Anda di halaman 1dari 6

SKRIP PENGERUSI MAJLIS

MAJLIS PERASMIAN FESTIVAL LAW AND SHARIAH 2023


5 MEI 2023 | DEWAN KULIAH PUSAT | 8 – 10 MALAM

MASA CUE/ANN
30 minit sebelum • Peserta, tetamu jemputan diminta memenuhi kerusi yang telah disediakan
majlis bermula • Pengumuman oleh MC sebelum acara bermula

5 minit sebelum [PENGUMUMAN]


majlis bermula

Mohon perhatian,terdapat beberapa pengumuman:

Mohon kerjasama para hadirin untuk kekal berada di tempat duduk masing-
masing sehingga ke penghujung majlis ini berlangsung

Hadirin dan hadirat diminta untuk memastikan telefon bimbit anda sentiasa
berada dalam mod senyap kerana majlis akan bermula sebentar sahaja lagi

Sekian, terima kasih.

[KETIBAAN DIF KEHORMAT]

Mengumumkan ketibaan, yang berusaha Prof Madya Dr Izawati Wook


bersama dif-dif kehormat untuk masuk ke dalam dewan. Hadirin diminta
untuk berdiri.

[NYANYIAN LAGU NEGARAKU & USIM TERUS MAJU]

Para hadirin dipersilakan duduk.


[KATA ALUAN PENGERUSI MAJLIS]

Sayang kumbang mencari makan,


Terbang seiring di tepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiring restu Ilahi.

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum wbt,

Salam sejahtera, salam integrasi ilmu Naqli & Aqli

Selamat Datang, Ahlan wasahlan wamarhaban bikum ke …………………………………..

Alhamdulillahirabbil alamin, wassolatu wassalamu ala ashrafil anbiyaiwal


mursalin, wa’ala alihi wasahbihi ajmaien. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah kurnia Maha Esa dapatlah kita sama-sama ………………………………..

[SALUTASI MAJLS]

Majlis ingin mengambil ruang seawal waktu untuk menyatakan setinggi-tinggi


penghargaan atas kehadiran Yang berusaha Dr serta hadirin sekalian ke Majlis
Perasmian Festival of Law and Syariah 3.0

[BACAAN DOA]

Hadirin dan hadirat sekalian,

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya
menjemput saudara Muhammad Faiz Abdul Raaof untuk memimpin bacaan
doa. Dipersilakan.

Amin amin yarabbal alamin.


Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Muhammad Faiz
Abdul Raaof atas pimpinan doa sebentar tadi.
Emas tempawan
menyinari malam,
Busana indah buat rupawan,
Sudilah tuan beri ucapan,
Kata aluan pemanis kalam.

Tanpa membuang masa, saya serahkan sesi kita pada hari ini kepada panel
jemputan. Dipersilakan.

[SESI FOTOGRAFI]

Hadirin & Hadirat sekalian,

Sebelum majlis melabuhkan tirai, hadirin diminta untuk bersedia di tempat


duduk masing-masing bagi sesi fotografi. Unit multimedia diminta untuk
bersedia.

[Sesi fotografi]

[PENUTUP MAJLIS]

Dengan berakhirnya sesi fotografi tadi maka berakhirlah sudah Majlis


…………………………………

Tinggi bukit silang gemilang,


Air pasang tenang-tenangan,
Budi sedikit tidakkan hilang,
Dalam hati kenang-kenangan.

Saya sudahi majlis dengan Wabillahi Taufik Wal Hidyah Wassalamualaikum


w.b.t dan semoga berjumpa di lain waktu.

Dengan ini, majlis mempersilakan dif-dif kehormat untuk meninggalkan majlis


dan bergerak ke bilik jamuan vip untuk menjamu selera. Dipesilakan.

[SOLUTASI]
Dr Mashitah Abdul Mutalib

Pemangku Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni

Dr Dzuhaidah Othman, Dr syahirah abdul shukor

Penasihat Unit Bicara dan Penerbitan Klinik Guaman FSU

Tuan Muhammad Sirajuddin Jalil

Presiden Malaysian Cyber Consumer

Puan Intan Khadiza

Ombudsman for financial service

ASP Norita Abdul Halim (Assistan super intandan)

Pegawai Penyiasat di Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia

Para pensyarah, ahli-ahli jawatankuasa dan hadirin-hadirat yang dirahmati Allah Sekalian.

Anda mungkin juga menyukai