Anda di halaman 1dari 12

ULANGKAJI SCE3104 (SEM 2/2011) SET 1

1. Apakah faktor yang menyebaban perubahan dalam Kurikulum Sains Sekolah Rendah? - keperluan masyarakat -perubahan dalam polisi -perubahan teknologi 2. Apa yang ditekankan dalam Projek Sains Sekolah Rendah? -Berpusatkan pelajar -Berorientasikan aktiviti -Pembelajaran inkuiri-penemuan berpandukan buku panduan 2.Nyatakan 2 sokongan oleh pihak Kementerian Pelajaran ke arah perlaksanaan Projek Sains Sekolah Rendah. -Buku panduan -Menyediakan pusat perlaksanaan aktiviti ( Pusat Kegiatan Guru PKG) -Latihan ke luar negara untuk guru pelatih - Buletin yang dikeluarkan oleh PKG Bincangkan faktor yang mungkin menyebabkan kegagalan dalam melaksanakan kurikulum ini. -Kekurangan pelatih yang terlatih. -Bilangan guru terlalu ramai -Perancangan yang tidak realistik/ tidak boleh dilaksanakan 4.Apakah 3 komponen utama Manusia dan Alam Sekitar? - manusia -alam sekitar -hubungan antara manusia dan alam sekitar 5.Terangkan masalah utama yang wujud dalam Projek Sains Sekolah Rendah yang cuba diperbaiki dalam perlaksanaan kurikulum Manusia dan Alam Sekitar -Projek Sains terlalu bertumpu pada penguasaan fakta ( domain kognitif) -Terlalu kurang penekanan kepada pengertian sosial dan keagamaan 6.Banding dan bezakan antara Kurikulum Sains Sekolah Rendah Tahap 1 dan Tahap 2

Tahap 1 tema berbeza(nyatakan) Fokus kepada pengetahuan asas sains Menekankan Kemahiran Proses Sains Asas Strategi lebih kepada permainan, mewarna, menyanyi dan menulis

Tahap 2 (nyatakan) Fokus lebih luas termasuk sumbangan sains dan teknologi Menekankan Kemahiran Proses Sains Bersepadu Strategi lebih kepada mengeksperimen, simulasi, demonstrasi

7.Terangkan apa itu domain kognitif, afektif dan psikomotor - Domain kognitif adalah kebolehan otak untuk belajar tentang isi kandungan sains -Domain afektif adalah untuk mengembangkan sikap saintifik dan nilai murni pelajar -Domain psikomotor adalah kebolehan mngembangkan psikomotor pelajar atau kemahiran manipulatif 8.Nyatakan 2 tema yang hanya diajar pada Tahap 2 Kurikulum Sains Sekolah Rendah -Menyiasat tentang tenaga dan daya -Menyiasat tentang Bahan -Menyiasat tentang bumi dan angkasa -Menyiasat teknolog(baca juga tema untuk Tahap 1) 9.Cadangkan 2 strategi berkesan untuk mencapai objektif sesuatu tajuk (yang diberikan) -Eksperimen -Projek -Demonstrasi -Kegunaan teknologi

10.Malaysia mempunyai masyarakat yang terdiri dari berbilang kaum dan mempunyai perbezaan budaya. Oleh itu guru harus memikirkan tentang sumbangan dan keunikan kanak-kanak yang mempunyai latar belakang berbeza. Terangkan apakah yang dimaksudkan perbezaan budaya -Kanak-kanak dari keturunan, agama, status ekonomi, kaum atau yang menggunakan bahasa yang berbeza. 11.Nyatakan 2 kesukaran dalam mempelajari sains yang mungkin dihadapi oleh pelajar yang dikategorikan sebagai perbezaan budaya -Kesukaran dalam aktiviti berkumpulan dan perbincangan -Tanggapan oleh golongan majoriti terhadap golongan minoriti -Sikap negatif terhadap sains disebabkan kepercayaan budaya -Contoh yang diberi diluar kebiasaan kehidupan sesuatu budaya -Kurang pengetahuan tentang perkataan dan kemahiran untuk berkomunikasi 12.Terangkan strategi yang boleh diambil oeh guru untuk meningkatkan pembelajaran sains di kalangan pelajar dari latarbelakang yang berbeza -Berkongsi aktiviti terutamanya yang melibatkan pengalaman sebenar, kerja lapangan dan video yang boleh membina kesedaran dan toleransi -Menggunakan demonstrasi sains selain dari penerangan -Memperkenalkan istilah sains dari semasa ke semasa -Menggunakan arahan yang ringkas dan jelas, elak salah faham -Memelihara hubungan dengan empati dan tidak melihatkan perbezaan 13.Kanak-kanak yang hidup dalam kemiskinan selalu mempunyai rasa rendah diri. Bagaimana eksperimen sains dapat membantu mereka untuk mengatasi masalah itu? -Eksperimen sains menunjukkan bahawa pembolehubah boleh dimanulasi dan dikawal untuk memberi hasil yang berbeza. -Kanak-kanak sedar bahawa mereka mempunyai kuasa untuk menentukan masa depan dan merubah kehidupan

