Anda di halaman 1dari 2

https://www.ipendidikan.

my/langkah-memajukan-sektor-
pertanian.html#Contoh_Karangan_Langkah-Langkah_Memajukan_Sektor_Pertanian_Di_Malaysia

3) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

Bantuan dan sokongan kerajaan yang seterusnya bagi membantu perniagaan berasaskan pertanian
dengan kerajaan menyediakan kemudahan bagi pemasaran tanaman iaitu melalui Lembaga Pemasaran Pertanian
Persekutuan ( Federal Agricultural Marketing Authority atau FAMA) yang juga merupakan agensi pemasaran di
bawah Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA). Pemasaran produk yang utama dalam FAMA
merupakan produk makanan yang berasaskan agromakanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran serta produk
serta produk-produk industri asas tani yang lain adalah dibawah tanggungjawab FAMA untuk memacu sektor
pemasaran domestik dan antarabangsa. Kewujudan FAMA juga memberi impak yang besar kepada negara
Malaysia dalam memajukan industri pertanian.

Selain itu, FAMA juga memainkan peranan penting dalam aktiviti pemasaran hasil produk dan meningkatkan
pendapatan pengeluar serta memastikan produk pertanian industri asas tani tersedia. Produk pertanian ini juga
boleh diperolehi pada harga yang mampu dibayar pengguna. Pada masa yang sama, FAMA juga giat
mengusahakan peningkatan kecekapan di sepanjang rantaian pemasaran dengan memberi fokus kepada
beberapa perkara yang mampu membantu pelaksanaan peranan FAMA di sektor pemasaran Malaysia.
Antara usaha-usaha tersebut adalah memperkukuhkan bekalan melalui program ladang kontrak, memperluaskan
akses pasaran dan meningkatkan promosi pasaran tempatan dan eksport.

Selain itu, FAMA juga mempunyai satu pelan strategik jangka panjang bagi meningkatkan dan meluaskan
pasaran produk pertanian serta memacu pemasaran iaitu peningkatan bekalan hasil pertanian, peningkatan akses
pasaran, peningkatan bilangan usahawan tani agromakanan, penjanaan pendapatan kumpulan sasar bagi
kalangan petani dan juga usahawan tani serta peningkatan kecekapan khidmat pemasaran. Pada masa yang
sama, FAMA juga mengorak langkah dengan serius dalam membantu pengusaha kecil dengan:

mewujudkan pusat pengumpulan dan pusat pengedaran


Langkah yang diambil oleh FAMA dalam memasarkan produk pertanian untuk membantu pengusaha kecil
dalam bidang pertanian adalah dengan mewujudkan pusat pengumpulan dan pusat pengedaran bagi
memudahkan pengusaha berkenaan memusatkan hasil keluaran mereka. Kerja menggred, pembungkusan dan
mengagihkan hasil keluaran dilakukan di pusat ini dan seterusnya akan diedarkan ke pasar tani, pasar mega dan
pasaraya yang bekerjasama dengan FAMA bagi memasarkan produk hasil keluaran pengusaha kecil ini.

pasar tani mega dan gerai buah-buahan segar (GBBS)


Selain itu, pihak fama juga mewujudkan pasar tani mega bagi membantu pengusaha kecil pertanian untuk
memasarkan hasil keluaran mereka secara terus. Dengan kewujudan pasar seperti ini, sedikit sebanyak dapat
mengajar pengusaha kecil berkenaan menyertai dalam bidang perniagaan. Bagi pertanian berasaskan buah-
buahan pula, fama dapat mewujudkan Gerai Buah-Buahan Segar atau GBBS. Pada masa yang sama, pengusaha
boleh memasarkan produk hasil keluaran mereka secara terus dan pembeli tidak perlu risau mengenai kualiti
buah-buahan yang dijual kerana ianya terus dari sumbernya.

Pameran Pertanian dan Agro Perlancongan (MAHA)


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) telah menganjurkan beberapa pameran pertanian yang
diadakan setiap dua tahun sekali melalui MAHA. Ia bertujuan untuk mempromosikan produk-produk pertanian
yang diusahakan oleh usahawan tani di Malaysia kepada masyarakat. Pameran ini juga memaparkan kejayaan
sektor pertanian dan industri asas tani serta ternakan dari dalam dan luar negara daripada aspek teknologi dan
inovasi. Dalam usaha memperkenalkan Malaysia sebagai hab pertanian dan industri asas tani untuk pelabur
asing dan persendirian, MAHA dijadikan platform terbaik untuk mendedahkan belia kepada bidang pertanian.

Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC)


RTC merupakan pusat kemudahan yang ditubuhkan untuk menggabungkan kampung-kampung yang berdekatan
dalam pelaksanaan aktiviti-aktiviti bercorak nilai tambah yang tinggi. Telah banyak RTC dibuka di Malaysia
seperti yang terdapat di Gopeng, Perak dan Wakaf Che Yeh, Kelantan. Terdapat pelbagai bantuan yang boleh
diperolehi oleh penduduk-penduduk di RTC seperti menjual produk pertanian berbentuk nilai tambah tinggi
secara terus, membeli bekalan dan perkhidmatan untuk pengguna pada harga yang rendah, mendapat kemahiran,
menjalani latihan dan program pembangunan keusahawanan. Hal ini merupakan kaedah pemasaran moden di
mana RTC bertindak sebagai pusat integrasi perkhidmatan yang meliputi pengumpulan, pemprosesan dan
pengedaran hasil pengeluaran pertanian tempatan. Pada masa yang sama, penduduk juga boleh mendapatkan
kemudahan bantuan kewangan dan perkhidmatan lain secara terus serta berkongsi dan bertukar maklumat
mahupun pengetahuan serta secara langsung dapat menghubungkan pengeluar dengan pengguna.

Anda mungkin juga menyukai