Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN IHYA RAMADAN, KHATAM ALQURAN DAN

PENYAMPAIAN SUMBANGAN AIDILFITRI (28 APRIL 2022)

Bismillahhirrahmannirrahim
1. Yang berusaha En. Mohamad Rodzi B. Shafii, Pengetua SMK Bandar Puchong
Jaya (B)
2. Yang berusaha barisan Guru Penolong Kanan
3. Guru-guru Kanan Mata Pelajaran
4. Guru-guru
5. Seterusnya....para murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum w.b.t

Hadirin-hadirat yang dirahmati Allah sekalian,

Di majlis yang permai ini, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran


kehadrat Illahi kerana dengan izin serta limpah rahmat-Nya kita diberikan
kekuatan dan kelapangan masa untuk sama-sama menjayakan  majlis khatam
Aluan al-quran dan sumbangan Aidilfitri pada tahun ini bersempena juga dengan dan
majlis penutupan program ihya’ Ramadan SMK Bandar Puchong Jaya (B) bagi
tahun 1443 hijrah ini.

Hadirin-hadirat sekalian
Membaca dan mempelajari Al-Quran di bulan yang mulia ini sangatlah besar
ganjarannya. Oleh itu, warga SMKBPJB tidak ketinggalan untuk membaca Al-
Quran secara berkumpulan bagi mendapat manfaat bersama. Di mana kita telah
melaksanakan tadarus al-Quran setiap hari sebagai salah satu program ihya
ramadan kali ini. Sebagai penutup pada hari ini kita juga telah selesai
mengadakan majlis khatam Al-Quran sebentar tadi. Terima kasih di atas alunan
ayat2 al-quran tadi. Untuk makluman semua hadirin, majlis khatam Al-Quran
tadi dibawah pimpinan En. Mohd Badrul Hajjad B. Mohd Din.

Lampu neon penyeri malam,


Malam syahdu sambut lebaran,
Cantik di mata indah di dalam,
Hiasan rumah bacalah Al-Quran.

Hari redup udarapun nyaman,


Duduk berehat di taman kekwa,
Al-Quran dibaca jadi pedoman,
Pelita dunia menuju taqwa.

Bacaan doa Majlis diteruskan dengan bacaan doa yang akan dimpimpin oleh En.
Mohd Badrul Hajjad B. Mohd Din. Dipersilakan.

Ucapan Amin..ya rabbal alamin..Terima kasih atas pimpinan bacaan doa sebentar tadi.
perasmian
penutup ihya Warga SMKBPJB yang dikasihi,
ramadan
Majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan yang berusaha 
En. Mohamad Rodzi B. Shafii, pengetua, untuk menyampaikan ucapan
seterusnya menyempurnakan upacara penutupan program ihya’ ramadan
2022/1443H
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.
*********************************Ucapan
Perasmi***********************************************
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih Yang
berusaha tuan pengetua atas ucapan dan penyempurnaan perasmian penutup
program ihya’ ramadhan 2022 sebentar tadi.

Penyampaian Guru-guru dan para murid sekalian,


hadiah khatam
al-quran dan
sumbanagn Majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian cenderahati kepada peserta
eidilfitri khatam al-quran pada hari ini.

Sehubungan dengan itu, majlis dengan segala hormatnya sekali mempersilakan


Pn. Suzrailin selaku penyelaras program Ihya Ramadan pada kali ini untuk
menjemput dan mengiringi  Yang berusaha tuan Pengetua, bagi
menyempurnakan penyampaian hadiah.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.................................

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kuiz celik Ramadan,


Dipersilakan .............................................

Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian sumbangan Aidilfitri


kepada para murid.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan..........

Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua atas kesudian menyempurnakan


majlis sebentar tadi.
Bersurai Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah

Dengan berakhirnya pemberian sumbangan sebentar tadi, maka majlis sudah


sampai kepenghujungnya

Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan


Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi

Dikesempatan ini juga, saya mewakili guru-guru semua merakamkan sekalung


penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung dalam menjayakan program ihya’ ramadhan  pada tahun  ini.
Saya juga selaku pengerusi majlis memohon ribuan kemaafan andai ada salah
dan silap sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.

Selamat bercuti dan selamat hari raya aidilfitri kepada semua……

Anda mungkin juga menyukai