Anda di halaman 1dari 16

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL TAN SRI DATO

MANICKAVASAGAM, 35900 TANJUNG MALIM PERAK

KERTAS CADANGAN
PENUBUHAN
KELAB KITAR SEMULA

DISEDIAKAN OLEH

AGILANDESHWARI A/P RAMA LINGGAM


KETUA GURU PENASIHAT
KELAB KITAR SEMULA
SJK (T) TAN SRI DATO MANICKAVASAGAM
1
1.0 PENGENALAN

Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang
positif kepada dunia yang sedang didiami ini. Kitar semula adalah penting bagi kita dan alam
semula jadi. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang
di buang oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa ke semasa. Kitar semula juga
mengubah sisa menjadi sumber bernilai, mengurangkan penggunaan bahan semula jadi,
menjana sumber kewangan dan memberi faedah sosial.

Kelab kitar semula merupakan satu kelab yang membolehkan para murid untuk
mengamalkan satu tabiat yang baik dengan menggunakan sumber-sumber bahan terbuang
dengan cara yang betul. Justeru, untuk memupuk tabiat sebegitu dalam kalangan para murid,
SJK (T) Tan Sri Dato Manickavasagam telah merancang satu cadangan penubuhan Kelab
Kitar Semula telah diusulkan bersama. Dengan adanya kelab ini maka murid-murid boleh
mengenali kelab ini secara lebih dekat dan dapat menganjurkan beberapa program bersama
sekolah-sekolah bagi mengeratkan silaturahim.

2.0 RASIONAL

Rasional Kelab Kitar Semula adalah untuk menjadikan warga sekolah Sekolah Jenis
Kebangsaan (Tamil) Tan Sri Dato Manickavasagam akan sedar dan bergiat aktif dalam
program kitar semula dan amalan lestari untuk memulihara alam sekitar.

3.0 MATLAMAT

Program ini bertujuan untuk memastikan murid-murid memupuk semangat memelihara


dan cintakan alam sekitar kepada murid. Program ini diadakan untuk berusaha dalam
melahirkan generasi masa hadapan yang cintakan alam sekitar dengan mempraktikkan
amalan kitar semula untuk mengurangkan pencemaran, menjimatkan kos, tenaga dan
menjimatkan sumber kita. Program ini juga diadakan untuk menggembeling usaha dan tenaga
pelbagai pihak bagi membina kesedaran dalam kalangan murid-murid tentang kepentingan
kitar semula.

4.0 OBJEKTIF

4.1 Supaya ahli dapat menganggotai Kelab Kitar Semula dengan lebih terpimpin
dalam menimba ilmu berpasukan dan memupuk semangat bertanggungjawab
dan disiplin diri.

4.2 Ahli-ahli Kelab Kitar Semula Sekolah akan seberapa daya berusaha untuk
mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya
melalui ujian-ujian kecekapan yang diikutinya.

2
4.3 Melatih murid-murid untuk mempraktikkan amalan kitar semula dalam
kehidupan seharian.

5.0 CADANGAN PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN KELAB

5.1 NAMA KELAB

KELAB KITAR SEMULA

5.2 IDENTITI KELAB

5.2.1 LOGO KELAB

5.2.2 RASIONAL LOGO

SIMBOL MAKNA
Tong Kitar Tong kitar semula merupakan salah satu bahan dalam proses kitar
Semula semula iaitu bagi proses pengasingan.
Barang-barang Barangan yang kita boleh kitar semula
Pokok Pemeliharaan sumber semula jadi
Perkataan Amalan 3R
Reduce,Reuse,
Recycle
Warna Hijau Warna hijau melambangkan fauna dan ‘’Go Green’’

3
5.2.3 MOTO KELAB

Recycle, Reuse, Reduce

5.2. 4 LAGU KELAB KITAR SEMULA

 Rujuk Lampiran A

5.2.5 VISI KELAB

Membentuk ciri-ciri kepimpinan yang berdedikasi, berkaliber, berwibawa dan


berhemah tinggi di dalam diri seseorang pelajar.

5.2.6 MISI KELAB

Mengurangkan pembaziran dalam kelangan murid-murid dan memelihara


alam sekitar.

5.3 KUMPULAN SASARAN

Semua murid Tahun 4

5.4 KEAHLIAN

Keahlian terbuka kepada tahun 4 SJK(T) Tan Sri Dato Manickavasagam. Ahli-ahli
mestilah menerima serta bersetuju mematuhi peraturan Kelab Kitar Semula. Ahli-ahli
Kelab Kitar Semula akan diberi kad keahlian.

5.5 WAKTU PELAKSANAAN

Hari : Hari Rabu


Masa : 3.00pm - 4.00pm

5.6 LOKASI PERJUMPAAN

Bilik Darjah 6 Sooriyan

4
5.7 YURAN KEAHLIAN

Yuran keahlian akan dikutip sebanyak RM 3 daripada semua ahli kelab.

5.8 PERATURAN KELAB

1. Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas

2. Peraturan khas untuk Kelab Kitar Semula (jika ada) yang ditetapkan

hendaklah dipatuhi oleh semua ahli

3. Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

4. Ahli-ahli diwajibkan membayar yuran keahlian

5.9 PEMBUBARAN TAHUNAN

Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar
Perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara. Segala hutang wajib dijelaskan.
Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

6.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA YANG DIRANCANG

JAWATANKUASA KELAB KITAR SEMULA


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL TAN SRI DATO MANICKAVASAGAM

Penaung : Murugesu A/P Athiyappan

Guru Penasihat : Agilandeshwari A/P Rama linggam

Pengerusi : Turghaishini A/P Marippah

Naib Pengerusi : Girrtana A/P Nalarajah

Setiausaha : Suloshini A/P Subramaniam

Naib Setiausaha : Saran Rao A/L Latchumaya

Bendahari : Preveena A/P Murugesu

5
Naib Bendahari : Sarmila A/P Ravintheran

AJK Aktiviti : Sasvin A/L Ravi

AJK Peralatan : Satheesh A/L Balakrishnan

AJK Kehadiran : Mohammad Shafik bin Hidayatullah

AJK Disiplin : Thanaruban A/L Sukumaran

6.1 SENARAI AHLI PERSATUAN

SENARAI AHLI KELAB KITAR SEMULA


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL TAN SRI DATO MANICKAVASAGAM

1. TURGHAISHINI A/P MARIAPPAH


2. SARAN RAO A/L LATCHUMAYA
3. GIRRTANA A/P NALARAJAH
4. SULOSHINI A/P SUBRAMANIAM
5. SATHEESH A/L BALAKRISHNAN
6. MOHAMMAD SHAFIK BIN HIDAYATULLAH
7. THANARUBAN A/L SUKUMARAN
8. PREVEENA A/P MURUGESU
9. SASVIN A/L RAVI
10. DARWINTHIRAN A/P MUGINDREN
11. SARMILA A/P RAVINTHERAN
12. PRAVEEN A/L HARIDASS
13. SAIILENDRAA A/L YUGEN
14. YOGANTHEERAN A/L MANIKAM
15. VELAN A/L WASANTHAN
16. KIRBANANTHINI A/P PALANEE
17. ATHAAVI A/P YUVARAJ
18. DHAANYASREE A/P SHANMUGAM
19. CHARAAN RAJ A/L MANIYARASAN
20. USHARANI A/P RAMKUMAR
21. SURENDREN A/L JAYABALAN
22. VINITHA A/P BALAMURUGAN
23. HARI DASS A/L KUMARAN
24. MOTHITHA A/P SHERAN RAJ

6
25. VIMALASHREE A/P KUMAR
26. JAYASHREE A/P SAMINATHAN
27. VANEESHREE A/P KUMARESHAN
28. ASHWINI A/P KRISHNAN
29. MUGENDRAN NAIDU A/L VASUDREN NAIDU
30. KAYALVIZHI A/P KEERTHANAN

7.0 BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA


(Rujuk Lampiran B)

8.0 PERANCANGAN AKTIVITI DAN TAKWIM


(Rujuk Lampiran C)

9.0 PERLEMBAGAAN PERSATUAN DAN PERATURAN


(Rujuk Lampiran D)

10.0 CARTA ALIR DAN SURAT PENUBUHAN


(RUJUK LAMPIRAN E)

11.0 PENUTUP

Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.
Semoga segala ilmu dan pelajaran yang kami sampaikan di dalam aktiviti Kelab Kitar Semula
ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian mereka demi untuk melahirkan modal insan
yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, kerjasama daripada semua pihak amat
kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(Cik Agilandeshwari A/P Rama linggam) (Pn. Mala A/P Sinnayan)


Guru Penasihat Kelab Kitar Semula Penolong Kanan KoKurikulum
SJK (T) Tan Sri Dato
Manickavasagam

7
Disahkan oleh,

(En.Murugesu A/P Athiyappan)


Guru Besar SJK(T) Tan Sri Dato Manickavasagam

8
LAMPIRAN

9
LAMPIRAN A
LAGU KELAB KITAR SEMULA
Rasa sayang hey, rasa sayang-sayang hey,
Hey lihat nona jauh rasa sayang-sayang hey,
Saya suka mengutip sampah,
Mengutip sampah di atas jalan,
Sayangkan alam amalan saya,
Hidup bersih tanpa sampah

Rasa sayang hey, rasa sayang-sayang hey,


Hey lihat nona jauh rasa sayang-sayang hey,
Plastik dibuang ke tong sampah jingga
Kaca dibuang ke tong sampah coklat,
Kertas dibuang ke tong sampah biru,
Bebas sampah, bersih sentiasa

10
LAMPIRAN B

1. PENGERUSI

 Membentuk jawatankuasa
 Mempengerusikan mesyuarat
 Merujuk kepada penasihat
 Merancang segala pengisian aktiviti
 Memastikan segala aktiviti berjalan dengan lancar

2. NAIB PENGERUSI

 Membantu pengerusi menjalankan tugas-tugas

3. SETIAUSAHA

 Menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan


 Urusan surat menyurat dan borang

4. BENDAHARI

 Mengutip, menyelaras dan menyediakan penyata kewangan berkaitan program.

5. AHLI JAWATANKUASA

 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.
 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke
semasa.

11
LAMPIRAN C

RANCANGAN TAHUNAN KELAB KITAR SEMULA

BIL BULAN DAN RANCANGAN CATATAN


MINGGU
1 JANUARI Pendaftaran Ahli
(MINGGU 2) Pertandingan Membuat Buku Skrap Kelab
Kitar

2 JANUARI Asas Pengurusan sisa pepejal 3R ( Halaman


(MINGGU 3) Seni Kreatif 3R)

3 FEBRUARI 3R (Gotong-royong dengan menerapkan


(MINGGU 2) elemen pengasingan sisa)

4 FEBRUARI Melukis dan mewarna bertemakan kitar


(MINNGU 3) semula
5 MAC Mencipta Kolaj dengan menggunakan sisa
(MINGGU 2) asah yang berguna

6 APRIL Pertandingan Membuat Buku Skrap Kelab


(MINGGU 1) Kitar

7 APRIL Mereka cipta bahan kitar semula


(MINGGU 2)
8 MEI Melawat ke kilang kitar semula
(MINGGU 2)
9 JUN Mereka cerita pendek yang berkaitan dengan
(MINGGU 1) kitar semula
10 JULAI Ceramah kesedaran kempen kitar semula
(MINGGU 2)
11 OGOS Mereka cipta bahan kitar semula
(MINNGU 3)
12 OGOS Pertandingan Pidato anjuran bersama
(MINGGU 4) Persatuan Bahasa Tamil
13 SEPTEMBER Majlis Jamuan Tahunan Kelab Kitar Semula
(MINGGU 4)

12
LAMPIRAN D

PERLEMBANGAAN PERSATUAN DAN PERSATUAN


Pada mematuhi Subperaturan 5(1)(a) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid
42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21hb Mei 1998, maka
berikut ini dikemukakan Peraturan-Peraturan (Perlembagaan) Kelab Kitar Semula Sekolah
Jenis Kebangsaan (Tamil) Tan Sri Dato Manickavasagam yang selepas ini disebut sebagai
”persatuan” sahaja.

