Anda di halaman 1dari 20

ANGKATAN SASTERAWAN MUDA BABA

TUN GHAFAR

1.0 Pengenalan

Institut pendidikan merupakan gedung pengumpulan dan pembinaan ilmu dalam kalangan masyarakat semenjak dahulu lagi. Kemunculan institut pendidikan telah berjaya membangkitkan semangat kebangsaan dan kebencian terhadap penjajah British. MPSI merupakan sebuah maktab yang ditubuhkan untuk mendidik para guru dengan ilmu perguruan agar mereka mampu menjadi guru yang berdedikasi. Walau bagaimanapun, MPSI bukan sahaja telah melahirkan guru malahan telah berjaya melahirkan tokoh-tokoh politik yang mampu menggegarkan persada politik Tanah Melayu. Hal ini dapat dibuktikan dengan kelahiran tokoh-tokoh politik seperti Harun Aminurrashid, Ibrahim Haji Yaakob, Mohammad Isa Suleiman dan Abdul Haji Hassan. Perkara ini disokong penuh oleh pengetua pertama MPSI sendiri yang bernama O. T. Dussek. Beliau merupakan seorang Inggeris yang berjiwa Melayu.1

Oleh yang demikian, untuk menghargai kepimpinan tokoh-tokoh yang banyak memberi sumbangan kepada Tanah Melayu, terdapat banyak kajian yang dilakukan merangkumi segala aspek kehidupan seseorang sama ada dalam bidang politik, sosial, pendidikan serta kejayaan dan suka duka kehidupan tokoh tersebut. Walau bagaimanapun, seseorang itu hanya dianggap sebagai seorang tokoh setelah sumbangannya diterima oleh semua lapisan masyarakat. Menurut Ramlah Adam, 1999, hlm. 1-2 ada mengatakan bahawa kebanyakan kajian mengenai tokoh lebih tertumpu pada pemimpin-pemimpin negara yang kita semua dapat lihat penglibatannya secara aktif dalam membina sebuah negara yang maju seperti Tunku Abdul Rahman yang memperjuangkan kemerdekaan, Tun Dr Mahathir yang memaju dan membangunkan negara secara pesat dan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang membina modal insan negara. Namun begitu, disebalik kejayaan tokoh-tokoh tersebut terdapat tokoh bawahan

Pendapat ini turut dikongsi oleh Mohd Isa Othaman yang menyatakan bahawa O. T. Dussek adalah seorang Inggeris yang berjiwa Melayu yang berusaha menjadikan MPSI/SITC sebagai sebuah university Melayu. Beliau turut bertanggungjawab melahirkan ramai cendikiawan Melayu berjiwa nasional.

Page 1

ANGKATAN SASTERAWAN MUDA BABA

TUN GHAFAR

(grass roots) yang sering kali diabaikan sedangkan mereka turut bersama-sama memerah keringat untuk membangunkan negara.

2.0 Latar Belakang Tokoh "..Sesungguhnya segala kejayaan yang dicapai hari ini ditunjangi oleh usaha dan pengorbanan pejuang-pejuang kita yang terdahulu."-Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.. Satu nama yang tidak boleh dipisahkan dengan kejayaan orang Melayu pada hari ini ialah Tun Ghafar Baba. Nama sebenar beliau ialah Abdul Ghafar bin Baba yang dilahirkan pada 18 Februari 1925 di Solok Tebat Kering, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Beliau merupakan anak keenam daripada sembilan orang adik-beradik. Kemiskinan yang membelenggu mereka sekeluarga menyebabkan kebanyakan adik-beradiknya meninggal dunia ketika masih kecil disebabkan kekurangan zat makanan. Bapanya bernama Baba bin Abdullah, berasal dari Sungai Udang, Melaka manakala ibunya bernama Saodah binti Salleh berasal dari Kampung Bemban, Melaka.

Kesukaran hidup mereka menyebabkan ibu dan bapanya berhijrah ke Kuala Pilah untuk mencari rezeki.2 Ibunya meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil manakala semasa beliau berusia 8 tahun, bapanya pula meninggal dunia ini menjadikan beliau anak yatim piatu ketika usia yang masih muda.3 Semenjak kematian orang tua beliau, adikberadik yang lain mengambil keputusan untuk berpindah ke Melaka semula. Namun begitu, beliau mengambil keputusan untuk terus menetap di Kuala Pilah kerana beliau ingin sentiasa menziarahi kubur ibu bapanya. Kematian ibu bapa menyebabkan beliau terpaksa tinggal bersama bapa saudaranya dan beliau terpaksa berdikari untuk hidup.4
2

Bapanya pernah bekerja sebagai pemandu teksi, pemandu kereta lembu, penarik beca dan penoreh getah. 3 Tun Ghafar Baba tidak sempat bermesra dan mendapat kasih sayang kedua ibu bapanya. 4 Ini dapat dilihat apabila beliau pernah menjadi budak pemungut bola tenis kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman selain beliau pernah juga menjual kayu api. Semasa beliau bersekolah, beliau menjual aiskrim dengan mendapat aiskrim percuma sebagai upah

Page 2

ANGKATAN SASTERAWAN MUDA BABA

TUN GHAFAR

Kemiskinan yang dialami beliau telah mematangkan cara beliau berfikir. Tun Ghafar juga yakin hanya dengan pendidikan sahaja yang dapat membantu dirinya keluar daripada belenggu kemiskinan yang dilalui sejak kecil. Kesusahan yang dilalui oleh beliau dinyatakan sendiri oleh beliau semasa satu wawancara yang dilakukan pada 9 Disember 1989, beliau berkata:

saya cuma balik ke rumah waktu malam. Siang merayau, pergi jaga bola golf, tenis, bermain-main dan membawa dirimalam baru balik. Kalau dia (emak saudara) simpan makanan saya makan. Pagi-pagi saya sudah pergi sekolah. Bapa saudara saya baik, tetapi emak saudara kuat berleter. Jadi saya balik setelah dia sudah tidur dan pagi-pagi, sebelum dia bangun, saya cabut. Jadi di rumah itu saya tumpang tidur

Daripada apa yang dinyatakan, dapat dilihat bahawa kemiskinan seseorang akan menyebabkan mereka dipandang rendah oleh orang lain termasuklah saudara mara yang paling hampir. Oleh yang demikian, beliau tidak mahu kemiskinan dan kesusuhan yang dialami beliau turut dirasai oleh orang sekeliling serta bangsanya. Hal ini telah mendorong beliau untuk berusaha dengan lebih gigih dan bertanggungjawab untuk meninggikan taraf hidup bangsa, agama dan negara.

3.0 Latar Belakang Pendidikan Tokoh

Beliau memulakan pengajian beliau ketika berusia 6 tahun di Sekolah Melayu Kuala Pilah atas kesedaran beliau untuk menghapus kemiskinan yang beliau lalui. Ketika beliau berusia 13 tahun, beliau meneruskan pengajiannya di Sekolah Tangga Batu, 14 kilometer dari Bandar Melaka. Beliau sepatutnya memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim (MPSI) pada tahu 1939, tetapi disebabkan meletusnya Perang Dunia Kedua, maka MPSI terpaksa ditutup. Pada tahun 1946, beliau mendaftar sebagai pelajar di MPSI namun begitu, menjadi seorang pendidik bukanlah cita-cita beliau. Beliau

Page 3

ANGKATAN SASTERAWAN MUDA BABA

TUN GHAFAR

terpaksa memohon memasuki maktab kerana beliau telah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki. Keadaan kemiskinan yang telah dirasai semenjak kecil berterusan hingga beliau belajar di MPSI. Hal ini menyebabkan beliau menjual buku-buku politik yang ditulis oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ibrahim Hj Yaakob dan lain-lain. Manakala pada waktu malam, beliau akan memberi syarahan kepada penuntut-penuntut mengenai kehidupan masyarakat Melayu, politik dan lain-lain kepada penuntut MPSI. Hal ini berikutan, beliau suka membaca bahan-bahan bacaan yang beliau jual.

Semasa beliau belajar di MPSI, beliau telah dilantik menjadi ketua kelas pada tahun pertama dan kedua. Manakala pada tahun ketiga beliau telah dilantik menjadi ketua murid. Selama 3 tahun di MPSI banyak mengajar beliau selok-belok pentadbiran. Beliau juga kerap kali berbincang dengan pihak Inggeris mengenai elauan yang kecil ketika belajar5 sehingga beliau sering kali mengumpulkan para pelajar untuk mengadakan demostrasi secara halus untuk membantah tindakan pihak Inggeris terhadap para pelajar yang memberikan elaun yang kecil kepada pelajar. 6 Sebaik sahaja menamatkan pengajian di MPSI, beliau telah ditugaskan sebagai guru di Melaka, namun beliau telah ditukar sebanyak empat kali kerana terlibat secara tidak langsung dalam Kesatuan Guru-Guru Melayu Melaka (KGMM)7.

Walaupun, beliau bukanlah seperti tokoh-tokoh negarawan yang lain yang mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi seperti mana Pendeta Zaba,8 tetapi
5 6

Elauan bulanan yang sangat kecil iaitu elauan bulanan RM 3.00 dan kupon RM 2.00 Beliau menyarankan pelajar-pelajar memakai terompah, tidak memotong misai dan janggut serta berbaju singlet untuk pergi ke kelas. Saranan ini mendapat smabutan daripada semua pelajar. Apabila ditanya, mereka dengan selamba akan menjawab bahawa mereka tidak mempunyai wang untuk membeli kasut, baju dan pisau cukur. Akhirnya pihak Inggeris berunding dan bersetuju untuk menaikkan elauan para pelajar. 7 KGMM bercorak kesatuan sekerja dan beliau mengambil peluang dengan membela nasib ahli-ahlinya yang terdiri daripada guru-guru Melayu, khasnya dalam usaha untuk menaikkan gaji mereka. KGMM juga berjaya menaik dan menerapkan semangat perpaduan dan menolong parti-parti politik menuntut kemerdekaan. 8 Pendeta Zaba mempunyai latar belakang yang sangat membanggakan yang mana beliau bermula pendidikan rasminya pada tahun 1907 di Sekolah Menengah Linggi. Pada tahun 1910, beliau melanjutkan pelajaran di St. Pauls Institution di Seremban sehingga lulus Senior Cambridge dalam tahun 1915. Manakala pada tahun 1953 ketika berusia 58 tahun

Page 4

ANGKATAN SASTERAWAN MUDA BABA

TUN GHAFAR

beliau mempunyai aura yang tersendiri kerana sikap beliau yang suka bergaul, rendah diri, syarahan yang mudah difahami oleh orang kampung dan seorang ahli politik yang tulen serta tidak mementingkan diri sendiri. Seperti yang kita ketahui, beliau hanya mempunyai lulusan darjah enam dan Sijil Perguruan MPSI tetapi beliau mempunyai potensi yang besar untuk menjadi perdana menteri seperti mana yang dikatakan sendiri oleh Tunku Abdul Rahman:

Dilihat kebolehannya ketika itu, tidak cukup bagi Ghafar menjadi Ketua Menteri sahaja. Saya sudah lihat pada dia, suatu masa nanti dia sangat layak untuk menjadi Perdana Menteri

Walau bagaimanapun, kelulusan beliau yang hanya lulus darjah enam dan Sijil Perguruan MPSI tidak mencukupi untuk melayakkan beliau menjadi Perdana Menteri. Oleh yang demikian, Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan beliau menyambung pelajaran9 ke luar negera tetapi ditolak oleh beliau malah giat membantu Tunku Abdul Rahman dalam politik negara yang sedang sibuk untuk membebaskan Tanah Melayu daripada pihak penjajah dan beliau amat setia dalam perjuangan UMNO walaupun pelbagai dugaan yang dihadapi.

4.0 Perjalanan Politik Sepanjang Zaman

Beliau terbabit secara rasmi dalam politik negara apabila menjadi ahli KMM (Kesatuan Melayu Muda) yang diketuai oleh Ibrahim Hj Yaakob pada tahun 1937 yang melibatkan belia-belia Melayu dari seluruh Tanah Melayu terutamanya mereka yang menuntut di
beliau mengambil ujian Ijazah Kesarjanaan dari Universiti London dan mendapat Ijazah Kelas Kedua. 9 Menurut Tunku Abdul Rahman saya yakin Ghafar boleh belajar kerana dia ada kepandaian. Saya pujuk dia dan katakan bahawa saya boleh beri elaun pada anak dan isterinya. Kalau tidak keluar negeri pandangannya sempit. Tetapi Ghafar tidak mahu

Page 5

ANGKATAN SASTERAWAN MUDA BABA

TUN GHAFAR

SITC. Pada tahun 1940, penubuhan cawangan KMM di Melaka dan Tun Ghafar Baba turut bergiat aktif dan sentiasa mengikuti perkembangan dan telah menjadi ahli serta sanggup pergi mengayuh basikal untuk mendengar dan menghadiri perjumpaan politik. Tun Ghafar Baba merupakan antara tokoh yang pandai berbahasa Jepun namun, ini tidak bermakna beliau suka kepada Jepun10 yang menjajah negara kita.

Selepas Jepun kalah, orang Melayu menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Tun Ghafar Baba sangat yakin dengan perjuangan yang dibawa oleh PKMM kerana kebanyakan pemimpin PKMM merupakan golongan bawahan yang lebih memahami penderitaan orang bawahan seperti beliau.11 Manakala, pada tahun 1949-1951, beliau melibatkan diri di dalam Trade Union yang merupakan satu persatuan yang dianggotai oleh golongan guru-guru Melayu Melaka yang menuntut hak agar diberi layanan yang baik sebagai pekerja. Pada masa yang sama, persatuan ini bertujuan untuk meningkatkan mutu pendidikan dan berusaha untuk mengubahsuai dasar pendidikan agar dapat mencapai satu bentuk sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan serta mencapai perpaduan dan integrasi nasional. Pada tahun 1951, beliau menyertai UMNO12 setelah berlaku perubahan dipucuk kepimpinan UMNO diperingkat pusat daripada Dato Onn bin Jaafar kepada Tunku Abdul Rahman.13 Dibawah pucuk kepimpinan Tunku Abdul Rahman, slogan UMNO telah ditukarkan daripada Hidup Melayu kepada Merdeka. Perkara ini telah mendorong ramai ahli PKMM menyertai UMNO.

10

Beliau kagum dengan kehebatan Jepun sebagai sebuah negara yang kecil di Timur tetapi dapat mengalahkan kuasa Barat yang besar dan berpengaruh. 11 Antara faktor lain kenapa beliau menjadi ahli PKMM kerana dia bersetuju dengan perjuangan PKMM untuk menuntut kemerdekaan dari Inggeris dan tertarik dengan sikap dan kepimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmy yang berasal daripada rakyat biasa yang sangat mengerti erti kemiskinan 12 UMNO merupakan sebuah parti politik yang lantang memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu secara terang-terangan dan berorganisasi. 13 Dato Onn hendak membuka keahlian UMNO kepada kaum imigran di Tanah Melayu tidak menghasilkan kejayaan kerana beliau telah mendahului zamannya. Ini kerana, orang Melayu masih merasa ketinggalan dan juga berasa rendah diri dengan kaum imigran yang jauh lebih maju di dalam semua lapangan kehidupan.

Page 6

ANGKATAN SASTERAWAN MUDA BABA

TUN GHAFAR

Secara rasminya, beliau telah menjadi ahli UMNO pada tahun 1951. Namun demikian, disebabkan kesungguhan beliau bekerja disamping pengalaman beliau sebagai Setiausaha KGMM telah melayakkan beliau menjadi Setiausaha UMNO Melaka selepas perletakkan jawatan Hashim Ghani. Pada 1 Oktober 1955, beliau telah dilantik menjadi Pengerusi UMNO Melaka, ekoran daripada perlantikan tersebut, beliau telah menjadi Ketua Bahagian dan kemudiannya Ketua UMNO Negeri Melaka selama 23 tahun sehingga tahun 1974. Sepanjang beliau menjadi Ketua Menteri Melaka, beliau telah menggandakan jumlah orang Melayu yang menyertai UMNO daripada 49 orang ke 50000 orang anggota. Beliau telah dianugerahi Pingat Tunku Abdul Rahman selama 6 tahun berturut-turut kerana berjaya mengumpulkan anggota UMNO paling ramai.

Selain memegang jawatan Ketua Menteri Melaka, beliau juga merupakan Naib Presiden UMNO. Semasa memegang jawatan tersebut, beliau selalu menjelajah ke merata tempat semata-mata untuk perpaduan orang Melayu.14 Gaya beliau berpolitik lebih bersifat chauvinist Melayu15. Sifat ini dapat dilihat dari idea-idea pembangunan yang beliau perkenalkan. Oleh yang demikian, ramai ahli daripada parti pembangkang menganggap beliau terlalu kemelayuan dalam pentadbirannya. Walau bagaimanapun, sebagai seorang ketua bagi sebuah parti orang Melayu, beliau menggambarkan UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO. Walaupun beliau digambarkan sebagai seorang yang rendah diri, simple, nave, dan unsophisticated tetapi bila melibatkan orang Melayu beliau sangat tegas. Ini dapat dibuktikan apabila beliau membidas tindakan Presiden Malayan Chinese Association (MCA) kerana meminta UMNO menambahkan kerusi untuk MCA dalam pilihanraya 1964. Beliau dengan tegas mengatakan kita tidak akan menjual maruah kerana persahabatan. Namun demikian, ketegasan beliau terhadap parti MCA dan MIC bukanlah bermaksud beliau merupakan pemimpin yang bersikap
14

Antara kawasan yang kerap beliau kunjungi ialah Kelantan. Hal ini kerana, sejak dulu sehingga ke hari ini, Kelantan merupakan kubu Parti Islam Semalaya (PAS). Beberapa kali UMNO cuba menembusi dan menawan Kelantan tetapi tidak pernah berjaya. Oleh yang demikian, UMNO telah menghantar Tun Ghafar Baba untuk memberi penerangan agar UMNO dapat diterima rakyat Kelantan. 15 Sepanjang menjawat jawatan tertinggi dalam UMNO beliau dilihat lebih memajukan orang Melayu seperti meberi subsidi kepada nelayan, rancangan pembukaan tanah pertanian, projek menternak ayam, lembu, kambing, perpustakaan bergerak dan sebagainya.

Page 7

ANGKATAN SASTERAWAN MUDA BABA

TUN GHAFAR

anti kepada kaum-kaum lain. Perkara ini dapat dilihat apabila beliau sendiri menjadi perunding dalam masalah perebutan jawatan tertinggi parti MCA menjelang Perhimpunan Agong yang diadakan pada pertengahan tahun 1984.

Pada tahun 1967, beliau terlibat secara langsung dengan proses pembangunan ekonomi negara yang mana pada bulan September tahun tersebut beliau telah dilantik sebagai Pengerusi MARA. Pada bulan Februari, lima tahun selepas menjadi Pengerusi MARA, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Beliau merupakan seorang pemimpin yang sangat komited dengan tanggungjawab yang dipikul oleh beliau terutamanya dalam usaha beliau untuk memartabatkan orang Melayu. Hal ini kerana, beliau sangat mengambil berat akan nasib orang-orang Melayu. Antara jawatan lain yang disandang oleh beliau ialah sebagai Senator pada 25 Januari 1968 dan Menteri Tidak Berportfolio pada tahun yang sama dengan perlantikkan beliau sebagai Senator.

Kemuncak karier beliau semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 10 Mei 1986 disamping memegang jawatan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar. Walau bagaimanapun, kesetiaan beliau benarbenar teruji semasa krisis dalamam UMNO yang dikenali sebagai 2M. Ini kerana berlakunya perebutan kuasa dalam merebut jawatan penting dalam Majlis Tertinggi UMNO antara puak Tun Dr. Mahathir dengan puak Tengku Razaleigh. Beliau bermatimatian mempertahankan Tun Dr. Mahathir Mohamad daripada serangan fitnah yang dilancarkan oleh kumpulan serpihan UMNO yang menubuhkan Semangat 46. Namun, dengan usaha beliau, kedudukan UMNO semakin kukuh dengan mempunyai keahlian seramai 1.3 juta orang.

5.0 Persamaan Sumbangan Tokoh Antara Tun Ghafar Baba dan Pendeta Zaba

Page 8

ANGKATAN SASTERAWAN MUDA BABA

TUN GHAFAR

Usah ditanya apakah sumbangan yang telah dilakukan oleh beliau, tetapi sejauh manakah usaha yang telah beliau lakukan kita memanfaatkannya

Sehingga hari ini ramai orang yang berkata bahawa Tun Ghafar Baba banyak memberi sumbangan kepada dunia politik UMNO dan bangsa Melayu khususnya. Sumbangan terbesar beliau yang sangat bererti kepada Orang Melayu adalah semasa beliau menjadi Pengerusi MARA dan juga semasa menjadi Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar.

5.1 Kemajuan Orang Melayu

Ketika menjadi Ketua Menteri Melaka, ketokohan beliau sebagai pemimpin semakin teserlah. Beliau telah menarik perhatian seluruh negara dengan pendekatannya yang praktikal terhadap masalah kemiskinan yang dihadapi oleh orang Melayu. Beliau telah memberikan banyak bantuan dan idea untuk mengatasi masalah kemiskinan yang dihadapi oleh masyarakat luar bandar khususnya. Antara bantuan yang telah diberikan oleh beliau semasa menjadi Ketua Menteri Melaka, beliau telah memberikan bantuan basikal kepada anak-anak orang miskin untuk membolehkan mereka ke sekolah, bantuan anak ayam, dan lembu untuk petani-petani, bantuan bot nelayan, pembukaan tanah pertanian bagi peneroka-peneroka baru dan pelbagai lagi. Pada pandangan beliau, kesemua bantuan yang diberikan sebagai langkah untuk membasmi kemiskinan dan seterusnya merapatkan jurang ekonomi dan pendidikan orang Melayu dengan golongan bukan Bumiputera.

Pada 1 September 1967, beliau telah dilantik secara rasmi sebagai Pengerusi MARA kerana beliau mempunyai pelbagai idea untuk disumbangkan kepada orang Melayu.16 Tambahan lagi, penubuhan MARA bertujuan untuk membaiki kehidupan orang
16

Penubuhan MARA adalah bertujuan menolong dan memberi bimbingan kepada orang Melayu yang mundur dan tercicir dalam lapangan perniagaan. MARA merupakan badan

Page 9

ANGKATAN SASTERAWAN MUDA BABA

TUN GHAFAR

Melayu dan mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kaum yang berlaku akibat daripada kedatangan penjajah Barat. Untuk memberikan komitmen sepenuhnya kepada MARA, beliau telah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka pada 5 Oktober 1967. Ini bertujuan supaya beliau dapat menumpukan sepenuh masa untuk menyusun strategi rancangan bagi memulihkan kehidupan dan ekonomi orang Melayu.

Antara usaha yang telah beliau rencanakan, ialah untuk menggalakkan bumiputera melibatkan diri dalam perusahaan dan perniagaan. Oleh yang demikian, beliau telah mengadakan satu skim pinjaman untuk memudahkan bumiputera mendapatkan modal bagi memulakan perniagaan. Tambahan lagi, beliau telah menggalakkan orang Melayu untuk melibatkan diri dalam perusahaan kulitkraf, membuat kain batik dan kraftangan. MARA juga menyediakan tapak-tapak perniagaan, rumah-rumah kedai dan tapak-tapak perniagaan yang kemudiannya disewakan kepada peniaga-peniaga Melayu.17 Terdapat banyak lagi idea-idea yang telah dikemukan oleh beliau antaranya penubuhan Syarikat Kenderaan MARA yang sekarang dikenali sebagai TRANSNASIONAL melalui perkhidmatan ekspres di antara bandar-bandar utama, Skim Amanah Saham MARA18, Tabung Biasiswa Pinjaman MARA.19

Selain menambahkan peruntukan bantuan pinjaman, terdapat pelbagai prosedure yang dilakukan untuk memudahkan pinjaman. Antaranya mempercepatkan proses permohonan pinjaman. Beliau telah mengarahkan supaya pinjaman kecil yang jumlahnya
yang melobi peluang perniagaan dan mewujudkan usahawan Melayu tanpa sedikit pun menghiraukan kepentingan ekonomi masyarakat lain. 17 Pada tahun 1971, sebanyak 32 rancangan bangunan perniagaan telah disiapkan. MARA juga telah menubuhkan beberapa syarikat untuk bergiat dalam beberapa aktiviti, perniagaan, pembuatan dan pengangkutan. Antaranya , Syarikat Batik Malaysia Sendirian Berhad, Syarikat Jelatik Sendirian Berhad, Syarikat Mawar Sendirian Berhad dll. 18 Pihak MARA telah mengeluarkan pinjaman kepada orang Melayu pada tahun 1967 lebih banyak daripada tahun sebelumnya. Misalnya pada tahun 1968 MARA telah mengeluarkan pinjaman sejumlah RM 7.8 juta. Berbanding tahun sebelumnya MARA telah menegluarkan sebanyak RM 4.7 juta. Kemudian angka itu meningkat RM 9 juta pada tahun 1968, (RM 14.9 juta) pada tahun 1970 dan meningkat pada tahun-tahun seterusnya. Pertambahan peruntukan ini adalah sebagai persediaan untuk melahirkan peniaga-peniaga Melayu. 19 Beliau menggalakkan perkembangan perusahaan Bumiputera melalui latihan dan bantuan modal. Ini semua merupakan rancangan yang telah dirancang oleh beliau.

Page 10

ANGKATAN SASTERAWAN MUDA BABA

TUN GHAFAR

tidak melebihi RM 5000 hendaklah diproses dalam masa 9 hari sahaja.20 Selain itu, kadar faedah pinjaman kecil sehingga 5.5% telah mengurangkan beban pinjaman. MARA juga menyediakan peniaga-peniaga perkhidmatan khidmat nasihat, kursus-kursus atau ceramah tentang pentadbiran perniagaan, pengurusan kira-kira dan sebagainya. Inilah yang menjadi punca kegagalan usahawan Melayu. Walau bagaimanapun, beliau telah dikecam hebat kerana usaha yang telah beliau lakukan ini terlalu membela nasib orang Melayu seolah-olah mengenepikan ekonomi kaum-kaum lain. Oleh itu, untuk menghadapi kecaman parti pembangkang yang mengatakan dasar kerajaan ini berbaur perkauman, beliau berkata:

salahkah saya dari keturunan miskin, anak orang miskin, anak orang miskin, anak penarik kereta lembu ini tegak di tengah-tengah bangsa saya bagi membela dan menghapuskan kemiskinan? Salahkah saya bekerja bermati-matian sepenuh hati dan tenaga dalam memperjuangkan bangsa yang ketinggalan pada serbaserbi di tanah airnya sendiri? Daripada pandangan parti-parti pembangkang, apakah pengkhianatan yang telah saya lakukan melalui usaha-usaha kerajaan PERIKATAN bagi meninggikan taraf hidup bangsa saya?21

Penubuhan syarikat di bawah MARA adalah bertujuan menambahkan bilangan syarikatsyarikat milik Melayu. MARA telah berjaya memindahmilikkan syarikat-syarikat ini kepada orang atau kepentingan Melayu.

Zaba merupakan antara tokoh yang banyak membantu orang Melayu selain Tun Ghafar Baba. Namun Zaba menggunakan pendekatan yang berbeza daripada Tun Ghafar Baba kerana banyak faktor walaupun kedua-duanya merupakan anak kandung Suluh Budiman. Jika Tun Ghafar Baba menggunakan pendekatan politik untuk memajukan orang Melayu, Zaba pula menggunakan mata pena untuk memartabatkan dan memajukan orang Melayu. Beliau menggunakan bakat semulajadinya dalam bidang

20

Hal ini bertujuan untuk mengelakkan orang ramai bersungut dengan procedure yang lama untuk memohon pinjaman. 21 Utusan Melayu, 11 April 1969

Page 11

ANGKATAN SASTERAWAN MUDA BABA

TUN GHAFAR

penulisan untuk memperkatakan pelbagai masalah yang dihadapi oleh orang Melayu dan Muslim.

Keprihatin Zaba kepada bangsa Melayu dan Islam telah diluahkannya sejak di peringkat awal kegiatan penulisannya, iaitu pada tahun 1916, ketika berumur 21 tahun. Bakat yang beliau perolehi sedikit sebanyak telah membuka minda orang Melayu Muslim khususnya terhadap kemajuan diri dan negara. Zaba berkata:

Akal weh sekalian berfikir cuba, Kebaharuan alam sentiasa tiba; Insan Melayu masih meraba, Diliputi gelap, lalai dan loba22

Selain itu, Zaba juga membuat perbandingan kemajuan di antara orang Melayu dengan Barat sedangkan Barat maju kerana mereka memonopoli segala hasil bumi yang terdapat di Tanah Melayu. Melalui penulisan tersebut, Zaba menyarankan agar masyarakat Melayu berusaha dengan lebih gigih kerana segala kekayaan terdapat di dalam negera kita. Oleh itu, sudah menjadi tanggungjawab orang Melayu untuk mengubah nasib mereka sendiri. Selain itu, Zaba mempersoalkan kekayaan dan kemajuan Barat dalam penulisannya di dalam Lembaga Melayu yang bertarikh 29 Jun 1917:

Mengapakah Barat maju dan jaya? Bukan kita sama manusia? Tidakkah kita berdaya upaya? Atau tidakkah hemah di kita?

22

Rangkap pertama dari sejumlah 135 rangkap syair empat kerat yang ditulis oleh Zaba. Disiarkan dalam Lembaga Melayu 5 Disember 1916

Page 12

ANGKATAN SASTERAWAN MUDA BABA

TUN GHAFAR

Menurut pengamatan Zaba, masyarakat Melayu sememangnya mempunyai hemah terhadap orang lain, sanggup berusaha, dan tidak malas. Tetapi masalah terbesar orang Melayu Muslim ialah kejahilan dan kekurangan pengetahuan. Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa dua masalah besar yang dihadapi oleh orang Melayu dan Muslim seleruh dunia ialah kelemahan mereka sendiri di dalam berbagai aspek kerana kurangnya pengetahuan mereka di dalam menghadapi kebaharuan alam. Perkara yang kedua ialah ancaman dari kusa Barat yang juga beragama Kriastian.

Oleh yang demikian, misi Zaba ialah untuk berusaha ke arah menyediakan orang Melayu dan Muslim dengan asas-asas yang kukuh dalam menghadapi ancaman tersebut. Wawasan Zaba ialah supaya orang Melayu dan Muslim dapat mencapai kemajuan yang seimbang di dalam kehidupan mereka, iaitu mencapai kemajuan hidup di dunia dan diberkati Allah di akhirat. Pada pandangan Zaba, rakyat Melayu dan Muslim seharusnya memiliki senjata Barat.23

Oleh yang demikian, kita dapat lihat dengan jelas bahawa walaupun kedua orang tokoh tersebut memperjuangkan martabat dan kemajuan orang Melayu, namun pendekatan yang mereka guna adalah sangat berlainan yang mana Zaba menggunakan kaedah mata pena untuk menaikkan semangat orang Melayu membangunkan bangsa dan diri mereka. Manakala, Tun Ghafar menggunakan pendekatan politik dan penubuhanpenubuhan tertentu untuk membantu orang Melayu menaikkan taraf dan kualiti hidup mereka.

5.2 Memartabatkan Dunia Pendidikan

23

memiliki senjata Barat merujuk kepada segala pencapaian yang telah dimiliki oleh kuasa Barat. Ini termasuklah dari segi pendidikan sainsa dan teknologi, kemajuan ekonomi, politik dan ketenteraan. Walau bagaimanapun, orang Islam wajiblah berpegang teguh dengan ajaran Islam yang membawa maksud berpegang teguh dengan tali Allah.

Page 13

ANGKATAN SASTERAWAN MUDA BABA

TUN GHAFAR

Seperti yang diketahui umum, beliau merupakan salah seorang bekas pelajar MPSI. Oleh itu, terdapat banyak sumbanagn yang telah beliau lakukan untuk menaik tarafkan pendidikan orang Melayu khususnya. Menurut artikel yang telah ditulis oleh Prof. Dr. Mohd Taib Osman:

perubahan sosio-budaya yang berlaku dalam masyarakat Melayu, terutama dalam masyarakat luar bandar atau kampung dalam abad ke-20 banyak bergantung kepada golongan guru Melayu. Teras kesedaran politik dan perubahan sosio-budaya telah digalakkan oleh golongan ini lebih daripada golongan-golongan lain

Hal ini turut dilakukan oleh beliau sewaktu beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri beliau telah menghuraikan erti dan fungsi sebenar pendidikan, sumbangan dalam pendidikan untuk bumiputera, pendidikan Islam dan pendidikan untuk masa hadapan. Jika dilihat, beliau telah melakukan pelbagai perkara dalam usaha beliau untuk menaikkan taraf pendidikan. Sejajar dengan kata-kata beliau hanya pendidikan yang mampu membawa orang Melayu keluar dari cengkaman kemiskinan. Oleh itu, terdapat pelbagai usaha yang telah dilakukan antaranya membuka lebih banyak peluang pendidikan di sekolah, maktab, politeknik, dan universiti. Malah beliau turut mengetengahkan konsep pendidikan seumur hidup.24

Bagi pendapat beliau, terdapat beberapa faktor yang dapat dipupuk melalui pendidikan antaranya pendidikan formal boleh dijadikan alat perpaduan kaum dan pembangunan masyarakat. Selain itu, pendidikan juga dapat menjadikan belia-belia berani menghadapi cabaran hidup dan berdikari untuk menjalankan perniagaan serta pertanian. Beliau turut menyarankan orang Melayu supaya banyak membaca untuk menambah ilmu pengetahuan di samping membincangkan masalah-masalah ekonomi dan politik tanah air. Antara sumbangan terbesar beliau dalam dunia pendidikan adalah
24

Konsep ini ditekankan melalui ucapan-ucapan beliau yang mana umur bukanlah penghalang untuk seseorang itu berjaya. Hal ini dikaitkan dengan kehidupan beliau yang hanya berpendidikan sekolah rendah dan MPSI tetapi mampu menjadi pemimpin negara.

Page 14

ANGKATAN SASTERAWAN MUDA BABA

TUN GHAFAR

penubuhan Institut Teknologi MARA yang sekarang dikenali sebagai UITM. Institut ini telah memberi peluang kepada pelajar-pelajar bumiputera untuk mendapatkan latihan dan kemahiran profesional di samping mendapat latihan akademik. Beliau juga merupakan seorang pemimpin yang sangat menitik beratkan pengajian Sains dan teknologi, keusahawanan dan perniagaan, koperasi serta pendidikan lanjutan. Sehubungan dengan itu, pihak MARA telah menambahkan bilangan bumiputera dalam menceburi bidang sains dan teknologi menerusi sekolah-sekolah berasrama penuh.

Selain penubuhan ITM, antara jasa beliau yang paling dikenang oleh orang Melayu ialah apabila beliau menubuhkan dua buah Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Seremban dan di Pengkalan Chepa pada tahun 1972. Semasa majlis perasmian MRSM tersebut, beliau menerangkan antara tujuan sebenar penubuhan MRSM adalah untuk meramaikan bilangan pelajar Melayu mengikuti jurusan sains di universiti, membimbing penuntut terbaik ke arah bidang sains dan teknologi dan seterusnya menjadi pelopor dalam usaha meramaikan bilangan profesional Bumiputera.

Selain itu, beliau juga sangat menekankan pentingnya perubahan sikap golongan bumiputera khususnya golongan belia terhadap pekerjaan dan pendidikan. Ini dilihat sewaktu beliau berucap di Kongres Pelajar Melayu pada awal tahun 1990, beliau mengingatkan tentang beberapa masalah dan kelemahan yang dihadapi oleh orang-orang Melayu. Antaranya:

pengalaman bumiputera masih kurang, kecekapan dan kemahiran mereka juga berada ditakok yang lemah. Puncanya kerana mereka kurang semangat bersaing dan berlumba-lumba untuk menjadi lebih maju daripada kaum-kaum yang lain.

Page 15

ANGKATAN SASTERAWAN MUDA BABA

TUN GHAFAR

Walau bagaimana kelebihan beliau bukanlah seoarang pemimpin yang suka mengkritik bangsanya sendiri tanpa melakukan sebarang usaha dan perubahan. Namun, beliau merupakan seorang pemimpin yang sangat berpandangan jauh yang mana sebarang kelemahan bangsanya akan disusuli dengan usaha daripada pihak beliau untuk membantu mereka. Antaranya projek-projek kerajaan seperti projek-projek KEMAS, yang bertanggungjawab untuk mengubah sikap dan menyemai perasaan tanggungjawab setiap anggota masyarakat dalam semua sudut pembangunan.25 Oleh yang demikian, kelas DEWASA telah diwujudkan dibawah kelolaan KEMAS sebagai salah satu usaha untuk membasmi buta huruf dalam kalangan masyarakat luar bandar.

Disebabkan beliau dilahirkan dan dibesarkan dalam kalangan masyarakat Melayu kampung yang berpegang teguh dengan ajaran Islam, beliau menganggap bahawa pendidikan agama sangat penting dalam kehidupan seseorang Muslim. Beliau juga berharap beliau dapat melihat ramai cendikiawan Islam yang lahir. Ini disebabkan Islam adalah agama yang mampu mengubah kehidupan masyarakat. Ini terbukti dengan kejayaan Islam yang pernah menguasai 2/3 dunia sewaktu ajaran Islam diamalkan secara keseluruhan bukannya seperti hari ini yang mana kita mengamalkan ajaran Islam separuh-separuh.

Oleh itu, sebagai langkah untuk menaikkan pendidikan Islam, beliau turut menubuhkan banyak sekolah agama rakyat di kawasan kampung. Kedua-dua saluran pendidikan formal diberikan kepada kanak-kanak untuk memastikan erti agama Islam itu yang sebenar. Beliau turut menekankan betapa pentingnya orang Islam supaya bersatupadu supaya orang Islam tidak dipandang rendah dan dipermain-mainkan. Seperti yang kita dapat lihat pada hari ini, ajaran Islam seolah-olah dipermain dan diperlekehkan oleh pengamal agama lain kerana kejahilan penganut agama Islam itu sendiri. Oleh itu, kita dapat lihat bahawa beliau merupakan antara pemimpin yang sangat berpandangan jauh yang dapat menjangka apa yang bakal terjadi pada masa akan datang. Jadi, pelbagai
25

Aktiviti KEMAS adalah sama dengan erti pendidikan lanjutan untuk orang-orang kampung dan berfungsi sama penting dengan pendidikan formal untuk murid-murid di sekolah.

Page 16

ANGKATAN SASTERAWAN MUDA BABA

TUN GHAFAR

usaha murni yang telah beliau lakukan untuk memartabatkan golongan Bumiputera agar mereka tidak terasa menumpang di negara sendiri apabila dibandingkan dengan kejayaan golongan imigran.

Jika kita lihat dari segi pendidikan, tuntutan Zaba ialah supaya orang Melayu dan Muslim mendapat pendidikan yang sempurna yang mana tidak bertentangan dengan ajaran Islam yang sebenar. Ini bertujuan untuk melayakkan mereka menjadi seorang manusia dan anak negeri yang layak dan jaya di dalam dunia yang serba serbi mencabar. Oleh yang demikian, sebagai langkah yang pertama, Zaba telah menubuhkan The Malay College Assosiation pada tahun 1920. Sekolah ini bertujuan untuk menanam bibit kesedaran dalam kalangan pelajar Melayu terutamanya untuk menanamkan benih perasaan kasih akan bahasa sendiri dan jangan memikirkan dirinya itu sudah menjadi orang putih dan menghina bangsa sendiri. Hal ini dapat dilihat apabila ramai orang Melayu yang mula untuk meniru cara hidup orang putih dan menjadikan mereka sebagai idola mereka. Tambahan lagi, Zaba turut menubuhkan The Malay Literary Association yang mana matlamat penubuhan ini untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh orang Melayu di samping mencari kemajuan bangsa, menyemai perasaan gemar membaca dan menceburkan diri dalam bidang penulisan dan usaha-usaha untuk memperbaiki bahasa Melayu. Pada tahun 1920, Zaba menulis di dalam The Malay Mail mengesyorkan supaya kerajaan British menubuhkan lebih banyak sekolah khas seperti MCKK untuk memberi peluang kepada orang Melayu untuk mengikuti pendidikan Inggeris yang pada permulaannya hanya diberi kepada anak-anak pembesar Melayu dan golongan Raja-Raja Melayu. Bagi Zaba, apabila ramai anak-anak Melayu yang mengikuti pendidikan Inggeris, mereka akan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat yang lebih tinggi. Jika kita lihat penekanan ilmu mengenai ketukangan seolah-olah telah diterima oleh pihak kerajaan, malangnya hanya di beberapa tempat sahaja yang tertubuhnya sekolah pertukangan seperti di Kuala Lumpur dan Bagan Serai (1926-1939) dan di Pulau Pinang (1932) dengan mempunyai kelayakan lulus Standart 7

Page 17

ANGKATAN SASTERAWAN MUDA BABA

TUN GHAFAR

pendidikan Inggeris an peluang untuk anak-anak Melayu lulusan sekolah Melayu masih terhad.

Dengan semangat yang ada, Zaba terus menyebarkan pemikiran pendidikan melalui media massa. Buktinya apabila Pengarang Times of Malaya, Ipoh dan diikuti Pengarang Straits Times Singapura (1918) menyarankan kerajaan British menubuhkan sebuah universiti di Singapura bersempena Perayaan 100 Tahun Singapura, Zaba telah menterjemah tulisan tersebut dan tersiar dalam majalah Pengasuh, Kelantan pada Mac 1919 yang mana Zaba menegaskan bahawa institusi itu tidak akan membantu kesusasteraan Melayu, pendidikan Melayu dan Islam. Di sini, jelas melihatkan bahawa Zaba merupakan seorang tokoh yang begitu komited dengan kemajuan bangsanya sama ada dalam dunia pendidikan, agama, perniagaan dan sebagainya sehingga beliau mengesyorkan penubuhan Kolej Islam supaya menjadi benih penubuhan Universiti Islam.

Dapat disimpulkan bahawa perjuangan Zaba dan Tun Ghafar Baba sepenuhnya memperjuangkan masyarakat Melayu sepenuhnya. Segala usaha yang dilakukan sematamata untuk memajukan orang Melayu yang pada masa itu sangat tertinggal jauh berbanding dengan kaum lain yang jauh lebih maju akibat daripada kedatangan penjajah ke Tanah Melayu.

6.0 Penutup

Walaupun kedua pemimpin tersebut bukanlah lahir pada era yang sama, tetapi perjuagan kedua orang tokoh tersebut sama iaitu untuk memperjuangkan hak orang Melayu di tempat mereka sendiri. Sudah menjadi tanggungjawab mereka sebagai pemimpin untuk mengatasi masalah kemunduran orang Melayu. Oleh itu, pemimpin seharusnya
Page 18

ANGKATAN SASTERAWAN MUDA BABA

TUN GHAFAR

menyedari kelemahan orang Melayu, kemudian mencari puncanya dan seterusnya beruasaha untuk menyelesaikan masalah tersebut. Hal ini kerana, majunya sesebuah Negara merupakan hasil kebijaksanaan seseorang pemimpin. Sekiranya pemimpin yang lahir tersebut mementingkan diri, maka kehadiran mereka hanyalah sia-sia dan tidak akan mengubah masyarakat tersebut. Menurut Tun Dr. Mahathir, Jepun merupakan sebuah Negara yang mempunyai kepimpinan yang efektif, pemimpin-pemimpin Meiji berhasil menimbulkan suatu suasana membangun yang penuh semangat. Jadi untuk mengatasi masalah tersebut, kita dapat lihat pelbagai usaha yang telah dilakukan sejak awal penglibatan mereka sehingga ke akhir hayat mereka semata-mata untuk masyarakat Melayu. Kita sebagai generasi hari ini seharusnya menggunakan segala kemudahan yang telah dikecapi dengan sebaik mungkin, agar segala kesusahan mereka tidak sia-sia.

Semoga apa yang telah dilakukan pada masa lepas tidak sia-sia, apa yang ada pada hari ini dapat dimanfaatkan dan semoga apa yang ada pada harri ini terus-terusan berguna pada masa akan datang.

Page 19

ANGKATAN SASTERAWAN MUDA BABA

TUN GHAFAR

7.0 Bibliografi

Alias Mohamed, Abdul Latif Bakar, Abdullah Tahir, Mohd Fauzi Haji Yaacob, Mohd Safar Hasim, Robiah Sidin, et al. (1993). Ghafar Baba: Kupasan oleh Profesor dan Cendikiawan Melayu. Kuala Lumpur. Perpustakaan Negara Malaysia

Alias Mohamed (1993). GHAFAR:ABiography. Kuala Lumpur. Perpustakaan Negara Malaysia. Pelanduk Publication

Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan (2007). Tun Ghafar Baba. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia

Wan Abdul Kadir (Ed.) (1996). 100 Tahun Zaba. Zaba: Pejuang Bangsa. Universiti Malaya. Akademi Pengajian Melayu

Page 20

Anda mungkin juga menyukai