Anda di halaman 1dari 50

KEMENTERIAN PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN

JABATAN PERUMAHAN NEGARA


ARAS 6, BLOK F (UTARA), PUSAT BANDAR DAMANSARA 50782 KUALA LUMPUR TEL: 603-2087 4500/4700 FAKS: 603-2093 6982

Jabatan Perumahan Negara


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan Negara


National Housing Policy

Perutusan

Timbalan Perdana Menteri Malaysia


elaras dengan Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, adalah menjadi harapan Kerajaan membantu golongan yang kurang bernasib baik dan kurang mampu untuk memiliki tempat tinggal yang selesa. Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) telah menetapkan bahawa pembangunan perumahan akan terus diberi penekanan untuk menyediakan perumahan yang mencukupi dengan persekitaran yang selamat, sihat dan sejahtera di samping kemudahan awam yang lengkap dan kemudahan taman rekreasi yang bermutu. Justeru itu, sektor swasta diberi kepercayaan untuk memacu industri perumahan negara. Sektor awam pula akan memberi kerjasama sebagai pemudahcara yang berkesan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan dengan sektor perumahan. Sektor awam juga akan memberi penekanan terhadap penyediaan perumahan mampu milik untuk golongan yang berpendapatan rendah. Pelancaran Dasar Perumahan Negara (DRN) adalah amat sesuai dan bertepatan dengan cabaran semasa yang dihadapi oleh industri perumahan. Adalah menjadi harapan Kerajaan untuk menjadikan DRN sebagai alat berkesan bagi memastikan keteguhan industri perumahan. DRN juga akan memberi perhatian terhadap pembangunan yang seimbang dengan penggunaan konsep pemajuan dan pembinaan perumahan yang mesra alam serta penggunaan teknologi dan inovasi baru dalam sektor perumahan. Dengan pelaksanaan DRN ini, saya percaya, sektor perumahan akan dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara secara langsung dan merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Tan Sri Dato Hj. Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin

Timbalan Perdana Menteri Malaysia

Jabatan Perumahan Negara


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Perutusan

Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

erajaan komited ke arah memastikan penyediaan rumah kediaman yang mencukupi, berkualiti dan mampu dimiliki bagi memenuhi keperluan penduduk yang semakin bertambah. Komitmen ini dapat dicapai melalui strategi yang memberi keseimbangan kepada permintaan dan penawaran, memperkenalkan industri perumahan yang cekap dan mampan serta menyediakan kemudahan awam dan persekitaran yang bersih. Dalam hubungan ini, adalah mustahak bagi Kerajaan dan sektor swasta bekerjasama untuk mewujudkan industri perumahan yang berdaya saing dan mampan. Kerjasama ini akan memberi manfaat kepada pemilik rumah dan juga pemaju perumahan. Dalam hal ini, pembentukan Dasar Perumahan Negara (DRN) adalah tepat pada masanya untuk membantu sektor swasta menyahut seruan Kerajaan bagi mencapai matlamat menyediakan perumahan yang mencukupi dan mampu dimiliki bagi kumpulan yang memerlukan. Untuk memastikan sektor perumahan mencapai kemajuan yang diharapkan dan menyumbang secara positif kepada pertumbuhan ekonomi negara secara berterusan, DRN dijangkakan mampu menyelesaikan masalah dan cabaran yang berkaitan dengan kualiti pembinaan, isu projek perumahan terbengkalai, dan keupayaan memiliki atau menyewa rumah melalui sistem pengagihan yang efektif dalam Program Perumahan Rakyat (PPR).

Oleh hal yang demikian, adalah diharapkan DRN, dengan enam (6) teras strategik dan dua puluh (20) pernyataan dasar dapat menyediakan hala tuju yang jelas kepada agensi Kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri dalam perancangan dan pembangunan sektor perumahan yang maju dan berdaya saing.

Dato Wira Chor Chee Heung

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Dasar Perumahan Negara


National Housing Policy

Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Prakata

asar Perumahan Negara (DRN) diwujudkan untuk menggariskan halatuju serta dijadikan asas dalam perancangan dan pembangunan sektor perumahan di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan. Matlamat DRN adalah untuk menyediakan rumah yang mencukupi, selesa, berkualiti, dan mampu dimiliki bagi meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat. DRN juga diperkenalkan untuk menangani isu dan cabaran yang dihadapi oleh industri perumahan pada masa kini. Isuisu yang kompleks dan mencabar serta cabaran memerlukan penyelesaian yang cekap bagi menjamin pertumbuhan industri yang sihat dan mampan. Untuk merealisasikan matlamat dan objektif DRN, satu pelan tindakan akan dibentuk untuk menggariskan langkah-langkah strategik yang selaras dengan matlamat dan teras DRN. Kejayaan dalam melaksanakan DRN ini juga memerlukan kerjasama dan komitmen daripada pelbagai pihak dalam industri perumahan di negara ini. Sehubungan itu, kerjasama yang erat di antara sektor awam dan sektor swasta amatlah penting dalam menangani pelbagai isu dan cabaran yang dihadapi oleh industri perumahan. Saya yakin kejayaan pelaksanaan DRN akan dapat menyumbang sebanyak mungkin kepada pertumbuhan ekonomi negara walaupun ianya masih dibelenggu dengan kemungkinan yang tidak pasti pada masa hadapan.

Dato Ahmad bin Haji Kabit

Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Jabatan Perumahan Negara


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

ISI KANDUNGAN
3

PERUTUSAN
Timbalan Perdana Menteri Malaysia Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

PRAKATA Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan PENGENALAN KEPERLUAN DASAR PERUMAHAN NEGARA (DRN) ISU-ISU DAN CABARAN DASAR PERUMAHAN NEGARA (DRN) MATLAMAT DASAR PERUMAHAN NEGARA (DRN) OBJEKTIF DASAR PERUMAHAN NEGARA (DRN) TERAS DAN PERNYATAAN DASAR PERUMAHAN NEGARA (DRN)
Teras 1 Teras 2 Teras 3 Teras 4 Teras 5 Teras 6 32 34 36 38 40 42

9 14 16 24 26 29

46 50

SINGKATAN PENGHARGAAN

Dasar Perumahan Negara


National Housing Policy

Jabatan Perumahan Negara


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Dasar Perumahan Negara


National Housing Policy

PENGENALAN

erumahan merupakan salah satu keperluan asas untuk memastikan kesejahteraan hidup rakyat sentiasa terpelihara. Sektor pembinaan juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara yang mempunyai kaitan secara langsung dengan sektor-sektor lain, termasuk sektor perkhidmatan dan sektor pembuatan bahan-bahan binaan. Berdasarkan Laporan Ekonomi Kementerian Kewangan 2010/2011, sektor pembinaan dijangka menyumbang sebanyak 4.9% daripada jumlah Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada tahun 2010. Oleh itu, Kerajaan perlu terus memberi penekanan terhadap keperluan penyediaan perumahan yang mencukupi, berkualiti dan mampu dibeli atau disewa terutamanya bagi memenuhi keperluan golongan yang disasarkan. Penekanan akan diberi kepada kesesuaian lokasi serta persekitaran tempat tinggal yang kondusif selaras dengan Strategi Keempat, Rancangan

Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) bagi memastikan akses kepada perumahan berkualiti dan mampu milik. Dalam RMKe-10, Kerajaan telah mensasarkan pembinaan sebanyak 78,000 unit rumah mampu milik bagi memenuhi keperluan golongan berpendapatan rendah dan untuk penempatan semula setinggan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 38,950 unit di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan 39,050 unit di bawah program yang berkaitan dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Selain daripada itu, sebuah dana berjumlah RM500 juta akan diperuntukkan di bawah RMKe-10 bagi tujuan membiayai kerjakerja baik pulih dan penyenggaraan rumah mampu milik awam dan swasta. Dana ini akan diagihkan melalui kaedah geran sepadan, di mana separuh daripada kos akan disumbangkan oleh Kerajaan, manakala separuh lagi oleh pihak pengurusan atau persatuan penduduk rumah berkenaan.

Jabatan Perumahan Negara


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Di bawah Program Transformasi Kerajaan (GTP), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isi Rumah Berpendapatan Rendah dan Mempertingkatkan Infrastruktur Asas Luar Bandar, Kerajaan telah memutuskan beberapa langkah drastik diambil untuk mengatasi masalah perumahan, khususnya bagi golongan miskin dan miskin tegar. Antara langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut: (i) Memberikan bantuan untuk meningkatkan hak milik rumah dengan menawarkan 44,000 unit rumah kos rendah untuk dijual dan disewa melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Perumahan Negara (JPN);

(ii)

Menyediakan 50,000 unit rumah baru dan dibaik pulih untuk penduduk miskin dan miskin tegar luar bandar menjelang 2012, dua pertiga daripadanya di Sabah dan Sarawak; Memastikan penerima bantuan yang berkelayakan sahaja menerima bantuan perumahan. Bakal penerima bagi program perumahan ini dikenalpasti oleh agensi-agensi peringkat daerah dan negeri serta menerusi portal e-Kasih, pangkalan data nasional mengenai isi rumah berpendapatan rendah; dan Menawarkan bantuan kewangan bagi bayaran muka, yuran guaman dan pinjaman dengan kadar faedah yang rendah untuk isi rumah berpendapatan rendah yang bukan penerima atau pembeli rumah kos rendah yang disediakan oleh Kerajaan.

(iii)

(iv)

10

Dasar Perumahan Negara


National Housing Policy

11

Jabatan Perumahan Negara


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

12

Dasar Perumahan Negara


National Housing Policy

Dalam memenuhi keperluan ini, faktor-faktor seperti kemampuan pembeli, kos pembangunan dan harga jualan sentiasa mempengaruhi permintaan dan penawaran sektor perumahan. Berasaskan kepada kedudukan semasa, pembangunan perumahan banyak tertumpu di kawasan bandar dan pinggir bandar yang padat dengan penduduk di mana keupayaan pembeli adalah lebih tinggi dan pasaran perumahan adalah lebih meluas. Namun, bagi memenuhi keperluan perumahan masa kini, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana, Kerajaan dan pihak swasta haruslah memainkan peranan masing-masing untuk memenuhi tanggungjawab sosial kepada rakyat. Bagi pelaksanaan pemajuan perumahan oleh pihak swasta, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sentiasa mengambil tindakan pemantauan dan penguatkuasaan di bawah Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] untuk memastikan projek-projek berjalan lancar dan disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan.

13

Jabatan Perumahan Negara


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

KEPERLUAN Dasar Perumahan Negara

14

Dasar Perumahan Negara


National Housing Policy

Dasar Perumahan Negara (DRN) dijadikan hala tuju dan asas dalam perancangan dan pembangunan sektor perumahan oleh semua kementerian, jabatan dan agensi yang berkaitan di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan serta pihak swasta.

15

Jabatan Perumahan Negara


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

ISU-ISU DAN CABARAN Dasar Perumahan Negara


Bagi memastikan sektor perumahan dalam negara mencapai pembangunan yang sihat dan terus meyumbang secara positif kepada pertumbuhan ekonomi negara, pelbagai isu dan cabaran berkaitan perumahan perlu ditangani dengan berkesan. Antara isu-isu utama yang dikenalpasti ialah:

(i) (ii) (iii) (iv)

Kualiti rumah yang dibina; Projek perumahan terbengkalai; Kemampuan serta aksesibiliti rakyat untuk membeli atau menyewa rumah yang disediakan; Permintaan yang melebihi penawaran bagi rumah kos rendah dan kos sederhana; Pembangunan PRMM di lokasi yang tidak strategik; dan Isu pengagihan PRMM.

(v)

(vi)
16

Jabatan Perumahan Negara


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

Bagi menangani isu-isu perumahan ini secara menyeluruh, DRN dapat dijadikan sebagai asas bagi memandu, mengurus dan menyelaras perancangan dan pembangunan sektor perumahan agar lebih efisien dan sistematik. DRN digubal dengan tujuan untuk memastikan sektor perumahan dapat mengatasi cabarancabaran yang sedang dan akan dihadapi, serta terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara pada masa akan datang. Cabaran-cabaran tersebut antaranya adalah seperti berikut :
(i) Penyediaan PRMM masih tidak mencukupi

Pada umumnya, penyediaan rumah oleh sektor swasta telah dapat memenuhi keperluan golongan berpendapatan tinggi. Walau bagaimanapun, keperluan perumahan untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana termasuk orang kelainan upaya (OKU), warga emas, ibu tunggal dan golongan setinggan masih belum mencukupi. Berasaskan permohonan melalui Sistem Pendaftaran Terbuka (SPT) Berkomputer yang dikendalikan oleh KPKT bagi tempoh 1 Januari 2009 sehingga 31 Ogos 2010, seramai 20,426 orang telah mendaftar untuk memiliki rumah kos rendah di seluruh negara. Di samping itu, bancian oleh Kerajaan-kerajaan Negeri sehingga 30 Jun 2010 pula menunjukkan seramai 90,282 keluarga setinggan yang masih belum dipindahkan dan ditempatkan semula.

18

(ii)

Kualiti pembinaan yang rendah

Walaupun pada umumnya kebanyakan rumah yang didirikan telah mencapai tahap kualiti minimum yang ditetapkan, masih terdapat pemajuan yang kurang berkualiti. Penggunaan bahan binaan yang tidak berkualiti dan kekurangan tenaga mahir dalam bidang pembinaan merupakan antara faktor utama yang menyebabkan rumah-rumah yang didirikan kurang berkualiti serta tidak mengikut piawaian. Penggunaan teknologi pembinaan terkini yang masih rendah dan kebergantungan kepada tenaga kerja asing yang kurang mahir dan murah turut menjejaskan kualiti pembinaan rumah.

Jabatan Perumahan Negara


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

(iii)

Kelemahan dalam memastikan pelaksanaan dan pematuhan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan perumahan

Sebelum sesuatu projek perumahan dimulakan, ianya perlu melalui proses permohonan dan kelulusan di peringkat pejabat tanah dan PBT. KPKT berperanan untuk mengeluarkan lesen pemajuan perumahan serta permit iklan dan jualan selepas kelulusan kebenaran merancang dan kelulusan pelan bangunan diperolehi daripada PBT. Jika berlaku kelemahan dalam mana-mana peringkat kelulusan, seluruh proses pemajuan akan lewat dilaksanakan.

20

Dasar Perumahan Negara


National Housing Policy

(iv)

Kelemahan kawalan, pemantauan dan penguatkuasaan

Terdapat beberapa undang-undang yang terpakai dalam cadangan pemajuan untuk melaksanakan projek perumahan. Ini termasuklah Kanun Tanah Negara 1965 (KTN), Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118], Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171], Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172], Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133] dan peraturan-peraturan tanah di negeri-negeri. Keperluan pematuhan kepada semua aspek perundangan dan peraturan ini amat penting untuk difahami dan diikuti bagi memastikan pelaksanaan projek perumahan dibuat mengikut kelulusan yang diberikan. Walau bagaimanapun, masih terdapat kekurangan dan kelemahan pelaksanaan, pemantauan dan penguatkuasaan. Dari segi pembinaan PRMM, terdapat pelbagai agensi dan badan-badan tertentu yang terlibat termasuklah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), badan-badan berkanun, Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri (SEDC) dan agensi lain yang berkaitan. Penyelarasan di kalangan agensi-agensi ini adalah perlu supaya pembinaan dan pengagihan unitunit rumah mengikut negeri dapat dilaksanakan dengan lebih terancang, sistematik dan seimbang. Dalam hubungan ini, DRN mencadangkan supaya peranan dan kerjasama kesemua agensi dan badan-badan yang terlibat dipertingkatkan.

21

Jabatan Perumahan Negara


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

(v)

Masalah pelaksanaan kuota PRMM

Para pemaju perumahan terikat kepada syarat-syarat menyediakan PRMM mengikut kuota yang ditetapkan oleh Kerajaan-kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, dari segi pelaksanaan, penetapan kuota didapati tidak seragam dan tidak konsisten antara negeri-negeri. Para pemaju perumahan pula lebih berminat sekiranya mereka tidak menanggung bebanan membina PRMM kerana kos pembinaannya perlu disubsidi daripada penjualan rumah harga sederhana dan tinggi. Di samping itu, disebabkan siling jualan bagi PRMM telah ditetapkan, penjualan unit-unit PRMM ini tidak memberi pulangan yang memuaskan.
(vi) Peningkatan tahap kemampanan sektor perumahan

Pada masa sekarang, walaupun terdapat usaha yang dilakukan untuk mempertingkatkan tahap kemampanan sektor perumahan, namun keperluan untuk memperkemaskannya perlu diteruskan dalam konsep pembangunan yang seimbang. Dari aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk memantapkan kualiti dan standard pembinaan perumahan, DRN memberikan penekanan terhadap penggunaan teknologi dan peralatan terkini seperti penggunaan kaedah Sistem Pembinaan Berindustri (IBS) serta menggalakkan perkongsian teknologi dan kepakaran dari luar negara.

22

Dasar Perumahan Negara


National Housing Policy

(vii)

Persekitaran dan kemudahan sosial yang kurang kondusif

Sebilangan kawasan perumahan didapati tidak mempunyai kemudahan sosial dan perkhidmatan asas yang lengkap seperti kemudahan pengangkutan, keselamatan dan penyenggaraan. DRN mencadangkan supaya pemajuan perumahan turut memberi penekanan terhadap peningkatan tahap kemudahan sosial, perkhidmatan asas dan persekitaran yang kondusif. DRN juga menyarankan supaya program-program kejiranan bagi menangani isu-isu sosial, keselamatan awam dan pemuliharaan alam sekitar juga dipertingkatkan.

23

Jabatan Perumahan Negara


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

MATLAMAT Dasar Perumahan Negara

24

Dasar Perumahan Negara


National Housing Policy

Menyediakan perumahan yang mencukupi, selesa, berkualiti dan mampu dimiliki bagi meningkatkan kemapanan hidup rakyat.

25

Jabatan Perumahan Negara


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

OBJEKTIF Dasar Perumahan Negara


Objektif 1
Menyediakan Perumahan yang Mencukupi dan Berkualiti dengan Kemudahan yang Lengkap dan Persekitaran yang Kondusif;

Objektif 2
Meningkatkan Keupayaan dan Aksesibiliti Rakyat bagi Memiliki atau Menyewa Rumah; dan

Objektif 3
26

Menetapkan Hala Tuju Kemampanan Sektor Perumahan.

Dasar Perumahan Negara


National Housing Policy

27

Jabatan Perumahan Negara


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

28

Dasar Perumahan Negara


National Housing Policy

TERAS DAN PERNYATAAN Dasar Perumahan Negara


Bagi mencapai objektif-objektif yang ditetapkan, DRN digubal berasaskan kepada enam (6) teras dan dua puluh (20) pernyataan dasar.

Teras 1:
Penyediaan Perumahan yang Mencukupi Mengikut Keperluan Khusus Golongan yang Memerlukannya

Teras 2:
Peningkatan Kualiti dan Produktiviti Pembinaan Perumahan

Teras 3:
Peningkatan Keberkesanan Pelaksanaan dan Memastikan Pematuhan Kepada Sistem Penyampaian Perkhidmatan Berkaitan Perumahan

Teras 4:
Peningkatan Keupayaan Rakyat Bagi Memiliki Rumah Serta Memperbaiki Akses Kepada Penyewaan Rumah

Teras 5:
Pemampanan Sektor Perumahan

Teras 6:
Peningkatan Tahap Kemudahan Sosial, Perkhidmatan Asas dan Persekitaran yang Berdaya Huni (Liveable)

29

Jabatan Perumahan Negara


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

30

Dasar Perumahan Negara


National Housing Policy

31

Jabatan Perumahan Negara


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

TERAS 1:

Penyediaan Perumahan yang Mencukupi Mengikut Keperluan Khusus Golongan yang Memerlukannya

Rumah merupakan keperluan asas dan selaras dengan shelter for all, Kerajaan komited dalam memastikan bahawa semua rakyat mampu memiliki atau menyewa rumah. Walau bagaimanapun, keperluan perumahan untuk golongan yang berpendapatan rendah, iaitu golongan yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,500 sebulan masih belum mencukupi. Oleh itu, Kerajaan dan pihak swasta perlu meneruskan usaha penyediaan Perumahan Rakyat Mampu Milik (PRMM) untuk disewa atau dibeli oleh semua golongan rakyat, termasuk orang kelainan upaya (OKU), warga emas serta ibu tunggal. Pelaksanaan rumah-rumah kos sederhana oleh pihak swasta juga digalakkan bagi memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederhana, iaitu golongan yang mempunyai pendapatan isi rumah antara RM2,500 hingga RM3,999 sebulan.

32

Dasar Perumahan Negara


National Housing Policy

Tiga pernyataan dasar adalah seperti berikut:


DRN 1.1:

Peningkatan peranan agensi-agensi Kerajaan di peringkat negeri selain daripada Kerajaan Persekutuan dan pihak swasta dalam meneruskan usaha penyediaan PRMM untuk disewa atau dimiliki; Penyediaan perumahan untuk semua golongan rakyat terutamanya rumah kos rendah bagi golongan berpendapatan rendah dan menggalakkan penyediaan rumah kos sederhana untuk golongan berpendapatan sederhana; dan Kerajaan Negeri diberi fleksibiliti dalam penentuan kuota Rumah Kos Rendah (RKR) yang perlu dibina dalam projek pemajuan bercampur mengikut kesesuaian lokasi dan permintaan.

DRN 1.2:

DRN 1.3:

33

Jabatan Perumahan Negara


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

TERAS 2:

Peningkatan Kualiti dan Produktiviti Pembinaan Perumahan


Walaupun pada umumnya kebanyakan rumah yang didirikan telah mencapai tahap kualiti minimum yang ditetapkan, masih terdapat pemajuan yang tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan dan menyebabkan kualiti pembinaan rumah adalah rendah. Penggunaan bahan binaan yang tidak berkualiti dan kekurangan tenaga mahir dalam bidang pembinaan serta kebergantungan kepada tenaga kerja asing yang tidak terlatih juga merupakan antara faktor utama yang menyebabkan rumah yang didirikan kurang berkualiti serta tidak mengikut piawaian. DRN menggariskan usaha-usaha untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti pembinaan perumahan dengan menggalakkan penggunaan tenaga kerja mahir dan terlatih yang bertauliah, penggunaan piawaian kualiti minimum pembinaan dan penggunaan bahan-bahan binaan tempatan yang berkualiti.

34

Dasar Perumahan Negara


National Housing Policy

Tiga pernyataan dasar adalah seperti berikut:


DRN 2.1:

Penggunaan tenaga kerja mahir dan terlatih yang bertauliah bagi kerja-kerja pembinaan bangunan bagi meningkatkan kualiti rumah melalui sistem akreditasi yang telah diiktiraf; Penetapan standard kualiti dan spesifikasi minimum perumahan; dan Peningkatan penggunaan bahan-bahan binaan tempatan.

DRN 2.2:

DRN 2.3:

35

Jabatan Perumahan Negara


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

TERAS 3:

Peningkatan Keberkesanan Pelaksanaan dan Memastikan Pematuhan Kepada Sistem Penyampaian Perkhidmatan Berkaitan Perumahan

Pematuhan kepada semua aspek perundangan dan peraturan yang berkaitan dengan pemajuan perumahan adalah amat penting bagi memastikan projek perumahan dilaksanakan secara teratur, mengikut jadual pelaksanaan dan spesifikasi yang ditetapkan. Sekiranya undangundang, dasar dan peraturan tidak dilaksanakan dengan berkesan, ianya akan menjejaskan sistem penyampaian sektor perumahan. Melalui DRN, penyelarasan dan pelaksanaan dasar yang melibatkan pelbagai agensi akan dipertingkatkan. Sementara itu, keupayaan dan kecekapan sistem penyampaian perumahan juga akan dipertingkatkan melalui pemantauan, penguatkuasaan undang-undang yang berkesan dan pelaksanaan kaedah-kaedah baru yang telah diperkenalkan seperti pelaksanaan Pusat Sehenti (OSC), Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) dan konsep Bina Kemudian Jual (BKJ). Di samping itu, untuk mengatasi masalah yang dihadapi dalam sektor perumahan mengenai pembinaan, penjualan dan penyenggaraan RKR awam, hanya satu agensi Kerajaan Persekutuan akan dipertanggungjawabkan.

36

Dasar Perumahan Negara


National Housing Policy

Lima pernyataan dasar adalah seperti berikut :


DRN 3.1:

Penyediaan, pengemaskinian dan penguatkuasaan perundangan, peraturanperaturan dan garis panduan yang berkaitan dengan sektor perumahan; Peningkatan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan berkaitan dengan perumahan melalui penyelarasan dasar dan pelaksanaan yang melibatkan pelbagai agensi; Penggalakan kaedah BKJ dalam sistem penyediaan perumahan; Peningkatan hubungan dan kerjasama di kalangan pihak Kerajaan, swasta dan badanbadan profesional dalam sektor perumahan; dan Program-program perumahan awam di peringkat persekutuan dipertanggungjawabkan kepada hanya satu agensi persekutuan yang akan merancang, melaksana, menjual/ menyewa dan menyenggara perumahan awam. Di peringkat negeri pula, ianya akan terus dipertanggungjawabkan melalui agensiagensi di bawahnya.

DRN 3.2:

DRN 3.3:

DRN 3.4:

DRN 3.5:

37

Jabatan Perumahan Negara


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

TERAS 4:

Peningkatan Keupayaan Rakyat bagi Memiliki Rumah serta Memperbaiki Akses Kepada Penyewaan Rumah
Dalam memenuhi keperluan perumahan bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana, faktor-faktor seperti kemampuan pembeli, kos pembangunan dan harga jualan sentiasa mempengaruhi kedudukan permintaan dan penawaran sektor perumahan. Berasaskan kepada kedudukan semasa, pembangunan perumahan banyak tertumpu di kawasan bandar dan pinggir bandar yang padat dengan penduduk di mana keupayaan pembeli adalah lebih tinggi dan pasaran perumahan adalah lebih meluas. Bagi mengimbangi keperluan perumahan masa kini, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana, pihak Kerajaan dan swasta perlu memainkan peranan masing-masing untuk memenuhi tanggungjawab sosial kepada rakyat. Melalui DRN, pendekatan komprehensif dan menyeluruh diperkenalkan untuk meningkatkan aksesibiliti rakyat bagi memiliki atau menyewa rumah yang disediakan.

38

Dasar Perumahan Negara


National Housing Policy

Tiga pernyataan dasar adalah seperti berikut:


DRN 4.1:

Penentuan paras harga rumah serta pengawalan terhadap pemilikan dan penjualan Rumah Kos Rendah (RKR) bagi tujuan mengelakkan spekulasi; Penentuan kadar sewa RKR awam yang realistik; dan Menyedia dan mempertingkatkan kemudahan pembiayaan untuk membeli rumah bagi golongan berpendapatan rendah.

DRN 4.2:

DRN 4.3:

39

Jabatan Perumahan Negara


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

TERAS 5:

Pemampanan Sektor Perumahan

Melalui DRN, usaha untuk meningkatkan kemampanan sektor perumahan dilaksanakan melalui pelbagai usaha oleh pihak Kerajaan dan pihak swasta. Antara perkara yang diberi penekanan ialah pelaksanaan pembangunan yang seimbang dan penggunaan konsep pemajuan dan pembinaan rumah yang mesra alam dengan penggunaan teknologi dan inovasi baru. Penekanan diberikan terhadap pelaksanaan konsep teknologi hijau (green technology) yang dapat membantu memelihara alam sekitar dalam konteks kecekapan penggunaan tenaga dan sumber, khususnya dalam reka bentuk bangunan, penggunaan bahan-bahan kitar semula dan pembangunan bangunan pintar (smart building). Secara tidak langsung, ini akan meningkatkan lagi kualiti kehidupan di samping memelihara alam sekitar.

Tiga pernyataan dasar adalah seperti berikut:


DRN 5.1:

Peningkatan penggunaan teknologi baru, inovasi dan penyediaan perumahan yang mesra alam; Peningkatan usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam sektor perumahan; dan Penggalakan pembaharuan bandar (urban renewal) dan pembangunan semula bangunan lama selaras dengan matlamat Kerajaan bagi tujuan pemuliharaan dan pemeliharaan.

DRN 5.2:

DRN 5.3:

40

Dasar Perumahan Negara


National Housing Policy

41

Jabatan Perumahan Negara


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

TERAS 6:

Peningkatan Tahap Kemudahan Sosial, Perkhidmatan Asas dan Persekitaran Yang Berdaya Huni (Liveable)

Sebilangan kawasan perumahan didapati masih belum dilengkapi dengan kemudahan sosial dan perkhidmatan asas yang sempurna seperti kemudahan pengangkutan, keselamatan dan penyenggaraan. Memandangkan perumahan adalah aspek yang penting bagi membentuk kesejahteraan rakyat dan masyarakat bersepadu, DRN mencadangkan supaya selain menyediakan perkhidmatan asas, pendekatan perancangan pembangunan yang seimbang hendaklah diamalkan dengan memasukkan elemen kemudahan sosial, pembentukan persekitaran yang kondusif serta berdaya huni (liveable) termasuk pelaksanaan konsep Bandar Selamat dan pembangunan komuniti (community building).

42

Dasar Perumahan Negara


National Housing Policy

Tiga pernyataan dasar adalah seperti berikut :


DRN 6.1:

Penyediaan perumahan yang lengkap dan pembangunan yang mampan dengan kemudahan dan perkhidmatan asas mengikut piawaian dan keperluan semasa serta keperluan-keperluan sosial bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif; Pemantapan mekanisme pengurusan penyenggaraan bangunan berstrata dan bersama yang efisien; dan dan harta

DRN 6.2:

DRN 6.3:

Pelaksanaan konsep Bandar Selamat yang berkaitan dengan kawasan perumahan.

43

Jabatan Perumahan Negara


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

44

Dasar Perumahan Negara


National Housing Policy

45

Jabatan Perumahan Negara


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

SINGKATAN
Akta 118 : Akta 133 Akta 171

Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan)1966 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 Akta Kerajaan Tempatan 1976

: :


Akta 172

: Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 BKJ : Bina Kemudian Jual
CCC DBKL

: :

Sijil Perakuan Siap dan Pematuhan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

DRN : Dasar Perumahan Negara GTP : Program Transformasi Kerajaan

: IPT : JPN : KDNK :


KPKT KTN NGO NKRA OKU OSC PBT PRMM R&D

IBS

Sistem Pembinaan Berindustri Institusi Pengajian Tinggi Jabatan Perumahan Negara Keluaran Dalam Negeri Kasar Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Kanun Tanah Negara 1965 Badan-Badan Bukan Kerajaan Bidang Keberhasilan Utama Negara Orang kelainan upaya Pusat Sehenti (One Stop Center) Pihak Berkuasa Tempatan Perumahan Rakyat Mampu Milik Penyelidikan dan pembangunan

: : : : : : : : :


RKR : Rumah Kos Rendah RMK-10 : Rancangan Malaysia Kesepuluh SEDC : Perbadanan Pembangunan Ekonomi Negeri SPNB : Syarikat Perumahan Negara Berhad SPT : Sistem Pendaftaran Terbuka

46

Dasar Perumahan Negara


National Housing Policy

47

Jabatan Perumahan Negara


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

48

Dasar Perumahan Negara


National Housing Policy

49

Jabatan Perumahan Negara


Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia

PENGHARGAAN

Jabatan Perumahan Negara (JPN), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merakamkan setinggitinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan dalam memberikan kerjasama dan sumbangan bagi menjayakan penyediaan Dasar Perumahan Negara (DRN). Penghargaan juga ditujukan khas buat wakil-wakil daripada Badan-Badan Profesional, Institusi Pengajian Tinggi, BadanBadan Bukan Kerajaan (NGO) dan individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penyediaan DRN ini.

50

Anda mungkin juga menyukai