Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum................

Alhamdulilah, setinggi-tinggi lafaz kesyukuran ke hadrat AllahS.W.T kerana


dengan izin dan limpah hidayahnya jua, dapatkita sama-sama berhimpun di
Dewan sri perkasa pada pagi yang barakah ini bagi menjayakan ”Majlis Khatam
Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2017”.
Hadirin hadirat yang dimuliakan. Majlis Khatam Al-Quran merupakan salah
satu agenda tahunan pihak sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan murid-
murid dalam bidang Tilawah Al-Quran seterusnya melahirkan sahsiah murid-
murid yang seimbang duniawi dan ukhrawi.
Majlis ini juga merupakan satu kesinambungan bagi menjadikan amalan
membaca Al-Quran sebagai satu budaya . Mudah-mudahan segala yang kita
laksanakan dengan penuh keikhlasan akan membuahkan hasil dan diberkati
Allah jua. InsyaAllah..

1.  Bacaan Doa
Hadirin hadirat yang dikasihi sekalian..Pembuka tirai majlis pada pagi ini,
dipersilakan Al-Fadhl Ustz Aisamuddin bagi memimpin bacaan doa.
Dipersilakan..
Amin amin yarabbal alamin..Terima kasih diucapkan kepada  Al-Fadhl Ustz
Aisamuddin atas bacaan doa itu tadi...
2.  Ucapan alu-aluan Guru Besar
Aturcara majlis pada pagi ini, dimulai dengan ucapan alu-
aluanoleh Tuan Guru Besar SK KEM EN WAN GHAZALI BIN WAN
MAT. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.
-      UCAPAN –
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada  EN WAN GHAZALI
BIN WAN MAT atas ucapan beliau  sebentar tadi.

3.  Majlis Khatam Al-Quran


Hadirin hadirat yang dimuliakan, Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah pada
tahun ini dimulakan. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan Ustz ROSDI bagi memimpin Majlis Khatam Al-Quran.
Dengan segala hormatnya dipersilakan...
-MAJLIS KHATAM BERMULA –  
Alhamdulilah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran beramai-ramai oleh
sesi 2017. Tahniah diucapkan.

4.  Penyampaian Cenderahati dan Sijil.


Seterusnya, sampai kita pada acara penyampaian cenderahati dan sijil kepada
murid-murid khatam Al-Quran. Pada tahun in seramai ______
orang  berjaya khatam Al-Quran. Majlis dengan ini mempersilakan dengan
segala hormatnya Yg Berusaha EN WAN GHAZALI BIN WAN Mat bagi
menyempurnakan majlis. Dengan segala hormatnya dipersilakan..
-PENYAMPAIAN CENDERAHATI-
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yg Berusaha En. WAN
GHAZALI kerana sudi menyempurnakan majlis.

5  Penutup
Hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian. Dengan
berakhirnya majlis penyampaian cenderahati berkenaan maka Majlis
Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Tahun 2017 menutup tirai. Majlis
ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima
kasih tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan majlis ini.Terima kasih juga atas sokongan semua ibu
bapa yanghadir ke majlis ini pada kali ini. Tidak lupa,
tahniah juga kepada semua murid yang berjaya Khatam Al-Quran
dengan jayanya.

Anda mungkin juga menyukai