Anda di halaman 1dari 27

_

RBTS3093: PEDAGOGI RBT SR

TOPIK 4:
PERANCANGAN PENGAJARAN
BERDASARKAN DOKUMEN
STANDARD KURIKULUM DAN
PENTAKSIRAN (DSKP) RBT SR
Bahagian 2
DEFINISI RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
(RPH)

Didefinisikan sebagai penulisan tentang kaedah pelaksanaan


proses pengajaran dan pembelajaran bagi satu matapelajaran
pada sesuatu hari tertentu menggunakan format-format yang
telah ditetapkan
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Rancangan Pengajaran Harian merupakan rangka kerja


aktiviti PdPc yang perlu disediakan oleh guru untuk beberapa
waktu pelajaran dan juga merupakan pelan pengajaran yang
tersusun dan terperinci.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Rancangan Pengajaran Harian merupakan satu dokumen


rasmi penting kepada seorang guru profesional yang perlu
disediakan sebelum sesuatu pengajaran dilaksanakan.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Seorang guru perlu menguasai kemahiran merancang


rancangan pengajaran yang akan dilaksanakan dengan
berkesan.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Kejayaan sesuatu pengajaran yang disampaikan oleh guru di


dalam kelas bergantung sepenuhnya kepada kebijaksanaan
guru membuat perancangan dan persediaan rapi sebelum
memulakan sesi pengajaran.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Sebagai seorang guru profesional , kemahiran merancang dan


menulis Rancangan Pengajaran Harian amat penting dan
sesuai dengan tugas guru sebagai pengurus bilik darjah.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Apabila seseorang guru dapat membina Rancangan Pengajaran


Hariannya sendiri bermakna beliau telah dapat menguasai isi
kandungan, kaedah pengajaran serta dapat meramalkan iklim
bilik darjah yang akan dihadapinya
KEPENTINGAN RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN (RPH)
• Menentukan serta memastikan objektif pengajaran
dan pembelajaran tercapai.

• Meningkatkan keyakinan diri guru sebelum masuk


mengajar.

• Mengelak sebarang penyelewengan atau terkeluar


daripada perkara yang hendak diajarkan.
KEPENTINGAN RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN (RPH)
• Merancang pengajaran guru dan pembelajaran murid dengan
teliti agar menepati sukatan/standard pengajaran yang
ditetapkan.

• Menggunakan masa pengajaran secara optimum.

• membantu guru mengingati isi pelajaran yang hendak


disampaikan tanpa sebarang keraguan
KEPENTINGAN RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN (RPH)
• Menyediakan satu siri aktiviti untuk membantu murid mencapai
hasil pembelajaran, meningkatkan kemahiran yang
dikehendaki, menerap nilai-nilai murni dan proses penilaian
yang terancang.

• Mengembangkan langkah aktiviti pengajaran secara lancar,


tersusun dan sistematik.
KEPENTINGAN RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN (RPH)
• Menyedia bahan bantu mengajar (BBM) dan strategi, kaedah
dan teknik pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu
isi pelajaran dengan berkesan sesuai dengan tahap kemahiran
murid

• Guru dapat meramal situasi di dalam kelas seterusnya


membuat persediaan langkah-langkah untuk mengatasi
masalah
KEPENTINGAN RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN (RPH)
• Meningkatkan keyakinan diri guru semasa proses pengajaran
berlangsung

• Memberi peluang kepada guru pengganti mengambil alih tugas


pengajaran dengan mudah dan berkesan
KEPENTINGAN RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN (RPH)
• Pemantauan dan bimbingan oleh pihak pengurusan sekolah
dapat dilaksanakan melalui Rancangan Pengajaran Harian yang
disediakan secara eksplisit oleh guru mata pelajaran
KEPENTINGAN RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN (RPH)
• Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa yang
diperuntukkan.

• Menentukan strategi atau aktiviti yang terbaik bagi


menyampaikan isi pelajaran yang bersesuaian dengan murid
demi membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan
dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki.
KEPENTINGAN RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN (RPH)

• Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui


strategi yang lebih tersusun dan bersistem.

• Merancang penggunaan alat bantu mengajar


yang sesuai.

• Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun.


KEPENTINGAN RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN (RPH)

• Mengehadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka


waktu.

