Anda di halaman 1dari 6

TEXT UCAPAN MC

QULLOQIUM 3.0 & KEMPEN MEMBACA 1 HARI 1 ARTIKEL & MENULIS 1 HARI 1 PERENGGAN

Masa Agenda Teks Mc Catatan


8.00 Pengumuman Hadirin yang dimuliakan, Majlis akan dimulakan sebentar lagi, untuk itu, tuan-tuan Mc
pagi acara akan dan puan- puan serta hadirin sekalian diminta untuk berada di tempat masing AIMAN
bermula masing.
Bagi melancarkan lagi pelajalan majlis diminta kerja sama tuan tuan dan puan puan
supaya menetapkan peranti masing-masing dalam mod senyap.

8.15 Ketibaan VIP Mengumumkan ketibaan Mc


pagi Yang berusaha Pengarah Politeknik Muadzam Shah, Tuan Haji Che Alias Bin Mohd AINUL
Yusof diiringi TPSA, Ketua Jabatan dan pensyarah-pensyarah JPH

Nyanyian lagu Hadirin diminta untuk kekal berdiri bagi nyanyian lagu MC
Negaraku AIMAN
Lagu negeri Pahang
& Lagu politeknik Muadzam Shah

Terima kasih, para hadirin dipersilakan duduk

8.20 Alu -aluan Bismillahirahmanirrahim Mc


pagi pengacara Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. AIMAN
majlis Alhamdulillah , marilah kita bersama-sama merafatkan setinggi-tinggi kesyukuran
ke hadrat Allah s.w.t kerana diberi kesempatan kepada kita hari ini untuk
berkumpul bagi menyempurnakan

PPROGRAM CULLOQIUM PROJEK AKHIR PELAJAR 3.0 & MAJLIS PELANCARAN


KEMPEN MEMBACA 1 HARI 1 ARTIKEL & MENULIS 1 HARI 1 PERENGGAN
Yang Dihormati Mc
Tuan Haji Che Alias Bin Mohd Yusof AINUL
Pengarah Politeknik Muadzam Shah

Yang Dihormati
En. Muhamad Rafi’e Bin Hamzah
Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Politeknik Muadzam Shah

Yang berusaha,
Encik Harulnizam Bin Mohammad
Ketua Jabatan
Jabatan Pelancongan & Hospitaliti (JPH)

Yang berusaha
Puan Nuradilah Binti Abas
Penolong ketua Jabatan
Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti

Puan Suriyati binti Tajruddin


Ketua Program Diploma Pengurusan Pelancongan

Puan Hariati Binti Hamdan


Ketua Program Diploma Pelancongan Rekreasi

Yang Dihormati,
Pensyarah-pensyarah kanan
Barisan pensyarah
Dan pelajar-pelajar semester 5 Jabatan Perlancongan & Hospitaliti sekalian.

Selamat datang ke

PROGRAM COLLOQIUM PROJEK AKHIR PELAJAR 3.0 & MAJLIS PELANCARAN AIMAN & AINUL
KEMPEN MEMBACA 1 HARI 1 ARTIKEL & MENULIS 1 HARI 1PERENGGAN
AIMAN
Untuk pengetahuan hadirin, kempen membaca 1 hari 1 artikel & menulis
1 hari 1 perenggan merupakan 1 inisiatif unit penyelidikkan, inovasi dan
komersialan JPH, bagi membudayakan pembacaan ilmiah dalam kalangan
academia dan pelajar JPH.
AINUL
Manakala, bagi program colloquium pula dilaksanakan bagi membantu
pelajar meningkatkan kemahiran komunikasi melalui pembentangan
kajian ilmiah. Buat pengetahuan semua hadirin, colloquium ini
merupakan siri ke-3 sejak ianya dilaksanakan bermula tahun 2021.

Sayang kumbang mencari makan, AIMAN


Terbang seiring di tepi kali,
Selamat datang kami ucapkan,
Moga diiringi restu ilahi.

