Anda di halaman 1dari 6

Agenda Pengacaraan Catatan

Solutasi Hadirin dan hadirat semua dijemput duduk dan mengambil


tempat.

Yang berusaha, ………………………….


(solutasi)

Sirih berlipat sirih pinang,


Sirih dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Hari ini menanam jagung,


Dibawa ke Perlis bersama peria,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan anak-anak penuh ceria.

Kami mengucapkan, Selamat datang ke Majlis graduasi tadika


…………………………………………………….

Sarung ketupat berisi inti,


Dibawa budak sambil berlari,
Kehadiran semua sangat dihargai,
Moga Majlis bertambah seri.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya


kita dapat bersama- sama berhimpun pada pagi yang mulia ini
untuk meraikan Majlis Graduasi
…………………………………………………………

Ucapan selamat datang dan ribuan terima kasih diucapkan


kepada hadirin sekalian kerana sudi menghadirkan diri ke
majlis ini terutamanya kepada …………………………………… kerana
sudi meluangkan masa untuk menghadirkan diri ke majlis ini.
Ucapan terima kasih juga kepada semua ibu bapa yang sudi
menghadirkan diri untuk memberi sokongan kepada anak-
anak. Semoga usaha kita diberkati Allah SWT.

Nyanyian lagu Dimohon semua berdiri untuk menyanyikan lagu negaraku,


lagu negeri Sembilan dan lagu …………
1)
2)
3)

Bacaan doa Bunga mawar cantik tersemat,


Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon Rahmat,
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Tangan ditadah penuh inayah,


Majlis dibuka penuh rahmatNya,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga tercerna minda kelas pertama.

Seterusnya marilah kita bersama menadah tangan dan


mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan.

(bacaan doa)

Amin amin ya rabbal alamin

Visi misi tadika Untuk makluman hadirin sekalian, murid dari tadika …………...
telah menerima pendidikan bedasarkan visi………………………….
Dan misi ……………………………………
Semoga apa yang dipelajari murid-murid akan menjadi batu
lonjatan penjanaan minda dan sahsiah murid-murid.
Ucapan wakil Majlis diteruskan dengan menjemput wakil murid
murid tadika…………, Adik ………………………………………… untuk
menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.

(ucapan)

Terima kasih kepada adik ……………………. Atas ucapan yang


diberikan.

Ucapan Seterusnya, Majlis mempersilakan Yang Berusaha


perasmian ……………………………………, ………………………………………… untuk
menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan Majlis Graduasi
tadika…………………………………….. pada hari ini, Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

(ucapan)

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan


terima kasih kepada Yang berusaha ………………………………………,
atas ucapan dan perasmian majlis itu tadi.

Penyampaian Hadirin dan hadirat sekalian,


sijil
Ucapan sudah, perasmian pun sudah sekarang tibalah masanya
untuk majlis penyampaian sijil dan cenderamata bagi
………………………………….. Majlis dengan segalanya sukacitanya
menjemput Yang Berbahagia Cikgu ……………………………. dan
diiringi Yang Dihormati Cikgu …………………………………. untuk
penyampaian sijil dan cenderamata.

(Nama lampiran)
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang
Berbahagia …………………….. atas penyampaian sijil dan
cenderamata untuk (nama kelas) itu tadi.

Persembahan Aroma bau kacak si jantan,


Jalan gagah menerusi desa,
Persembahan menarik kita dendangkan,
Penyejuk hati bijak Sentosa.

Tuan-tuan dan Puan-puan, Kita teruskan lagi acara kita pada


pagi ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan persembahan
dari murid-murid tadika……………………………... Dipersilakan.

(Persembahan)

Terima kasih murid ii atas persembahan itu tadi.

Penyampaian Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha gigih


cendaramata yg berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti
membuahkan kejayaan dan kecemerlangan. Oleh itu, murid-
murid yang berjaya sepatutnya diberi penghargaan. Semoga ini
akan menjadi pencetus semangat untuk terus berjaya dalam
mengejar ilmu dan cita-cita. Seterusnya penyampaian sijil dan
hadiah kepada Murid-murid bagi…………………………. Dengan ini
dipersilakan Yg Berbahagia Cikgu ……………………. diiringi Yang
Berusaha Cikgu …………………………….., bagi menyampaikan sijil
dan cenderamata kepada Murid-murid. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

************(nama di lampiran)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yg Berbahagia


………………………………………… atas penyampaian sijil dan
cenderamata sebentar tadi.

Penyampaian Seterusnya kita beralih pula kepada Anugerah Kecemerlangan


mengikut kelas Akademik Murid Tadika……………………………………….

Pemilihan Anugerah Kecemerlangan Akademik Murid ini dinilai


berdasarkan pencapaian akademik cemerlang yang telah
dilaksanakan oleh cikgu-cikgu tadika……………………..

Dengan ini dipersilakan Yg Berbahagia


Cikgu………………………………….. diiringi Yang Dihormati Cikgu
……………………, bagi menyampaikan Anugerah Kecemerlangan
Akademik Murid. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Bagi tidak melengahkan masa lagi diumumkan tempat ketiga


dan pertama bagi Anugerah Kecemerlangan Akademik Murid.

Tempat ketiga bagi kategori 5 tahun**************


(ikut lampiran)
Penutup Dengan berakhirnya sesi penyampaian hadiah itu tadi kami
bagi pihak sekolah mendoakan agar adik-adik akan terus
berusaha untuk memperoleh kejayaan dan kecemerlangan
pada masa hadapan. Selamat melangkah ke Tahun Satu.

Terima kasih diucapkan.

Bersyukur kini kami panjatkan,


Majlis anugerah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan.

Dengan berakhirnya acara itu tadi, maka tibalah masanya


untuk kami selaku pengendali majlis untuk mengundurkan diri.
Pihak majlis juga menyusun sepuluh jari memohon ampun dan
maaf sekiranya ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang
majlis ini berlangsung.

Majlis berakhir penuh syafaat,


Menjadi ingatan sepanjang zaman,
Amalan sepakat membawa berkat,
Hidup beramal bertunjang iman.

Kalua ada jarum yang patah,


Banyak kain tidak berjahit,
Kalau ada silap dan salah,
Jangan jadikan kenangan pahit,

Sekian sahaja majlis Graduasi tadika,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, bagi tahun


2022. Para hadirin dijemput untuk sesi bergamabar.

Dengan ini wabillah taufiq………

Anda mungkin juga menyukai