Anda di halaman 1dari 4

11 SKIM PERUMAHAN MAMPU MILIK UNTUK B40 DI MALAYSIA

Terdapat beberapa skim perumahan yang bertujuan untuk membantu kedua-dua


kumpulan B40 dan M40 untuk memiliki rumah. Ia merangkumi:

1. Better Malaysia Foundation (BMF)


Program BMF mencadangkan agar pihak kerajaan memberi jaminan ke atas pinjaman
agar golongan B40 boleh memiliki rumah, pembiayaan 100% dan juga pinjaman
perumahan untuk dua generasi bagi tempoh pinjaman 40 hingga 60 tahun agar
pembayaran balik bulanan adalah lebih mampu milik.

2. BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat) 2021


BSN MyHome (Program Perumahan Rakyat) 2021 merupakan pinjaman perumahan
yang ditawarkan oleh Bank Simpanan Nasional Malaysia (BSN) untuk mereka yang
bekerja sendiri atau tidak mempunyai pendapatan tidak tetap.

3. Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA)


PR1MA emfokuskan pembangunan di kawasan bandar utama dan strategik di seluruh
negara dan kediaman dibina dalam pelbagai jenis dan saiz.
4. Program Perumahan Rakyat (PPR)
Projek PPR atau Rumah PPR adalah salah satu usaha kerajaan untuk penempatan
semula setinggan dan untuk memenuhi keperluan perumahan golongan
berpendapatan rendah, B40. Agensi pelaksana utama untuk Projek PPR di seluruh
Malaysia terdiri daripada Jabatan Perumahan Negara (JPN), Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kerajaan Tempatan.

5. Skim Sewa Untuk Milik/ Rent-to-Own-Scheme (RTO)


Skim ini bertujuan untuk membantu pemilik rumah yang bergelut untuk membayar
deposit 10%. Ringkasnya, skim RTO membolehkan anda memiliki satu unit hartanah
setelah menyewanya terlebih dahulu. Sebab itu namanya, Skim Sewa Untuk Milik.

6. Residensi Wilayah (RUMAWIP)


Pemohon mestilah dilahirkan, bekerja, atau tinggal di mana-mana Wilayah
Persekutuan semasa membuat permohonan. Unit RUMAWIP dijual di bawah harga
pasaran dan ditawarkan dalam beberapa jenis rekabentuk seperti studio atau rumah
satu, dua, dan tiga bilik dengan hak milik strata.
7. Rumah Selangorku (RSKU)
Perumahan di bawah Skim Rumah Selangorku (RSKU) merangkumi apartmen
bertingkat tinggi dan rumah landed. Harganya pula bergantung kepada jenis rumah dan
dijual dengan harga bermula dari RM42,000 hingga RM250,000.

8. Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB


Rumah Mesra Rakyat (RMR) SPNB ini diperkenalkan untuk membantu golongan
berpendapatan rendah seperti nelayan, petani, dan keluarga miskin yang tidak
mempunyai tempat tinggal, atau rumah yang rosak teruk (di atas tapak tanah sendiri),
untuk membina dan memiliki rumah yang lebih selesa dan mampu milik.

9. Rumah Perakku
Skim perumahan Rumah Perakku oleh Kerajaan Negeri Perak ini bertujuan untuk
membantu penduduk B40 di Negeri Perak untuk memiliki rumah pertama mereka. Unit-
unit rumah dijual pada harga dibawah RM250,000.
10. Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)
Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) atau Rumah Mampu Biaya Johor (RMB)
merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Johor untuk menawarkan skim pembelian rumah
untuk golongan B40 dan M40. Projek RMMJ merangkumi Lot Bumiputera dan Program
Perumahan Rakyat (PPR). Permohonan boleh dibuat di laman sesawang eRumah
Johor.

11. Perumahan Transit Belia


Bukan untuk dijual, Perumahan Transit Belia atau Youth Transit Housing hanyalah
untuk disewakan sahaja. Walau bagaimanapun, kadar sewa dijanjikan 30% lebih
rendah daripada kadar pasaran

Anda mungkin juga menyukai