Anda di halaman 1dari 8

ATURCARA PENTADBIRAN

MAJLIS PERASMIAN
FESTIVAL OF LAW AND SYARIAH (FLASH 4.0)

TARIKH : 6 Mei 2024 (Isnin)


MASA : 8:00 malam – 11:00 malam
TEMPAT : Dewan Kuliah Pusat 3 & Youtube

MASA PERGERAKAN CATATAN


HOUSEKEEPING

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Selamat


datang ke Majlis Perasmian Festival of Law and Shariah
(FLASH 4.0).

Di sini terdapat beberapa pengumuman.

1. Mohon kerjasama hadirin sekalian / untuk kekal berada di


tempat duduk masing-masing / sehingga ke penghujung
majlis.
2. Mohon kerjasama hadirin dan hadirat untuk mematikan/
atau menukarkan nada dering telefon bimbit anda / kepada
mod senyap / sepanjang majlis berlangsung.
3. Para hadirin diminta untuk berdiri, semasa pengumuman
ketibaan dif-dif kehormat, / dan diminta untuk kekal
berdiri sehingga selesai nyanyian lagu Negaraku / dan
USIM Terus Maju.

Semoga makluman ini / mendapat perhatian dan kerjasama


daripada semua. Untuk makluman, / majlis kita akan bermula
sebentar sahaja lagi. / Sekian, terima kasih.

KETIBAAN DIF KEHORMAT


Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Prof Madya Dr.
Nik Salida Suhaila Nik Saleh, Dekan Fakulti Syariah &
Undang-undang serta dif-dif kehormat untuk masuk ke
dewan.

Hadirin diminta untuk terus berdiri.

NYANYIAN LAGU

Nyanyian lagu Negaraku dan USIM Terus Maju.

[NYANYIAN LAGU NEGARAKU]


[NYANYIAN USIM TERUS MAJU]

Hadirin dipersilakan duduk.

ALU- ALUAN PENGERUSI MAJLIS


Mega berarak indah berbalam,
Dipuput bayu ke pohon ara,
Pemanis kalam selamat malam,
Awal bismillah pembuka bicara.

Assalamualaikum WBT, Salam Sejahtera dan Salam Integrasi


Ilmu Naqli dan Aqli

[SOLUTASI]

Selamat datang ke Majlis Perasmian Festival of Law and


Syariah 4.0. Saya……., bersama saya……selaku pengacara
majlis anda pada malam ini.

Hadirin dan hadirat sekalian,


Majlis terlebih dahulu ingin mengucapkan selamat datang dan
jutaan terima kasih buat para hadirin sekalian yang sudi
meluangkan masa untuk bersama-sama memeriahkan majlis
kita pada malam ini.

BACAAN DOA
Hadirin hadirat yang dimuliakan,

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, / majlis dengan
segala hormatnya menjemput Saudara …….untuk
memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

[BACAAN DOA]

Amiin aamin ya rabal'aalamiin


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih / kepada
.Saudara…… / atas pimpinan bacaan doa, sebentar tadi

8 PENGENALAN FLASH 4.0

Sidang hadirin yang dirahmati Allah sekalian,


Buat pengetahuan semua,

Festival of Law and Shariah (FLASH 4.0), anjuran Persatuan


Mahasiswa Fakulti Syariah dan Undang-undang (PMFSU)
dengan kerjasama Kelab-kelab di bawah seliaan Fakulti
Syariah dan Undang-undang dan Persatuan Kebangsaan
Pelajar Islam Malaysia, akan dilaksanakan dari 6 Mei hingga
29 Mei 2024.

Pelbagai program akan dijalankan, ada yang berkonsepkan


forum dan talk, dan ada juga yang berkonsepkan
pertandingan, antaranya,

1) ALSA USIM Legal Visit: Perhilitan


2) Legal Maze Runner
3) Pertandingan Nasyid: Time to Shine
4) Sahibba Bahasa Arab
5) Mini Sharing Falak: Cerapan Hilal
6) Pertandingan Piala Dekan Mahkamah Mut Syariah
7) WhizzHalal Showcase SHALEC
8) Sayembara Azan
9) Kuiz Qaul Muktamad Fiqh Syafie
10) Forum Halal: Pensijilan dan Pemasaran Produk Halal
11) FSU Rising Stars 2024
12) Venture Hunt
13) Kahoot (Spell It Right in Arabic)

9 UCAPAN DEKAN
9.15 malam Besar langit di tepi busut,
Besar tak muat di dalam peti,
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Majlis kini diteruskan lagi dengan menjemput Yang berusaha,


Prof Madya Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh / selaku
dekan Fakulti Syariah & Undang-undang bagi
menyampaikan ucapan.

Majlis mempersilakan,
[UCAPAN SELESAI]

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih di atas ucapan sebentar tadi. Diminta untuk yg berusaha
Dr. untuk kekal berada di atas pentas untuk aturcara
seterusnya.

GIMIK PERASMIAN
Seterusnya saya menjemput kesemua dif-dif kehormat untuk
naik keatas pentas bagi mengiringi Yang berusaha Dekan.

Warga dewan sekalian, kini tibalah masa di arena yang


ditunggu tunggu iaitu penyaksian upacara gimik perasmian
Festival of Law and Syariah 4.0. Ayuh kita saksikan!

[selepas selesai tayangan video program FLASH 4.0]

10:00 malam Begitulah sebentar tadi, upacara gimik perasmian Festival of


Law & Syariah FLASH 4.0.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang


berusaha, Prof Madya Dr. Nik Salida Suhaila Nik Saleh ,
dan dif-dif kehormat atas kesudian untuk menyempurnakan
upacara gimik perasmian penutupan sebentar tadi.

SESI FOTOGRAFI
Hadirin dan hadirat, dengan berakhirnya gimik perasmian
tadi, maka berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini.

Sidang hadirin yang dimuliakan, sebelum majlis melabuhkan


tirai, Para hadirin diminta untuk bersama-sama menyertai sesi
fotografi ini sebagai tanda kenang-kenangan kita bersama.
Unit multimedia diminta untuk bersedia.

PENUTUP
Terima kasih
diucapkan kepada
(Coach Nik Faiz)
atas
perkongsian
mengenai cara
membuat video
resume sebentar
tadi.
Diharapkan
perkongsian kedua-
dua slot itu tadi
dapat
membantu para
hadirin untuk
membuat resume
serta video
resume yang lebih
baik dimasa akan
datang.
Dengan berakhirnya sesi fotografi tadi maka berakhirlah
sudah majlis kita pada malam ini.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


berbahagia, Prof Madya Dr. Nik Salida Suhaila Nik
Saleh / selaku dekan Fakulti Syariah & Undang-undang
dan dif-dif kehormat atas kesudian untuk menghadiri majlis
perasmian FLASH 4.0 kita pada malam ini.

Sekalung penghargaan juga buat para hadirin sekalian yang


sudi melapangkan masa untuk memeriahkan majlis ini dan
setia bersama dari awal hingga ke penghujung majlis.

Merdu bertingkah alunan suara,

Kadang tak sedar tersilap kata,

Andai terlanjur patah bicara,

Serendah hati kemaafan dipinta

[ JEMPUT MENINGGALKAN MAJLIS ]

Dengan itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


kepada Yang berbahagia, Prof Madya Dr. Nik Salida
Suhaila Nik Saleh / selaku dekan Fakulti Syariah &
Undang-undang serta dif-dif kehormat untuk meninggalkan
majlis dan bergerak ke bilik Jamuan VIP. Dipersilakan.

Sekian, Wabillahitaufiq walhidayah… Wassalamualaikum


warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai