Anda di halaman 1dari 5

TEKS EMCEE

MAJLIS PELANCARAN
TERENGGANU RESPIRATORY UPDATE 2016

HALL ROOM
VISTANA HOTEL
17-18 MAY 2016

DIRASMIKAN OLEH :
YANG BERBAHAGIA DR. SAIFUR RAHMAN MUHAMMAD
TIMB PENGARAH JKNT

MAJLIS PELANCARAN

8.30 pagi : Pendaftaran peserta-peserta


: Ketibaan dif-dif jemputan

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt
1. Yang Berbahagia Dato-Dato, Datin-Datin, dif-dif jemputan dan peserta seminar dipersilakan
untuk mengambil tempat masing-masing dan kekal berada dalam auditorium menunggu
ketibaan Yang berbahagia VIP yang dijangka tiba sebentar sahaja lagi.
2. Mohon kerjasama untuk memadamkan telefon bimbit atau menukarkannya kepada silent
mode demi kelancaran majlis pada pagi ini.
3. Para peserta seminar pula diingatkan untuk mendaftarkan diri sebelum masuk ke dewan dan
kekal berada di dalam dewan selepas tamat majlis pelancaran kerana seminar akan diadakan
sejurus selepas berakhirnya majlis pelancaran tersebut.

9.30 pagi : Ketibaan Yang BERBAHAGIA DR. SAIFUR RAHMAN MUHAMMAD

Mengumumkan ketibaan,
BERBAHAGIA DR. SAIFUR RAHMAN MUHAMMAD

Nyanyian Lagu Kami Sedia Membantu

9.40 pagi : Aluan Pengerusi Majlis - Addressing

Bismillahi......

Yang BERBAHAGIA DR. SAIFUR RAHMAN MUHAMMAD


TIMB PENGARAH JKNT

Yang Berbahagia Dr Nor Azimi Yunus


Pengarah Hospital Sultanah Nur Zahirah

Dif-dif Kehormat, dif-dif Jemputan, ketua-ketua jabatan, para peserta seminar, hadirin dan hadirat
yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum wbt, salam sejahtera dan Salam Sihat 1Malaysia.

Aluan Pengerusi Majlis -


Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan keizinannya, dapat
kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini bagi menjayakan Majlis Pelancaran, Terengganu
Respiratory Update 2016

10.00 pagi : Bacaan Doa

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan ini mempersilakan Yang Berbahagia Ustaz
Dr Anas, pegawai perubatan respiratori HSNZ untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala
hormatnya, dipersilakan.
Bacaan Doa

Amiin, ya Rabbal Alamin.


Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berbahagia Ustaz Mohd Zulkifli bin Mat Usin atas
pimpinan doa sebentar tadi.

10.05 pagi : Permulaan Majlis Pelancaran

Seterusnya, majlis dengan ini menjemput

Yang Berbahagia Dr Norhaya untuk memberi ucapan alu-aluan

bagi mempersilakan dan mengiringi Yang Berhormat Datuk Seri Dr. S. Subramaniam untuk
mengambil tempat yang disediakan di atas pentas bagi memulakan Majlis Pelancaran Minggu
Penyususan Susu Ibu Sedunia Tahun 2014 Peringkat Kebangsaan.

10.07 : Ucapan Aluan Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan

Yang Berhormat Datuk Seri, Yang berbahagia dato-dato, datin-datin, tuan-tuan dan puan-puan,

Majlis seterusnya dengan ini menjemput dan mempersilakan


Yang Berbahagia, Dato Dr Haji Ahmad Razin bin Dato Hj Ahmad Mahir,
Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan, untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dengan segala
hormatnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia Dato.

Ucapan Aluan Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan aluan Yang Berbahagia Dato.
10.12 pagi : Ucapan dan Pembentangan Tema oleh Pengerusi Emeritus WABA
Yang Berhormat Datuk Seri, Yang berbahagia dato-dato, datin-datin serta hadirin yang dihormati,

Seterusnya majlis akan diteruskan lagi dengan ucapan dan pembentangan tema oleh
Yang Berbahagia Dato Dr. Anwar Fazal,
Pengerusi Emeritus, World Alliance for Breastfeeding Action.
Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan Yang Berbahagia Dato.

Ucapan dan Pembentangan Tema Pengerusi Emeritus World Alliance for Breastfeeding Action

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan dan pembentangan yang telah disampaikan
oleh Yang Berbahagia Dato.

10.27 pagi : Ucapan Perasmian oleh Yang Berhormat Menteri Kesihatan Malaysia

Yang Berhormat Datuk Seri, Yang berbahagia dato-dato, datin-datin seterusnya sidang dewan
sekalian,

Kini tibalah masanya untuk kita mendengar dan menghayati ucapan perasmian
Majlis Pelancaran, Minggu Penyususan Susu Ibu Sedunia Tahun 2014 Peringkat Kebangsaan.

Untuk itu majlis dengan ini menjemput


Yang Berhormat Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia,
untuk menyampaikan ucapan perasmian.

Dengan penuh takzimnya, majlis mempersilakan Yang Berhormat Datuk Seri.

Ucapan Perasmian

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Seri atas ucapan perasmian
sebentar tadi.

10.37 pagi : Gimik Pelancaran


Seterusnya, majlis dengan ini mempersilakan barisan Dif-dif kehormat untuk mengiringi Yang
Berhormat Datuk Seri untuk menyempurnakan Gimik Pelancaran Minggu Penyusuan Susu Ibu
Sedunia Tahun 2014 Peringkat Kebangsaan.

Gimik Pelancaran

10.40 pagi : Penutup

Demikian tadi, sempurnalah sudah Majlis Pelancaran Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Tahun
2014 Peringkat Kebangsaan.

Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk Seri Dr. S.
Subramaniam atas penyempurnaan gimik pelancaran sebentar tadi.

Majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berhormat Datuk Seri, dif-dif kehormat dan dif-dif
jemputan majlis pelancaran untuk melawat tapak pameran.

Terima kasih tak terhingga kepada semua yang terlibat bagi menjayakan Majlis Pelancaran Minggu
Penyusuan Susu Ibu Sedunia Tahun 2014 Peringkat Kebangsaan ini.

Majlis ingin memohon kerjasama peserta-peserta seminar untuk kekal berada di dalam auditorium
kerana sesi seminar akan dimulakan pada jam 11.00 pagi nanti.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai