Anda di halaman 1dari 10

DOKUMEN STANDARD KURIKULUM: PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4

Standard Pembelajaran
Standard Kandungan Tahun 4
5. Hemah tinggi Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
5.1.1 Menyenaraikan adab dalam pergaulan
Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dengan jiran.
dalam pergaulan seharian
5.1.2 Menghuraikan kepentingan adab dalam
5.1 Mengamalkan adab dalam pergaulan pergaulan dengan jiran.
dengan jiran
5.1.3 Menceritakan perasaan apabila
berkelakuan beradab dalam pergaulan
dengan jiran.

5.1.4 Mengamalkan perlakuan beradab


dengan jiran.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KSSR


TAHUN 4
Mata Pelajaran : Pendidikan Moral
Tahun : 4 Inovatif
Tarikh/ Hari/ Masa : 14 April 2016, Khamis (8.40 - 9.40pg)
Bilangan Murid : 1 orang
Tema : Saya dan Jiran
Tajuk : Unit 5- Berhemah Sesama Jiran
Standard Kandungan : 5.1 Mengamalkan adab dalam pergaulan dengan jiran
Standard Pembelajaran : 5.1.3 Menceritakan perasaan apabila berkelakuan
beradab dalam pergaulan dengan jiran.
5.1.4 Mengamalkan perlakuan beradab dengan
jiran.
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid dapat;
i. Menghasilkan peta buih tentang perasaan apabila
berkelakuan beradab dengan jiran sekurang-
kurangnya 4 daripada 5 jawapan dengan tepat.

ii. Menulis cara, kepentingan, kesan dan perasaan


apabila bersopan dalam pergaulan dengan jiran
berdasarkan situasi yang telah dberi sekurang-
kurangnya 8 daripada 12 jawapan dengan tepat.
Pendekatan moral : i. Analisis Nilai ii. Penjelasan Nilai
EMK : i. Kreativiti: - menjana idea dalam menghasilkan peta buih
berdasarkan gambar dan dialog yang diberi
- mengolah situasi dalam menulis cara,
kepentingan, kesan dan perasaan apabila
bersopan dengan jiran
ii. Usahawan: - berani mencuba dalam menyatakan idea
dan pendapat.
iii. TMK: - Pembelajaran menggunakan komputer riba, LCD,
persembahan multimedia.
KBAT : Pengolahan idea daripada puisi yang diberi, penjanaan idea
dalam peta buih berdasarkan gambar dan dialog yang
diberi, kemahiran menganalisis situasi dalam menulis cara,
kepentingan, kesan dan perasaan apabila bersopan
dengan jiran.

Bahan Bantu Belajar : Persembahan multimedia, komputer riba, LCD, lembaran


kerja, buku latihan, dan lembaran kerja pengukuhan.
Nilai : Berhemah, tolong-menolong, berterima kasih, kerjasama,
kreatif, toleransi, bertegur-sapa, hormat-menghormati,
bersangka baik.
Aktiviti Pembelajaran
Langkah / Isi Pelajaran Aktiviti Pembelajaran Catatan
Masa
- Permainan - Murid diterangkan dengan cara Pendekatan
Set Induksi ‘Hangman Game’ permainan ‘Hangman’ dan moral:
(5 minit) peraturannya. -Analisis nilai
-Perkataan
Hemah tinggi - Murid diminta meneka huruf
yang terdapat pada tempat
kosong.

- Murid diminta meneka topik yang


akan dipelajari pada hari ini.

- Murid didedahkan dengan topik


yang akan dipelajari.
- Puisi tentang adab - Murid dipaparkan puisi ABM:
Langkah 1 pergaulan dengan mengenai adab dalam pergaulan -Komputer riba
(15 minit) jiran dengan jiran. -Persembahan
multimedia
-LCD
Soalan dan contoh - Murid diminta menyatakan
jawapan pendapat tentang apa yang Teknik:
(Rujuk lampiran A) difahami daripada puisi. -Pengolahan

- Murid diminta memberikan Pendekatan


pendapat mengenai perasaan moral:
apabila berkelakuan beradab -Analisis nilai
dalam pergaulan dengan jiran -Penjelasan nilai
berdasarkan puisi tersebut.

- Murid dibantu oleh guru dalam


menyatakan pendapat.

- Murid diterangkan dengan lebih


lanjut mengenai perasaan apabila
berkelakuan beradab dalam
pergaulan dengan jiran melalui
beberapa contoh situasi lain.

- Murid diminta menyatakan


amalan perlakuan beradab
dengan jiran berdasarkan puisi
tadi.

- Murid dibantu dalam penjanaan


idea.

- Murid diterangkan dengan lebih


lanjut mengenai amalan
perlakuan beradab dengan jiran.

- Hasilkan peta buih - Murid diberi penerangan ABM:


Langkah 2 mengenai perasaan terhadap aktiviti yang akan - Buku latihan
(15 minit) apabila berkelakuan dilakukan.
beradab dengan jiran. Teknik:
- Murid diminta menghasilkan -Pemerhatian
peta buih mengenai perasaan -Pengolahan
Soalan dan contoh apabila berkelakuan beradab
jawapan. dengan jiran berdasarkan gambar Pendekatan
(Rujuk lampiran B) dan dialog yang ditunjukkan. moral:
-Analisis nilai
- Murid dibimbing oleh guru. -Penjelasan nilai
-Jawapan kepada soalan
dibincang bersama murid.
-Tuliskan cara, - Murid diberikan penerangan ABM:
Langkah 3 kepentingan, kesan tentang aktiviti seterusnya. - Lembaran kerja
(15 minit) dan perasaan apabila - Buku latihan
bersopan dalam - Murid diminta untuk menulis
pergaulan dengan cara, kepentingan, kesan dan Pendekatan
jiran berdasarkan perasaan apabila bersopan dalam moral:
situasi yang telah pergaulan dengan jiran -Analisis nilai
diberi. berdasarkan situasi yang telah -Penjelasan nilai
diberi.
-Contoh jawapan
(Rujuk lampiran C) - Murid dibimbing oleh guru.

Sesi soal jawab - Murid diajukan beberapa soalan Teknik:


sebagai aktiviti mengimbas - Soal jawab
Penutup kembali sesi pelajaran hari ini.
(10 minit) Soalan dan contoh
jawapan - Murid diminta untuk
(Rujuk lampiran D) menyebutkan beberapa perasaan
apabila berkelakuan beradab
dengan jiran beserta cara-cara
mengamalkannya yang telah
diperolehi dalam sesi PdP.

- Murid diberikan
latihan ABM:
pengukuhan. -Lembaran kerja
pengukuhan
- Murid diminta menjawab
sebahagian soalan yang
disediakan.

Penilaian Pengajaran dan Pembelajaran:


i. Pemerhatian

ii. Bertulis- menghasilkan peta buih berdasarkan gambar dan dialog yang diberi
- menulis cara, kepentingan, kesan dan perasaan apabila bersopan dalam
pergaulan dengan jiran berdasarkan situasi yang diberi

iii. Soal jawab – mengimbas kembali hasil dapatan sesi PdP


Lampiran A
Contoh soalan dan jawapan

1. Berdasarkan puisi tadi, ceritakan serba sedikit tentang apa yang kamu faham.

- Adab bergaul dengan jiran

- Bersopan dengan jiran

- Bertegur-sapa dengan jiran

2. Pada pendapat kamu, apakah antara perasaan berkelakuan bersopan dalam


pergaulan dengan jiran yang kamu perolehi daripada puisi ini.

- Bertukar juadah

- Bertegur-sapa

- Beramah-mesra

- Mendengar nasihat jiran

3. Apakah amalan perlakuan beradab dengan jiran berdasarkan puisi tadi?

- Mengeratkan hubungan

- Menerima nasihat dengan baik

- Bertukar juadah

- Tegur sapa

- Hormati jiran
Lampiran B (Lembaran kerja)

Hasilkan peta buih mengenai perasaan apabila berkelakuan beradab dengan jiran.

Perasaan
apabila
berkelakuan
beradab
dengan jiran

Contoh jawapan

- Gembira
- Seronok
- Puas hati
- Bangga
- Bahagia
Lampiran C (Lembaran kerja)

Tuliskan cara, kepentingan, kesan dan perasaan apabila bersopan dalam pergaulan
dengan jiran berdasarkan situasi berikut.

Situasi 1
Anak jiran menjatuhkan tong sampah ketika bermain di halaman rumah kamu.

Cara kamu bersopan Kepentingan kamu bersopan


Perasaan kamu apabila bersopan dengan jiran
1
Kesan kepada jiran apabila kamu bersopan
Kesan kepada jiran apabila kamu Perasaan kamu apabila bersopan
ituasi 1 dengan jiran
bersopan
Anak jiran menjatuhkan tong sampah ketika bermain di halaman rumah kamu.

Situasi 2
Jiran tertumpah minuman ke baju kamu pada majlis hari lahirnya.
ituasi 1
Anak jiran menjatuhkan tong sampah ketika bermain di halaman rumah kamu.
Cara kamu bersopan Kepentingan kamu bersopan

Kesan kepada jiran apabila kamu Perasaan kamu apabila bersopan


bersopan dengan jiran
Situasi 3
Anak jiran kamu gemar datang ke rumah untuk bermain dengan adik kamu.
ituasi 1
Anak jiran menjatuhkan tong sampah ketika bermain di halaman ruma
Cara kamu bersopan Kepentingan kamu bersopan

Kepentingan kamu bersopan

Kesan kepada jiran apabila kamu Perasaan kamu apabila bersopan


bersopan dengan jiran
Perasaan kamu apabila bersopan dengan jiran
kamu.

Contoh jawapan

- Menasihati anak jiran


- Bercakap dengan bahasa sopan
- Melayan dengan baik
- Mengeratkan hubungan
- Memupuk perpaduan
- Hidup aman, harmoni dan bahagia
- Hubungan sesama jiran lebih mesra dan akrab
- Melahirkan komuniti jiran tetangga yang terpuji
- Hak sesama jiran dapat dilaksanakan dengan baik
- Gembira
- Bahagia
- Seronok
- Teruja
Lampiran D

Contoh soalan dan jawapan

1. Apakah yang telah kamu pelajari pada hari ini?

- berkenaan perasaan apabila berkelakuan beradab dengan jiran

- berkenaan amalan perlakuan beradab dengan jiran

2. Apakah nilai yang telah kamu dapati daripada sesi pembelajaran hari ini?

- berhemah

- bertegur-sapa

- menghormati satu sama lain

- berbuat bakti sesama jiran

- bersangka baik
Jalankan pemerhatian tentang sikap sopan santun yang diamalkan di kawasan
kejiranan kamu. Lengkapkan boring pemerhatian di bawah.

Borang Pemerhatian Adab Sopan di Kawasan Kejiranan

Nama: Kawasan Kejiranan:

Bil. Sikap sopan santun Diamalkan (/) Tidak diamalkan(/)

1. berjabat tangan dan


mengucapkan salam semasa
berjumpa dengan jiran

2. memberi dan menerima teguran


jiran dengan sopan

3. mengucapkan terima kasih apabila


menerima sesuatu daripada jiran

4. menggunakan bahasa yang sopan


ketika bercakap dengan jiran

5. sentiasa bertegur sapa dengan jiran

6. sentiasa ramah mesra dalam


pergaulan dengan jiran

Sikap sopan santun jiran yang lain yang dapat diperhatikan

Bil. Sikap sopan santun Diamalkan (/) Tidak diamalkan (/)

1.

2.

3.

4.

Anda mungkin juga menyukai