Anda di halaman 1dari 13

TAJUK

Persampelan populasi kumbang beras

TUJUAN

Mengkaji bilangan kumbang beras dalam sampel beras yang


berbeza dan masa simpanan yang berbeza.

PENGENALAN / TEORI

Kumbang beras merupakan sejenis serangga perosak yang


habitat semulajadinya hidup di dalam beras, gandum dan padi.
Nama saintifik serangga ini adalah Sitophilus oryzae yang
berasal dari keluarga Circulioidae. Kumbang beras lebih
dikenali sebagai bubuk beras dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Kumbang beras ini merupakan sejenis serangga
kecil yang berukuran 2.5-3.5mm panjang dan bewarna coklat
kehitaman atau hitam.
“Seekor kumbang
beras betina mampu
mengeluarkan 300-
400 biji telur sekali dan
apabila dewasa ia
akan hidup selama 5 bulan kemudian akan
berkeupayaan terbang ke lokasi lain dan stor simpanan beras.”
(Yao, 2003). “S. oryzae females make holes and lay an egg,
and larval and pupal period is spent hidden in the stored grain.
S. oryzae larvae feed on proteins and vitamins by consuming
the germ of cereals, and adults largely reduce the carbohydrate
content by consuming the endosperm of the grains.” (Kim, B. S
et al., 2019). Kenyataan ini menunjukkan bahawa telur
kumbang beras hanya akan menetas dalam persekitaran yang
sesuai; ada protein dan vitamin. Kumbang beras mengambil
masa 28 hari untuk menjadi kumbang dewasa.

Kumbang beras mempunyai jangka hayat 114 – 120 hari,


yang betina hidup lebih lama dari yang jantan. Kumbang beras
merupakan serangga perosak yang menjadi cabaran kepada
manusia dan boleh menyebabkan pihak pembekal beras
kerugian. Makanannya adalah karbohidrat yang terkandung
dalam beras dan kesannya akan menjadikan beras itu
berlubang (rosak).
BAHAN DAN RADAS

Beras padi sawah (beras kampung), beras pulut, piring, kertas


putih A4, neraca mampatan

PEMBOLEH UBAH

Dimanipulasi : Jenis beras

Bergerak balas : Bilangan kumbang beras

Dimalarkan : Persekitaran beras disimpan

PROSEDUR
Sampel A Sampel B

1. Sampel beras A (beras sawah padi) ditimbang dengan


menggunakan neraca mampatan.
Neraca mampatan

2. Jisim beras A dicatat di dalam jadual 1.0.


3. Beras A diletakkan di atas kertas putih A4 dan bilangan
kumbang beras dikira dan dicatat dalam jadual 1.0

4. Langkah 1 hingga 3 diulang dengan menggunakan


sampel yang sama dan berat yang sama.
5. Langkah 1 hingga 4 diulang dengan menggunakan
sampel beras B (beras pulut) dengan berat yang sama.

KEPUTUSAN

SAMPEL JENIS TEMPOH JISIM BIL. KUMBANG BERAS JUMLAH


BERAS PERAMAN (g) Pertam Kedua Ketiga
a
A Sawah 5 Bulan 130 7 11 8 26
padi
B Pulut 7 Bulan 130 9 12 11 32

Jadual 1.0

Jumlah Bil. Kumbang Beras

0 5 10 15 20 25 30 35

PERBINCANGAN

Berdasarkan keputusan yang diperoleh, kedua-dua sampel


mengandungi jumlah bilangan kumbang beras yang hampir
sama, walaupun sampel diperam dalam jangkamasa yang
berbeza. Sampel A iaitu beras sawah padi yang ditanam
sendiri (beras kampung) yang diperam selama 5 bulan
mempunyai 26 jumlah keseluruhan kumbang beras manakala
sampel B iaitu beras pulut yang diperam selama 7 bulan
mempunyai 32 jumlah bilangan kumbang beras. Kedua-dua
beras ini diperam dalam bekas yang berbeza di kawasan yang
sama suhu dan kelembapan.

Setelah diteliti, terdapat beberapa kemungkinan yang


mendorong rapitisi pembiakan kumbang beras di dalam sampel
A sehingga hampir menyamai jumlah bilangan kumbang beras
sampel B. Antaranya ialah, padi yang ditanam oleh petani (ibu
bapa pengkaji) tidak disembur racun yang boleh memusnahkan
telur kumbang beras. “Although S. oryzae is primaly a pest of
stored products, it can also attack cereal plants in the field.”
(CAB International). Ini bermakna, spesies kumbang beras ini
telah menyerang dan membiak di dalam sawah padi. Mesin
menuai padi tidak menapis serangga perosak jadi, apabila padi
disimpan di dalam guni, ia membuka ruang kepada telur
serangga perosak licik ini untuk mendapatkan nutrien. Oleh
sebab itu, apabila padi dimesin menjadi menjadi beras, telur
yang tersimpan di dalam padi tadi akan menetas dan menjadi
pupa kemudian larva sebelum membesar menjadi kumbang
beras dewasa. Oleh sebab itulah jumlah bilangan kumbang
beras di dalam sampel A hampir menyamai sampel B
meskipun masa peraman adalah berbeza. Semakin lama masa
peramanm semakin banyak kumbang beras di dalam beras.

