Anda di halaman 1dari 2

Selamat pagi dan Salam sejahtera.

Yang berusaha Puan Kumutha, Guru Besar SJK(T) Natesa Pillay, Barisan guru-guru kanan,
guru-guru dan rakan-rakan pelajar.
Perhimpunan khas pada pagi ini adalah bertujuan untuk Pelancaran Sambutan Bulan
Kemerdekaan peringkat sekolah bagi tahun 2020.

Bagi memulakan acara pada hari ini, diminta semua guru dan murid bersedia untuk
menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak dan lagu sekolah.

Hadiran yang dimuliakan,


Seterusnya bacaan doa yang akan dibacakan oleh
………………………………………………………………………………
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasi kepada


…………………………………………………………atas bacaan doa itu tadi.

Hadiran yang dimuliakan,


Seterusnya bacaan ikrar yang akan dibacakan oleh
………………………………………………………………………………………………………….
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasi kepada


…………………………………………………………atas bacaan ikrar itu tadi.

Hadirin-hadirat yang dihormati,


Majlis diteruskan, dengan acara gimik pelancaran bulan Kemerdekaan 2020. Bagi
melaksanakan majlis ini, majlis menjemput: Puan Guru besar, Penolong Kanan Pentadbiran
dan Penolong kanan HEM. Dipersilakan
Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasi kepada Puan Guru besar, Penolong Kanan
Pentadbiran dan Penolong kanan HEM.

“Malaysia Prihatin” merupakan tema sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini.


Majlis diteruskan lagi, dengan menjemput Yang Berusaha Puan Kumutha Guru Besar
SJK(T) Natesa Pillay untuk menyampaikan sepatah dua kata seterusnya merasmikan
Program Sambutan Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2020.
Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Puan Guru Besar kerana sudi menyampaikan ucapan
dan menyempurnakan perasmian sebentar tadi sebentar tadi.

Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan nyanyian Lagu Tema Sambutan Kemerdekaan “Malaysia
Prihatin” dan beberapa buah lagu patriotik. Untuk itu, para guru dan murid-murid diminta
untuk berdiri bagi sama-sama menyanyikan lagu. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas nyanyian itu tadi.

Hadirin yang dihormati,


Dengan berakhirnya aktiviti nyanyian itu tadi, maka berakhirlah majlis pelancaran bulan
kemerdekaan kita pada hari ini. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai