Anda di halaman 1dari 5

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS

MALAM BADAR SRiM


2023
MASA TEKS PEMBACA
ALUAN Bismillahirrahmnirrahim.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Yang berusaha Pn Mazlina Bt Abu Bakar


Guru Besar Sekolah Rendah i-Musleh

Yang berusaha, En Ezzat Bin Yahya


Guru Penolong Kanan Pentadiran

Yang berusaha, Encik Abdul Qayyum Yaakob


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang berusaha, Pn Nur Syukriah Bt Sulaiman


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Yang berusaha, En Ahmad Muhsin Mohd Amin


Guru Penolong Kanan Pembangunan Sahsiah Murid

Guru –guru serta murid-murid sekalian.

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, seiringian kita menadah tangah


menzahirkan rasa kesyukuran kehadrat Allah swt
kerana dengan limpah kurnia dan izinnya, dapat kita
dipertemukan bersama dalam Majlis Khatam Quran
Peringkat sekolah bagi tahun 2023

Hadirin sekalian,
Majlis Khatam Quran ini merupakan majlis tahunan
sekolah yang dirangka dan dirancang dibawah Unit
Pembangunan Sahsiah Sekolah Rendah i-Musleh.
Antara objektif diadakan majlis ini adalah bagi
menyemai rasa kecintaan yang mendalam terhadap
Kalam Allah dan seterusnya mengangkat martabat Al-
Quran ke tahap yang lebih tinggi dan dijadikan
petunjuk utama dalam melahirkan insan yang
cemerlang di dunia dan akhirat.

BACAAN Hadirin sekalian,


ALFATIHAH
Bagi memberkati majlis kita pada harini, marilah
bersama kita menadah tangan untuk bacaan doa
pembuka. Al-Fatihah.

MAJLIS Amin amin ya robbal alamin.


KHATAM
Bunga Melur cantik di mata
Disusun Rapi penyeri Anjung
Al-Quran bagaikan intan permata
Al-Quran dijunjung umat disanjung

Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah,

Bagi memulakan majlis Khatam kita, dengan


sukacitanya majlis menjemput barisan murid-murid
khatam quran yang terdiri daripada murid-murid tahun
6 yang dipimpin oleh muallim muhsin untuk
meneruskan majlis.
Dipersilakan.

...............
Sadaqallahul Azim, Benarlah kata kata Allah yang
Mulia

Anak kecil memotong kayu


Kayu dipotong dengan gergaji
Seindah apapun suara lagu
Lebih indah suara mengaji

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


tahniah diatas kejayaan murid-murid dalam
meneruskan tradisi dan martabat Al-Quran. Semoga
mendapat keberkatan dan pengajaran daripadanya.
PEMBERIAN Hadirin sekalian,
CENDERAMATA
Majlis diteruskan lagi dengan acara pemberian
cenderamata penghargaan kepada wakil murid darjah
6 banin yang berjaya khatam quran sepanjang bulan
ramadan dan juga kepada pelajar tahun 1 yang berjay
berpuasa sekurang-kurangnya 20 hari penuh.

Dengan ini , majlis menjemput

Mudirah Mazlina Bt Abu Bakar


Guru Besar Sekolah Rendah i-Musleh

Diiringi dengan ,

Muallim Ahmad Muhsin Mohd Amin


Guru Penolong Kanan Pembangunan Sahsiah Murid

Bagi acara pemberian cenderahati murid-murid yang


terlibat.

Dengan ini, majlis menjemput wakil banin tahun 6


untuk ke hadapan bagi mengambil cenderahati khatam
quran.

....

Seterusnya, penyampaian hadiah bagi tahun 1 yang


berpuasa melebihi 20 hari. Majlis dengan ini
mempersilakan : (sebut nama budak)
1. Sarah nur eisya -1al ikhlas
2. Aufa- 1 al-ikhlas
3. Nawwarah 1al-ikhlas
4. Aneeq erfan 1 an-nas
5. Nayla 1 al-falaq
6. Nurul mona 1 al-falaq
7. Wan hanna azra 1 al-ikhlas
8. Afeefa dalila 1 annas
9. Inara amanda 1 annas
10. Nur iman zahirah 1 annas
11.Wardatul husna 1 annas
12.Ainul solehah 1 annas
13.Nur qaid islam 1 annas
14.Fatih 1 annas

PEMBERIAN Alhamdulillah selesai sudah penyampaian hadiah bagi


DUIT RAYA murid-murid terlibat.

Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan pemberian


duit raya kepada setiap kumpulan mento-mentee tahap
2. Penyampaian ini adalah sebagai bentuk apresiasi
terhadap murid-murid tahap 2 yang berjaya
menghabiskan 30 juzu’ Al-quran sepanjang bulan
ramadan mengikut kumpulan tadarrus masing-masing.

Dengan ini, majlis menjemput wakil mentee untuk ke


hadapan bagi menerima cenderahati. Bagi mentee
yang pertama adalah daripada Muallim....seterusnya ...
(Sebut nama mentor)
1. Marzuki
2. Qayyum
3. Muhsin
4. Intan
5. Halimatun Mardiana
6. Farah ain
7. Marliana
8. Aisyah
9. Maisarah
10.Syukriah
11.Hafizah
12.Zalina
UCAPAN GURU Terima kasih diucapkan kepada mudirah mazlina atas
penyampaian sebentar tadi.

Untuk pengetahuan hadirin, majlis kita pada hari ini


hampir tiba ke penghujungnya.

Tetapi sebelum itu , majlis menjemput Muallim


Muhsin, ketua Unit Pembangunan Sahsiah bagi
menyampaikan tazkirah beliau.

Dengan penuh takzimnya, majlis mempersilakan.

Majlis ingin merakamkan setinggi-tinggi perhargaan


dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang
telah bersama-sama menjayakan dan memeriahkan
PENUTUP majlis pada hari ini.

Kalau ada jarum yang patah,


Jangan disimpan didalam peti,
Khatam Quran selesailah sudah
Jumpa lagi di lain kali.
Sekian sahaja daripada saya. Wabillahi Taufik Wal
Hidayah Wassalamual aikum Warah matulla hi
Wabarakatuh... kita tangguh majlis kita pada harini ini
dengan tasbih kiffarah dan surat alasr.
assalamualaikum dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai