Anda di halaman 1dari 4

OBJEKTIF KERTAS STRATEGI

Tujuan penyediaan kertas strategi ini ialah bagi menstruktur penempatan semula
setinggan serta pemulihan perumahan melalui Program Perumahan Rakyat (PPR) dan
Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Antara objektif kertas ini adalah
seperti berikut:

a) Menempatkan semula setinggan dan baik pulih perumahan bagi golongan


miskin dan miskin tegar di bandar dan luar bandar
Di Malaysia, masalah penempatan bagi golongan yang migrasi dan
berpendapatan di bawah B40 sentiasa berterusan malahan permintaan bagi
memiliki rumah semakin bertambah setiap tahun. Hal ini disebabkan oleh kos
kehidupan di bandar yang semakin meningkat sehingga menyebabkan
golongan ini terpaksa tinggal secara haram di kawasan pinggir bandar yang
dikenali sebagai penempatan setinggan. Bukan itu sahaja, golongan yang
memiliki rumah tetapi kawasan kediamannya tidak selesa dek kerana
rumahnya yang usang, uzur dan ruang yang terbatas juga berlaku.
Kebiasaannya, golongan yang memiliki keluarga besar, orang tua, dan orang
kurang upaya yang tidak memiliki pendapatan, pendapatan bergantung kepada
bantuan orang ramai dan pendapatan tidak mencukupi. Oleh itu, kumpulan ini
perlulah diambil perhatian oleh pihak kerajaan dan swasta agar mampu
mengurangkan beban mereka dari segi meningkatkan pendapatan,
menyediakan tempat tinggal yang selesa dengan kos menyewa yang murah
serta mempercepatkan proses mendapatkan tempat tinggal yang disediakan
oleh pihak kerajaan berdasarkan program-program perumahan yang dibuat.

b) Menyediakan rumah yang mencukupi dan berkualiti bagi kesejahteraan


hidup.
Penyediaan rumah mampu milik sebagai salah satu teras Dasar Perumahan
Negara (DRN) dapat diterjemahkan melalui teras 1 DRN iaitu penyediaan
perumahan yang mencukupi mengikut keperluan khusus golongan yang
memerlukannya. Selain itu, Perumahan yang berkualiti adalah penting dalam
membantu mencapai persekitaran kehidupan yang berdaya huni dan mampan.
Perumahan yang berkualiti merujuk kepada penyediaan perumahan yang
memenuhi piawaian minimum, diselenggara dengan baik, dilengkapi dengan
kemudahan dan aspek pengudaraan yang selesa. Piawaian Perumahan
Berkualiti (PPB) akan disediakan bagi memperincikan definisi “perumahan
berkualiti” serta memastikan kualiti perumahan baharu dan sedia ada.

c) Menawarkan rumah mampu milik kepada golongan berkelayakan


Kajian semasa perumahan di Malaysia menunjukkan bahawa tahap
kemampuan untuk memiliki rumah tidak meningkat dengan ketara (Jab.
Perumahan Negara). Median Multiple (MM) di Malaysia adalah di antara 4.0
hingga ke 5.1 pada tahun 2002 ke tahun 2016, melebihi piawaian kemampuan
memiliki rumah iaitu pada MM3.0. Oleh itu, bagi memudahkan proses
penyampaian perumahan kepada golongan sasaran secara lebih berkesan,
rangka kerja tahap kemampuan pemilikan perumahan yang jelas merangkumi
garis panduan keperluan perumahan, indikator tahap kemampuan, dan proses
kelulusan perancangan dan perlesenan akan disediakan di peringkat tempatan.
Di samping itu, skim-skim pembiayaan perumahan yang inklusif akan
ditambah baik bagi membantu golongan B40 dan M40 untuk memiliki rumah.

KUMPULAN SASARAN

Kertas strategi ini akan mensasarkan adalah di kalangan golongan yang berpendapatan
di bawah B40 yang mana jumlah pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 4850.
Selain itu, kumpulan sasar B40 akan merangkumi semua lapisan iaitu B1, B2, B3 dan
B4. Berdasarkan Jabatan Perangkaan Negara (2020), bagi pendapatan kumpulan B1
mestilah berpendapatan dibawah RM 2500, B2 mestilah berpendapatan antara RM
2501 hingga RM 3170, manakala B3 berpendapatan RM 3171 hingga RM 3970 dan
kumpulan terakhir B40 berpendapaan RM 3971 hingga RM 4850. Tujuan kumpulan
sasaran ini dibuat adalah memudahkan untuk rakyat yang bergolongan B40 ini
mengetahui bahawa pendapatan yang diperolehi itu melayakkan mereka untuk
membuat permohonan bagi mendapatkan bantuan perumahan berdasarkan syarat-
syarat yang ditetapkan terutama berdasarkan garis pendapatan.
PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR)

Program Perumahan Rakyat (PPR) adalah satu program Kerajaan untuk menempatkan
semua setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan
berpendapatan rendah. Program ini dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Jabatan Perumahan Negara (JPN) di seluruh
negara. Tujuan PPR ini diperkenalkan pada peringkat awal ialah untuk mencapai
matlamat sifar setinggan pada tahun 2000. Program ini dimulakan bertujuan untuk
menempatkan golongan setinggan yang terkesan dengan projek pembangunan sekitar
Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

PPR dipertingkatkan dalam Rancangan Malaysia ke-7 (RMK-7) berikutan


dengan keputusan Majlis Tindakan Ekonomi Negara pada bulan Disember 1998 untuk
dilaksanakan dengan serta merta bertujuan untuk menjana pertumbuhan ekonomi
menerusi aktiviti sektor pembinaan khususnya dalam pembangunan rumah kos
rendah. . Pada tahun 1996, beberapa PPR diperkenalkan dengan peruntukan sebanyak
RM 224.68 juta. Setakat tahun 1998, sebanyak tujuh projek PPR telah siap dibina
dengan jumlah 5297 unit unit kediaman (Kamarul Afizi et al. 2008). Kerajaan melalui
Jabatan Perumahan Negara telah menyediakan perumahan kos rendah dengan
keluasan keluasan 700 kaki persegi dengan tiga bilik tidur, dua bilik mandi, dapur,
kawasan untuk mengeringkan pakaian dan lantai berjubin. Antara lain, kemudahan
yang disediakan ialah seperti dewan masyarakat, taman permainan kanak-kanak,
tadika, kedai, gerai, surau, ruang parkir kenderaan dan lain-lain ruang awam agar
penduduk dapat menikmati kualiti dan persekitaran hidup yang sihat. Menurut Dasar
Perumahan Negara (2018-2025), pihak KPKT dan kerajaan negeri telah membina
sebanyak 102,603 unit rumah PPR bagi tempoh 1998 sehingga 2016.

Program Perumahan Rakyat (PPR) terbahagi kepada dua iaitu PPR Dimiliki
dan PPR Disewa. Menurut data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perumahan Negara,
sebanyak 21,041 unit projek yang telah dirancangkan pada tahun 2020 bagi Program
Perumahan Rakyat Dimiliki. Kesemua negeri selain Sabah, Johor, Terengganu dan
Wilayah Persekutuan Putrajaya mempunyai projek ini. Sebanyak 13,294 projek telah
disiapkan dengan 6397 masih dalam pembinaan sehingga 31 Mac 2020. Negeri
Pahang mempunyai unit PPR dimiliki yang terbanyak iaitu sebanyak 4868 unit atau
sebanyak 34 projek.

Manakala, perancangan untuk PPR Disewa pula ialah sebanyak 90,847 unit
atau 116 projek di seluruh negara. Antara negeri yang terlibat dan menerima projek ini
ialah Johor iaitu sebanyak 15,126 unit, Kedah (1,894 unit), Kelantan (1,118 unit),
Melaka (1,100 unit), Negeri Sembilan (420 unit), Perak (916 unit), Perlis (1,428),
Pulau pinang (768 unit), Sabah (26,584 unit), Sarawak (3,016 unit), Selangor (3,304
unit), Terengganu (2,002 unit) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (33,172 unit).
Daripada 90,847 unit, sebanyak 95 projek bersamaan 79,017 unit telah pun disiapkan
sehingga 31 Mac 2020.

Anda mungkin juga menyukai