Anda di halaman 1dari 5

PERLEMBAGAAN SUKAN DAN PERMAINAN PERSATUAN DAN

KELAB / BADAN PERUNIFORM


____________________________________________________________________________________

S.J.K. (C) .............

Tahun penubuhan: 2020

No. Pendaftaran: Sukan dan Permainan/ Persatuan/ Kelab/ Badan Beruniform:

KK/BB1/STJOHN/2020

Tarikh Kelulusan Perlembagaan: 1hb JANUARI 2020

1. Pendahuluan
Tujuan perlembagaan ini adalah:
1.1. Untuk menebuhui syarat Peraturan-Peraturan Pelajaran (Persatuan/
Kelab 1956 [seksyen 92 Ordinan Pelajaran 1952 perenggan])
1.2. Untuk menjadi dasar dan aturan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti dan
pergerakan persatuan/kelab.
1.3. Untuk menjadi garisan panduan kepada tiap-tiap ahli jawatankuasa yang
diamanahkan untuk menjalankan tugas dan peranan masing-masing.
1.4. Untuk makluman kepada ahli.

2. Nama dan Alamat


2.1. Sukan dan Permainan/ Persatuan/ Kelab/ Badan Beruniform ini adalah
dikenali dengan nama

BADAN BERUNIFORM ST.JOHN AMBULANS

2.2. Alamat bagi Sukan dan Permainan/ Persatuan/ Kelab/ Badan


Beruniform ini adalah:
SJK (C) .............,
81900 Kota Tinggi
3. Objektif
3.1. Membina insan yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani dan
jasmani.
3.2. Melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.
3.3. Merangsangkan minat murid-murid terhadap ST.JOHN melalui kegiatan-
kegiatan yang bermakna serta menarik.
3.4. Meningkatkan prestasi mata pelajaran__ -___ melalui program dan
kegiatan-kegiatan yang dirancangkan.
3.5. Memberi peluang kepada murid-murid yang menghayati kehidupan
sekumpulan serta keseronokannya.
4. Keahilian
4.1. Ahli-ahli yang telah didaftarkan namanya di dalam senarai nama ahli-ahli
Sukan dan Permainan/ Persatuan/ Kelab/ Badan Beruniform ini.

5. Ahli Jawatankuasa
Suatu jawatankuasa selain dari guru-guru penasihat mengandungi jawatan-
jawatan berikut:
5.1. Pengerusi
5.2. Naib Pengerusi
5.3. Setiausaha
5.4. Penolong Setiausaha
5.5. Bendahari
5.6. 5 orang Ahli Jawatankuasa

6. Perlantikan Ahli Jawatankuasa


6.1. Ahli Jawatankuasa hendaklah dilantik secara amalan demokrasi melalui
undi terbanyak di mesyuarat agung tahunan.
6.2. Mana-mana kekosongan yang berlaku dalam jawatan akan dipenuhi
dengan melantik seorang ahli biasa yang memegang jawatan hingga
mesyuarat agung yang akan dating dengan persetujuan guru penasihat.

7. Bidang tugas dan tanggungjawab


7.1. Pengerusi
7.1.1. Menjadi pengerusi mesyuarat jawatankuasa.
7.1.2. Bertanggungjawab mematuhi perlembagaan dan peraturan yang
dikenakan oleh Sukan dan Permainan/ Persatuan/ Kelab/ Badan
Beruniform.
7.1.3. Menunaikan amanah yang diberikan oleh ahli.
7.1.4. Menentukan rancangan Sukan dan Permainan/ Persatuan/ Kelab/
Badan Beruniform terlaksana.
7.1.5. Mengawal kerja-kerja AJK dan ahli Sukan dan Permainan/
Persatuan/ Kelab/ Badan Beruniform.
7.1.6. Menjadi penghubung Sukan dan Permainan/ Persatuan/ Kelab/
Badan Beruniform bagi pihak lain.
7.2. Naib Pengerusi
7.2.1. Membantu Pengerusi dalam menjalankan tugasnya.
7.2.2. Memangku jawatan Pengerusi sekiranya Pengerusi tidak hadir
7.2.3. Menyimpan rekod-rekod keahlian.
7.3. Setiausaha
7.3.1. Memanggil mesyuarat
7.3.2. Mencatat dan menyediakan minit mesyuarat dan menyimpan
rekod
7.3.3. Menyediakan laporan kegiatan Sukan dan Permainan/ Persatuan/
Kelab/ Badan Beruniform.
7.3.4. Menjalankan urusan surat menyurat.
7.3.5. Menyimpan fail-fail Sukan dan Permainan/ Persatuan/ Kelab/
Badan Beruniform.
7.4. Penolong Setiausaha
7.4.1. Membantu setiausaha dalam menjalankan tugasnya.
7.4.2. Memangkui dan menjalankan kerja-kerja Setiausaha sekiranya
Setiausaha tidak hadir dalam sesuatu mesyuarat.
7.5. Bendahari
7.5.1. Menyediakan penyata kewangan Sukan dan Permainan/
Persatuan/ Kelab/ Badan Beruniform, melaporkan dalam sesuatu
mesyuarat apabila perlu dan bertanggungjawab di atas
ketepatannya.
7.5.2. Menyimpan resit-resit pernerimaan dan pembayaran
7.5.3. Mengutip yuran khas yan dibenarkan, menerima wang derma dan
menyerahkan wang yang terkumpul kepada Guru Penasihat Sukan
dan Permainan/ Persatuan/ Kelab/ Badan Beruniform.
7.6. Ahli Jawatankuasa
7.6.1. Menghadiri mesyuarat dan bekerjasama dengan semua ahli
jawatankuasa.
7.7. Ahli-ahli Biasa
7.7.1. Menghadiri mesyuarat dan bekerjasama dengan semua ahli
jawatankuasa
7.7.2. Mematuhi arahan dan peraturan dari pihak jawatankuasa.
7.7.3. Membayar yuran khas yang diluluskan.
7.7.4. Menghadiri perjumpaan yang diadakan.
7.7.5. Menyumbangkan tenaga dan bekerjasama untuk melaksanakan
aktiviti-aktiviti Sukan dan Permainan/ Persatuan/ Kelab/ Badan
Beruniform.

8. Peraturan Mesyuarat
8.1. Mesyuarat agung untuk melantik AJK akan diadakan tiap-tiap awal
penggal kedua sesi persekolahan.
8.2. Mesyuarat agung luar biasa boleh diadakan jika difikrikan perlu oleh AJK.
8.3. Korum bagi mestuarat agung hendaklah tidak kurang daripada separuh
dari bilangan ahli yang sah.
8.4. Korum bagi mesyuarat AJK hendaklah tidak kurang daripada dua pertiga
dari bilangan AJK.
8.5. Mesyuarat AJK hendaklah diadakan sekurang-kurangnya dua kali
setahun.
8.6. Guru penasihat hendaklah sentiasa dijemput setiap kali mesyuarat agung
dan mesyuarat AJK diadakan.
8.7. Mesyuarat AJK hendaklah dipengerusikan oleh pengerusi atau naib
pengerusi apabila pengerusi tidak dapat hadir.
8.8. Notis dan jemputan memanggil mesyuarat agung hendaklah dikeluarkan
tujuh hari sebelum mesyuarat diadakan.

9. Sumber Kewangan Sukan dan Permainan/ Persatuan/ Kelab/ Badan


Beruniform
9.1. Peruntukan dari sekolah
9.2. Yuran khas dari ahli yang dibenarkan melalui langkah-langkah berikut:
9.2.1. Mesyurat AJK mencadangkan jumlah yuran yang patut dikutip dar
ahli.
9.2.2. Cadangan tersebut disetujui oleh Guru Penasihat.
9.2.3. Cadangan tersebut disetujui dan oleh Guru Besar.
9.3. Derma dari para dermawan atau penganjur yang dipersetujui oleh Guru
Besar.
9.4. Sumber-sumber lain yang dipersetujui oleh Guru Besar.

10. Wang tunai


Wang tunai boleh disimpan di tangan Bendahari tidak melebihi RM 200
(Ringgit Malaysia) sahaja.

11. Pemecatan
Ahli boleh dipecat atas sebab-sebab berikut:
11.1. Melanggar peraturan Sukan dan Permainan/ Persatuan/ Kelab/ Badan
Beruniform.
11.2. Tidak hadir dalam perjumpaan kegiatan tanpa sebab-sebab yang
munasabah sebanyak tiga kali berturut-turut.
11.3. Engkar kepada kepimpinan Sukan dan Permainan/ Persatuan/ Kelab/
Badan Beruniform.
11.4. Apabila diarahkan oleh Pengetua.

12. Pembubaran
Sukan dan Permainan/ Persatuan/ Kelab/ Badan Beruniform boleh
dibubarkan apabila diarahkan oleh pihak Lembaga GERKO sekolah, Guru
Besar atau Kementerian Pendidikan.

13. Pindaan Perlembagaan


Perlembagaan ini boleh dipinda setelah diusulkan dan diterima dalam
mesyuarat agung serta diluluskan oleh Guru Besar

14. Hal-hal lain


14.1. Setiap ahli mempunyai hak yang sama dalam Sukan dan Permainan/
Persatuan/ Kelab/ Badan Beruniform.
14.2. Ahli yang dipecat boleh merayu secara rasmi kepada Guru Besar melalui
Guru Penasihat.
14.3. Mana-mana AJK yang ingin meletakkan jawatan hendaklah memohon
dengan surat rasmi kepada Guru Besar melalui Guru Penasihat.
Perletakan jawatan tersebut hanya Sah jika mendapat persetujuan
daripada Guru Besar.
14.4. Mana-mana ahli yang ingin berhenti dari menjadi ahli hendaklah
memohon dengan surat rasmi kepada Guru Besar melalui Guru
Penasihat. Perhentian tersebut hanya sah sekiranya mendapat
persetujuan daripada Guru Besar.
Tarikh Kelulusan dan Penguatkuasaan Perlembagaan : 1hb JANUARI 2019

Diluluskan oleh:

_______________________________________
()
GPK KOKO
SJK (C) .............
Kota Tinggi
Tarikh:

Anda mungkin juga menyukai