Anda di halaman 1dari 10

Seni Dalam Pendidikan

(SCES3052)
Pengenalan

 Kursus ini bertujuan untuk pelajar PISMP mengaplikasikan


pembelajaran dalam bidang pengkhususan masing-masing
 Menjurus kepada penggunaan seni visual, seni muzik dan
seni pergerakan sebagai satu pendekatan interdisiplin
dalam p&p suatu mata pelajaran
 Mendemonstrasikan cara untuk menggunakan sumber dan
amalan seni estetik (visual, muzik dan pergerakan) dari
segi persepsi, apresiasi dan ekspresi artistik, sama ada
secara kontemporari ataupun secara tradisional, sebagai
bahan bantu mengajar suatu mata pelajaran
Pengenalan

 Komponen kursus dilaksanakan secara teori dan amali ke


arah menggalakkan pemikiran kreatif dan inovatif,
penyelesaian masalah melalui aktiviti penerokaan,
memperoleh pengalaman (eksperiential) dan ekspresi
serta keupayaan belajar melalui pelbagai kecerdasan
 Memupuk suasana p&p yang menyeronokkan di samping
menzahirkan wawasan pendidikan negara untuk
perkembangan holistik individu dari segi intelek, emosi,
rohani dan jasmani; seterusnya memenuhi aspirasi Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Hasil pembelajaran kursus

 Menjelaskan konsep asas dan elemen SDP dalam proses


p&p melalui rujukan sumber terkini
 Mengaplikasikan elemen SDP dalam aktiviti meneroka,
memperoleh pengalaman dan ekspresi yang melibatkan
kepekaan deria kanak-kanak sekolah rendah
 Melaksanakan aktiviti seni visual , muzik dan pergerakan
dalam bidang pengkhususan masing-masing secara amali
 Menghasilkan projek yang mengintegrasikan seni visual,
muzik dan pergerakan secara berkumpulan untuk
diadaptasikan dalam proses p&p sekolah rendah
Matlamat SDP
 Membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik
budaya, mempunyai nilai estetika yang tinggi, imaginatif,
kritis, kreatif, inovatif dan inventif
 Membantu murid untuk meningkatkan rasa kesyukuran
terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam
persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta
dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,
masyarakat dan negara
 Melengkapkan pembinaan otak kanan dan kiri supaya
pengintegrasian ini boleh menghasilkan perkembangan
setiap insan secara menyeluruh (jasmani, emosi, rohani
dan intelek)
Panduan
 Guru digalakkan melaksanakan aktiviti supaya murid-
murid dapat
 Meneroka
 Mengalami
 Mengekspresi
 Meningkatkan kepekaan
 Meningkatkan kreativiti
 Meningkatkan daya imaginasi
 Mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh dan
menyeronokkan
Objektif SDP

 Mewujudkan pembelajaran yang optimum dan menyeluruh


dengan mengintegrasikan SDP dalam mata pelajaran
melalui aktiviti yang diadaptasi dan diubah suai selaras
dengan hasrat kurikulum kebangsaan
 Meningkatkan pengetahuan, daya kreativiti, inovasi serta
kemahiran dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan yang diamalkan dalam p&p yang menjurus ke
arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Objektif SDP

 Memupuk budaya pengamatan, persepsi dan ekspresi


dalam proses penghasilan melalui penghayatan alam
sekitar
 Menggunakan pelbagai kemahiran, media, teknik dan
teknologi untuk mengekspresikan hasil kerja melalui seni
 Membuat deskripsi, analisis, interpretasi dan penilaian
terhadap karya seni yang dibuat
 Menghargai sumbangan dan pengaruh tokoh-tokoh seni
visual, seni muzik dan seni pergerakan
Objektif SDP

 Menjadikan SDP sebagai tunjang dalam kerjaya keguruan


 Menyedari dan menghargai suasana seni dalam
persekitaran dan kaitannya dengan keselesaan hidup
 Membina jati diri ke arah pembentukan negara dan bangsa
 Membina dan mengamal nilai-nilai murni melalui pelbagai
pengalaman seni visual, seni muzik dan seni pergerakan
Konsep SDP
 Setiap insan berhak menerima pendidikan dan pemahaman mengenai
sesuatu mata pelajaran tanpa mengira latar belakang, bakat dan
kebolehan
 Keluwesan SDP sebagai learning tool membolehkan pelajar yang
mempunyai pelbagai kekuatan kecerdasan menguasai sesuatu konsep
dengan mudah
 Integrasi seni visual, seni muzik dan seni pergerakan meningkatkan
perkembangan insan dan minda secara holistik
 SDP juga penting dalam membantu meningkatkan kreativiti dan
ekspresi kendiri seseorang
 Kursus ini memberi tumpuan kepada aktiviti kreatif yang mendorong
pelajar dan murid menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan
kecerdasan pelbagai untuk menguasai sesuatu kemahiran

Anda mungkin juga menyukai