Anda di halaman 1dari 20

1.

PENGENALAN

1.1

KONSEP BUDAYA

Kita sering memperkatakan tentang budaya. Pelbagai tafsiran dan olahan dapat diberikan
tentang budaya. Ada yang mengatakan budaya merupakan tarian, muzik, dan seni lakonan.
Sebenarnya ini hanya satu bahagian kecil dalam unsur budaya. Secara amnya, budaya telah
didefinisikan sebagai warisan sosial sesuatu masyarakat, nilai, sistem idea, kepercayaan,
pengetahuan, norma, dan adat yang dikongsi bersama oleh semua orang dalam masyarakat
(Ahmad Fauzi dan Abdul Rahman,1996). Ahli-ahli sosiologi pula mendefinisikan budaya sebagai
satu sistem idea, nilai, kepercayaan, pengetahuan, norma, adat dan teknologi yang dikongsi
oleh semua orang dalam sesebuah masyarakat (Eshleman & Cashion,1985).
Selain itu, terdapat juga pendapat yang mengatakan perkataan budaya ini berasal
daripada perkataan asalnya iaitu budi dan daya. Daripada budi dan daya tersebut tercetusnya
istilah budaya (R.Roolvink, 1966). Pendapat Roolvink juga ada persamaan dengan pendapat
yang

mengatakan

budaya

merupakan

perkembangan

kata

majmuk

daripada

budi

(Koentjaraningrat, 1980). Menurut pandangan lain pula, manusia mempunyai budaya yang
membolehkan mereka berinteraksi antara satu dengan yang lain. Budaya adalah perlakuan
manusia yang dipelajari dan bersifat simbolis (Herskovits, 1988:1). Budaya terbentuk dan
dipelajari oleh setiap ahli dalam masyarakat melalui sosialisasi. Dalam proses sosialisasi ,
individu secara tidak langsung boleh memahami proses budaya komunikasi yang simbolik,
bertatacara dan beradab yang cuma difahami oleh individu dalam sesebuah masyarakat.

1.2

KONSEP KEBUDAYAAN MELAYU

Apa yang dimaksudkan dengan kebudayaan melayu? Kebudayaan melayu adalah sistem idea,
pengetahuan, norma, kepercayaan dan adat yang diamalkan oleh masyarakat melayu.
Masyarakat melayu memiliki identiti keperibadian tersendiri iaitu istiadat melayu, bahasa melayu
dan agama islam. Ketiga-tiga perkara ini saling berkaitan dalam membentuk pelbagai
kebudayaan dalam kalangan masyarakat melayu.

1.3

KONSEP MASYARAKAT

Perkataan masyarakat

pula boleh dilihat

dari berbagai-bagai sudut. Dalam

konteks

penggunaan harian, masyarakat difahamkan sebagai satu kelompok individu. Secara


umumnya, masyarakat itu dapat difahamkan sebagai satu kesatuan kelompok manusia yang
mempunyai interaksi dalam sistem hidup yang tertentu. Menurut Sabree Hussien (2009), dalam
artikelnya yang bertajuk Konsep Masyarakat dalam Hubungan Etnik, masyarakat membawa
maksud kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara
tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah
masyarakat.

1.4

KONSEP MASYARAKAT MELAYU

Siapa yang dikatakan sebagai masyarakat Melayu atau bangsa Melayu? Tidak ada definisi
tepat yang dapat menjelaskan siapakah yang tergolong dalam bangsa Melayu. Namun,
beberapa orang tokoh telah mengeluarkan buah fikiran mereka tentang isu bangsa Melayu ini.
Menurut Ariffin Omar (1999), pada waktu kebangkitan semangat kebangsaan Melayu
pada awal abad ke-20 Masihi yang lalu, orang Melayu menganggap diri mereka sebagai orang
Melayu tulen. Mereka menolak golongan peranakan sama ada peranakan India atau Arab
sebagai bangsa Melayu.
Lah Husny pula berpendapat bahawa masyarakat melayu itu ialah golongan bangsa
yang menyatakan dirinya adalah melayu antara golongan bangsa yang lain serta
membudayakan adat resam dan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pertuturan
mereka.
J. Crawford (1852) dalam teorinya berpendapat bahawa masyarakat Melayu menghuni
separuh daripada Pulau Sumatera, termasuk seluruh pantai timur dan sebahagian pantai barat
pulau itu. Mereka juga menghuni di sekitar Pulau Borneo (Kalimantan) dan merupakan seluruh
penduduk Semenanjung Tanah Melayu kecuali orang aslinya. Beliau juga turut menyatakan
bahawa dalam kumpulan bangsa Melayu itu terdapat ramai yang bukan daripada keturunan
Melayu tulen tetapi telah menerima pakai bahasa, adat resan dan agama Melayu dan akhirnya,
golongan ini tidak lagi dapat dibezakan dengan golongan Melayu sebenar