14. Dylexia, dyscalculia,dysgraphia adalah contoh kecacatan dalam pembelajaran yang memberi kesan kepada kebolehan otak untuk menerima, memproses , menganalisis dan menyimpan maklumat. Bezakan Dyslexia : Pelajar dengan masalah membaca Dyscalculia :Pelajar dengan masalah pengiraan dalam matematik

15.Nyatakan 3 simptom pelajar mengalami masalah dysgraphia -Boleh bercakap dengan baik tetapi tidak boleh menulis dengan baik. -Tidak konsisten semasa menulis huruf, saiz tidak sama, bentuk atau condong -Perkataan tidak lengkap -Menulis dengan perlahan Essei 1. Terangkan elemen dalam pembelajaran secara kooperatif berdasarkan sesuatu tajuk tertentu. (Berikan contoh.) -Kerjasama yang positif -Interaksi bersemuka -Tanggungjawab individu dan kumpulan -Kemahiran bekerja dalam kumpulan -Proses perbincangan berkumpulan 2.Terangkan kebaikan pendekatan inkuiri penemuan dalam P&P sains -Memotivasikan pelajar -Menggalakkan kreativiti -Pelajar terlibat dalam proses p&p -Pelajar berkolaborasi dalam kumpulan -Menggalakkan komunikasi antara pelajar -Pelajar mendalami dan faham konsep utama yang berkaitan dengan kandungan. 3.Satu kerja lapangan merupakan aktiviti merangsang perasaan ingin tahu pelajar. Rancang satu lawatan ke luar sekolah seperti zoo, muzium, planetarium atau balai bomba. Perancangan mesti melibatkan sebelum, semasa dan selepas aktiviti dijalankan. Sebelum terangkan objektif lawatan,sediakan tugasan, aturkan kenderaan, makanan dan belanjawan, berhubung dengan pihak yang ingin dilawat dan ibubapa . Semasa- Beri penerangan, pantau perjalanan aktiviti, aktiviti p&p semasa lawatan Selepas Perbincangan selepas lawatan, hasil/laporan dapatan lawatan( berapa banyak kebaikan yang pelajar perolehi), post-mortem perbincangan penambahbaikan aktiviti yang telah dijalankan. Nyatakan 4 kelebihan menggunakan lawatan sebagai kaedah pengajaran -Menambah kefahaman pelajar terhadap konsep yg dipelajari di kelas -Menyediakan pengalaman yang berguna -Mendedahkan kepada situasi sebenar -Menggalakkan kemahiran sosial dan interaksi kumpulan antara pelajar -Memotivasikan pelajar untuk mempelajari lebih lanjut -Meningkatkan pengetahuan dalam pelbagai disiplin ilmu dalam satu masa

4.Bincangkan kekangan /halangan yang dihadapi oleh pelajar dengan masalah kecacatan fizikal. -Struktur bilik darjah menghadkan pergerakan dan pencapaian pelajar -Kemudahan di sekolah mengurangkan pendedahan pelajar untuk melakukan pengalaman manipulatif. -Program/kurikulum yang belum dimodifikasi atau diubahsuai untuk memenuhi keperluan mereka -Guru mempunyai pandangan yang negatif atau terlalu mengawal perlakuan pelajar. -Guru memandang rendah kepada kebolehan pelajar.

5. Pelajar istimewa/ pintar dan berkebolehan luarbiasa diterangkan sebagai kanak-kanak yang mempunyai 1 atau lebih kebolehan yang berkembang lebih daripada pencapaian rakan-rakan yang sama usia dengan mereka. Bagaimana guru boleh membantu pelajar ini meningkatkan pencapaian akademik mereka. -Memberi tugasan yang lebih mencabar -Mengajar dengan berpusatkan pelajar dan menggalakkan pembelajaran kendiri - Beri tugasan yang memerlukan pemikiran kreatif dan kritikal -Menggalakkan permainan yang mengunakan kebolehan kreatif -Menyediakan aktiviti berbentuk penyelesaian masalah -Melibatkan pelajar dengan kerja berbentuk projek, kajian -Gunakan pelbagai aktiviti pembelajaran bukan hanya berfokus pada akademik tetapi juga kemahiran psikomotor.

SET 2
1.Kurikulum Sains Sekolah Rendah diubahsuai sejak Kurikulum Kajian Alam ( Nature Study ) kepada Kurikulum Sains KBSR ke arah memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Nyatakan 2 komponen yang harus ditukar dalam proses ubahsuai dan semakan kurikulum -Pendekatan pengajaran yang terkini -Bahan kurikulum dan teknologi yang terkini -Pegangan, teori yang melibatkan polisi dan inovasi Projek Khas Sains diperkenalkan pada 1968. Senaraikan 2 aspek yang ditekankan. -Berpusatkan pelajar -Berorientasikan aktiviti -Pembelajaran berasaskan penemuan dan pengajaran sains berbantukan penggunaan buku kerja Nyatakan 2 matlamat kurikulum Alam dan Manusia -Untuk mengembangkan pengetahuan melibatkan manusia -Untuk menggalakkan kemahiran berfikir dan inkuiri dan penggunaan kemahiran menyelesaikan masalah -Untuk menerapkan nilai murni ke arah kehidupan harmoni Nyatakan 2 halangan perlaksanaan kurikulum Alam dan Manusia -Kurang kompetensi di kalangan guru dalam menyampaikan kandungan dan pendekatan -Kekurangan guru terlatih -Bilangan pelajar yang banyak dalam 1 kelas -Kurikulum yang kurang berfokus -Kurang tempoh antara percubaan dan perlaksanaan inovasi untuk penambahbaikan Kurikulum Alam Dan Manusia digantikan dengan kurikulum Saisn KBSR pada 1994. Nyatakan 2 pendekatan pembelajaran yang digalakkan dalam pembelajaran berfikrah (thoughtful learning) -Boleh berlaku melalui berbagai pendekatan pembelajaran seperti inkuiri, konstruktivism, pembelajaran kontekstual dam pembelajaran masteri Apakah objektif pembelajaran utama Kurikulum Sains Sekolah Rendah? -Merangsang perasaan ingin tahu -Menyediakan pelajar dengan peluang untuk mengembangkan kemahiran proses sains -Mengembangkan kreativiti pelajar -Menyediakan pelajar dengan peluang untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran

Terangkan satu Kemahiran Proses Sains dan 1 Kemahiran manipulatif -KPS dan Kemahiran Manipulatif

Nyatakan Hasil Pembelajaran yang sesuai untuk tajuk tertentu dalam silibus Sains Sekolah Rendah. Nyatakan 2 tema dalam kandungan Kurikulum Aras 2

Cadangkan bagaimana anda menggunakan perbezaan budaya untuk menggalakkan kefahaman sains. (Beri contoh yang melibatkan penglibatan setiap kelompok yang berbeza latar belakang, budaya dan jantina.Mengambilkira isu bangsa, jantina dan keturunan dalam pengendalian p&p ) Nyatakan 2 langkah yang berguna untuk mengatasi masalah pilih kasih antara jantina -Mengharapkan setiap pelajar membuat yang terbaik -Tidak membezakan kebolehan pelajar -Galakkan pelajar perempuan menjadi ketua, memanipulasi alatan dan membuat keputusan -Memotivasikan pelajar perempuan untuk mencapai pencapaian yang tinggi Beri 3 langkah untuk anda membantu pelajar yang tidak menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama -Bercakap perlahan dan jelas -Gunakan gambar -Guna kerja tangan -Edarkan senarai perkataan -Bawa kamus poket -Galakkan pelajar menjawab -Bersabar dan beri tempoh pelajar menjawab Jelaskan 3 pendekatan cara belajar Melalui, -Penglihatan -Pendengaran -Pergerakan badan -Pembelajaran berkumpulan

Namakan 2 jenis kecacatan pembelajaran Masalah pembacaan - Dyslexia Masalah menulis - Dysgraphia Masalah matematik - Dyscalculia Masalah bahasa Communication Essei 1. Cadangkan 2 strategi untuk mengajar pelajar dengan masalah pembelajaran -Guna bahasa yang khusus untuk memudahkan pelajar faham -Sediakan satu panduan pemarkahan dan sediakan contoh untuk setiap persembahan -Jangan guna contoh pelajar sebagai contoh kerja yang tidak baik -Minta pelajar ulang arahan yang telah diberikan -Nyatakan dengan jelas arahan untuk setiap pelajar -Gunakan graphic organizer untuk membantu pelajar memahami pelajaran -Arahan diberi satu persatu 2.Dengan menggunakan strategi penemuan terbimbing, terangkan langkah yang diambil untuk menyampaikan pelajaran Sebelum kelas Menyediakan bahan, radas dan tugasan Semasa kelas Bahagikan kelas kepada kumpulan kecil - Bimbing pelajar - Senaraikan objektif dan tujuan - Bincangkan pembolehubah

- Sediakan peraturan/ arahan terperinci - Perhatikan dan bimbing pelajar - Perbaiki kesilapan segera Selepas kelas Bincang keputusan - Bincang jawapan - Buat kesimpulan 3.Terangkan 5 aspek pembeajaran koperatif yang memberi kebaikan kepada pelajar. - Saling membantu antara satu sama lain - Setiap ahli berkongsi nasib yg sama - Merasa bangga dgn ahli kumpulan - Menggalakkan pembelajaran dan pencapaian akademik pelajar - Menggalakkan kepuasan pelajar dengan pengalaman pembelajaran nereka - Membantu pelajar mengembangkan kemahiran komunikasi lisan - Mengembangkan kemahiran sosial pelajar - Membantu menggalakkan hubungan antara kaum yang positif 4. Pertandingan Sains dan Lawatan Kerja Lapangan membuatkan pembelajaran sains lebih seronok, bermakna dan berkesan. Bincangkan bagaimana anda merancang satu pertandingan sains. Tetapkan matlamat Tetapkan tarikh dan tempat Tentukan jadual Jemputan Tentukan kategori dan kaedah pengadilan Tetapkan sistem pendaftaran Beri penerangan kepada pengadil Umumkan pemenang Bimbing pelajar ke pertandingan di peringkat yg lebih tinggi Nilai program yg dijalankan Bincangkan langkah sebelum, semasa dan selepas satu lawatan kerja lapangan pendidikan. (rujuk nota sebelum ini) 5. Berikan definisi pelajar istimewa/ pintar. Terangkan ciri-ciri mereka. Definisi : -Pelajar yang dikenalpasti oleh profesional atau pakar dengan kebolehan yang luarbiasa dan mampu mencapai pencapaian yang tinggi. Kanak-kanak yng berpotensi dalam 1 atau lebih kemahiran pada kedudukan 2-5% teratas dalam kalangan kanak-kanak sebaya dengan mereka. -Mencapai kepintaran IQ>130 Ciri-ciri : Banyak minat, hobi dan koleksi Selesa dengan pemikiran abstrak Sensitif dan mudah empati Ingin mencapai kesempurnaan Boleh melakukan banyak tugas dalam 1 masa Tinggi pengetahuan penggunaan perkataan Cepat faham, tidak suka kerja

Suka bersendirian Peka kepada keadilan Daya ingatan yang kuat

6. Definisikan Kanak-kanak dengan Kecacatan Fizikal. Cadangkan beberapa pendekatan untuk mengajar mereka. Definisi: -Kecacatan fizikal termasuk masalah penglihatan, pendengaran dan masalah ortopedik seperti kegagalan otot, sendi dan rangka sistem berfungsi. Pendekatan untuk masalah penglihatan: - Menggunakan pendekatan pengajaran mengunakan bahan audio - Pembelajaran menggunakan audio tape yg boleh diulang-ulang - Guna bahan cetakan dan bahan bantu mengajar dengan warna yang terang - Gunakan model atau replika/ bahan maujud Pendekatan untuk masalah pendengaran: - Guna alat bantu pendengaran, - Gunakan objek - Pasangkan pelajar yang bermasalah dengan rakan yang normal

SET 3
1.Senaraikan elemen utama dalam Kurikulum Semakan Sains Sekolah Rendah KBSR - Kemahiran saintifik - Kemahiran berfikir - Strategi pengajaran dan pembelajaran - Nilai saintifik dan nilai murni 2. Nyatakan 2 perubahan didapati dalam silibus semakan sains berbeza daripada versi lama. - Menekankan inkuiri-penemuan : pembelajaran melalui pengalaman di mana konsep dan prinsip disiasat dan ditemui oleh pelajar sendiri - Penguasaan kemahiran dan perkembangan nilai saintifik dan nilai murni 3. Mengapa ahli sains perlu diterapkan dengan nilai dan sikap yang baik terhadap sains? - Supaya mereka lebih bertanggungjawab terhadap alam 4. Bagaimana jika pelajar sains hanya ada pengetahuan tanpa kemahiran proses sains? - Ia tidak menggalakkan keinginan untuk belajar, menjadi kreatif, berfikiran terbuka dan menghargai alam. -Tidak boleh mengembangkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis -Ia penting untuk mengkaji tentang alam dengan kaedah saintifik. - Ia melibatkan sistematik, objektif, kreatif dan pemikiran rasional. 5. Nyatakan 2 daripada kurikulum Sains Sek Rendah yang telah dimodifikasi dan disemak untuk memenuhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan -Kajian Alam (Nature Study ) -Projek Khas -Alam dan Manusia -Silibus KBSR Nyatakan kebaikan antara 2 kurikulum di atas. Kajian Alam : pelajar digalakkan belajar melalui pemerhatian dan pengelasan Projek Khas : pemperkenalkan pendekatan pembelajaran baru Alam & Manusia : lebih kemanusiaan, menekankan sikap dan nilai murni Silibus KBSR : memberi peluang pelajar mendapat pengetahuan, kemahiran, kemahiran berfikir dan strategi berfikir dan diaplikasi dalam kehidupan seharian Nyatakan 2 keburukan kurikulum Projek Khas - Penekanan kepada penguasaan fakta saintifik dan kurang menekankan pendekatan kerohanian dan sosial. - Penggunaan buku teks menggalakkan penghafalan dan kurang kemahiran - Pengajaran dikuasai oleh peperiksaan dan buku teks. Bezakan Projek Khas dan Alam dan Manusia -Projek Khas : Kaedah saintifik -Alam dan Manusia : Inkuiri-penemuan, mengaitkan sains dengan persekitaran luar kelas 6. Nyatakan 3 gaya pembelajaran kanak-kanak Melalui -Penglihatan

-Pendengaran -Gerak tubuh -Pembelajaran kendiri -Pembelajaran berkumpulan -Lisan -Bertulis -Berturutan -Global 7. Cadangkan peluang pembelajaran boleh disediakan untuk pelajar dengan keperluan khas/ masalah pembelajaran/lembam - Bilik darjah yg sesuai dan rutin pembelajaran -Menghadkan pilihan -Beri gambaran untuk bantu ingatan dengan bantuan alat mnemonic, rithma, gambarajah -Beri tempoh masa yg cukup -Arahan diberi berurutan -Beri maklumbalas berkala untuk menggalakkan peningkatan -Asingkan pengajaran dan penilaian Essei : 1. Terangkan halangan bagi kanak-kanak dengan masalah fizikal - Tidak ada harapan tinggi dari ibubapa dan guru - Sturktur bilik darjah tidak kondusif -Program sains yang tidak diubahsuai untuk mereka -Guru bersikap negatif dan tidak memberi peluang kepada pelajar berdikari -Rasa rendah diri yang tinggi 2. Cadangkan 5 strategi pembelajaran untuk pelajar istimewa/pintar/ bijak - Rancang aktiviti pembelajaran yang terbuka. Pelajar diberi peluang dan cabaran untuk mengembangkan kepintaran. Elak aktiviti mengikut langkah yang telah ditetapkan -Gunakan mereka sebagai ketua kelas -Pengukuhan dan imbuhan atas usaha yang ditunjukkan -Sediakan aktiviti ko kurikulum -Gunakan mereka sebagai sumber dan pembantu dalam aktiviti sekolah. 3. Pilih satu tajuk dalam silibus Sains Sek Rendah Cadangkan satu kaedah inkuiri untuk mengajar 1 sub topik. ( Pilih satu tajuk. Gunakan kaedah eksperimen/ penyiasatan ) 4. Kenalpasti peristiwa bercanggah ( discrepant event) dalam sub topik dan bagaimana ia digunakan untuk memperkenalkan pembelajaran kepada kanak-kanak. (Pilih satu tajuk. Khususkan eksperimen yang dicadangkan. Nyatakan ia digunakan dalam fasa orientasi. Nyatakan tujuan aktiviti itu dijalankan ) 5. Senaraikan 5 contoh teknologi dalam pendidikan ( terangkan setiap satu ) - Media audio visual - Kamera digital - Perakam audio - Laptop dan LCD -CD ROM

6. Beri 3 kebaikan mendapatkan maklumat dari internet. - Memberikan satu aplikasi konsep yang sebenar -Menggalakkan pelajar lebih berhati-hati dalam menggunakan prosedur saintifik apabila mengumpul data -Penggunaan banyak elemen melibatkan teks, grafik, suara, data. Beri 2 keburukan kanak-kanak mendapatkan maklumat daripada internet. -Mereka akan bebas meneroka jika tiada pengawasan ibu bapa -Mereka akan banyak membuang masa jika tiada bimbingan daripada guru.

TUGASAN SCE 3104 ( SET 1)


1. Nyatakan elemen yang harus diambil kira dalam proses penambahbaikan kurikulum bagi memenuhi keperluan dan kehendak Falsafah Pendidikan kebangsaan. 2.Bezakan kurikulum Projek Khas dan KBSR 3. Mengapa perlaksanaan Projek Sains Sekolah Rendah cuba diperbaiki dan digantikan dengan kurikulum Manusia dan Alam Sekitar 4. Nyatakan objektif utama Kurikulum KBSR 5.Cadangkan 1 tajuk dalam silibus KBSR, tentukan hasil pembelajaran dan huraikan strategi yang sesuai digunakan bagi memastikan proses p&p dilaksanakan dengan berkesan.

TUGASAN SCE 3104 ( SET 2 )


Huraikan : 1. Peristiwa bercanggah 2. Ciri pembelajaran koperatif 3. Ciri pembelajaran inkuiri - penemuan 4. Elemen dalam Kecerdasan Pelbagai 5. Langkah yang harus diambil untuk melaksanakan pertandingan. 6. Langkah yang harus diambil untuk mengendalikan pameran. 7. Langkah yang harus diambil untuk aktiviti lawatan/ kerja lapangan.

TUGASAN SCE 3104 (SET 3 )


Cadangan langkah yang harus diambil oleh guru bagi menangani masalah pelajar dengan situasi berikut. 1. Bermasalah penglihatan 2. Bermasalah pendengaran 3. Kecacatan fizikal 4. Masalah Pembelajaran 5. Pelajar Pintar 6. Mempunyai latarbelakang berbeza 7. Menggunakan bahasa kedua pelajar sebagai bahasa komunikasi dalam pengajaran

Anda mungkin juga menyukai