Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS SAMBUTAN MUHIBBAH AIDILFITRI 2016

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat Dato’ Hj. Mahmud b. Zakaria (Ahli Dewan
Undangan Negeri Kawasan Sungai Acheh) bersama isteri
……………………………………………. diiringi oleh dif-dif kehormat, Tuan Haji
Zainol Abidin b. Husain (Guru Besar Sek. Keb. Sungai Acheh), barisan Penolong
Kanan, AJK2 PIBG dan AJK2 Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan.

Bismillahirrahmanirrahim Alhamdulillahirabbila’lamin Wassolatuwassalamua’la


Ashrafilan’biya Iwalmursalin Waa’la alihi Wasohbihi Ajmain

● Yang Berhormat Dato’ Hj. Mahmud b. Zakaria (Ahli Dewan Undangan Negeri
Kawasan Sungai Acheh) bersama isteri …………………………………………….,

● Yang Berusaha Tn. Hj. Zainol Abidin b. Husain (Guru Besar Sek. Keb. Sungai
Acheh)

Yang dihormati,

● Pn. Roslina bt. Hasan (Guru Penolong Kanan Pentadbiran)

● Pn. Iliana bt. Madh Isa @ Md. Isa (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

● En. Mohd. Zulhilmi b. Hamdi (Guru Penolong Kanan Kokurikulum)

● En. Zainol b. Yusoff (Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas)

● ……………………………………………… (Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sek.


Keb. Jawi)

● En. Azman b. Mastor (Yang Dipertua PIBG SK Sungai Acheh)

● Pn. Norhayati bt. Mat Sin (Naib Yang Dipertua PIBG SK Sungai Acheh)

● En. Mohd. Zaini b. Harun (Yang Dipertua PIBG Pendidikan Khas merangkap AJK
PIBG sekolah)

● AJK2 PIBG

● ……………………………………………………… (Pengurus Beras Juara Sdn. Bhd.)

● …………………………………………………………………… dan
……………………………………………… (polis)

● barisan guru dan staf Sek. Keb. Sungai Acheh, hadirin hadirat serta murid 2 yang
dikasihi sekalian.

Assalamualaikum wth….. salam sejahtera, salam perpaduan dan salam 1 Malaysia.


Bersongkok bersampin segak berseri
Berbaju kurung anggun jelita
Majlis Sambutan Muhibbah Aidilfitri
Bersamalah kita meraikannya

Kuih bahulu tradisi kita


Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita
masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal setelah sebulan
Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-sama dapat berkumpul di
Dewan .......................... yang ceria ini untuk meraikan majlis Sambutan hari raya
Aidilfitri bagi tahun 2016.

DOA
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian

Majlis sambutan hari raya Aidilfitri ini, kita mulakan dengan munajat doa memohon
restu dari yang maha Esa. Majlis mempersilakan
Ustaz ................................................... bagi memimpin pembacaan doa. Dipersilakan
al-fadzil ustaz.


terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi.
Semoga majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha Agung.

UCAPAN GURU BESAR


Hadirin hadirat, murid2 yang dikasihi sekalian,

Lemang dihidang enak rasanya


Nasi arab pilihan kita
Bingkisan kata bingkisan raya
Dijemput tuan Guru Besar bermadah kata

Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan Yang
Berusaha Tn. Hj. Zainol Abidin b. Husain (Guru Besar Sek. Keb. Sungai Acheh)
untuk menyampaikan sepatah dua kata.
Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Guru Besar.

UCAPAN YANG BERHORMAT DATO’


Hadirin dan hadirat yang saya muliakan,

Lemang dihidang enak rasanya


Nasi arab pilihan kita
Bingkisan kata bingkisan raya
Dijemput Yang Berhormat Dato’ bermadah kata

Majlis seterusnya dengan segala sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang


Berhormat Dato’ Hj. Mahmud b. Zakaria (Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan
Sungai Acheh) untuk menyampaikan ucapan sempena majlis sambutan Muhibbah
Aidilfitri pada pagi yang berbahagia ini. Dengan segala hormat dan sukacitanya
majlis mempersilakan.

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ atas ucapan
yang disampaikan sebentar tadi.

PERSEMBAHAN

Awan bersua citra berkisah


Ukiran sukma kilauan kelisa
Sambil berbual jalinkan ukhwah
Persembahan pelajar ceria acara

Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara lagu-lagu raya yang akan
didendangkan oleh murid2 Sek. Keb. Sungai Acheh.

{1}
Majlis dimulakan dengan persembahan nyanyian berkumpulan oleh adik2 dari kelas
Prasekolah Melur dan Mawar dengan dendangan lagu ‘Suasana Hari Raya’. Untuk
itu, majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada adik2 dari kelas Prasekolah Melur dan Mawar.

{2}
Majlis kini akan diserikan pula dengan 2 buah persembahan oleh adik2 dari kelas
persembahan dengan disertai oleh gabungan suara dari
adik ...................................................... dari kelas ...... Mereka akan mendendangkan
2 buah lagu iaitu ‘Suasana Hari Raya’ dan ‘Berikan Masa’. Dengan segala
sukacitanya majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada adik2 dari kelas Pendidikan Khas serta
adik ........................................

{3}
Untuk persembahan seterusnya, majlis sekali lagi mempersilakan
adik .................................................. bersama
rakannya ...................................................... untuk mendendangkan lagu duet
‘Sudahku Tahu Raya’. Dengan sukacitanya majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada __________________________

{4}
Bagi meneruskan persembahan, dipersilakan murid2 dari kelas 5 Jujur dengan
persembahan nyanyian berkumpulan mereka yang bertajuk ‘Hang Pi Mana Raya’.
Untuk itu, majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada adik2 dari kelas 5 Jujur atas persembahan itu tadi.

{4}
Bagi mengakhiri persembahan sempena Sambutan Aidilfitri pada kali ini, majlis
sekali lagi mempersilakan penyanyi berbakat SKSA,
adik ..................................................... untuk naik ke pentas bagi mendendangkan
nyanyian lagu ‘Musafir di Aidilfitri’ dengan diiringi alunan petikan gitar oleh En. Zainol
b. Yusoff (Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas). Dengan segala hormat dan
sukacitanya majlis mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada adik Aidil dan En. Zainol atas persembahan yang
begitu mengasyikkan sebentar tadi.

Demikian tadi berakhirnya persembahan murid. Terima kasih sekalung budi


diucapkan kepada semua murid2 yang menjayakan persembahan itu tadi.

PENUTUP
Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil kesempatan
waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan bunga terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan majlis sambutan Hari Raya
Aidilfitri peringkat sekolah ini dapat dilangsung dengan meriahnya. Terima kasih juga
diucapkan kepada semua pelajar atas kerjasama yang diberikan bagi
mengharmonikan majlis ini.

Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Anda mungkin juga menyukai