• Membantu guru mengingat bahan dan pendekatan


pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu isi
pelajaran.
PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIBERI
PERHATIAN DALAM PENULISAN RPH:
I. Menyediakan RPH berdasarkan DSKP RBT SR
• Penulisan RPH harus merujuk kepada DSKP tahun 4, 5
atau 6

• Perkara yang perlu diteliti adalah Standard Kandungan dan


Standard Pembelajaran
PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIBERI
PERHATIAN DALAM PENULISAN RPH:
II. Standard Kandungan & Pembelajaran
• Standard Kandungan:
• Standard Kandungan adalah penyataan spesifik tentang perkara
yang murid patut ketahui dan boleh lakukan serta boleh tunjukkan
melalui perubahan tingkah laku dalam satu tempoh persekolahan,
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
• Standard Pembelajaran:
• Standard Pembelajaran adalah satu penetapan kriteria atau
indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur
bagi setiap standard kandungan kandungan
PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIBERI
PERHATIAN DALAM PENULISAN RPH:
III. Penulisan hasil pembelajaran

• Satu pernyataan ringkas dan tepat yang ingin dicapai oleh guru
selepas tamat sesi pengajaran.

• Hasil pembelajaran perlulah spesifik, boleh diukur (measurable),


boleh dicapai (attainable) sebenar dan relevan (realistic and
relevant) sejajar dengan aras kebolehan serta minat murid.
PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIBERI
PERHATIAN DALAM PENULISAN RPH:
III. Penulisan hasil pembelajaran

• i. Spesifik – Menyatakan dengan jelas apa yang guru rancang agar dicapai oleh murid .
Contoh : menyebut, menulis, menyenarai, mengklasifikan

• ii. Boleh diukur – Menyatakan dengan jelas tahap hasil pembelajaran dan kemahiran
yang perlu dicapai oleh murid. Contoh: dua dari lima soalan.

• iii. Boleh dicapai – Menyatakan hasil yang ingin dicapai adalah munasabah mengikut
tahap kebolehan murid menggunakan bahan bantu mengajar yang disediakan dalam
tempoh masa yang ditetapkan.
PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIBERI
PERHATIAN DALAM PENULISAN RPH:
III. Penulisan hasil pembelajaran
• Pernyataan hasil pembelajaran hendaklah ditulis berasaskan 3
kriteria:

• Tingkah laku murid yang boleh dilihat atau diukur.

• Keadaan atau syarat yang diperlukan bagi sesuatu tingkah laku.

• Hasil yang akan murid perolehi.


PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIBERI
PERHATIAN DALAM PENULISAN RPH:
IV. Pengetahuan Sedia Ada

• Merujuk kepada pengetahuan dan kemahiran berkaitan topik


yang telah dimiliki atau telah dikuasai oleh murid sebelum sesi
pengajaran bermula
PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIBERI
PERHATIAN DALAM PENULISAN RPH:
V. Kemahiran Berfikir

• Merujuk kepada pembentukan idea, penyusunan maklumat, kebolehan


membentuk konsep atau memberi sebab. Proses menggunakan minda
sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu,
membuat pertimbangan dan keputusan serta menyelesaikan masalah.

• Contoh: mencirikan, membanding, mengumpul dan mengelas, membuat


urutan, menilai, menghubungkait dll
PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIBERI
PERHATIAN DALAM PENULISAN RPH:
VI. Pemilihan isi pelajaran
Isi pelajaran hendaklah merangkumi segala konsep, prinsip, fakta atau
maklumat yang disampaikan dalam sesuatu pengajaran. Guru seharusnya
mempertimbangkan perkara- perkara berikut:

• Penyusunan isi adalah relevan dengan hasil pembelajaran.

• Penyusunan isi pelajaran hendaklah mengikut urutan yang teratur, mudah


difahami serta membantu ingatan yang lebih kekal.
PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIBERI
PERHATIAN DALAM PENULISAN RPH:
VI. Pemilihan isi pelajaran

• Isi pelajaran hendaklah bermula dengan pengalaman sedia


ada murid kepada pengalaman baru murid.

• Bahasa yang sesuai serta istilah yang tepat digunakan.

• Isi pelajaran yang dirancang hendaklah mencakupi masa yang


diperuntukkan.
SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai