Anda di halaman 1dari 10

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Yang Berusaha Tn Hj Tahrim B Abu Othman, Guru besar SKKJ.

Pen. Kanan pentadbiran Tn Hj Radin Mohd Mokhtar b. Radin


Mahfudz ,Pen. Kanan HEM Pn hjh Azizzah bt ariffin, Pen kanan
Kokurikulum Pn. Hjh Siti Rodah bt Mualip, yang diraikan Mantan Pen
Kanan HEM En Abu Khir b. Bukhari,serta guru-guru sekalian.

Selamat datang diucapkan kepada semua yang sudi hadir pada Majlis
Jamuan Awal Tahun & Jamuan Perpisahan Kelab Staff tahun 2010.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Terima kasih dan tahniah saya ucapkan kepada semua kerana berjaya
hadir dan melapangkan masa ke majlis kita pada hari ini.

Hadirin sekalian,

Seterusnya marilah kita sama-sama menadah tangan, membaca doa,


memohon keberkatan dan keredhaan Ilahi dari awal ke penghujung
majlis pada hari ini. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Ustaz
Mohd Rusdi bin Ahmad Mahir untuk melafazkan doa. Dipersilakan.

BACAAN DOA.
Majlis merakamkan serangkaian terima kasih atas bacaan doa
itu tadi. Semoga majlis jamuan pada kali ini berjalan dengan lancar
dan sempurna dan diberkati dari awal hingga keakhirnya. Insyaallah.

Hadirin sekalian,

Terlebih dahulu marilah kita memanjatkan kesyukuran kepada Allah


S.W.T  kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita berhimpun pada
hari ini untuk menyempurnakan Jamuan Awal Tahun & Jamuan
Perpisahan, yang semestinya amat bermakna kepada semua.

Pihak kelab staff berharap majlis pada petang ini dapat merapatkan
lagi ukhwah di antara kita.
Hadirin sekalian,

Marilah kita sama-sama pula mendengar ucapan pembukaan daripada


Pengerusi Kelab Staff SK Khir Johari, En. Mohd Yusli bin. Mohd Zain.
Majlis dgn sgla hormatnya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada En. Mohd Yusli di atas ucapan itu tadi.

Seterusnya marilah kita tumpukan minda untuk menghayati ulas-ulas


bicara sekuntum kasih dari nadi penggerak kegemilangan SK Khir
Johari iaitu Tn Hj Mohd Tahrim b Abu Othman Guru Besar Sk Khir
Johari. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

UCAPAN GURU BESAR.


Serangkaian terima kasih disemarakkan kepada Tn Hj Mohd Tahrim b
Abu Othman diatas untaian kata-kata itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian.


Kini majlis dengan penuh rasa bangga mempersilakan Yang diraikan…
En. Abu Khair b. Bukhari, Mantan Penolong Kanan HEM merangkai
kata mengulas bicara buat kita semua.Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Pihak majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada En. Abu Khair
atas kesudian beliau mengukir bicara dan melapangkan masa pada
petang ini.
Dengan itu, Majlis dengan sukacita menjemput Tuan Guru Besar
dengan diiringi oleh Pengerusi Kelab Staff En. Yusli b. Mohd Zain untuk
menyampaikan cenderahati Perpisahan kepada En. Abu Khair bin
Bukhari.dipersilakan.

Terima kepada Guru Besar kerana sudi menyampaikan cenderahati itu


tadi.

Hadirin sekalian,
Sekarang tibalah kita ke acara kemuncak pada petang ini. Sebelum
kita memulakan jamuan pada petang ini, saya menjemput sekali lagi,
Ustaz Mohd Rusdi bin Ahmad Mahir untuk membacakan doa makan.
Dipersilakan.

Terima Kasih kepada Ustaz Rusdi. Dijemput kepada semua hadirin


untuk menjamu selera.

AKHIR>>

Terima kasih di atas kerjasama semua guru-guru. Semoga kita dapat


berjumpa lagi pada jamuan yg akan datang. Maafkan juga segala
salah silap saya sepnjg mengacarakan majlis pada hari ini. Sekian,
terima kasih.
Dengan itu dijemput
…………………………………………………………………………………………………..bagi
mengiringi ……………………………..…………………………………………………………
untuk menyampaikan anugerah kepada murid PraSekolah.
Penyampaian dimulakan dengan graduan PraElit yang dibimbing oleh
Cikgu Mohd Azhar b Madar. …..(rujuk senarai)

Terima kasih diucapkan kepada ……………..


………………………………………………………..kerana sudi menyampaikan hadiah.

Untuk graduan PraDinamik pula, dijemput


…………………………………………………………………………………………………
Mengiringi ……………………………………………………………………………………………..
Untuk menyampaikan anugerah kepada mereka.
PraDinamik dibimbing oleh Cikgu Rabiatuladawiyah…(rujuk senarai)

Terima kasih diucapkan kepada ……………..


…………………………………………..kerana sudi menyampaikan hadiah.

Seterusnya Anugerah 10 kedudukan terbaik Dalam Darjah. Untuk


pengetahuan hadirin, kedudukan dikira berdasarkan pencapaian ujian
akhir tahun yang telah dijalankan baru-baru ini.
Dimulakan dengan darjah ……… Dengan itu dijemput
………………………………………………………………………………….mengiringi
…………………………………………………………………….. untuk menyampaikan
anugerah…….(Rujuk Senarai)

Terima kasih diucapkan kepada ……………..


………………………………………………………………..kerana sudi menyampaikan
hadiah.
Hadirin hadirat sekalian,
Majlis dimeriahkan lagi dengan menyaksikan persembahan
Action Song dari murid-murid tahun 3. Marilah kita bersama-
sama menyaksikan persembahan hebat ini. Dipersilakan.

Begitulah tadi persembahan dari murid-murid tahun 3 itu tadi. Untuk


pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, anak-anak tahun 3 ini telah
mewakili Daerah Hilir Perak ke pertandingan Karnival Bhs
Inggeris peringkat Negeri yang telah diadakan pertengahan tahun
ini. Mereka telah telah dibimbing oleh cikgu KirenDesh Kaur dan Cikgu
Erni Haryanti. Terima kasih diucapkan.
Para Hadirin,
Majlis diteruskan dengan penyampaian Anugerah Mata Pelajaran
Terbaik.
Dengan itu dijemput
…………………………………………………………………………………………………..bagi
mengiringi ………………….…………………………………………………………… untuk
menyampaikan anugerah.
Bagi penerima tahun 1 …………………………………………………………..
(rujuk senarai)

Terima kasih diucapkan kepada ……………..


…………………………………………..kerana sudi menyampaikan hadiah.

Seterusnya ialah penyampaian bagi Anugerah Lonjakan Saujana.


Lonjakan Saujana bererti peningkatan ketara yang ditunjukkan oleh
murid sehingga ke akhir tahun.
Dengan itu dijemput
…………………………………………………………………………………………………..bagi
mengiringi ………………….………………………………………………………… untuk
menyampaikan anugerah. (rujuk senarai)

Majlis mengucapkan setinggi terima kasih kepada


……………………………………………….……………………………………..kerana sudi
menyampaikan hadiah.

Seterusnya ialah penerima Anugerah Bunga Raya. Anugerah bunga


raya diberi khusus kepada murid-murid kelas pemulihan yang
dibimbing oleh Pn Hjh Atikah Bt Ibrahim. Murid-murid ini berpotensi
untuk meraih kejayaan dalam bidang kurikulum seterusnya mampu
bersaing dengan rakan-rakan yang lain. Sebagai pembakar semangat,
disampaikan Anugerah Bunga Raya kepada mereka.

Dengan itu dijemput


…………………………………………………………………………………………………..bagi
mengiringi ………………….………………………………………………………… untuk
menyampaikan anugerah bunga raya. (rujuk senarai)

Majlis mengucapkan setinggi terima kasih kepada


……………………………………….……………………………………..kerana sudi
menyampaikan hadiah itu tadi.
Tuan puan yang dihormati,
Marilah kita berehat dengan menumpukan perhatian dengan
menyaksikan persembahan tarian rampaian traditional dari
murid-murid prasekolah. Saksikan lah bersama-sama
persembahan hebat ini. Dipersilakan.

Begitulah persembahan hebat dari murid-murid prasekolah itu tadi.


Kita telah lihat betapa cergas dan aktifnya anak-anak kita
mempersembahkan tarian buat kita semua. Untuk pengetahuan tuan-
tuan dan puan-puan, anak-anak kecil ini telah menjuarai Karnival
PraSekolah Zon 5 yang telah diadakan pada bulan……………….. yg lepas.
Mereka telah dibimbing oleh cikgu Mohd Azhar B Madar. Terima kasih
diucapkan.

Majlis disambungkan dengan penerima Anugerah UPSR bagi tahun


2007 & 2008. Untuk pengetahuan hadirin yang mulia, SK Khir Johari
telah berjaya memperoleh seramai 16 orang murid yang mendapat 5A
dalam UPSR bagi tahun 2007. Oleh itu, pihak sekolah telah berbesar
hati untuk memberi anugerah kepada mereka.

Dengan itu dijemput


…………………………………………………………………………………………………..bagi
mengiringi ………………….………………………………………………………… untuk
menyampaikan anugerah UPSR 2007. (rujuk senarai)

Majlis mengucapkan setinggi terima kasih kepada


……………………………………….……………………………………..kerana sudi
menyampaikan hadiah.

Bagi Anugerah UPSR 2008 pula iaitu bagi tahun ini, SKKJ telah
memperoleh seramai ……………………….. yang berjaya mendapat 5A ,
dan seramai …………… yang mendapat 4A 1B dalam UPSR 2008.

Jesteru itu, bagi menghargai kejayaan mereka, dijemput


………………………………………………………………………………………..
Mengiringi ………………………………………………………………………………………
Untuk menyampaikan hadiah kepada mereka.

Majlis mengucapkan setinggi terima kasih kepada


……………………………………….……………………………………..kerana sudi
menyampaikan hadiah.
Hadirin yang dihormati sekalian.
Majlis diteruskan dengan penyampaian bagi anugerah Peringkat
Kebangsaan dan Negeri.

Dengan itu dijemput


…………………………………………………………………………………………………..bagi
mengiringi ………………….………………………………………………………… untuk
menyampaikan anugerah.
Bagi penerima anugerah peringkat negeri,
dijemput…………………………………………………………………………….
(rujuk senarai)

Majlis mengucapkan setinggi terima kasih kepada


……………………………………….……………………………………..kerana sudi
menyampaikan hadiah.

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,


Marilah kita saksikan persembahan terakhir pada majlis ini iaitu
persembahan kompang selawat yang akan disembahkan oleh murid-
murid tahun 4.
Majlis mempersilakan.

Begitulah persembahan dari pasukan kompang SKKJ itu tadi. Untuk


pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, persembahan itu tadi telah
dibimbing oleh Ustzh Hairunnisa, Cik Siti Mariam dan cikgu Shahrul
Bahtiar. Hasilnya, pasukan kompang itu tadi telah berjaya mewakili
Zon ke peringkat Daerah dengan mendapat naib johan. Tahniah kasih
diucapkan.

Hadirin sekalian,
Majlis diteruskan dengan penerima Anugerah Tokoh Sahsiah.
Bagi menyempurnakan penyampaian anugerah ini, majlis dengan
hormatnya menjemput …………………………………………………………………….
Mengiringi ……………………………………………………………………………………….
Untuk menyampaikan anugerah.
Beliau adalah seorang murid yang sentiasa membantu guru, sentiasa
mematuhi segala peraturan sekolah, beramah mesra bersama rakan
taulan dan guru, disenangi oleh seluruh warga sekolah. Penerima
Anugerah Tokoh Sahsiah bagi tahun 2008 disandang oleh
adik……………………………………………………………………………………………..
Syabas diucapkan.

Majlis mengucapkan setinggi terima kasih kepada


……………………………………….……………………………………..kerana sudi
menyampaikan hadiah.

Bagi Anugerah Kokurikulum pula, dipersilakan


……………………………………………………………………. Mengiringi
………………………………………………………………………………………. Untuk
menyampaikan anugerah.
Beliau telah mewakili sekolah ke……………

Penerima Anugerah Kokurikulum bagi tahun 2008 diberi kepada adik


………………………………………………………………………………………
tahniah diucapkan.
Majlis mengucapkan setinggi terima kasih kepada
………………………………………….……………………………………..kerana sudi
menyampaikan hadiah.

Hadirin yang dihormati,


Seterusnya ialah penyampaian Anugerah tokoh NILAM.
Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput
……………………………………………………. Mengiringi
………………………………………………………. Untuk menyampaikan anugerah.
Beliau telah membaca sebanyak ………… buah buku. Anugerah ini
disandang oleh adik………………………………………………….
Tahniah diucapkan.

Majlis mengucapkan setinggi terima kasih kepada


……………………………………….……………………………………..kerana sudi
menyampaikan hadiah.
Tuan puan sekalian,
Seterusnya, tibalah detik yang dinanti-nanti iaitu penerima Anugerah
Tokoh Murid SKKJ bagi tahun 2008.

Bagi menyempurnakan penyampaian anugerah terulung ini, majlis


dengan ini menjemput
………………………………………………………………………………………
Bagi mengiringi ………………………………………………………………………….
Untuk menyampaikan anugerah.

Beliau telah….

Penerima Anugerah Tokoh Murid bagi tahun 2008 jatuh kepada adik
……………………………………………… jutaan tahniah diucapkan.

Tuan puan yang dihormati,

Dengan berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi, maka berakhir lah


majlis anugerah kecemerlangan SKKJ pada sesi 2008. Sebelum majlis
melabuh tirai, majlis ingin memohon ampun dan maaf sekiranya ada
kesilapan dan ketidak sempurnaan perjalanan majlis ini.

Sebelum bersurai, pihak majlis ingin menjemput para hadirin untuk


menikmati jamuan ringan dikantin sekolah.

Kalau ada sumur di ladang,


Boleh kami menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Tahun hadapan ketemu lagi.
Sekian, terima kasih.
SENARAI VIP.

Tn Hj Hassan B Hamzah : Presiden Perbadanan Buku Negara


En BAharum B Mad Sa’ari : YDP PIBG

Anda mungkin juga menyukai