Masyarakat adalah wadah budaya. Masyarakat membentuk kebudayaan dan kebudayaan pula
mengatur kehidupan masyarakat. Hubungan kebudayaan dengan masyarakat tidak boleh
dipisahkan. Budaya adalah cara yakni cara berfikir, cara berinterksi, cara merasa, dan cara
perlakuan masyarakat. Masyarakat berbudaya harus mampu memanifestasikan perkembangan
idea, adat resam, dan imaginasi yang akan memenuhi keperluan dan matlamat (Aziz Deraman,
1992). Sesuatu budaya itu dinamis sifatnya, yakni berubah mengikut peredaran zaman dan
perlakuan manusia yang merintis pembaharuan. Pembaharuan dalam budaya manusia
mendatangkan kesan negetif dan positif. Budaya Melayu adalah dinamis dan sentiasa
berkembang dari satu zaman ke satu zaman secara bersambungan (Wan Abdul Kadir, 1988).
Justeru itu, budaya sesuatu kaum akan mengalami perubahan secara perlahan-lahan
mengikut zaman. Budaya yang tidak berkembang merupakan budaya yang mundur dan mati.
Kesan daripada kemunduran budaya tersebut akan mengakibatkan kemunduran masyarakat.
Namun, tidaklah bererti setiap perubahan budaya mendatangkan kesan positif terhadap
masyarakat, malah ada yang akan memberikan implikasi yang buruk. Umpamanya budaya
yang sangat ditentang oleh agama dan masyarakat. Kebudayaan dari segi ilmu pengetahuan
memberikan pengertian yang luas iaitu meliputi seluruh cara hidup manusia, segala daya dan
usaha dalam mencari penyelesaian dan kesempurnaan di dunia.( Ismail Hussein, 1966).

2.0

KONSEP BUDAYA, MASYARAKAT, MASYARAKAT MELAYU, DAN KEBUDAYAAN


MELAYU DALAM KONTEKS POLITIK, SOSIAL, KESENIAN, DAN EKONOMI

2.1

KONTEKS POLITIK

Berdasarkan pendapat Almond dan Verba, budaya dalam konteks politik merupakan sikap
orientasi yang khas dari warganegara terhadap sistem politik. Rusardi Kantaprawira pula
mendefinisikan budaya politik sebagai persepsi manusia, pola sikapnya terhadap berbagaibagai masalah politik dan peristiwa politik ke dalam pembentukan struktur dan proses
kegiatan politik masyarakat mahupun pemerintahan. Berbeza pula dengan pendapat Samuel
Beer yang mentafsirkan budaya dari sudut politik sebagai nilai-nilai keyakinan dan sikapsikap emosi tentang bagaimana sesuatu pemerintahan seharusnya dilaksanakan dan
mengenai apa yang harus dilaksanakan oleh pemerintah.
Di Malaysia, budaya dari aspek politik dapat dilihat dari aspek pemerintahan dan
pentadbiran yang dijalankan di negara ini. Di Malaysia dapat lihat kepelbagaian politik di
negara ini yang merangkumi pelbagai kaum. Pluralisme masyarakat di Malaysia menjadikan
negara Malaysia mempunyai pelbagai bentuk dan corak acuan parti politik yang dipimpin
mengikut pelbagai kaum. Namun hal ini masih di dalam kawalan kerana masyarakat di
Malaysia masih mempunya nilai-nilai patriotisme, hormat menghormati, serta menghargai
antara satu sama lain. Namun begitu, pengaruh penjajah sebelum ini telah menyebabkan
kita mengamalkan pemerintahan dan pentadbiran demokrasi.

2.2

KONTEKS SOSIAL

Jika dilihat dalam kebudayaan melayu, terdapat pelbagai aspek yang boleh dikaitkan dengan
sudut sosial. Dua diantaranya ialah agama dan kepercayaan. Secara amnya masyarakat
Melayu adalah beragama Islam. Namun demikian, sisa-sisa unsur agama Hindu dan
animisme masih dapat dilihat dalam sistem kepercayaan mereka. Agama Islam yang hadir
selepasnya tidak sepenuhnya dapat menghapuskan seluruh unsur kepercayaan tersebut. Ini
kerana nilai kepercayaan dalam masyarakat Melayu adalah terlalu kuat dan ada yang
menjadikan kepercayaan tersebuat sebagai adat kebudayaan mereka dalam masyarakat.
Selain itu, sudut sosial dalam kebudayaan melayu juga dapat dilihat dalam amalan
adat istiadat. Adat istiadat Melayu banyak memperlihatkan campuran unsur tempatan dan

unsur pengaruh luar selaras dengan kedatangan pengaruh Hindu, Islam, dan Barat ke Alam
Melayu.
Dalam pemerintahan Malaysia, unsur-unsur adat yang tidak bertentangan dengan
ajaran Islam dibenarkan. Melalui principle of co-existence ini orang Melayu dapat
menyesuaikan adat dan agama secara harmonis, walaupun ada aspek-aspek tertentu yang
bertentangan tapi terus diamalkan. Sistem kekeluargaan dan perkawinan juga boleh
dikategorikan dalam aspek sosial bagi kebudayaan melayu.
Sistem kekeluargaan masyarakat Melayu dibagikan kepada dua kelompok. Kelompok
pertama ialah kelompok yang mengamalkan sistem kekeluargaan dwisisi (bilateral) dan
kelompok kedua ialah kelompok yang mengamalkan sistem kekeluargaan nasab ibu
(matrilineal system). Tetapi disebabkan kedua-dua kelompok tersebut menganut agama
Islam, maka sistem kekeluargaan Melayu itu banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan
Islam.

2.3

KONTEKS KESENIAN

Kebudayaan melayu juga boleh dilihat dari konteks kesenian. Dalam masyarakat Melayu,
seni dapat dibahagikan kepada beberapa aspek iaitu seni persembahan seperti tarian,
nyanyian, persembahan pentas seperti makyong, wayang kulit, ghazal, hadrah, dan kuda
kepang serta seni tampak seperti seni ukir, seni bina, seni hias, pertukangan tangan,
tenunan, anyaman dan lain-lain. Permainan tradisi seperti gasing, wau, congkak, juga
termasuk dalam kategori seni persembahan. Kegiatan seni Melayu mempunyai identiti
tersendiri yang juga memperlihatkan gabungan berbagai-bagai unsur tempatan dan luar.
Kerana sifatnya yang mempunyai identiti tersendiri, kesenian dalam masyarakat melayu ini
mempunyai keunikan budaya yang terserlah.

2.4

KONTEKS EKONOMI

Ekonomi merupakan satu bidang ilmu sains sosial yang mengkaji mengenai individu dan
masyarakat dalam membuat pilihan yang cekap bagi menggunakan sumber ekonomi yang
terhad seperti tanah, buruh, modal dan usahawan dengan kehendak manusia yang tidak
terhad.

Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki dua sistem ekonomi iaitu sistem
ekonomi Kapitalis dan sistem ekonomi Islam. Kapitalisme merupakan sistem ekonomi dan
sosial yang cenderung ke arah pengumpulan kekayaan oleh individu tanpa gangguan
kerajaan dan berasaskan keuntungan. Kapitalisme ialah sistem yang menggalakkan
pengumpulan modal, kebebasan ekonomi, hak milik persendirian, kebebasan pasaran dan
perniagaan untuk keuntungan. Dalam ekonomi kapitalisme, individu dan syarikat-syarikat
yang mempunyai modal dan harta mempunyai hak dan kebebasan menjalankan
perdagangan. Matlamat utama Kapitalisme ialah mengaut keuntungan sebanyak mungkin.
Ringkasnya Kapitalisme adalah sistem ekonomi bebas berasaskan pemilikan harta sendiri
serta perniagaan atau perusahaan bermatlamatkan keuntungan, kewangan dan kebendaan.
Berbeza pula dengan sistem ekonomi Islam yang mula diperkenalkan secara
menyeluruh pada tahun 1983 dengan penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). Kini
sistem ekonomi yang berteraskan Islam ini mula mendapat perhatian masyarakat. Pelbagai
produk kewangan telah diperkenalkan dalam system ekonomi ini seperti ialah takaful, alWadiah, Mudharabah dan ar-Rahnu.
Budaya malayu dari sudut ekonomi di Malaysia boleh dilihat berdasarkan aktiviti yang
dijalankan masyarakat melayu di negara ini. Bagi orang Melayu yang tinggal di kampung
atau desa majoritinya menjalankan aktiviti pertanian dan menangkap ikan. Aktiviti pertanian
termasuk

mengusahakan

tanaman

padi,

kelapa

sawit,

kelapa,

dan

tanaman

campuran. Orang Melayu yang tinggal di kota kebanyakannya bekerja di sektor


perindustrian, perdagangan, pengangkutan, dan lain-lain. Penguasaan ekonomi dalam
kalangan orang Melayu secara keseluruhannya masih rendah dibandingkan dengan
penguasaan ekonomi oleh penduduk bukan melayu, terutamanya masyarakat Cina. Tetapi
kini telah ramai orang Melayu yang telah berjaya dalam bidang perniagaan dan ada
diantaranya telah menjadi ahli korporat pasaran antarabangsa. Ramai yang tinggal di
bandar-bandar besar dan mampu memiliki kereta mewah dan rumah banglo. Selain itu juga,
ramai orang Melayu yang mempunyai pendidikan yang tinggi, sama ada universiti di dalam
mahu pun di luar negara.

ANALISIS CERPEN TENTANG


BUDAYA MATERIAL DAN BUDAYA
BUKAN MATERIAL

3.3

ANALISIS CERPEN

SOALAN 2 (a)
CERPEN: MEMORI SEORANG TUA (zahari Affendi)
OLEH : AHMAD NAJMUDDIN BIN JAAFAR

Di dalam sistem kebudayaan melayu terdapat dua elemen budaya yang menjadi teras
kepada budaya ini. Pertam sekali ialah budaya material dan budaya bukan material. Budaya
material terdiri daripada objek fizikal atau artifak. Sebagai contohnya budaya material ialah
peralatan atau kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya.
Manakala bukan material pula ialah unsur yang tidak wujud secara fizikal (no physical
existence), misalnya adat, kepercayaan, bahasa, dan nilai. Modul ini mengemukakan satu
contoh elemen material, iaitu keris dan satu contoh elemen bukan material, iaitu adat
istiadat.
Berdasarkan analisis yang dibuat oleh saya berkaitan dengan cerpen yang ditulis
oleh zahari Affendi, Memori Seorang Tua yang mana mengisahkan tentans seorang tua
yang mana berjiwa patriotik yang mana ingin berkongsi pengalaman hidupnya sesama
teman dan anak muda di kampung tersebut. Pengalaman hidupnya ini dalah menunjukkan
bahawa pengorbanannya dalam memanusiakan manusia dan memelayukan melayu pada
zaman dahulu. Ini kerana beliau adalah seorang anak melayu pertama yang menjadi
majistret di Malaya ini.
Di dalam cerpen ini, terdapat beberapa unsur budaya material yang mana telah
diterbitkan melalui penulisan dalam cerpen ini. Pertama sekali ialah budaya material yang
mana menampakkan bahawa wujudnya sebuah rumah usang yang mana rumah itu didirikan
di atas tanah milik anak angkatnya iaitu sidah yang sekian lama dipeliharanya ekoran
daripada ketiadaan ibu bapanya. Sidah sudahpun mendirikan rumah tangga dan telah
mengikuti suaminya membuat PhD di UK. Sidah adalah merupakan anak jati Langat, Anak
kepada Wak Kamsan, Anak Batu Pahat yang turut sama menentang Orang Putih di Tanah
Melayu ini. Rumah using tersebut dihiasi dengan sebuah kerusi malas yang mana kerusi
tersebutlah teman kepada Pak Itam semasa beliau letih dan melelapkan mata.
Selain itu, penulis juga memaparkan budaya material dengan terdirinya beberapa
buah khemah yang tegak berdiri dihadapan rumah Pak Itam. Ini kerana genap 85 Tahun Pak
Itam hidup sebagai penghuni bumi ini. Pada hari ini, Pak Itam ingin berkongsi
pengalamannya yang mana pengalaman ini tidak akan diperolehi pada masa sekarang.
Khemah yang tegak berdiri ini telahpun dihiasi dengan pelbagai kain yang mana

menampakkan kemeriah pada hari tersebut. Kemeriahan ini turut dihiasi dengan adanya
anak-anak muda iaitu Latif, Isa dan Rokiah. Penulis mengolah kemeriahan pada hari
tersebut dengan hiasan khemah yang mana mempunyai belon yang berwarna warni, biru,
merah, kuning, dan hijau. Semuanya ada lapan buah, beralun dan berombak ditiup angin
petang.
Tambahan lagi, budaya material yang lain adalah menampakkan penggunaan
kemudahan asas iaitu kenderaan. Sebagai contohnya ialah mereka semuanya mesti dating,
berkereta, bermotosikal, dengan bas atau teksi. Dengan ini, ianya menampakkan bahawa
penggunaan kenderaan adlah merupakan satu perkara asas yang mana ianya adalah satu
perkara yang penting dalam kehidupan pada hari ini. Ini menunjukkan bahawa budaya
masyarakat melayu sekarang adalah memerlukan keperluan asas ini untuk meneruskan
kehidupan seharian kita.
Budaya bukan material adalah merupakan satu kepercayaan dan adat yang mana
merupakan pegangan yang masih diamalkan dalam masyarakat melayu di tanah melayu ini.
Berdasarkan analisis yang telah dibuat oleh saya berlaitan dengan budaya bukan material ini
dalam cerpen

oleh zahari Affendi, Memori Seorang Tua adalah menunjukkan semagat

patriotik yang ditampilkan oleh watak utama dalam cerpen ini iaitu Pak Itam. Semangat
patriotik ini adalah merupakan satu perkara yang amat penting dalam diri kita kerana ini
adalah merupakan pegangan yang perlu ditanam dalam diri kita agar rasa kasih dan sayang
terhadap Negara tidak pudar dalam diri kita ini.
Pelbagai nilai dan pengajaran yang terselit dalam cerpen ini seperti kerjasama, kasih
sayang dan menghormati orang tua. Aspek nilai kerjasama ini dapat dilihat melalui
kerjasama orang kampong termasuk golongan muda dalam menyiapkan khemah sempena
meraikan ulang Tahun kelahiran Pak Itam. Kerjasama ini menunjukkan penduduk kampong
bersatu padu seperti kata pepatah berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Oleh yang
demikian, setiap pekerjaan yang dilakukan dengan bermuafakat akan memudahkan lagi
sesuatu pekerjaan itu.

Selain itu, aspek budaya bukan material dapat kita paparkan melalui penerapan nilai
kasih sayang diterbitkan dalam watak Pak Itam yang mana beliau masih lagi mengharapkan
anak yang sekian lama meninggalkan dia untuk pulang ke pangkuaannya walaupun sekian
lama mereka meniggalkan Pak Itam. Ini kerana kasih seorang bapa tiada banding bezanya.
Bak kata pepatah kasih ibu membawa kesyurga, kasih bapa tiada penghujungnya.

Berdasarkan teks cerpen memori seorang tua, ianya juga memaparkan budaya
bukan material yang melibatkan kepercayaan kepada tuhan dengan berserah kepadanya.
Bukti ini disokong dengan adanya teks yang berbunyi terasa semakin syahdu, kesepian
malam ini kian mendekatkan dirinya kepada Tuhan. Terasa dirinya kian mengecil, rumputrampai, daun,-daunan, walau ditiup angin, tetapi tetap menunduk, sujud kepada Tuhan,
berzikir dan bertasbih. Bukankah Tuhan jadikan manusia, para malaikat, jin dan makluk seisi
alam ini supaya sujud kepada-Nya?. Berdasarkan teks diatas jelaslah menunjukkan bahawa
kepercayaan bahawasanya kita mempunyai pencipta yang mana harus sujud dan patuh
kepada-Nya.

Tambahan lagi, di dalam cerpen ini memaparkan adat pemakain orang melayu yang
mana menampakkan ciri-ciri kemelayuan masyarakat orang islam di malaysia ini. Ini kerana
berdasarkan watak utama yang dipaparkan oleh Pak Itam

yang mana memperagakan

pakaian baju melayu dan bersamping kain tenun warna biru laut. Tambahan lagi bagi
menampakkan ciri-ciri kemelayuan, Pak Itam memperkenakan ketayap di atas kepalanya
putih bersih. Ditambahkan lagi dengan sedikit minyak atar untuk mengharumkan seluruh
badannya.

Selain itu, budaya bukan meterial dapat dilihatkan melalui pengorbanan terhadap
orang yang lebih tua yang mana dipaparkan melalui persembahan kopratasa yang mana
menolak sebarang bayaran. Begitu juga individu yang hanya menyumbangkan sajak yang
dideklamasikan oleh Aziz H.M, Cik Habsah dari terengganu. Beliau sanggup datang sejauh
perantauan hanya sekadar memenuhi hasrat bekas majistret yang berkhidmat di malaysia
ini. Petikan teks yang menunjukkan bahawa pengorbanan mereka terhadap orang tua ialah
mereka

semua

datang

secara

percuma.

Datang

semata-mata

untuk

memberi

penghormatan kepada Pak Itam yang mereka tahu seorang tokoh yang telah berkorban
untuk membina masa depan bangsa dan tanah air.

Selain itu, watak utama juga memaparkan adat menjaga tetamu yang mana
diamalkan oleh setiap masyarakat melayu di malaysia ini. Adat adalah merupakan perkara
yang dianggapkan penting dalam sistem kebudayaan melayu. Ini kerana di dalam sistem
kebudayaan melayu itu sendiri, masyarakat terdahulu amat mementingkan adat dalam
pelbagai aspek termasuklah menyambut tetamu. Oleh yang demikian, benarlah pepatah

melayu pernah menyatakan biar mati anak , jangan mati adat. Sebagai contoh nilai
menghormati tetamu ialah, semangat Pak Itam yang masih menunggu para tetamu di muka
pintu pagar untuk menyambut tetamu yang hadir pada majlis beliau itu. Walaupun badan
dimamah usia, tetapi Pak Itam tidak pernah meninggalkan muka pintu pagar itu semata-mata
ingin menjaga adat menyambut tetamu. Oleh yang demikian, adat menyambut tetamu ini
adalah merupakan perkara yang amat penting dalam menampkakan ciri-ciri kemelayuan
dalam diri kita ini.

Pementasan yang dilakukan oleh Cik Habsah yang mana beliau telah menyanyikan
lagu ulek mayang yang mebangkitkan kesyahduan di kala matahari sedang menegak tinggi.
Lagu ulek mayang ini adalah merupak satu adat dan kepercayaan pada masa dahulu yang
mana merujuk kepada lirik lagu ini, ianya menampakkan unsur pemujaan. Pada masa
dahulu, masyarakat melayu boleh dikatakan setiap bulan akan mengadakan pemujaan
terhadap roh-roh. Ini kerana ianya terdorong oleh golongan india yang datang ketanakh
melayu ini yang mana menerapkan budaya india dalam sistem kebudayaan melayu kita ini.
Oleh itu, lagu yang disampaikan oleh Cik Habsah ini menampakkan salah satu bentuk
budaya bukan material yang mana melibatkan adat dan kepercayaan masyarakat terdahulu
dalam sistem kebudayaan melayu ini.

Kesimpulannya terdapat banyak unsur budaya bukan material dan material yang
terdapat di dalam cerpen memori Seorang Tua ini yang ditulis oleh zahari Affendi. Dengan
adanya pemikiran yang kritis dan kreatif kita mampu mengcungkil budaya yang terdapat di
dalam cerpen yang ditulis oleh beliau.

SOALAN 2 (b)
OLEH: AHMAD NAJMUDDIN BIN JAAFAR
4.2

PENGARUH LUAR DALAM MASYARAKAT MELAYU.

Fahaman Asal
Masyarakat Melayu

Pengaruh Hindu

Pengaruh Luar
Dalam Masyarakat
Melayu

Pengaruh Islam

Pengaruh Barat

Pengaruh Lain

Rajah 1: pengatuh luar dalam masyarakat melayu


Berdasarkan rajah 1 diatas menunujukkan terdapat 5 pengaruh luar yang mana menjadi faktor
utama dalam perubahasa kepada budaya dan persekitaran orang melayu di malaysia ini sejak
dahulu kala lagi. Ini kerana pengaruh ini dibawa melalui pelbagai cara yang mana menyerap
masuk ke dalam sistem kebudayaan melayu kita ini. Antaranya ialah, sistem perdagangan,
perkahwinan campur, sosial ekonomi dan sebagainya.

4.3

FAHAMAN ASAL MASYARAKAT MELAYU

Pengaruh yang pertama yang mana memberi impak kepada perubahan kepada
budaya orang melayu ialah fahaman asal masyarakat melayu. Fahaman ini adalah
merupakan tanggapan ataupun kepercayaan yang mana diamalkan opada dahulu kala lagi.
Fahaman yang diamalkan oleh orang melayu pada masa dulu dan kini ialah fahaman
anamisme. Animisme merupakan fahaman yang percaya akan kuasa ghaib. Oleh sebab
masyarakat tersebut tidak dapat menghuraikan gejala atau fenomena alam ini seperti hujan,
gerhana, sakit dan sebagainya, maka mereka mengaitkan gejala tersebut dengan kuasa luar
biasa. Oleh itu, pelbagai nama diberikan kepada kuasa luar biasa, antaranya penunggu,
hantu, jembalang, dan sebagainya yang mana menunjukkan bahawa setiap yang berlaku
adalah disebabkan sesuatu benda yang melakukannya.
Selain itu, kepercayaan orang melayu ini juga mengaitkan bahawa tempat-tempat
tertentu seperti di dalam hutan, di tengah laut, di gunung, terdapat penunggu yang perlu
dihormati. Hingga kini, kepercayaan terhadap perkara tersebut masih wujud walaupun
pengaruh Islam begitu luas. Misalnya, masyarakat Melayu percaya bahawa punca sesuatu
penyakit disebabkan tersampuk, saka, terkena buatan orang dan sebagainya. Tanggapan
ataupun kepercayaan ini susah untuk dihilangkan dalam diri masyarakat orang melayu
kerana kepercayaan ini, sudah lama bertapak dan hidup bersam-sama masyarakat orang
melayu. Boleh dianggapkan kepercayaan seperti in stidak boleh lari dari masyarakat orang
melayu. Apabila disebut kepercayaan seperti bomoh dan sebagainya boleh dikatakan ianya
banyak merujuk kepada msyarakat orang melayu.
Kepercayaan ini boleh dilihat melalui gaya hidup orang melayu. Ini kerana jika
kita lihat kepada kepercayaan ianya menunjukkan kepada penggunaan tanggal dan
sebagainya. Selain itu, mantera dan tindakan melalui upacara tertentu, menyembah dan
sebagainya juga adalah menunjukkan bahawa dalam mengelakkan sesuatu yang buruk
berlaku ketika mengunjungi tempat-tempat yang dipercayai berpenunggu, seperti hutan,
mereka menggunakan ungkapan tertentu contohnya, Tabik Tok Nenek, cucu nak lalu bagi
memujuk penunggu di hutan tersebut agar tidak mengapa-apakan mereka.

Kesimpulannya, kepercayaan ini boleh dikatakan sudah sebati dalam masyarakat orang
melayu di Malaysia ini. Kepercayaan ini masih diamalkan pada masa kini walaupun sudah
banyak perubahan yang berlaku dalam kalangan masyarakat orang melayu ini. Ini kerana
kepercayan ini adalah merupakan satu kepercayaan yang telahpun diamalkan sejak nenek
moyang mereka lagi. Oleh itu, agak sukar untuk melunturkan kepercayaan ini dalam diri
masyarakat orang melayu.

4.4

PENGARUH HINDU
Selain kepercayaan terdapat juga pengaruh lain yang mana memberi kesan

kepada perubahan kepada budaya masyarakat orang melayu ini. Perubahan ini berlaku
selepas kemasukan kepada pengaruh hindu dalam sistem kebudayaan kita pada masa dulu
Pengaruh hindu ini telah meyerap masuk kedalam sistem kebudayaan masyarakat orang
melayu perkahwinan. Dengan ini percapuran diantara kebudayaan orang melayu dengan
hindu ini berlaku. Oleh itu, berlakulah perubahan kepada kebudayaan masyarakat melayu
pada masa itu. Upacara mandi safar misalnya merupakan pengaruh Hindu yang mengambil
amalan orang Hindu. Penganut agama Hindu mengamalkan mandi di Sungai Ganges bagi
membuang segala kejahatan.
Penyerapan amalan Hindu turut berlaku dalam majlis perkahwinan. Amalan
menepung tawar, bersiram di pancapersada, merupakan satu daripadanya. Ketika
mengandung, upacara melenggang perut juga diambil daripada amalan Hindu. Melenggang
perut diadakan untuk mengetahui jantina bayi. Buah kelapa akan diletakkan di atas perut ibu,
dan selepas itu kelapa itu dibiarkan jatuh. Sekiranya jatuh ke kiri ibu itu dikatakan akan
melahirkan anak lelaki dan sekiranya jatuh ke kanan akan melahirkan anak perempuan.

Dalam sistem pendidikan juga, pengaruh hindu ini banyak memberi kesan kepada
sistem bahasa kita di Malaysia ini. Banyak kosa kata Sanskrit yang dibawa oleh Hindu
diserapkan dalam bahasa Melayu. Hal ini menjadikan kosa kata bahasa Melayu lebih luas.
Hindu juga membawa sastera lisan mereka. Cerita penglipur lara merupakan cerita lisan
yang popular dan berkembang khususnya dalam kalangan istana. Pengaruh Hindu juga
terdapat dalam kesenian Melayu. Ini kerana terdapat motif-motif yang mana berlambangkan
haiwan seperti gajah, ular dan sebagainya terdapat dalam seni ukiran yang menghiasi rumah
dan barang-barang perhiasan. Muzik tradisional Hindu turut masuk dalam masyarakat
Melayu khususnya di istana.
Kesimpulannya, pengaruh hindu dalam system kepercayaan bagi masyarakat orang
melayu boleh dikatakan masih juga menjadi amalan kita pada hari ini. Ini kerana
kepercayaan ini masih utuh di dalam diri masyarakat kita.

4.5

PENGARUH ISLAM

pengaruh islam ini hadir ke tanah melayu dengan kedatangan mubaligh ketanah
melayu ini. . Mengikut Dato Dr. Abdul Monir Yaacob dalam kertas kerjanya bertajuk Islam
dalam Mempengaruhi Pemikiran Melayu (2003), pengaruh agama Islam terhadap orang
Melayu sangat kuat. Hal ini terbukti apabila pengaruh Hindu terhakis sedikit demi sedikit lalu
digantikan dengan amalan Islam. Dengan kehadiran pengaruh islam ini ,amalan yang
bercanggah dengan ajaran Islam digugurkan walaupun tidak sepenuhnya. Penyerahan diri
kepada Allah merupakan satu daripada amalan yang dilakukan oleh kebanyakan orang
Melayu. Agama Islam telah mengubah cara pemikiran orang Melayu dan menyuruh umatnya
berfikir untuk menerapkan unsur-unsur rasionalisme dalam pemikiran mereka.
Dengan kehadiran pengaruh islam ini, ianya telah banyak membantu masyarakat
melayu dalam mengatur serta melaksanankan tanggungjawab dimuka bumi ini. Ini kerana
agama islam berpegang kepada dua perkara iaitu al quran dan al hadis. Dengan adanya
kitab ini ianya telah menjadi panduan hidup kepada masyarakat melayu di Malaysia ini.
Antara unsur budaya Arab (Islam) yang terserap termasuklah bahasa. Banyak kosa kata
Arab terdapat dalam bahasa Melayu. Antaranya termasuklah konsep ibadat seperti fardu,
solat, azan dan sebagainya.
Dengan

kehadiran

agama

islam

ini

ianya

turut

merubah

dan

memberi

perkembangan dalam aspek pendidikan. Ini kerana selepas kehadiran islam, didapati
Madrasah dibina untuk menyebarkan dan meluaskan pengetahuan tentang ajaran Islam.
Pengajian pondok begitu popular dalam kalangan masyarakat Melayu. Hal yang demikian
menyebabkan lahirnya masyarakat yang berpendidikan dan celik ilmu. Dalam system
bahasa kita terdapat juga system tulisan yang mana menjadi suatu lambang dalam
komunikasi. Dengan kehadiran islam ini, ianya telah banyak merubah dalam system tulisan
ini dengan adanya tulisan jawi dalam system bahsa melayu ini. Ahli-ahli bahasa telah
mengubah suai huruf Arab tersebut dengan menambahkan titik diakritis pada huruf yang
sedia ada supaya dapat membunyikan perkataan Melayu yang tiada dalam tulisan Arab
seperti huruf p dan g. Ekoran hal tersebut, kitab Islam tersebar luas menggunakan tulisan
jawi dan ini dapat difahami oleh kebanyakan orang. Jika pada zaman Hindu, sastera
tulisannya lebih berpusat di istana, pada zaman Islam, sastera turut berkembang dalam
kalangan rakyat jelata.

Kesimpulanya walaupun dengan kehadiran agama islam ini banyak telah merubah
kepada sistem kepercayaan di malaysia ini, namun masih terdapat lagi kepercayaan
anamisme yang mana masih lagi diguna pakai di dalam kehidupan seharian kita. Sebagai
contohnya ialah doa dicampuradukkan dengan jampi mantera dan pemujaan terhadap

makhluk halus. Hal ini terdapat dalam kesenian seperti wayang kulit, makyung, kuda kepang
dan beberapa kesenian lain.
4.6

PENGARUH BARAT
Selepas kehadiran pengaruh islam dalam kebudayaan masyarakat melayu, telah

muncul satu pengaruh lain yang mana memasuki tanah melayu ini melalui peperangan
ataupun penjajahan. Pengaruh ini ialah pengaruh barat. Apabila barat menjajah rantau ini,
nilai barat menular dalam masyarakat yang kadangkala bertentangan dengan ajaran Islam.
Pergaulan terlalu bebas, hiburan melampaui batas agama merupakan pengaruh yang negatif
yang mana menjadi budaya anak-anak melayu di Malaysia ini. Dengan kehadiran pengaruh
barat ini ianya amat merunsingkan kerana ianya mampu merosakkan kebudayaan melyu
yang mana selama ini berteraskan kepada ajaran islam .
Walaubagaimanapun, juga terdapat kesan yang positif yang mana menjadi
pendorong dalam memajukan ekonomi masyarakat melayu ini. misalnya teknologi moden
dalam bidang pertanian, perindustrian dan perkomputeran yang dapat mengembangkan
ekonomi masyarakat Melayu. Dari segi bahasa, banyak kosa kata yang terserap yang dapat
mengungkapkan pelbagai idea dan maklumat selaras dengan arus globalisasi

Manakal di dalam sistem pendidikan pula, ianya mampu membukan peluang


pendidikan yang lebih luas kepada masyarakat Melayu, khususnya golongan bangsawan
yang kemudiannya dibuka kepada orang awam. Ini mempengaruhi budaya fikir orang
Melayu. Di sekolah, anak-anak orang Melayu didedahkan kepada kaedah, idea dan
kosmologi sains
Kesimpulannya dengan kehadiran pengaruh barat ini, ianya mampu merubah corak
kehidupan masyarakat melayu ini kearah memajukan diri dalam system pertanian,
pendidikan, perindustrian dan sebagainya.
4.7

PENGARUH LAIN

Di dalam proses pemerolehan kepada budaya masyarakat melayu ini, terdapat juga pengaruh
lain selain daripada pengaruh hindu, islam dan sebagainya. Pengaruh china adalah merupakan
antara pengaruh lain yang mendorong kepada perubahan budaya masyarakat melayu di
malaysia ini. Pengaruh ini datang ke tanah melayu melalui bekerja di lombong-lombong biji di
samping menjalankan perniagaan. Komunikasi berlaku antara pelbagai kaum yang mendiami
negara ini. Dalam hal ini, perhubungan antara masyarakat Melayu dan masyarakat Cina

telah

menyebabkan

kosa

kata

bahasa

Cina

meresap

dalam

bahasa

Melayu.

Apabila berlakunya proses interaksi ini, ianya akan mewujudjkan beberapa kata
pinjaman dalam bahsa melayu ini. Proses pinjaman ini memantapkan lagi proses
perkembangan bahasa melayu. Contoh kosa kata yang terserap dalam bahasa Melayu ialah
tanglung, teko, beca, amoi, apek, singse, suun, lobak, tocang, amah, angpau, capcai, pau,
dan taugeh, selain itu, dari segi masakan, makanan cina turut meresap dalam budaya
masyarakat Melayu. Ini kerana jenis-jenis masakan yang mengandungi kicap soya, sos
tiram, dan bebola ikan, ayam atau daging merupakan pengaruh daripada budaya Cina yang
kini menjadi sebahagian daripada makanan popular masyarakat Melayu.

Akhir sekali ialah dalam adat cina proses pemberian sampul yang berisi wang adalah
merupakan satu tradisi bagi masyarakat orang cina sejak dahulu kala. Tradisi ini turut juga
diamalkan oleh masyarakat melayu yang mana pemberian wang ataupun angpau dalam
bahasa cina diberikan menjelang hari raya Aidilfitri yang mana setiap tahun umat islam
menyambutkan. Penyerapan budaya ini diserap masuk kedalam sistem budaya masyarakat
melayu keran tidak bercanggah dengan ajaran islam kita. Oleh itu, ianya boleh diguna pakai
oleh kita.

5.0

KESIMPULAN
Kesimpulannya, kebudayaan ini adalah merupakan salah satu perkara yang amat

penting di dalam sistem kehidupan kita sebagai masyarakt melayu. Ini kerana melayu
kebudayaan inilah menampakkan ciri-ciri kemelayuan kita. Kebudayaan melayu adalah sistem
idea, pengetahuan, norma, kepercayaan dan adat yang diamalkan oleh masyarakat melayu.
Masyarakat melayu memiliki identiti keperibadian tersendiri iaitu istiadat melayu, bahasa melayu
dan agama islam. Ketiga-tiga perkara ini saling berkaitan dalam membentuk pelbagai
kebudayaan dalam kalangan masyarakat melayu.
Kebudayaan Material adalah merupakan Objek fizikal, artifak, peralatan atau
kelengkapan hidup seperti rumah, kereta dan sebagainya. Kebudayaan material ini
menunjukkan bahawa kepentingan dari segi bahan yang wujud yang boleh digunapakai oleh
masyarakat melayu di Malaysia ini. Sebagai contohnya ialah Keris. Keris ialah alat
kebesaran bagi raja yang mana melambang kekuasaan dan kedaulatan. Tambahan lagi

ianya menunjukkan kehebatan orang Melayu yang bijak mencampurkan bahan logam hingga
terbentuk senjata.
Kebudayaan Bukan Material pula ialah Unsur yang tidak wujud secara fizikal iaitu
adat, kepercayaan, bahasa dan nilai. Adat Istiadat adalah merupakan satu Sistem nilai yang
berhubung dengan cara berfikir, pegangan hidup serta amalan sesuatu masyarakat. Selain
itu, tingkah laku yang diterima oleh masyarakat disebut kebiasaan, kebiasaan menjadi adat
yang diterima secara bersama oleh masyarakat dengan ini Adat akan menjadi peraturan
yang dipatuhi dan dihormati oleh masyarakat yang mendukungnya tanpa paksaan Ada juga
adalah merupakan peraturan yang sudah diamalkan secara turun-temurun dalam
masyarakat sehingga menjadi hukum dan peraturan yang harus dipatuhi. Manakala Istiada
pula ialah cara cara atau peraturan untuk melakukan sesuatu yang sudah menjadi
kebiasaan dan resam,.Dalam masyakat Melayu terdapat dua adat iaitu pertama ialah adat
pepatih dan kedua ialah adat temenggung.

REFLEKSI
Oleh: ahmad najmuddin bin jaafar

Alhamdulillah, bersyukur kami ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya


dapat juga kami siapkan kerja khusus yang telah diberikan kepada kami oleh Pensyarah
kebudayaan melayu BMM3114 , terdapat dua tugasan utama yang perlu diselesaikan oleh
saya iaitu membuat tugasan individu dan kumpulan. Tugasan individu adalah berkaitan
membuat analisis tentang budaya bukan material dan material yang terdapat di dalam
cerpen yang kita pilih dan menjelaskan pengaruh luar dan dalam dalam kebudayaan kita di

Malaysia in. Selain itu, saya harus membuat kajian tentang konsep budaya dari pelbagai
aspek.
Saya telah menerima tugasan ini beberapa minggu yang lepas. Pada peringkat awal
apabila mendapat tajuk tugasan ini kami mencari maklumat mengenai kebudayaan dengan
merujuk internet dan buku-buku yang terdapat di perpustakaan awam mahupun
perpustakaan di institut pendidikan guru kampus Kota Bharu.
Setelah itu, saya telah menyelidik bagaimana untuk menganalisis dan mengkelaskan
budaya material dan bukan material yang terdapat di dalam cerpen yang telah dipilih oleh
saya itu. Secara tidak langsung, saya dapat menambah pengetahuan sedia ada kami
tentang kebudayaan melayu ini.
Apa yang kami perolehi dari proses melaksanakan tugasan ini ialah nilai kegigihan
dan nilai sistematik. kami perlu gigih dalam mencari bahan untuk melaksanakan tugasan ini
supaya maklumat yang diperoleh adalah lengkap dan menyeluruh selaras dengan soalan
yang dikehendaki. Nilai sistematik juga dapat diterapkan dalam melaksanakan tugasan ini
kerana kami dapat mengkonsepsikan diri kami bagaimana untuk melaksanakan tugasan ini
walaupun menghadapi banyak lagi tugasan lain pada masa ini.
Saya telah menghadapi beberapa kesulitan untuk menyiapkan kerja khusus ini
seperti kekeliruan semasa taklimat KKP. Setiap masalah pasti ada jalan penyelasaiannya.
Saya menjalankan kerja kursus ini secara sedikit demi sedikit agar saya dapat
menghantarnya tepat pada masa yang diberikan. Bagi memudahkan lagi kerja, saya tidak
jemu mencari pensyarah BMM3114 untuk mendapatkan maklumat mengenai kerja khusus
walaupun pada peringkat awal saya menghadapi kesulitan.
Secara konklusinya, pelbagai faedah yang dapat saya peroleh dalam melaksanakan
tugasan ini walaupun menghadapi sedikit kekangan dan kesulitan. Sesungguhnya yang baik
itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri. Akhir
kata, saya berharap kerja khusus saya menepati piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak
yang berkenaan. saya juga berharap kerja khusus saya boleh menjadi rujukan kepada guruguru pelatih pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai