Anda di halaman 1dari 6

Teks Pengacaraan Majlis Khatam Al-Quran 2022/2023

1 Februari 2023

MUKADIMAH - NORAZILAH

‫ و بركاته‬ ‫ هللا‬ ‫ ورحمة‬ ‫ عليكم‬ ‫السالم‬.‫ الرحيم‬ ‫بسم هللا الرحمن‬.

Yang  berusaha, Encik Zainuddin bin Mamat, Guru Besar  Sekolah 


Kebangsaan  Pangkal Jenereh,

Yang  dihormati, Encik Mohd Fadzil bin Mustafa, Penolong Kanan


Pentadbiran,

Puan Rasma Suzieana bt Ismail, Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid,

Encik Iskandar bin Ismail, Penolong Kanan Ko-Kurikulum,

Rakan-rakan guru, ibubapa seterusnya

Yang dikasihi, anak-anak murid Tahun 6 sekalian..

****(Selamat datang dan terima kasih diucapkan kepada Yang


berbahagia Ustaz Shariff Al- Azhari atas kesudian menerima undangan
ke Majlis  Khatam  Al-Quran  bagi tahun 2022/2023..))

ALU-ALUAN- NORAZILAH

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa


kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Tinggi kerana
dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam  Majlis 
Khatam  Al-Quran  ini.
Mudah-mudahan hasrat untuk melahirkan generasi yang cintakan al-
Qur’an dapat direalisasikan melalui program-program sebegini.

BACAAN DOA- SAIFULLAH

Zikir Munajat Pembersih jiwa


Doa dipohon menjana taqwa

Bagi memberkati majlis kita pada  pagi  ini, marilah kita sama-sama
menadah tangan penuh kehambaan kepadaNya....,

Untuk itu, majlis mempersilakan Ustaz


______________________________untuk memimpin bacaan doa.....

Dipersilakan.

#########

Amin..ya rabbal alamin


Majlis mengucapkan ribuan  terima kasih atas pimpinan bacaan doa itu
tadi..Semoga majlis kita mendapat keberkatan dan lindungan Allah
SWT.

UCAPAN GURU BESAR- SAIFULLAH

Hadirin  sekalian,

Seterusnya majlis mempersilakan Yang berusaha, Encik Zainuddin bin


Mamat, Guru Besar  Sekolah  Kebangsaan  Pangkal Jenereh,

untuk menyampaikan ucapan alu-aluan serta merasmikan majils


penutupan Khatam Al-Quran Peringkat Sekolah Kebangsaan Pangkal
Jenereh 2022/2023....
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

#########

Majlis merakamkan ucapan  ribuan terima kasih  atas ucapan alu-aluan


dan majlis perasmian penutup sebentar tadi.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN- NORAZILAH

Hadirin  sekalian,

Seterusnya  dipersilakan  Al-Fadhil Ustaz Mohd Faizul bin Mohd Badri


dan Ustaz Shariff Al Azhari  untuk  memimpin  Majlis  Khatam  Al-
Quran  kita  pada  hari  ini..

 Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

######### 

Alhamdulillah, selesai  sudah  Majlis  Khatam  Al-Quran  kita  pada  hari 


ini.Namun, majlis  kita  masih  belum  selesai.

PENYAMPAIAN SIJIL- NORAZILAH

Acara  seterusnya  ialah  penyampaian  sijil  khatam  al-Quran  bagi 


murid-murid  Tahun  6  yang  telah  selesai  mengkhatam  Al-Quran.
Majlis  dengan  berbesar  hati  mempersilakan  Yang  berusaha Encik
Zainuddin bin Mamat, Guru Besar  Sekolah  Kebangsaan  Pangkal
Jenereh untuk  menyampaikan  sijil  tersebut. Dengan  segala 
hormatnya  dipersilakan.
Dipersilakan  murid tahun 6 Ar Rahim untuk menerima sijil.

SAIFULLAH

Dipersilakan  murid tahun 6 ArRahman untuk menerima sijil.


Majlis  merakamkan  ucapan  jutaan  terima  kasih  kepada  Yang 
berusaha  Encik Zainuddin bin Mamat  atas  kesudian 
menyempurnakan  penyampaian  sijil  sebentar  tadi.

CENDERAHATI- NORAZILAH

Sebagai  tanda hati ikhlas  daripada  pihak  majlis, dipersilakan  Yang 


berusaha  Encik Zainuddin bin Mamat menyampaikan  tanda  hati 
kepada  Al-fadhil …………………………………..………….Majlis 
Khatam  Al-Quran  pada  hari  ini .Dipersilakan.

######### 

Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha Encik Zainuddin bin


Mamat  atas  kesudian  menyampaikan  tanda  hati  sebentar  tadi.

PENUTUP- SAIFULLAH

Alhamdulillah, majlis  kita  sudah  sampai  di penghujungnya.Saya


mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis  Khatam al-Qur’an
Program Panitia Agama Islam Tahun 2022/23, ingin mengungkapkan
ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
dalam menjayakan majlis kita pada hari ini samada secara langsung
mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh keberkatan daripada-
Nya, insya Allah.

Dikesempatan ini, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada


salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.

Marilah sama-sama kita akhiri majlis kita pada hari ini dengan membaca
tasbih kaffarah dan surah al-`Asr.
Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu
`alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.

Anda mungkin juga menyukai