Anda di halaman 1dari 10

Pengisian Wawasan Pendidikan Negara Menuju Abad 21.

Pendahuluan
Dalam suasana yang gawat dan tidak pasti, Malaysia semestinya bergerak ke depan
mengatasi pelbagai masalah, dan dalam masa yang sama Malaysia juga terpaksa sama-
sama bersaing dalam dunia yang serba kompetetif. Salah satu pra-syarat menuju
paradigma baru ini ialah pengisian wawasan pendidikan negara menuju abad 21. Ini
merupakan sebagai suatu cabaran dan harapan ke arah pendidikan bertaraf dunia.
Dr.Wan Shamsuddin Bin Wan Mamat (Disember 1998)
Penyeliaan dan Kepimpinan Pendidikan.
Universiti Putra Malaysia Terengganu.
Berdasarkan kenyataan ini beberapa perspektif dapat dirumuskan untuk menghadapi
cabaran pendidikan dalam kedudukan dunia yang global. Cabaran kritikal dalam
pembangunan sistem pendidikan negara untuk membina pengurusan sekolah bertaraf
dunia. Paradigma baru ialah kearah pengisian wawasan pendidikan menuju abad ke 21.
Kegagalan mewacanakan pengisian wawasan pendidikan maka hasrat pembangunan
negara akan terjejas. Persidangan Pendidikan Nasional yang berlangsung dari 8 April
hingga 11 April 1993 di Institut Aminuddin Baki (IAB) merupakan perhimpunan bersejarah
kerana ia dapat menggarap dan mendalami dengan seutuh-utuhnya kedalam minda dan
jiwa erti dan makna perjuangan pengisian Wawasan Pendidikan dan Wawasan 2020.
Pengupayaan (Empowerment).
Pada kebiasaannya guru-guru dan para pemimpin pendidikan menunggu arahan dan
pekeliling untuk bertindak walaupun kes tersebut merupakan kes kecemasan. Sehubungan
dengan ini dalam keadaan kegawatan dan tidak pasti sekiranya keadaan ini berterusan
ianya akan menjejaskan sistem pendidikan untuk mencapai pendidikan bertaraf dunia.
Penurunan kuasa seperti salah satu agenda wawasan pendidikan adalah penting bagi
mengerakkan perancangan agenda wawasan pendidikan. Budibicara, kebijaksanaan dan
juga kuasa diturunkan kepada guru untuk memikirkan dan merancangkan cara-cara
terbaik bagi melaksanakan pengurusan perubahan, pengurusan kurikulum, ko-kurikulum
dan lain-lain dengan cara yang sesuai, cekap dan berkesan untuk mencapai ke arah
pendidikan bertaraf dunia dan mencapai matalamat Falsafah Pendidikan Negara.
Objektif:
i. Membina dan memupukkan budaya baru yang positif dan mendorong para pendidik
bersifat kreatif, inisatif dan imaginatif dan juga berinisiatif.
ii. Membuka peluang para pendidik menggunakan daya fikiran dan daya usaha mereka
dalam keadaan kegawatan dan tidak pasti.
iii. Para pendidik lebih bersemangat dalam pengurusandan melakukan kerja dengan
perasaan yang menyeronokan walaupun dalam keadaan kegawatan dan tidak pasti.
iv. Para pendidik akan berusaha mempastikan segala masalah yang dihadapi dapat
diselesaikan kerana tanggungjawab diberi bersama kuasa yang ada untuk memperbaki.
Budaya Ilmu.
Pemupukan Budaya Ilmu melibatkan budaya membaca, menghayati dan seterusnya
mengamalkannya. Malahan budaya ilmu menjadi pra syarat ke arah menjayakan cita-cita
membangunkan sebuah negara bangsa yang maju, berwibawa dan cemerlang. Namu
dalam keadaan kegawatan dan tidak pasti tetapi budaya ilmu perlu juga diberi penekanan
dalam menjayakan pendidikan bertaraf dunia.
Pemupukan budaya ilmu seharusnya dilihat dalam konteks yang lebih luas dan bukan
sekadar menanam sikap suka membaca justeru ianya melibatkan pengaplikasian ilmu
dalam aktiviti-aktiviti kehidupan, pembentukan insan yang berakhlak dan berilmu.
Penyusunan program bersepadu hasil pengemblengan tenaga antara pihak sekolah,
masyarakat dan pelajar menjadi inti pemupukan budaya ilmu. Budaya ilmu merupakan
tunjang pembinaan bangsa yang maju dan bertemadum dan menjadi benteng kekuatan
sesebuah negara.
Budaya ilmu merupakan teras dalam menjayakan cita-cita membangunkan sistem
pendidikan ke arah pendidikan bertaraf dunia. Malaysia ingin melahirkan masyarakat yang
cintakan ilmu dan kebenaran serta meletakkan ilmu dalam tempat yang tertinggi dalam
kehidupan. Keadaan ini akan meningkatkan profesionalisme, dengan meningkatnya
kefahaman dan pengelibatan komuniti terhadap kepentingan ilmu.
Dengan adanya budaya ilmu dengan sendirinya daya kreativiti dapat dilahirkan untuk
menyesuaikan dengan keadaan yang berlaku bagi menyelasaikan masalah kegawatan dan
tidak pasti yang timbol.
Budaya Cemerlang.
Bagi mencapai matalamat pendidikan bertaraf dunia aspek kecemerlangan merupakan
pengisian terpenting. Jika dinilai dalam konteks aspirasi rakyat Malaysia hari ini yang
mengalami kegawatan dan ketidak pastian maka keperluan terhadap kemajuan di segi
intelek, rohani dan jasmani amat tinggi. Selain dari itu, masyarakat Malaysia juga
memerlukan kemantapan perpaduan, kerohanian hidup sejati dan keperihatinan terhadap
displin, kerana kecemerlangan sebagai kejayaan tertinggi, hasil daripada sesuatu usaha
yang bersistematik, terancang dan berterusan.
Kecemerlangan pelajar bukan hanya bermakna ketinggian pencapaian akademiknya tetapi
juag dari segi jasmani dan rohani secara menyeluruh, serentak dan seimbang. Usaha
mencapai kecemerlangan pelajar bergantung kepada kualiti, kebolehan dan kesungguhan
institusi sekolah di dalam kualiti, kemantangan pemikiran, pandangan yang luas, kuasa
penganalisaan dan iltizim semasa menjalankan tugas dan tanggungjawab.
Meyujudkan konsep budaya cemerlang di segi akademik, pengurusan pentadbiran dan
perhubungan sosial adalah amat penting dalam menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia.
Kecemerlangan akademik memerlukan kepada peningkatan secara berterusan bagi
meningkatkan prestasi pelajar dan keperhatinan dan kerjasama ibubapa adalah penting
dalam kegawatan dan ketidak pastian. Kecemerlangan dalam bidang pengurusan juga
menentukan budaya cemerlangan.
Sekolah Penyayang.
Dalam keadaan kegawatan dan tidak pasti dan pelbagai timbol, maka perkhidmatan
penyayang merupakan salah satu komponen yang memainkan peranan yang penting dan
utama. Perkhidmatan ini perlu bermula dari peringkat pembuat dasar, pentadbir, sekolah
dan seterusnya diperingkat ibubapa dan masyarakat.
Perkhidmatan penyayang perlu dibina dan ianya merangkumi sifat bertimbang rasa, adil
semasa menjalankan tugas, mesra dalam memberi layanan dan memahami serta sensitif
terhadap masalah yang dihadapi oleh semua pihak, di dalam atau di luar organisasi. Di
dalam Islam menghormati, menyayangi, berbalas kasihan antara satu dengan yang lain
dan menjaga kebajikan orang bawahan adalah merupakan tanggungjawab yang wajib.
Keperluan kepada perkhidmatan penyayang merupakan sifat semulajadi yang diperlukan
oleh seseorang. Untuk itu Islam telah menjadikan sifat kasih sayang sebagai unsur-unsur
iman yang utama:
Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan kamu tidak
(dikira) beriman sehinggalah kamu berkasih sayang.
maksud hadis.
Dalam usaha untuk menjayakan matalamat pendidikan bertaraf dunia maka perkhidmatan
penyayang perlulh diambil kira dan merupakan suatu keperluan yang perlu diberi
perhatian oleh semua pihak. Program perkhidmatan penyayang perlulah diberikan
penekanan dalam menjayakan pendidikan bertaraf dunia.
Sistem Penegsanan.
Pengesanan mrupakan salah satu fungsi pengurusandan salah satu komponen penting
dalam pengurusan kurikulum. Pengurusan tidak akan lengkap dan perkembangan
kurikulum tidak akan berkembang tanpa pengesanan. Tujuannya adalah untuk
membolehkan pihak perancang dan pelaksana mengetahui status pelaksanaan dan
perkara-perkara yang berlaku.
Sehubungan dengan pendidikan bertaraf dunia maka pengukuran dan penganalisian data
setiap aktiviti perlu dilakukan bagi mengetahui kedudukannya menepati matalamat yang
ditetapkan. Ianya juga boleh dijadikan panduan dan petunjuk untuk mengkaji kelemahan-
kelemahan yang perlu diperbaiki.
Dalam keadaan kegawatan ekonomi dan ketidak pasti pula maka pengesanan perlulah
dibuat secara terperinci agar perancangan yang dibuat meliputi peruntukan yang
ditetapkan. Penambahan peruntuk perlu dilakukan dengan sistematik supaya ianya tidak
menjejaskan aktiviti yang lain. Kawalan dari segi AUDIT perlu dilakukan dari segi
kewangan supaya pembelian mampu diselesaikan dalam tahun semasa dan tidak berlaku
kelewatan pembeyaran di AP58. Pengesanan dalam ssemua aktiviti perlu dilakukan bagi
mengatasi masalan kegawatan dan ketidak pastian ini.
Oleh hal yang demikian pengesanan dalam agenda pengisian wawasan pendidikan adalah
penting dalam keadaan sekarang supaya perbelanjaan yang dibelanjakan dapat dikawal
dengan sempurna. Kecemerlangan juga dapat diukur secara bijaksana.
Penutup.
Setelah kita melihat secara keseluruhan tantang pengisian wawasan pendidikan negara
yang meliputi perpaduan, stai pengurusan dan kepimpinan, perkhidmatan penyayang,
empowerment, sistem pengesanan, budaya ilmu, sekolah penyayang dan budaya
cemerlang. Keadaan ini menjelaskan kepada kita bahawa dalam keadaan gawat dan tidak
pasti Malaysia perlu bergerak ke hadapan dengan dibantu kuat oleh pengisian wawasan
pendidikan negara.
Untuk melahirkan pendidikan bertaraf dunia maka pengisian wawasan pendidikan perlu
diambil kira dan menyesuaikannya dengan keadaan semasa. Pemimpin pendidikan perlu
bijaksana dalam menentukan perkara ini menjadi faktor yang nyata. Perubahan sistem
pendidikan dengan menampilkan keberanian menanggung rasiko perlu diketengahkan
tetapi tidak melibat pelajar sebagai sasaran yang menanggung rasiko. Perincian perlu
dilakukan untuk membawa Malaysia ke arah pendidikan bertaraf dunia.

ppsmi
Sejarah perlaksanaan[sunting | sunting sumber]


Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir Mohamad, peneraju kepada perlaksanaan PPSMI.
PPSMI telah termaktub sebagai keputusan dasar kerajaan Malaysia hasil daripada Mesyuarat
Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002 di bawah pentadbiran Perdana Menteri Malaysia ke-
4, Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Mengikut Kementerian Pelajaran Malaysia, ia dilaksanakan
secara berperingkat, bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua
murid Tahun 1 untuk peringkat Sekolah Rendah dan Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk
peringkat Sekolah Menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI ialah pada tahun 2007 untuk peringkat
Sekolah Menengah sementara peringkat Sekolah Rendah ialah pada tahun 2008.
[2]

Objektif[sunting | sunting sumber]
Menurut penerangan mengenai dasar PPSMI di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia
[3]
:
Rasional kepada peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan
kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan
persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.
Umum mengetahui bahawa sains dan matematik adalah bidang yang menjadi asas dan
berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Pelbagai inovasi dan
penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai
perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam bahasa Inggeris.
Selain itu, bahasa Inggeris adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam
bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.
Ketika mencadangkan dasar ini, Tun Dr Mahathir berpendapat bahawa Malaysia makin ketinggalan
dalam arus globalisasi, dan diharapkan dasar ini memberi kelebihan kompetitif kepada negara,
mencontohi kejayaan Singapura dan India yang semakin melangkah ke depan kerana kebiasaan
dengan bahasa Inggeris.
[4]

Pelaksanaan[sunting | sunting sumber]
PPSMI dilaksanakan kepada masukan pelajar Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada tahun persekolahan
2003; pelajar-pelajar lain pula tidak terlibat, sebaliknya meneruskan pembelajaran Sains dan
Matematik dalam bahasa perantara lama. Bahan-bahan pembelajaran PPSMI berbentuk pakej
yang terdiri daripada komponen-komponen berikut:
Buku Teks (Textbook): Buku Teks disediakan untuk murid sebagai sumber asas mendapatkan
pengetahuan tentang konsep dan kemahiran dalam pembelajaran sains dan matematik.
Buku Latihan dan Aktiviti (Activity Book): Buku Latihan dan Aktiviti (BLA) disediakan untuk
murid bagi mengukuhkan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran sains dan matematik
yang telah dipelajari daripada buku teks. BLA membekalkan soalan latihan dan aktiviti yang
dapat dilaksanakan oleh murid. BLA adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan Matematik
Tahap Satu sahaja.
Buku Panduan Guru (Teacher's Guide): Buku Panduan Guru disediakan untuk guru sebagai
sumber rujukan dan panduan supaya memudahkan guru merancang dan melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran secara berkesan. Buku panduan ini juga membantu guru
mengemaskini dan meningkatkan pengetahuan sains dan matematik serta merangsang
kreativiti guru dalam P&P. Buku Panduan Guru adalah komponen Pakej Buku Teks Sains dan
Matematik untuk Tahap Dua serta Pakej Buku Teks Matematik Tahun Satu.
MyCD (Pupil's CD-ROM): MyCD ialah CD-ROM untuk murid yang bertujuan mengukuhkan
kefahaman murid berkaitan konsep sains dan matematik yang telah mereka pelajari melalui
persembahan multimedia. Kandungan MyCD adalah Latihan dan Aktiviti secara interaktif,
permainan, simulasi dan e-ujian.
CD-ROM Guru (Teacher's CD-ROM): CD-ROM Guru bertujuan membantu guru dalam
merancang dan melaksanakan P&P sains dan matematik. Antara kandungan di dalam CD-
ROM Guru ialah strategi P&P, bank soalan, aktiviti tambahan dan senarai URL yang relevan
dengan pendidikan sains dan matematik. CD-ROM Guru adalah komponen Pakej Buku Teks
Sains dan Matematik untuk Tahap Satu sahaja.
Buku Amali Sains (Science Practical Book): Buku Amali Sains diterbitkan untuk memastikan
mata pelajaran Sains diajar secara amali dan bukan hanya secara teori. Selain itu, daya
pemikiran dan kreativiti murid dapat dikembangkan melalui amali serta menimbulkan minat
murid terhadap Sains. Buku Amali Sains adalah komponen Pakej Buku Teks Sains untuk
Tahap Dua sahaja.
Buku Glosari: Buku Glosari Sains dan Matematik adalah bahan rujukan guru dan murid untuk
mengenal sesuatu istilah melalui definisi dan penggunaan istilah tersebut dengan lebih tepat.
Bagi perlaksanaan pada sekolah-sekolah jenis kebangsaan (Cina) setelah bantahan dibuat
oleh Dong Jiao Zong satu kompromi oleh Majlis Tertinggi Barisan Nasional, satu formula 2-4-3
telah dilaksanakan mulai tahun 2003 untuk Tahap I dengan menggunakan bahasa Inggeris dan
bahasa Cina secara serentak dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik,
manakala bagi Tahap II, formula 6-2-3-2 telah dilaksanakan mulai tahun 2006 untuk tujuan
tersebut.
[5]

Hasil dan reaksi[sunting | sunting sumber]
Sejak pelaksanaannya lagi, PPSMI banyak menghadapi pembidasan dan tentangan berkenaan
idea dan pelaksanaannya dari pelbagai pihak termasuk ahli politik, akademik, ibu bapa dan pelajar
sendiri. Antara isu-isu yang diketengahkan pihak-pihak tersebut termasuklah kesukaran murid-
murid mengikuti pelajaran dan guru-guru menyesuaikan diri kepada perubahan bahasa perantara,
serta kesannya terhadap penguasaan bahasa ibunda murid-murid, terutama di peringkat sekolah
rendah.
Kanak-kanak lebih cepat belajar dalam bahasa ibunda, oleh itu kanak-kanak yang bahasa
ibundanya bukan bahasa Inggeris (luar bandar) akan ketinggalan berbanding kanak-kanak yang
bahasa ibundanya merupakan bahasa Inggeris. Sekiranya perkara ini berlaku pada peringkat
memahami konsep, ini memberi kesan kepada kanak-kanak tersebut, tidak dapat mengikuti
peringkat pembelajaran seterusnya dengan baik, menjadikan mereka sentiasa keciciran
berbanding rakan-rakan berbahasa Inggeris mereka.
[6]

Sokongan terhadap perlaksanaannya juga bergantung kepada bahasa ibunda/harian yang
digunakan. Dengan itu pembaca akhbar Inggeris yang cenderung menggunakan bahasa Inggeris
dalam pertuturan harian menyokong perlaksanaannya, sementara pembaca akhbar berbahasa
Tempatan (Akhbar Melayu, India dan Cina) yang bahasa ibunda bukan bahasa Inggeris cenderung
membantah perlaksanaannya.
Bantahan golongan sasterawan, budayawan dan cendekiawan[sunting | sunting sumber]
Kebanyakan cendekiawan antaranya Prof Diraja Ungku Aziz termasuk golongan sasterawan dan
budayawan menyatakan penentangan kepada dasar PPSMI. Ini termasuk kesemua Sasterawan
Negara yang masih hidup di antaranya A. Samad Said, Prof Muhammad Hj Salleh dan Anwar
Ridhwan bersatu menyatakan pendirian menentang dasar PPSMI.
[23]
Mereka menyatakan
penentangan mereka dalam satu kenyataan bersama di sidang media pada 5 Mei 2009.
[24]

Enam alasan yang diberikan diringkaskan seperti berikut:
1. Malaysia seharusnya mencontohi sistem pendidikan negara Scandinavia, Belanda,
Belgium dan Switzerland yang rakyatnya boleh berbahasa Inggeris dengan tidak
mengabaikan bahasa ibunda.
2. Pemenang Anugerah Nobel dalam semua bidang bukan sahaja datang daripada negara-
negara berbahasa Inggeris, tetapi lebih banyak berasal daripada negara bukan berbahasa
Inggeris seperti Perancis, Jerman, Jepun, Spanyol, Switzerland, India dan Bangladesh.
Yang mencemerlangkan mereka bukanlah bahasa lnggeris tetapi ilmu yang baru dan
eksperimen yang penuh tekun dan berterusan.
3. Beberapa masalah yang dihadapi Malaysia bukan berpunca daripada penguasaan bahasa
Inggeris. Terdapat banyak negeri yang pernah dijajah oleh Inggeris yang menggunakan
bahasa itu sebagai bahasa pengantar di sekolah tetapi masih tidak cemerlang dalam
pentadbiran, ekonomi dan ilmu. Sebaliknya di Malaysia yang menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah membawa kita jauh ke dalam dunia industri,
sains dan teknologi.
4. Kegagalan mengembalikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu semua bidang
menyebabkan pemimpin hari ini dirakam dalam sejarah sebagai "pemusnah bahasa
Melayu yang telah lama menjadi lingua franca".
5. Penggunaan bahasa Inggeris untuk bidang terpilih dengan sendirinya menciptakan dua
jenis kewarganegaraan: yang pertama warganegara yang menguasai bahasa Inggeris dan
bidang sains dan teknologi, dan seterusnya yang kedua, warganegara yang berbahasa
Melayu dan menguasai bidang-bidang sastera dan sains sosial, iaitu bidang-bidang yang
dianggap tidak penting dan lebih rendah darjatnya.
6. Mereka menyokong dasar yang membuka mata dan ilmu pelajar kepada dunia yang luas,
relevan dan kemaskini. Mereka tidak membantah pengajaran bahasa Inggeris sebagai
bahasa antarabangsa, malah ingin mencadangkan bahawa lebih banyak bahasa
antarabangsa diajarkan. Namun untuk perkembangan budaya dan jati diri bangsa,
MaIaysia perlu mempunyai sebuah bahasa penyatuan yang dipelajari, didalami dan
dibanggai oleh seluruh rakyat Malaysia. Sementara itu kerajaan juga harus mengajar
bahasa ibunda pelajar-pelajar ini di peringkat sekolah rendah supaya bahasa itu tidak
pupus.

















Kerangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 rmk9
ASAS PEMBANGUNAN
Misi Nasional
Dasar-dasar Pembangunan Negara
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Islam Hadhari
Pelan Integriti Nasional


TERAS ASAS PEMBANGUNAN PENDIDIKAN
Akses
Ekuiti
Kualiti
Kecekapan dan Keberkesanan Pengurusan Pendidikan


PENDEKATAN
Kesamarataan Peluang
Kecemerlangan Institusi Pendidikan

FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN
Kerjasama dan Komitmen Warga Pendidikan
Kerjasama dan Komitmen Pihak Berkepentingan
Sistem Penyampaian Pendidikan
Sistem Pemantauan dan Penilaian


TERAS STRATEGIK PIPP
Membina Negara Bangsa
Membangunkan Modal Insan
Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Merapatkan Jurang Pendidikan
Memartabatkan Profesion Keguruan
Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan


MATLAMAT
Pendidikan Berkualiti Untuk Semua

Anda mungkin juga menyukai