Anda di halaman 1dari 5

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MEMAJUKAN SEKTOR PERTANIAN.

Ketika mengharungi arus globalisasi dan modenisasi, negara kita telah mengalami pembangunan
yang pesat, terutamanya dalam sektor perindustrian. Rentetan daripada itu, sektor pertanian telah
dikesisikan dalam arus pembangunan sejak 1980-an. Bagaimanapun di bawah Misi Nasional,
kerajaan telah meningkatkan kedudukan sektor ini semula dalam pelan pembangunan negara kita
iaitu Rancangan Malaysia Kesembilan. Hal ini demikian kerana ketika dilanda kegawatan
ekonomi pada tahun 1997 dan1998, minyak kelapa sawit bertindak sebagai penyelamat
ekonomi negara kita. Selain itu kerajaan juga mendapati bahawa negara kita memperuntukkan
berbilion-bilion ringgit untuk mengimport makanan sehingga meningkatkan defisit ekonomi
negara kita. Sesungguhnya, banyak makanan dapat dihasilkan di negara kita melalui sektor
pertanian. Persoalan, bagaimanakah kita dapat meningkatkan sektor pertanian? Kata orang tua-
tua, genggam bara api biarlah sampai jadi arang, semua pihak yang terbabit perlu
menggembleng tenaga untuk menjanakan sektor pertanian di tanah air.

Untuk memajukan sektor pertanian, kaum petani kita perlu memiliki prakarsa untuk membuat
perubahan atau sedia membuat reformasi terhadap sektor pertanian. Jika kaum petani masih
mengekalkan cara tradisional untuk mengusahakan petanian, nescaya hasil tanaman atau
ternakan mereka hanya sekadar sara diri. Mereka akan terus dibelenggu oleh kemiskinan. Untuk
mengikut rentak perkembangan sektor industri, petani moden kita perlu menggunakan ilmu
sains dan teknologi yang canggih demi meningkatkan produktiviti, iaitu menjimatkan
penggunaan tenaga dan meninggikan hasil tanaman yang berkualiti dan berkuantiti. Sebagai
contoh, ilmu genetik perlu digunakan untuk mencari baka benih yang dapat menjamin hasil
tanaman yang bermutu, seperti padi hibird dapat menjamin penghasilan padi yang banyak dan
berkualiti. Secara holistiknya, kaum petani perlu disuntik semangat transformasi untuk
menggunakan bioteknologi dalam sektor pertanian.

Tidak dapat dinafikan bahawa Kementerian Pertanian dan sektor swasta perlu menjalankan
penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap sektor pertanian kita. Jurusan Pertanian di Pusat
Pengajian Tinggi (IPT) dan pakar pertanian perlu berkomitmen untuk mengkaji penggunaan ilmu
sains dan teknologi dalam sektor pertanian dan penternakan. Mereka hendak memastikan bahawa
industri hilir dalam pertanian dapat dimajukan untuk meningkatkan pendapatan kaum petani
seperti lada dapat dijadikan sos cili, ubat pelangsing dan ubat kesakitan sendi. Sengkuang telah
diproses sebagai bahan kosmetik dan sebagainya. Hal ini selaras dengan peribahasa Melayu, di
mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Pegawai Kementerian Pertanian terutamanya MARDI
(Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia ) sewajarnya menawarkan bengkel atau
kursus untuk memberikan khidmat nasihat serta membekalkan baka benih yang bermutu kepada
petani kita untuk menggunakan bioteknologi yang canggih.

Untuk menjalankan pertanian secara besar-besaran dan komersial, skim pinjaman yang berkadar
faedah rendah perlu disediakan oleh bank, terutamanya Bank Agro untuk pekebun kecil .
Dengan modal yang mencukupi, pekebun kita baru dapat membeli mesin yang canggih dan
bahan racun serangga serta baja kimia untuk menjalankan pertanian mereka. Sebagai contoh,
Bank Agro telah menawarkan Modal Usahawan 1 Malaysia kepada petani kita untuk
mengusahakan industri kecil dan sederhana (IKS) yang berasaskan pertanian. Bak kata
peribahasa, ada padi semua kerja jadi; ada beras semua kerja deras, oleh itu, dengan pinjaman
skim mikro, pekebun kecil kita dapat mengusahakankan pertanian atau penternakan secara
komersial dan saintifik malah berupaya menjalankan IKS. Walhasilnya, kaum petani tidak akan
digelar sebagai golongan miskin tetapi akan berperanan sebagai usahawan.

Selain itu, sistem pengagihan yang kamil perlu disediakan oleh pihak berkuasa supaya kaum
petani kita tidak lagi dianiayai oleh orang tengah yang bersikap tamak haloba. Penubuhan
koperasi peladang digalakkan untuk memainkan peranan sebagai pemborong dan pembekal
kepada kaum petani. Petani kita juga digalakkan menyertai Pasar Tani untuk meningkatkan
pendapatan mereka. Sehubungan dengan itu, pengguna juga dapat membeli hasil tanaman dan
ternakan yang segar dengan harga yang berpatutan. Tindakan ini dapat memberikan manfaat
kepada pihak petani dan pengguna, seperti peribahasa serampang dua mata. Rentetan daripada
itu, pihak FAMA(Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan) harus mengaturkan strategi yang
bersepadu dan bijaksana bagai menarik rambut dalam tepung untuk menjamin pemasaran produk
pertanian kita. Sistem pengagihan yang teratur dapat memantapkan harga produk pertanian.
Antaranya Kementerian Kebudayaan telah mengadakan laman web tentang harga borong produk
pertanian supaya kaum petani tidak lagi ditipu oleh pemborong yang tidak bertanggungjawab.

Sementelahan, agropelancongan merupakan bidang yang patut dikembangkan dalam sektor


pertanian. Kaum petani seyogianya memperkasakan kemudahan yang tersedia dalam ladang
mereka untuk memajukan sektor pelancongan. Tindakan dapat menjamin pendapatan yang
lumayan. Penginapan yang lengkap seperti bilik yang selesa perlu disediakan kepada pelancong,
khasnya dari bandar. Selain menghayati penghidupan kaum petani, pelancong dapat menikmati
buah-buahan tempatan yang lazat, memancing ikan dalam kolam ikan ternakan, menikmati lauk
ala kampung serta berpeluang untuk mencucuk tanah di samping melegakan fikiran yang kusut.
Hal ini bagai menyelam sambil minum air. Bagaimanapun, pakej agropelancongan perlu
mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan Malaysia, seperti menyeranaikan
pengusaha agropelancongan yang beramanah dalam laman web kementerian berkenaan. Secara
realitinya, inap desa semakin menarik perhatian pelancong domestik dan luar negara.

Natijahnya, sektor pertanian perlu mengalami revolusi supaya sektor ini berprestij kepada
generasi muda. Pembangunan sektor dapat mengurangkan import makanan dari luar negeri dan
dapat mengelakkan penduduk kampung berhijrah ke bandar. Tampaknya, perkembangan
pertanian mengundang seribu satu kebaikan kepada negara kita. Masyarakat kita juga perlu
menyedari sumbangan, jasa dan pengorbanan kaum petani kita. Sebaliknya kaum petani kita
perlu mengalami transformasi untuk menjanakan 1 Malaysia.

(Karangan ini telah diubahsuaikan daripada karangan dalam blog ini pada tahun 2009)
Berdasarkan gambar di bawah. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah
untuk menggalakkan orang ramai makan buah-buahan tempatan. Panjang huraian
anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

1. Kempen makan buah-buahan oleh pihak yang bertanggungjawab


2. Mengadakan promosi jualan murah
3. Peranan media massa mempromosi tentang kelebihan buah-buahan tempatan,
misalnya vitamin A dalam sebiji jambu batu sama dengan kuantiti vitamin A dalam
empat biji epal.
4. Mengurangkan import buah-buahan

Kelebihan dan kebaikan buah-buahan tempatan


Isi karangan:
1. Buah-buahan tempatan kaya dengan zat
2. Merangsang industri pelancongan
3. Harga buah-buahan tempatan lebih murah
4. Menambah pendapatan negara

Jawapan
Buah-buahan tempatan merupakan buah-buahan yang paling hangat di
pasaran negara kita khususnya buah durian. Hal ini demikian kerana buah-buahan
tempatan lebih berkualiti dan membawa banyak kebaikan terhadap kita berbanding
dengan buah-buahan eksport yang mahal. Bak kata pepatah, Tepuk dada Tanya
selera. Persoalannya, apakah kebaikan yang dibawa oleh buah-buahan tempatan ?
Antara kebaikan buah-buahan tempatan ialah buah-buahan tempatan lebih
berkhasiat dan segar. Hal ini demikian kerana buah-buahan tempatan ialah buah-
buahan yang ditanam di negara sendiri. Oleh itu, kita dapat merasai buah-buahan
yang segar dipetik dan lazat. Berbanding dengan buah-buahan eksport, buah-
buahan tempatan lebih berzat kerana buah-buah tempatan tidak perlu menjalani
proses eksport yang memakan masa.
Selain itu, buah-buahan tempatan juga memacu industri pelancongan di
negara kita. Misalnya, semasa musim durian, banyak pelancong dari luar negara
akan berkunjung ke negara kita untuk merasai keenakan buah durian. Tindakan ini
telah memberi pendapatan kepada peladang-peladang buah-buahan tempatan sekali
gus juga memperkenalkan buah-buahan tempatan ke mata dunia.
Di samping itu, buah-buahan tempatan juga dapat menambahkan
pendapatan negara. Melalui eksport buah-buahan tempatan ke luar negara,
negara kita mengaut keuntungan yang banyak. Hal ini demikian kerana banyak
pengunjung luar negara mengemari buah-buahan tempatan negara kita sehingga
rela menggunakan duit untuk melancong ke watan kita untuk menikmati kelazatan
buah-buahan tempatan.
Tambahan pula, harga buah-buahan tempatan lebih rendah berbanding
dengan buah-buahan yang diimport. Aspek ini telah menarik perhatian rakyat yang
berpendapatan sederhana untuk memilih buah-buahan tempatan. Pada masa yang
sama, buah-buahan tempatan boleh didapati di mana-mana sahaja dan segar
dimakan.
Kesimpulannya, memang tidak dinafikan bahawa buah-buahan tempatan
mempunyai kelebihan sendiri berbanding dengan buah-buahan yang diimport.
Oleh itu, kita haruslah menyokong barang buatan negara sendiri dengan membeli
buah-buahan tempatan. Akhir kata, buah-buahan tempatan haruslah menjadi buah-
buahan pertama yang dipilih di hati setiap anak Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai