Anda di halaman 1dari 3

PELANCARAN INISIATIF MENU RAHMAH BAGI MEMBANTU

GOLONGAN YANG MEMERLUKAN

SUBANG JAYA, 31 JANUARI 2023 – Yang Berhormat Datuk Seri


Salahuddin bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara
Hidup hari ini telah menghadiri dan merasmikan Menu RAHMAH di Pasar
Raya MYDIN Subang Jaya, Selangor.

2. Pelancaran Menu RAHMAH ini merupakan salah satu inisiatif baharu


dalam mengurangkan kos sara hidup rakyat, susulan daripada libat urus
industri yang dilaksanakan pada 26 Januari 2023 bersama wakil-wakil
persatuan restoran seperti Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia
(PRESMA), Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (PRIMAS),
Persatuan Pengusaha Tomyam Malaysia, Malaysia Singapore Coffee Shop
Proprietors General Association (MCSPGA), Bumiputra Retailers
Organization (BRO), Malaysia Retail Chain Association (MRCA), dan
Malaysia Retailers Association (MRA).

3. Menu RAHMAH merupakan makanan tengah hari atau malam yang


seimbang dan merangkumi nasi, satu pilihan protein seperti ayam atau
ikan dan sayuran yang ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan
iaitu pada harga RM 5.00 sepinggan. Dengan tawaran harga menu yang
1
sangat berpatutan ini, ianya sedikit sebanyak dapat membantu golongan
sasar yang terkesan dengan kenaikan kos sara hidup pada masa kini.

4. Menu RAHMAH ini merupakan kerjasama sinergi antara kerajaan


bersama pemain industri makanan dan minuman yanag akan diperluaskan
diseluruh negara dalam masa terdekat.

5. Pada hari ini, Pasar Raya MYDIN turut menyumbang 5,000 pek Menu
RAHMAH kepada 5,000 pelajar Universiti Teknologi Mara yang terdiri
daripada golongan (B40). KPDN menyeru lebih ramai lagi pemain industri
khususnya pengusaha restoran supaya dapat bersama-sama berganding
bahu dengan kerajaan untuk menjayakan aspirasi ini.

6. Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak pemain industri dan orang


ramai boleh menghubungi Sekretariat Perdagangan Pengedaran dan
Industri Perkhidmatan (SPIP) di talian hotline 03- 8882 5881/ 5905 atau
melalui emel kepada spip@kpdn.gov.my

YB DATUK SERI SALAHUDDIN BIN AYUB,


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup,
Putrajaya, 26 Januari 2023

###

2
LATAR BELAKANG

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna


(KPDNHEP) yang kini dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah ditubuhkan pada 27 Oktober 1990.
Matlamat penubuhan Kementerian adalah untuk menggalakkan
pembangunan perdagangan dalam negeri yang berdaya maju, berdaya
saing, dan berdaya mampan, khususnya di dalam sektor perdagangan
pengedaran.

Sektor perdagangan pengedaran adalah antara penyumbang utama KDNK


negara dan ia bertindak sebagai benteng kestabilan ekonomi, terutama
semasa situasi ekonomi luaran berada di dalam keadaan ketidaktentuan.
Perdagangan pengedaran perlu kukuh bagi menampan sebarang
ketidakstabilan dalam ekonomi negara.

Dalam masa yang sama, Kementerian juga komited dalam melindungi


kepentingan dan hak-hak pengguna. Ini termasuk membangunkan
ekosistem pengguna dan peniaga yang bersifat melengkapi dan ke arah self-
regulated, seiring dengan aspirasi ke arah masyarakat negara maju. Ia
diharapkan akan melahirkan pengguna dan peniaga yang matang dan
beretika dalam berurusniaga, dan hasilnya adalah negara yang seimbang
dari segi ekonomi dan sosial.

Agensi di bawah KPDN:

Anda mungkin juga menyukai