebuah bangunan, sebanyak 220V dialirkan setiap


satu soket. Nilai voltan ini adalah sangat tinggi dan boleh membunuh manusia. Oleh itu, plug
yang menghubungkan perkakas elektrik kepada sumber elektrik mestilah mengandungi
konduktor, insulator dan ciri-ciri keselamatan. Dalam ada fius yang akan mencair dan
memutuskan litar sekiranya arus mengalir melebihi tahap keselamatan. Wayar hidup (L)
biasarnya bewarna merah atau perang adalah wayar penyambung yang akan mengalirkan
220V kepada perkakas elektrik. Wayar neutral (N) bewarna biru yang berfungsi membawa
arus pembalikan dari alatan elektrik ke sumber elektrik arus ulang alik. Akhir sekali, wayar
Bumi (E) bewarna hijau. Wayar ini berfungsi mencegah renjatan elektrik kepada pengguna.
Wayar ini akan bersambung kepada wayar bumi di dalam soket yang akan membawa
lebihan arus ke bumi untuk dineutralkan.

Menurut BBC (n.d),

The earth wire is therefore connected to the case and is attached to a metal
plate or water pipe underground. As the wire is made of copper, the earth wire
provides a low resistance path to the ground. In the event of a fault, the large
live current passing through the case earth wire will follow this path to the
ground instead of passing through a person, and will blow the fuse rendering
the appliance safe.

Plug 2 pin adalah plug yang tidak mempunyai wayar bumi, oleh itu, pengguna lebih
terdedah kepada terkena renjatan elektrik. Ia juga cepat terbakar sekiranya kilat menyambar
rumah. Kerana itulah orang tua-tua dulu akan mencabut semua plug di soket apabila hari
hujan kerana risau kilat menyambar rumah dan menyebabkan kebakaran. Namun begitu, ia
tidak bermakna plug 2 pin adalah tidak selamat digunakan. Perkakas elektrik seperti
televisyen, radio dan vakum tidak mempunyai wayar Bumi. Hal ini kerana plug itu telah
direka supaya wayar hidupnya tidak akan tersentuh dengan selongsong (casing). Hasilnya,
selongsong itu tidak akan memberikan kejutan elektrik, meskipun wayar didalamnya sudah
longgar atau tercabut.

BAHAN DAN RADAS

Pena ujian, pemutar skru, kabel pendawaian (N, E, L), plug 3 pin 13 Ampere, soket 2 suis,
playar, pemotong (cutter), wire stripper, wayar penyambung (bewarna kelabu), pisau,
gunting.

PROSEDUR
1. Wayar penyambung dipotong sepanjang 1 meter dengan menggunakan alat
pemotong (cutter).
2. Hujung wayar penyambung dipotong dengan pisau sehingga menampakkan 3 jenis
wayar di dalamnya (wayar hidup (L), bumi (E) dan neutral (N)). Rerambut benang
bewarna putih dipotong kemas. Wayar NEL di dalamnya kemudiannya dipotong
dengan menggunakan wire stripper sehingga menampakkan dawai kuprum.

3. Ketiga-tiga wayar NEL ini dipasang pada plug dan diketatkan dengan menggunakan
pemutar skru.

4. Kabel pendawaian yang terdiri dari wayar neutral, hidup, dan bumi dipotong
sepanjang 10cm dengan menggunakan pemotong. menggunakan wire stripper
sehingga menampakkan dawai kuprum.
5. Ketiga-tiga wayar ini disatukan dengan wayar-wayar di dalam wayar penyambung
mengikut warnanya (hujung dawai kuprum digulung bersama dan dilipat sebelum
dimasukkan ke dalam soket).
6. Kemudiannya, hujung wayar-wayar yang telah disambungkan tadi dilipat dan
dimasukkan ke dalam ruang salah satu soket. Kesemua wayar diketatkan dengan
menggunakan pemutar skru.

7. Hujung kabel pendawaian yang tersisa disambungkan pada soket kedua dan
diketatkan dengan menggunakan pemutar skru.
8. Penutup soket dua suis di pasang dan diketatkan.

9. Extension yang sempurna sedia diuji. Plag dipasang pada soket arus ulang alik, suis
dibuka.
10. Pena ujian dicucuk pada lubang kanan kedua-dua soket extension. Lubang kanan itu
adalah dimana terletaknya wayar hidup yang akan mengalirkan elektrik. Lampu akan
menyala sekiranya terdapat pengaliran arus di dalam wayar.
11. Sambungkan plug kipas kepada salah satu soket extension.
12. Suis dihidupkan dan pemerhatian dicatat dalam jadual 1.
13. Langkah 9-12 diulang sebanyak 3 kali dan pemerhatian dicatat dalam jadual 1.
KEPUTUSAN

Bil. Ujian Ujian dengan pena ujian Ujian dengan kipas

Pertama Lampu menyala Kipas berputar

Kedua Lampu menyala Kipas berputar

Ketiga Lampu menyala Kipas berputar

Jadual 1

PERBINCANGAN

Sepanjang pembinaan extension ini, wayar penyambung tiga teras berpenebat polivini
klorida (PVC) telah digunakan. Wayar ini bewarna kelabu dan mempunyai tiga jenis wayar
berlainan jenis di dalamnya iaitu wayar neutral (N), bumi (Earth) dan hidup (Live). Wayar
penyambung ini dipilih bagi meningkatkan keselamatan penguna. Kesemua wayar
disambungkan kepada plug 3 pin 13 Ampere mengikut garis panduan yang telah ditetapkan
oleh SIRIM seperti di bawah.
Suis yang terdapat pada kedua-dua soket berfungsi untuk menyambung dan
memutuskan litar. Di dalam pendawaian selari, pemasangan dan penyambungan wayar
dengan betul adalah penting bagi mengelakkan berlakunya kebocoran elektrik dan litar
pintar. Wayar-wayar yang telah disambungkan pada plug dan soket juga perlu diketatkan
supaya extension yang dibinda tidak mudah terlerai dan tahan lama.

Gambar Contoh Pendawaian SelarI

Pena ujian digunakan untuk menguji kehadiran arus di dalam extension. Fungsi pena
ujian adalah untuk menguji dan mengesan kebocoran arus elektrik atau wayar hidup. Pena
ujian ini sesuai digunakan untuk mengesan arus elektrik dalam julat 50V-500V. Lampu neon
pada batang pena ujian akan menyala apabila dikenakan pada wayar hidup, menandakan
terdapat pengaliran arus di dalam wayar itu. Pena ini juga boleh digunakan unntuk kerja-
kerja ringan seperti memasang dan melonggarkan skru kecil.

Gambar pena ujian


Pemerhatian yang dibuat menunjukkan alat berjaya dibina dan selamat untuk
digunakan. Ujian dilaksanakan sebanyak 3 kali bagi memastikan bahawa ia benar-benar
selamat untuk digunakan dan tidak mendatangkan mudarat kepada pengguna. Sepanjang
pembinaan, beberapa langkah keselamatan telah diambil bagi menghasilkan sebuah
extension yang bermutu tinggi dan selamat digunakan iaitu:

1. Wayar yang diketatkan ditarik dan disenjah bagi memastikan ia betul-betul ketat. Hal
ini adalah bagi menghasilkan extension yang tidak mudah rosak. Sekiranya wayar
tidak ketat, ia akan mudah tercabut dan akan mengganggu fungsi sistem.
Contohnya, sekiranya wayar bumi tercabut atau longgar, pengguna boleh terkena
renjatan elektrik.
2. Memastikan ketiga-tiga kabel pendawaian tidak terlalu panjang dan tidak terlalu
pendek. Hal ini kerana, sekiranya ia terlalu panjang, ia akan menyukarkan proses
pengkemasan iaitu penutup soket sukar dipasang kerana kabel-kabel itu akan
menolak penutup. Tetapi sekiranya ia terlalu pendek, ia menyukarkan peroses
penyambungan kepada soket kedua.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, ilmu pembinaan extension adalah sangat beharga dan sangat menjimatkan
kos. Plug 3 pin yang mempunyai wayar bumi juga adalah lebih selamat digunakan. Teknik
pemasangan adalah penting bagi menghasilkan bahan yang berkualiti, tahan lama dan
selamat digunakan.
BIBLIOGRAFI

Ahmad Hashem. (1999). Fizik Matrikulasi Jilid 2. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
BBC. (n.d). Domestic uses and safety. Dipetik pada 9 April 2020 dari
https://www.bbc.co.uk/bitesize/guides/z886b82/revision/2

Cutnell, J.D. & Johnson, K.W. (2010). Introduction To Physics. Hoboken: John Wiley &
Sons,
Inc.
Fatt, C. S. (2014, Ogos 9). Hukum kirchoff / kirchoff law [PowerPoint] SlideShare. Dipetik
dari https://www.slideshare.net/csfet/hukum-kirchoff-kirchoff-law
Jones, T., Kirsner, S., Rowe, J. (2003). Sains Rujukan Meja Jilid 1. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Laughton, M. A & Warne, D. F. (2003). Electrical engineer’s reference book 16th ed.
Burlington:
Elsevier Science.

Poh Liong Yong & Lee Beng Hin. (2010). Physics for Matriculation Semester 1 3rd ed. Shah
Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Serway, R.A., Vuille, C., Faughn J.S. (2009). College Physics 8th ed. United States: Brooks
Cole Cengage Learning.
Wilson, J.D. & Buffa, A.J. (2000). College Physics 4th ed. New Jersey: Prentice-Hall, Inc.
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai