Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA

MAJLIS KONSULTASI SERI BAGI PELAJAR SPM DAN PT3 2016

BIL CUE ANN CATATAN

1. 09.30 pagi - Ibu bapa, guru-guru dan murid-murid berkumpul di dalam Dewan Titipan Ilmu.

Kata alu-aluan Mencari timba si anak dara,


Pengerusi Di bawah sarang burung tempua,
2. Majlis Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM…
Yang Berusaha …………….
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan …………

1
Sekolah Kluster Kecemerlangan,

Yang Berusaha ……………


Guru Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang Berusaha ………………


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Berusaha ………………..


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Ketua-ketua bidang, barisan pendidik penjana modal insan terbilang, tuan-tuan dan puan-puan para
ibu bapa dan waris serta murid-murid calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan
Pentaksiran Tingkatan Tiga Tahun …….. yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
Salam hormat, salam kasih, salam ukhwah dan salam sehati sejiwa.

2
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya dapat kita berkumpul di dalam Dewan
Titipan Ilmu pada pagi yang penuh barakah ini untuk sama-sama menjayakan satu agenda dalam
acara takwim sekolah iaitu penetapan target bagi murid-murid yang bakal menduduki SPM dan
PT3 pada tahun ini.

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada seluruh warga dewan kerana telah sudi
meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan majlis yang kita rencanakan pada hari ini.

Justeru, menjadi harapan kami warga pendidik agar majlis ini menjadi tonggak bagi memulakan
anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalam meningkatkan lagi mutu pencapaian anak-anak
kita dalam bidang akademik.

Bacaan Doa Hadirin sekalian,

3
Lebat kemiri pohonnya rendah

Dahan terikat tali perkasa

Sepuluh jari kami menadah

Mohon berkat Yang Maha Esa


3.
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita mengaminkan doa yang akan
diketuai oleh ………………..
Dengan penuh takzimnya,dipersilakan.

* Amin amin Ya Rabbal A’lamin. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
………………….. atas pimpinan doa sebentar tadi.

Ucapan Alu- Hadirin yang dikasihi sekalian,


aluan Tuan * Tirai majlis kita pada hari ini akan dimulakan dengan ucapan alu-aluan. Untuk itu, majlis

4
Pengetua menjemput dan mempersilakan,
Yang Berusaha ………………………..
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan ………………..
4.

Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

(Setelah selesai)
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua atas ucapan beliau sebentar tadi.
Warga dewan yang dihormati sekalian,

5. Agenda seterusnya pada pagi ini adalah sesi dialog ibu bapa dan penjaga bersama para guru.
Dalam sesi ini, tuan-tuan akan menerima keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016.
Selepas itu, tuan-tuan dan puan-puan boleh berjumpa dengan guru-guru mata pelajaran untuk
bertanya tentang prestasi anak tuan-tuan.

Sebarang cadangan dan pandangan para waris dan penjaga amat dialu-alukan untuk kebaikan
bersama, malahan juga saranan ini boleh menjadi strategi bagi meningkatkan pencapaian anak-

5
anak dalam peperiksaan PT3 dan SPM pada tahun ini. Insya-Allah.

Penutupan Sebelum tuan-tuan ke sesi dialog , saya selaku wakil pihak majlis dengan rendah dirinya
Majlis menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang khilaf tanpa sedar
sepanjang saya mengendalikan rostrum pengacaraan pada hari ini. Sesungguhnya yang baik itu
datangnya daripada Allah S.W.T , yang kurang itu datang daripada kelemahan saya sendiri.

Buah selasih buah kelubi,


6. Menjadi santapan burung kedidi,
Terima kasih daun keladi,
Bila diundang datanglah lagi.

Sekian, terima kasih.


Wabilahitafikwalhidayah..Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai