Anda di halaman 1dari 2

Ulasan:

Kekuatan: Mempelajari ilmu baharu tentang terapi bercerita.

Terapi Seni:

- Terapi bercerita

Aktiviti yang digunakan untuk menyampaikan peristiwa berkaitan masalah murid dengan
menggunakan: perkataan, imej dan suara.

Elemen penting dalam sebuah penceritaan: plot, watak, pandangan, nilai

Kegunaan cerita untuk terapi:

a. Cerita menggambarkan emosi dalaman


b. Menyediakan pengalaman kepada murid
c. Mengajar penyelesaian dengan kreatif
d. Menunjukkan tindakan dan akibat

4 Teknik utama dalam terapi bercerita:

a. Berbentuk sensitif dan lembut


 Cerita yang disampaikan sama dengan situasi murid tetapi watak ditukarkan kepada
watak lain.
 Murid mungkin akan memilih watak yang menonjol personalitinya
 Tahun 1-3: Guna watak haiwan; Tahun 4-6: Guna watak manusia
b. Kreatif
 Pencerita haruslah bersemangat
 Nada suara yang sesuai
 Penggunaan boneka, gambar, dan replica dapat membantu menarik perhatian klien
c. Positif
 Akhirkan cerita dengan kejayaan watak menyelesaikan masalah yang dihadapi
 Meneroka perasaan klien secara tidak langsung
 Beri peluang kepada klien untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh watak
dalam cerita
d. Menggalakkan kanak-kanak bercerita
 Klien diminta untuk mencari jawapan daripada cerita yang diceritakan.

Perancangan dan pengurusan terapi bercerita

1. Perancangan dan persediaan


i) Pilih cerita yang bersesuaian dengan klien (umur, tahap, bahasa, objektif pelajaran)
ii) Hafal isi-isi penting dalam cerita
iii) ABM (kad bergambar, boneka, kad perkataan)
iv) Pastikan murid bersedia untuk mendengar cerita (fizikal dan mental)
v) Guru duduk atau berdiri sewaktu bercerita (dapat lihat klien)
2. Sesi bercerita
i) Mulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh emosi
ii) Memandang muka klien secara bergilir-gilir
iii) Memilih perkataan yang sesuai dan mudah difahami
iv) Suara guru perlu lantang, jelas dan variasikan intonasi suara
v) Soal jawab semasa sesi bercerita untuk menggalakkan klien meramal dan
mencadangkan penyelesaian sendiri.
3. Penutup
i) Membantu murid mengukuhkan nilai murni yang diterapkan dalam cerita
ii) Aktiviti soal jawab boleh dilaksanakan bersama klien

Anda mungkin juga menyukai