Saya Mohamad Aiman Lutfi Bin Mohamd Anuar


Dan saya Nurul Ainul Balqis Binti Firdaus
Sebagai pengacara majlis pada hari ini

8.30 Bacaan doa Hadirin – hadirat yang dihormati sekalian , Pembaca doa
pagi HARIZ
Menadah tangan tanda kesyukuran,
Lafaz bismillah memperkukuh tautan, MC
Doa dipohon penuh pengharapan, AIMAN
Agar majlis mendapat keberkatan,

Untuk memberkati majlis pada pagi ini, dengan sukacitanya majlis menjemput
saudara
AHMAD HARIZ BIN ABDUL HFIZ
bagi memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan …..
*doa dibaca*
Amin-amin ya rabbal ‘alamin
Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada saudara
AHMAD HARIZ BIN ABDUL HFIZ
atas bacaan doa sebentar tadi.

8.35 Ucapan KJ Pak petani menyabit rumput, MC


pagi Rumput diberi makan ternakan, AINUL
Jemput bukan sebarang jemput,
Jemput menyampai kata aluan, KJ

Bagi meneruskan majlis pada pagi ini, dijemput Encik Harulnizam Bin
Mohamad, Ketua Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti untuk menyampaikan
ucapan alu aluan
Majlis dengan penuh takzim mempersilakan

*ucapan KJ*

Pihak majlis mengucapkan terima kasih kepada Encik Harulnizam Bin


mohammad atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

8.40 – Ucapan Majlis diteruskan lagi dengan menjemput MC


8.45 Pengarah Pengarah Politeknik Muadzam Shah Tuan Haji Che Alias Bin Mohd Yusof untuk AIMAN
pagi & menyampaikan sepatah dua kata sekali gus melancarkan Kempen Membaca 1
Pelancaran Hari 1 Artikel & Menulis 1 Hari 1 Perenggan dengan itu majlis mempersilakan
kempen Pengarah
Demikianlah tadi ucapan daripada Pengarah politeknik Muadzam Shah

Dimohon untuk Tuan Pengarah kekal berada diatas pentas, dan majlis
menjemput TPSA, Ketua Jabatan dan Dr Mohamad Ridwan untuk hadir bersama ke
atas pentas bagi sesi pelancaran majlis pada hari ini
8.55 Penyerahan Seterunya majlis menjemput ketua jabatan bagi sesi penyerahan cendera hati MC
pagi cendera hati kepada Pengarah Politeknik Muadzam Shah, dipersilakan AINUL
kepada
pengarah “penyerahan Cendera hati”

Terima kasih diucapkan kepada ketua jabatan bagi sesi penyerahan cendera
hati kepada Pengarah Politeknik Muadzam Shah, itu tadi
9.00 Sesi Mohon kepada para hadirin yang dihormati untuk bersedia bagi sesi bergambar MC AIMAN
pagi bergambar dan berikan senyuman yang manis

“Sesi Bergambar”

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengarah kerana sudi


melancarkan kempen pada hari ini.

Hadrin sekalian, MC
AIMAN
Dengan berakhirnya sesi bergambar tadi, maka tamatlah majlis pertama kita pada
hari ini.

Saya Mohamad Aiman Lutfi Bin Mohamad Anuar


Dan saya Nurul Ainul Balqis Binti Firdaus

Ingin mengundurkan diri,


Sesungguhnya yang baik itu datang dari ALLAH SWT, Dan yang buruk itu dari kami
pihak kami sendiri.
AINUL
Bunga seroja di atas para,
(PANTUN)
Jatuh ditimpa buah berangan,
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Sekian sahaja dari kami. Terima kasih dan jumpa lagi.


SESI PEMBUBARAN PROGRAM AIMAN

Diminta semua pensyarah dan pelajar semester 5 untuk bersedia bagi


meneruskan majlis Colloquium Projek Akhir Pelajar 3.0

Kepada pensyarah yang terlibat dengan kelas anda dibenarkan untuk


meneruskan sesi pembelajaran masing-masing atau sangat dialu-alukan untuk
bersama kami bagi memeriahkan majlis Colloquium Projek Akhir Pelajar 3.0
sebentar lagi
9.30 Qolloqium 3.0 Sesi pembentangan produk bagi projek akhir pelajar semester 5 DUP & DRT sesi
pagi 2:2022/2023
-12.30
tanga Semua pelajar semester 5, penyelia dan pelajar JPH diwajibkan hadir bagi
h hari program tersebut pada 9:30 pagi, sekian harap maklum.
ss

Anda mungkin juga menyukai