1. Dari fakta sains, bincangkan kenapa beras menjadi


lokasi pilihan untuk kumbang membiak

Kumbang beras memilih beras untuk membiak kerana spesies


ini memerlukan nutrient protein dan karbohidrat untuk
membesar dan membiak. Serangga ini membiak apabila
kumbang beras betina mengorek beras dan bertelur di
dalamnya. Telur kumbang ini bewarna putih berbentuk lonjong.
Lubang pada beras akan ditutup oleh kumbang beras betina
dengan cecair khas. Telur yang menetas akan menjadi larva.
Anak kumbang beras akan kekal berada di dalam beras
sehinggalah ia menjadi kumbang yang sempurna. Ini
bermakna, kumbang beras bervolusi dari telur ke larva ke pupa
di dalam biji beras. “S.Oryzae larvae feed on proteins and
vitamins by consuming the germ of cereals and adults largely
reduce the carbohydrate content by consuming the endosperm
of the grains.” (Kim, B. S. 2019). Larva kumbang beras
menjadikan germ (gamet) beras sebagai sumber protin dan
vitamin mereka. Larva berukuran 4mm panjang tanpa kaki dan
menjadikan germ (gamet) beras sebagai sumber protin dan
vitamin untuk mereka membesar. Beras akan rosak.

Larva akan menjadi larva sebelum merangkak keluar dari


biji beras sebagai seekor kumbang dewasa yang sempurna.
Kumbang dewasa ini bersedia untuk mengawan. Beras juga
terkenal dengan kelembapannya. Jika disentuh beras, ianya
sejuk. Hal ini kerana beras bersifat higroskopik. Higroskopik
bermaksud bahan yang menyerap kelembapan (wap air) dari
udara. “When dry rice is exposed to air with high relative
humidity, the rice grains will absorb water from the air” (Rice
Knowledge Bank, n.d). Keadaan beras yang lembap
menjadikan ianya satu medium yang sesuai untuk kumbang
beras hidup dan membiak.
2. Cadangkan kaedah rawatan untuk membasmi serangan
kumbang terhadap beras ini dan tidak menjejaskan kualiti
beras

Sejak dulu lagi, kumbang beras menjadi masalah kepada pihak


pembekal beras. Beras yang disimpan senang diserang oleh
kumbang beras. Untuk mengatasi masalah ini, pihak pembekal
beras tidak boleh menggunakan racun sembarangan untuk
memusnahkan populasi kumbang beras di dalam produk jualan
mereka. Terdapat beberapa kaedah rawatan yang boleh
digunakan untuk membasmi serangan kumbang beras tanpa
menjejaskan kualiti beras. Antara kaedah yang sering
dijalankan ialah dengan kaedah fumigasi, kawalan suhu dan
penggunaan produk tumbuhan dalam mengawal pembiakan
kumbang beras. Kawalan menggunakan kaedah fumigasi boleh
digunakan untuk semua jenis bijirin. Dengan menggunakan
metil bromida, kaedah dijalankan dalam keadaan ptotokol
khusus yang selamat dan mengikut keperluan khas. Metil
bromida akan mengeluarkan gas ammonia yang berbau seperti
bawang putih. Namun begitu, kaedah fumigasi yang
menggunakan metil bromida memberi kesan buruk kepada
alam sekitar kerana gas ini boleh merosakkan lapisan ozon.
Oleh itu, penggunaan gas ini telah diharamkan. Selain metil
bromida, gas fosfin juga berkesan dalam mebasmi kumbang
beras. Namun begitu, kajian terkini mendapati spesies ini telah
beradaptasi dan menjadi imun kepada gas ini. Oleh itu, para
biologis telah memperkenalkan kaedah fumigasu yang
menggunakan etil formate. Etil formate bukan sahaja berkesan
membasmi serangan kumbang beras, ia juga tidak memberi
kesan negatif kepada alam dan manusia.

Selain itu, populasi kumbang beras juga boleh dikawal


melalui kawalan suhu. “The effect of low temperatures on S.
oryzae and S. zeamais was investigated by Nakakita et al.
(1997).” (CAB International, n.d). Menurut kajian itu, proses
penetasan telur dan metamorphosis spesies S. oryzae ini akan
terhenti pada suhu 15°C. Kumbang beras dewasa pula tidak
subur apabila suhu dinaikkan kepada 40°C. Tetapi, pada suhu
yang terlalu tinggi, beras akan kehilangan air dan akan
menyebabkannya rosak. Oleh itu, kawalan turun naik suhu
perlu diperhati dengan baik.

Akhir sekali, penggunaan produk tumbuhan juga berkesan


dalam membasmi kumbang beras. Tumbuhan yang beraroma
kuat seperti daun panda, kulit kayu manis dan cili kering
seringkali digunakan oleh masyarakat setempat untuk
menghalau kumbang beras. Penggunaan produk tumbuhan
seperti minyak tumbuhan, daun & serbuk tumbuhan serta
ekstrak juga dapat digunakan. Sebagai contoh, minyak biji
Neem merupakan produk yang paling berkesan dalam
mengawal pembiakan kumbang beras (Thomas et.al, 2002).
3. Selain daripada beras, bijirin apa yang selalu
menghadapi masalah serangan kumbang ini dan
cadangkan kaedah penyimpanan yang sesuai tanpa
merosakkan kualiti bijirin tersebut

Bijirin yang turut menghadapi serangan kumbang spesies S.


oryzae adalah padi dan tepung. Untuk penyimpanan di rumah,
bijirin tersebut boleh disimpan dalam bekas tertutup dan
disimpan di tempat bersih, sejuk dan kering seperti peti sejuk.
Hal ini kerana, suhu sejuk boleh membendung penetasan telur
kumbang beras.

Bushan Bibwe (2017) menyatakan bahawa kaedah


Penyimpanan Hermetic meningkatkan kualiti bijirin dan biji
benih kerana ianya mengekalkan kandungan kelembapan dan
mengurangkan kerosakan akibat serangga perosak tanpa
menggunakan racun serangga. Penyimpanan Hermetic
berperanan dengan mengedapkan bijirin yang disimpan
daripada atmosfera luar. Ia mengelakkan kemasukan oksigen
dan udara yang lembap daripada udara persekitaran dan
melindungi bijirin daripada serangga perosak. Dalam kaedah
penyimpanan ini, terdapat beberapa bahan peralatan yang
berbeza untuk digunakan, sesuai dengan keadaan dan
keperluan. Antara peralatan tersebut ialah bag super grains,
cocoon storage, bunkers, pits tunnel dan silo bag.
BIBLIOGRAFI

Baker M., Wolff W.J. (1987). Biological Surveys Of Estuaries And Coast. Cambridge
University Press: Cambridge.

CAB International. (n.d.). Sitophilus oryzae (lesser grain weevil). Diakses pada 1 April 2020.
Dipetik dari https://www.cabi.org/isc/datasheet/10887#toenvironments

Campbell, N.A. & J.B. Reece (2005). Biology (7th ed.). USA: McGraw-Hill Companies.

Casem, M. L. (2016). Sitophilus oryzae. Diakses pada 1 April 2020. Dipetik dari
https://www.sciencedirect.com/topics/biochemistry-genetics-and-molecularbiology/
sitophilus-oryzae

Choong, N.M.,Lee, S.C. & Liew, S.L. (1997). Biologi STPM Jilid II. Selangor. Fajar Bakti
Sdn. Bhd.

ClimaTechWiki. (2013). Seed and Grain Storage. Diakses pada 3 April 2020. Dipetik dari
http://www.climatetechwiki.org/content/seed-and-grain-storage

Grain SA. (2016). Different Ways and Option for Storing Grain. Diakses pada 3 April 2020.
Dipetik dari http://www.grainsa.co.za/different-ways-and-options-for-storing-grain

Hagstrum, D. W. (2013). Classification and cross infestation of commodities. Diakses pada 1


April 2020 Dipetik dari https://www.sciencedirect.com/topics/agricultural-and-biological-
sciences/sitophilus

Hamid, A, F.A., & Togin, S.K. (2016). Biology 1. Nilai: Universiti Sains Islam Malaysia.

Kamaludin A. Rashid. (2012). College Biology. Edisi Pertama. Shah Alam. IPTA Publications

Sdn. Bhd.

Kim, B. S. et all. (2019). Insecticidal effects of fumigants (EF, MB and PH3) towards
phosphine-
susceptible and -resistand sitophilus oryzae (coleoptera: curculionidae). Diakses pada 2
April 2020. Dipetik dari https://www.mdpi.com/2075-4450/10/10/327/htm

Rice Knowledge Bank. (n.d). Grain and air properties. Diakses pada 1 April 2020. Dipetik
dari
http://www.knowledgebank.irri.org/step-by-step-production/postharvest/drying/drying-
basics/grain-and-air-properties

Rod Davis et.al. (2016). Grain Storage and Handling. Diakses pada 3 April 2020. Dipetik dari

https://www.mla.com.au/globalassets/mla-corporate/research-a development/program-
areas/feeding-finishing-and-nutrition/feedlot-design-manual/030-grain-storage-and-
handling-2016_04_01.pdf

Anda mungkin juga menyukai