Peraturan 1: Pakaian

 Sesi Perjumpaan Mingguan – Pakaian Seragam Sekolah

 Sesi Aktiviti Kelab - Baju T dan seluar trek sukan

-Kasut dan berstokin

Peraturan 2: Kewangan

 Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan semasa
Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM3.00 seorang sebulan.

 Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti.

 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh
dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

 Semua pungutan/penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA sekolah,


sekiranya mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar.

Peraturan 3: Kehadiran

 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan
sepanjang tahun.

 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis


surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian
kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

13
Peraturan 4: Aktiviti

 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli
jawatankuasa.

 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada
pengetahuan ahli.

Peraturan 5: Peraturan-Peraturan

 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

Peraturan 6: Tindakan Disiplin

 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi
peraturan yang ditetapkan.
 Tindakan disiplin adalah mengikut cara iaitu, amaran lisan dan amaran bertulis
 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan
kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat
adalah muktamad.

Peraturan 7: Pindaan Perlembagaan

 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru
Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan
membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh
Pengetua/Guru Besar.

Peraturan 8: Hal-hal Lain

 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.
 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

14
LAMPIRAN E

Kelab Kitar Semula


SJK(T) Tan Sri Dato Manickavasagam,
35900 Tanjong Malim,
Perak. Tel: 05-4584900
_________________________________________________________________________________

Ruj.Kami : SJK(T)TSDM
Tarikh : 01 JAN 2019

Guru Besar,
SJK(T) Tan Sri Dato Manickavasagam,
35900 Tanjung Malim,
Perak.

Tuan,

PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB KITAR SEMULA

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2 .Sehubungan itu, saya bagi pihak Jawatankuasa Kelab Kitar Semula memohon kebenaran
daripada pihak tuan untuk menubuhkan Kelab Kitar Semula SJK(T) Tan Sri Dato Manickavasagam
berasaskan Peraturan (4) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti
dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42 ,No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U.(A) 196,
bertarikh 21 Mei 1998.

3. Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan maklumat-maklumat berikut:

3.1 Draf perlembagaan dan peraturan-peraturan persatuan


3.2 Senarai ahli jawatankuasa Kelab Kitar Semula
3.3 Senarai aktiviti utama sebagai dokumen sokongan kepada permohonan ini.

5. Semoga permohonan ini mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak tuan.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


“BERSAMA-SAMA MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN”

Saya yang menjalankan tugas,

……………………………………
( AGILANDESHWARI A/P RAMA LINGGAM)
GuruPenasihat,,
b.p. Jawatankuasa Kelab Kitar Semula,
SJK(T) Tan Sri Dato Manickavasagam

s.k. 1.
Guru Penolong Kanan Kokurikulum
SJK(T) Tan Sri Dato Manickavasagam

15
MENGENAL PASTI KELAB YANG AKAN DITUBUHKAN IAITU
KELAB KITAR SEMULA

PENYEDIAAN KERTAS KERJA PENUBUHAN KELAB

MENGADAKAN MESYUARAT JAWATANKUASA KELAB KITAR


SEMULA

TIDAK DILULUSKAN DILULUSKAN


KELULUSAN

MELANTIK GURU PENASIHAT KELAB KITAR SEMULA

MENGADAKAN MESYUARAT AGUNG PENUBUHAN KELAB KITAR SEMULA

MELULUSKAN PENUBUHAN KELAB KITAR SEMULA

MENDAFTARKAN AHLI KELAB KITAR SEMULA

MENGESAHKAN PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN KELAB KITAR SEMULA

16
MENGOPERASIKAN KELAB KITAR SEMULA SJK(T) TAN SRI DATO MANICKAVASAGAM

Anda mungkin juga menyukai