Anda di halaman 1dari 7

MAJLIS RESTU ILMU KOLEJ VOKASIONAL GERIK 2023

HARI : JUMAAAT
TARIKH : 31/3/2023
MASA : 10.00AM – 12.00 PM
TEMPAT : SURAU AL-HIDAYAH, KOLEJ VOKASIONAL GERIK

SALUTASI
Yang Berusaha,
 Puan Hajah Noor Azizah bt Musa ( Pengarah Kolej Vokasional Gerik)
 Tn. Hj. Mohamad Ramli bin Salleh ( Timbalan Pengarah Akademik )
 Encik Sirusmini bin Sidik ( Timbalan Pengarah Sokongan Akademik)
 Puan Norazfida Hanim binti Mohamad Arif ( Ketua Jaminan Kualiti )

Yang Dihormati,
 Ketua-ketua Jabatan
 Ketua-ketua Program
 Jawatankuasa Pelaksana Program
 Barisan Pensyarah
 Ibu Bapa dan Penjaga
 serta para pelajar yang dikasihi sekalian

TEKS MC MAJLIS RESTU ILMU KVG 2023


MASA/CUE TEKS CATATAN
General Mohon perhatian.
**pelajar dan
guru Semua hadirin diminta memenuhkan ruang hadapan surau dalam keadaan 10.15 am
berkumpul berwudhuk kerana kita akan memulakan majlis sebentar lagi dengan solat hajat,
dalam surau bacaan Yassin dan bacaan Surah Al-Kahfi.

Kerjasama hadirin amatlah dihargai.

Solat Hajat, *solat hajat (imam Ustaz Haswazie)


Bacaan *bacaan Yassin (dipimpin oleh Ustaz Mohmad Fadlilah bin Mamat)
Yassin dan *bacaan 10 ayat awal dan akhir surah al-kahfi (Ustaz Mohmad Fadlilah bin 10.30 am
Surah Alkahfi
Mamat)

Aluan MC Sirih berlipat sirih pinang, 11.15 am


Sirih dari pulau mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
Yang Berusaha,
 Puan Hajah Noor Azizah bt Musa ( Pengarah Kolej Vokasional Gerik)
 Tn. Hj. Mohamad Ramli bin Salleh (Tim. Pengarah Akademik )
 Encik Sirusmini bin Sidik (Tim. Pengarah Sokongan
Akademik)
 Puan Norazfida Hanim binti Mohamad Arif ( Ketua Jaminan Kualiti )

Yang Dihormati,
 Ketua-ketua Jabatan
 Ketua-ketua Program
 Jawatankuasa Pelaksana Program
 Barisan Pensyarah
 Ibu Bapa dan Penjaga
 Serta rakan-rakan pelajar yang dikasihi sekalian

Alhamdulillahi robbil ‘alamin, wassolatu wassalaamu ‘alaa asyrofil anbiyai wal


mursaliin, wa ‘ala alihi wa sohbihi ajma’iin.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera, dan Salam


Ramadhan.

Majlis mengucapkan selamat datang kepada semua hadirin ke Majlis Restu Ilmu
untuk pelajar SVM Semester 2 dan Diploma Semester 4 Kolej Vokasional Gerik
bagi tahun 2023.

Terlebih dahulu bagi pihak majlis, kami amat berbesar hati dan mengalu-alukan
kehadiran semua hadirin ke majlis yang penuh barakah ini. Semoga dengan
kesudian hadirin meluangkan masa pada majlis kali ini membolehkan kita duduk
berkumpul dalam ikatan kekeluargaan di samping mendoakan kejayaan para
pelajar yang akan menduduki peperiksaan penilaian akhir nanti.

Ucapan Wakil Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, 11.20 am


Pelajar
Bagi meneruskan majlis kita pada hari ini, saya menjemput dan mempersilakan
Saudara Muhamad Azri Amsyar bin Mohd Azahari selaku wakil pelajar untuk
menyampaikan ucapan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

*ucapan wakil pelajar.

Terima kasih diucapkan kepada Saudara Muhamad Azri Amsyar bin Mohd
Azahari atas ucapan yang sebentar tadi.

Ucapan oleh Pergi ke kota beli selasih, 11.30 am


Pengarah Selasih berasal dari Tanjung Batu,
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan doa iringan restu.

Majlis dilengkapkan lagi dengan ucapan daripada Yang Berusaha Puan Hajah
Noor Azizah binti Musa, Pengarah Kolej Vokasional Gerik.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
*Ucapan Pengarah.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Hajah Noor Azizah binti Musa atas
ucapan sebentar tadi. Semoga setiap kata nasihat dan azimat yang diberikan dapat
dijadikan panduan kepada semua pelajar.

Restu Ilmu Hadirin sekalian, 11.40 am


dan
Cenderahati Kini tibalah kita ke kemuncak aturcara iaitu sesi bermaaf-maafan dan memohon
restu kepada ibu bapa, penjaga dan pensyarah.

Terlebih dahulu pihak majlis meminta anak-anak pelajar memohon kemaafan dan
restu daripada ibu bapa atau penjaga masing-masing supaya diberikan ketenangan
dan kelancaran dalam menjawab soalan penilaian akhir nanti.

*pelajar salam ibu bapa/penjaga

Seterusnya, pihak majlis menjemput semua pensyarah untuk berdiri dibahagian


hadapan surau iaitu sebelah kiri pensyarah lelaki dan pensyarah perempuan di
sebelah kanan saya.

Pihak majlis juga menjemput Puan Hajah Noor Azizah bt Musa dan Puan
Norazfida Hanim bt Muhammad Arif bagi menyampaikan cenderahati kepada
pelajar perempuan dan Tn. Hj. Mohd Ramli bin Salleh dan Encik Sirusmini bin
Sidik bagi menyampaikan cenderahati kepada pelajar lelaki.

Majlis diteruskan dengan sesi restu ilmu anak-anak pelajar bersama pensyarah
yang mengajar mereka pada semester ini khususnya. Semoga anak-anak pelajar
dapat mengambil peluang ini untuk memohon maaf di atas segala khilaf yang
telah dilakukan sepanjang sesi PdP pada sesi ini.

Dengan ini, pihak majlis mempersilakan pelajar-pelajar SVM semester 2 dahulu


untuk berbaris dalam dua barisan iaitu satu barisan pelajar lelaki dan satu barisan
pelajar perempuan di bahagian tengah surau untuk menerima cenderahati dan
bersalam-salaman dengan semua pensyarah.

*pelajar SVM sem 2 salam

Seterusnya dijemput pelajar-pelajar Diploma semester 4.

*pelajar Diploma sem 4 salam

Alhamdulillah selesai sudah sesi restu ilmu kita pada pagi ini. Semoga doa yang
kita panjatkan hari ini dalam bulan yang mulia ini dapat dimakbulkan oleh Allah
s.w.t. agar dipermudahkan segala urusan anak-anak pelajar. Sama-sama kita
doakan moga kejayaan mengiringi mereka di dunia dan akhirat. Amin.
In Sya Allah.
Penutupan Hadirin sekalian, 11.55 am

Di kesempatan ini, saya mewakili jawatankuasa pelaksana mengucapkan jutaan


terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung
dalam menjayakan program pada hari ini. Terima kasih tidak terhingga juga
diucapkan kepada semua ibu bapa dan penjaga dan semua hadirin yang hadir pada
hari ini. Semoga apa yang kita usahakan dapat membuahkan hasil.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.
Saya mewakili seluruh jawatankuasa pelaksana program juga memohon kemaafan
atas kekurangan dan kelemahan kami. Sesungguhnya yang baik itu datang
daripada Allah dan yang khilaf itu datang daripada diri kami sendiri.

Sekian terima kasih.


Hadirin boleh bersurai.

Anda mungkin juga menyukai