Anda di halaman 1dari 4

BIL ACARA SKRIP CATATAN

1 Murid-murid dan Melati kuntum tumbuh melata, Diharapkan


guru berkumpul Sayang merbah di pohon cemara, semua murid
Assalammualaikum mulanya kata, bersedia dan
Ketibaan Perasmi, Saya sembah pembuka bicara. senyap kerana
upacara majlis
akan bermula

2 Alu-aluan Pengacara Bismillahirrahmanirrahim.


Majlis. Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh.

Yang Berbahagia,
Cikgu Suziana binti Marni

Yang Berusaha,
USTAZAH NORMALA BINTI DAIMON, Guru Besar SA Taman
Desa Jaya

Yang Dihormati,
Ustazah Noraini binti Mohamed, Guru Penolong Kanan
Pentadbiran
Ustazah Norafiza binti Kamaruzaman, Guru Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid
Ustaz Azmirul jufri bin juair, Guru Penolong Kanan Ko-
Kurikulum.
Rakan-rakan guru, murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana


dengan izin dan limpah rahmatNya dapat kita berkumpul
pada pagi ini, dalam melaksanakan Majlis Perlantikan
Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Ketua dan penolong
Kelas SA Taman Desa Jaya bagi sesi 2023.

3 Nyanyian Lagu Hadirin diminta berdiri bagi menyanyikan Lagu


Negaraku,Lagu Bangsa Johor dan bacaan selawat tafrijiah

……….nyanyian…………

Hadirin dipersilakan duduk.

4 Bacaan Doa Dari Perlis puspa ku mohon, Ustaz Mohd


Puspa dipilis buat azimat, Izzwan bin
Tangan ditadah doa dipohon, Azizan
Semoga majlis mendapat berkat.

Untuk memberkati majlis kita pada petang ini, majlis


dengan segala hormatnya mempersilakan al-fadhil Ustaz
Mohd Izzwan bin Azizan untuk memimpin bacaan doa.
Majlis mempersilakan
…………………….Bacaan Doa………………

Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih


kepada Ustaz Mohd Izzwan bin Azizan atas bacaan doa itu
tadi, semoga majlis kita akan lebih diberkati dan dirahmati
Allah s.w.t.

5 Ucapan Aluan Hadirin Sekalian, MC


Pengacara Majlis
Tujuan majlis pelantikan pengawas dan ketua kelas ini
diadakan adalah untuk mengiktiraf peranan pemimpin
pelajar dalam menyumbang kepada kejayaan sekolah
disamping menyemai sikap bertanggungjawab terhadap
tugasan yang diamanahkan oleh pihak sekolah. Semoga
dengan penyerahan tugas ini nanti akan menjadikan
mereka pemimpin pelajar yang berdedikasi dan amanah
dalam menjalankan tugas.

6 Ucapan Guru Besar Untuk meneruskan lagi majlis kita pada hari ini, majlis Guru Besar
dengan segala hormatnya menjemput Yang Berusaha
USTAZAH NORMALA BINTI DAIMON, Guru Besar SA Taman
Desa Jaya untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

………….Ucapan guru besar………………….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan


Guru Besar di atas ucapan beliau itu tadi.

7 TAKLIMAT Perasmi
KEPIMPINAN
Buah langsat di tepi busut,
Mari dimuat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati

Meneruskan acara, majlis dengan hormat takzimnya


menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia Cikgu
Suziana binti Marni, dari bahagian Kaunseling dan
Kepimpinan, untuk menyampaikan taklimat kepimpinan.
Dengan hormatnya dipersilakan.

………………….Ucapan perasmian………………………..

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu


Suziana binti Marni di atas penyampaian beliau itu tadi.
Semoga dengan apa yang disampaikan sebentar tadi dapat
kita jadikan ikhtibar dan juga pedoman khususnya buat
anak-anak SATDJ dalam meniti kehidupan sebagai insan
yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
9 Ikrar Pengawas Hadirin sekalian.
Dengan penyerahan watikah pelantikan tersebut, maka
dengan ini rasmilah sudah pelantikan jawatan pengawas
sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, ketua kelas dan
penolong ketua kelas, Sekolah Agama Taman Desa Jaya
ini. Untuk itu, majlis diteruskan dengan menjemput dan
mempersilakanAdik
_________________________________________, untuk
mengetuai bacaan ikrar kepimpinan sekolah. Majlis
mempersilakan.

……………….bacaan ikrar…………………

Terima kasih diucapkan atas bacaan lafaz ikrar sebentar


tadi. Mudah-mudahan dengan lafaz ikrar itu tadi akan
manjadikan barisan pemimpin di sekolah ini lebih komited
dalam menjalankan tugas mereka.

8 Penyampaian sijil Hadirin sekalian,


pelantikan
Kini, tibalah kita pada waktu yang dinanti-nantikan iaitu
majlis penyampaian watikah pelantikan kepada pengawas
sekolah, pengawas pusat sumber sekolah dan ketua dan
penolong ketua kelas

Bagi menyempurnakan pelantikan, majlis dengan ini


menjemput
_________________________dengan diiringi oleh
____________________________untuk menyampaikan
watikah pelantikan. Dipersilakan.

Dipersilakan................
Wakil Pengawas Sekolah :
Wakil PSS :
Wakil Ketua Kelas :

Terima kasih diucapkan kepada


__________________________atas penyampaian watikah
pelantikah itu tadi.

10 Penyampaian Sebagai tanda penghargan daripada pihak sekolah,


Cenderahati Majlis dengan ini menjemput USTAZAH NORMALA BINTI
Perasmi DAIMON, GURU BESAR SATDJ dengan diiringi oleh
USTAZAH NORAFIZA BINTI KAMARUZAMAN, Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid untuk menyampaikan
cenderamata kepada______________________________
sebagai tanda kenang-kenangan daripada pihak sekolah
Dipersilakan.

………penyampaian cenderamata……………

Terima kasih diucapkan kepada _____________________


atas penyampaian cenderamata itu tadi.

11 Penutup & jamuan Dengan penyampaian cenderamata itu tadi, maka


berakhirlah majlis watikah pelantikan jawatan pengawas
sekolah, pengawas pusat sumber sekolah, ketua kelas dan
penolong ketua kelas, Sekolah Agama Taman Desa Jaya
bagi sesi 2023. Pihak majlis merakamkan ucapan terima
kasih kepada semua jawatankuasa serta semua yang
terlibat dalam menjayakan majlis ini.

Sekian wabillahitaufik walhidayah, assalamualaikum wbt.

Majlis bersurai

Anda mungkin juga menyukai