Anda di halaman 1dari 33

IPG Kampus Tengku Ampuan

Afzan,Kuala Lipis, Pahang.


NAMA : PANIMALAR DARMALINGAM
(840326-10-6246)

NAMA : EESWARI GUNA SEKARAN
(890409-10-5420)

UNIT : PISMP PEMULIHAN(SEM 3)
Pelaksanaan dasar-dasar kerajaan seperti Dasar Ekonomi Baru dan
Dasar Pembangunan Nasional adalah untuk mengurangkan
ketidakseimbangan ekonomi dan mengurangkan jurang di antara
golongan kaya dan miskin. Justeru itu, ketidakseimbangan ekonomi
dapat dikurangkan berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan
pengagihan yang saksama demi mencapai keadilan sosial dan
memperkukuhkan perpaduan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Anda dikehendaki:

Menganalisis dan menilai secara kritis keberkesanan perana kerajaan
dalam mencapai matlamat keseimbangan ekonomi dalam merealisasikan
pencapaian perpaduan kaum di Malaysia serta membentangkan hasil
dapatan dengan menggunakan ICT (contoh:powerpoint, flash, video dan
sebagainya) selama 15 minit pada satu masa yang ditetapkan. (20%)

Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan negara
melalui proses pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula
masyarakat didalam konteks keselamatan negara yang kukuh.

Tahun 1990 menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka
Panjang Pertama (RRJP 1) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Dalam tempoh pelaksanaan DEB (1971 - 1990), ekonomi Malaysia
telah berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi
pelbagai cabaran.

DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir
Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka
Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991 - 2000 telah
digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN),
Kunci utama bagi falsafah konsep 1Malaysia
adalah kesederhanaan: suatu keyakinan pada
kepentingan perpaduan tanpa mengira bangsa
atau kepercayaan agama. Kepelbagaian yang
wujud di Malaysia ini menjadikan kita unik,
namun untuk mendapatkan manfaat
sepenuhnya daripada keunikan ini, kita perlulah
bersatu serta menggunakan persamaan antara
kita untuk maju kehadapan. Inilah matlamat
utama 1Malaysia, namun ianya lebih daripada
hanya satu ideologi abstrak - ia sememangnya
mampu membawa kejayaan yang sebenar.
Perumahan Rakyat 1 Malaysia(PR1MA)
Kad Istimewa 1 Malaysia
Program Kebajikan Rakyat(KAR1SMA)
Amanah Saham(AS1M)
Skim Amanah Rakyat 1 Malaysia
e-kasih
Bantuan Rakyat(BR1M)
Taksi Rakyat(TR1Ma)
Menu Rakyat
Skim Keselamatan(SK1M)
Kedai Ikan Rakyat(KIR1M)
Kedai Rakyat(KR1M)
Kedai Kain(KK1M)
Skim Latihan(SL1M)
Bantuan Buku(BB1M)
i-TR1M
Program Susu 1 Malaysia
Inisiatif kembali ke sekolah
Kad diskaun Pelajar 1 Malaysia
Rawatan Perubatan Percuma bagi Warga Emas
Klinik bergerak 1Malaysia
Klinik 1 Malaysia
Pusat Bersalin Berisiko Rendah 1 Malaysia.
Sebuah perbadanan yang mentadbir
pembangunan dan pembinaan perumahan,
infrastruktur dan kemudahan yang berharga
berpatutan untuk membantu meringankan beban
kewangan rakyat Malaysia yang berpendapatan
di bawah RM6,000 sebulan. Projek ini kini terdapat
di Kuala Lumpur,Johor Bahru dan Pulau Pinang
dan akan diperkembangkan ke negeri- negeri lain
pada masa hadapan

Satu kad diskaun yang akan diagihkan kepada
ledih 10 juta rakyat Malaysia, melayankan mereka
untuk mendapatkan diskaun di antara 10-50% di
lebih 4,500 kedai perkhidmatan terpilih di seluruh
negara. Program ini merangkumi klinik perubatan,
restoran, hotel,arean sukan dan kecergasan,
pemborong dan peruncit, taman tema dalam dan
luar bangunan, hiasan dalaman dan pembinaan,
resort,pakaian dan aksesori keenderaan,
perlindungan insuran am dan sebagainya.
Satu program kebajikan bagi memberikan
bantuan kewangan bulanan kepada warga emas
berpendapatan rendah (RM300), kanak-
kanak(RM100-RM300 bagi setiap isi rumah) dan
orang- oarang kurang upaya (RM150-RM300).
Satu pelaburan sahan yang disokong oleh
Kerajaan menawarkan 10 billion unit dana
berharga tetappada RM1 seunitr untuk bagi
semua Rakyat Malaysia dengan pelaburan
permulaan minimum sebanyak 100 unit.
Tabung pelaburan amanah yang disokong oleh
kerajaan bagi isi rumah berpendapatan daripada
RM3,000. skim ini memberi manfaat kepada kira-
kira 100,000 isi rumah dan membolehkan mereka
layak untuk melabur sehingga RM5,000, dengan
pulangan sebanyak RM134. Pinjaman juga boleh
dibuat untuk membeli unit Amanah Saham 1
Malaysia(AS1M)
Program bagi golongan berpendapatan
pengiktirafan daripada Anugrah Perkhidmatan
Awam PBB sebagai yang Terbaik di Dunia Baru-
baru ini kelajuan pemerosesan telah
dipertingkatkan apabila 317,359 kes selesai
diproses iaitu 96% daripada keseluruhan kes- kes
eKasih.
Bayaran bantuan sekali beri (one off) sebanyak
RM500 kepada 5.3 juta keluarga di Malaysia yang
mempunyai pendapatan isi rumah sebanyak
RM3000 dan bawah. Usaha ini telah memberi
manfaat kepada lebih 75% daripada keseluruhan
jumlah keluarga di negara ini. Kerajaan sedang
menilai keperluan BR1M untuk kali ketiga.
Satu skim yang menyediakan baucar RM520
kepada sejumlah 2,264 pemandu teksi dan van
sewa bagi menampung kos menukar tayar. Ianya
merupakan sebahagian daripada inisiatif Kerajaan
bagi pemandu- pemandu teksi menangani
peningkatan kos serta bagi menggalakan lagi
industri.
Satu program menu khas dimana sarapan pagi
boleh dibeli pada harga RM2 dan makan
tengahari pula pada RM4 di 700 kedai- kedai
makanan yang mengambil bahagian. Skim ini
menagani inflasi dengan cara menyediakan
makanan bersabsidi kepada orang ramai. Skim ini
akan diperluaskan kepada 3,000 peniaga
makanan menjelang akhir tahun 2012.
Satu inisiatif yang berterusan untuk memeriksa
semua barangan makanan yang dihasilkan oleh
industri kecil dan sederhana sebelum memasuki
pasaran menjelang 2014. Langkah ini bertujuan
untuk meningkatkan kualiti keselamatan makanan
melalui pelaksanaan peraturan yang ketat.
Pasar yang menjual pelbagai pilihan ikan segar,
ayam, daging dan sayur- sayuran pada harga
lebih kurang 40% lebih murah daripada harga
pasaran tanpa menjejaskan kualiti. Satu inisiatif
yang disasarkan kepada pengguna dan syarikat
persendirian dengan cara membantu mereka
membeli bekalan pada harga yang berpatutan.
Buat masa ini terdapat 35 buah KR1M di
Semenanjung Malaysia yang menawarkan lebih
kurang 250 produk- produk asas harian yang
berlabel KR1M pada harga 30-50% lebih murah
daripada kedai-kedai biasa dan pasaraya besar.
Kerajaan mensasarkan pembukaan 85 lagi unit
KR1M menjelang akhir 2012.
Kedai-kedai yang menawarkan kain dan pakaian
yang berkualiti tinggi pada kos rendah, dengan
diskaun sehingga sehingga 70%, dengan objektif
untuk membantu kumpulan berpendapatan
rendah membeli kain untuk membuat pakaian,
pakaian seragam sekolah, langsir dan keperluan-
keperluan lain. Sebanyak 31 kedai sedemikian
dijangka akan dibuka dalam tempoh dua tahun
akan datang.
Menyediakan keperluan latihan/ internship bagi
graduan- graduan baru oleh Syarikat Berkaitan
Kerajaan (GLC) untuk melatih kemahiran insaniah.
Syarikat-syarikat yang mengambil bahagian dalam
skim ini juga akan menerima potongan cukai dua
kali ganda ke atas elaun danperbelanjaan latihan.
Seramai 1.3 juta pelajar di institusi pengajian tinggi
awam dan swasta telah menerima baucar buku
bernilai RM250. inisiatif ini bertujuan untuk
mengurangkan beban pelajar sambil menanam
minat membaca di kalangan Rakyat Malaysia.
Satu program yang tertumpu pada pendidikan
disasarkan kepada pelajar dari keluarga
berpendapatan rendah dengan menyediakan
tuisyen percuma untuk matapelajaran UPSR, PMR
dan SPM secara online atau melalui cara
konvensional. Program ini telah dimulakan dengan
4,000 pelajar UPSR dan 5,300 pelajar PMR dan SPM
yang mendaftar di Selangor. Iaitu dua kali ganda
daripada yang dijangkakan. Dana sebabyak RM2
juta telah ditambahkan dengan matlamat
mencapai 200,000orang pelajar dengan liputan
seluruh negara.
Susu percuma diberikan kepadalebih daripada 3
juta pelajar sekolah rendah dengan tujuan untuk
membina sebuah generasi rakyat Malaysia yang
lebih sihat dan kuat disamping menggalakkan
pertumbuhan industri tenusu di Sabah.
Di bawah inisiatif ini, 5.3 juta pelajar sekolah rendah
dan menengah telah menerima RM100. Yuran
sekolah juga telah dimansuhkan, sekaligus
menjadikan pendidikan awam percuma bagi
rakyat Malaysia pertama kalinya.
Satu kad diskaun diberikan secara percuma
kepada pelajar- pelajar Malaysia di Institut
Pengajian Tinggi yang membuat pengajian lebih
daripada satu tahun untuk diploma, ijazah,ijazah
sarjana dan ke atas. Pelajar- pelajar berulang
menikmati diskaun antara 5 hingga 60 peratus
bagi barangan dan perkhidmatan di lebih 2,600
kedai oleh 264 syarikat yang mengambil
bahagian. Barangan dan perkhidmatan yang
dimaksudkan termasuk buku,alat tulis, pakaian
sukan , pengangkutan, penginapan, makanan,
dan minuman, klinik kesihatan, bengkel automatif
dan perkhidmatan rekreasi.
Mulai 2012, warga emas boleh menikmati rawatan
perubatan secara percuma tanpa perlu
membayar RM 1 bagi rawatan. Satu inisiatif yang
akan memberi manfaat kepada lebih 1.5 juta
rakyat Malaysia
Satu siri klinik bergerak yang terdiri daripada 171
unit yang menyediakan perkhidmatan kesihatan
bagi kawasan luar bandar jauh daripada
kemudahan kesihatan dan perubatan.
Perkhidmatan yang di berikan termasuk
pemeriksaan gigi dan mata. Inisiatif ini telah
memberikan manfaat kepada 1,600 buah
kampung di Semenanjung Malaysia, Sabah dan
Sarawak.
Sebanyak 50 Klinik 1 Malaysia telah dibuka di
seluruh negara dengan nisbah kira- kira 3- 4 klinik
bagi setiap negeri di kawasan kepadatan yang
tinggi dan berpendapatan rendah bagi
memastikan rakyat sentiasa mendapat akses
kepada perkhidmatan perubatan yang sempurna
dan dengan segera. Rawatan di klinik- klinik ini
dikenakan bayaran sebanyak RM 1 sahaja.
Sebuah pusat bersalin berkualiti tinggi untuk orang
ramai. Ibu-ibu hanya dikenakan bayaran RM3
untuk bersalin termasuk rawatan, bilik, perubatan
dan makanan, manakala bagi penjawat awam
pula yuran dikecualikan. Merupakan sebahagian
daripada inisiatif kerajaan untuk menyediakan
penjagaan kesihatan berkualiti pada harga yang
berpatutan
Kebaikan gagasan 1 Malaysia ialah perpaduan
kaum dapat terus terpelihara.
Gagasan 1Malaysia juga dapat membantu dalam
kemajuan ekonomi negara. Hal ini kerana
gagasan 1Malaysia juga bertujuan untuk
melonjakkan ekonomi negara ke tahap yang lebih
kukuh dan mantap.
Penerapan nilai-nilai aspirasi ini dapat menaikkan
prestasi rakyat dan memajukan negara.
Gagasan 1Malaysia juga telah dapat menaikkan
imej negara di peringkat antarabangsa.

Anda mungkin juga menyukai