Anda di halaman 1dari 8

MASA CUE ANN

Keberadaan Mengumumkan majlis kita kan bermula sebentar nanti.


Pengurusan Mohon semua untuk mengambil tempat duduk masing-
Tertinggi PMU, masing
penganjur &
Jemputan di dalam
bilik jamuan

Bismillahirahmanirrahim.

Rabbish rahli sadri wa yassirli amri wah lul uqdatan min


lisaani, yaf kahu kauli walhamdulillahi rabil alamin

Melati kuntum tumbuh melata,

Sayang merbah di pohon cemara,

Assalamualaikum mulanya kata,

Saya sembah pembuka bicara

Ke Kampung Kuala membeli bingka,

Terus singgah ke rumah kak timah;

Majlis bermula tirai dibuka,

Dengan alunan madah yang indah

Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera, salam Malaysia


Madani.
Semak kehadiran
pengurusan
tertinggi terlebih
Yang berusaha
dahulu

Encik Hisamudin bin Mohd Tamim

Pengarah Politeknik Mukah

Encik Iskandar Bin Reduan

Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Mukah

Encik Sophian

Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Politeknik


Mukah

Ketua-ketua jabatan dan ketua-ketua unit

Yang Diraikan

Pegawai dari Jabatan Penerangan Bahagian Mukah,

Unit Komunikasi Awam Sarawak dan

Pengamal-pengamal media

serta Majlis Perwakilan Pelajar yang dikasihi sekalian.

Selamat Datang ke Majlis Apresiasi Media 2022. Majlis ini


merupakan inisiatif Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik
Mukah bagi menghargai sokongan dan kerjasama erat
yang telah diberikan oleh para pengamal Media. Melalui
penganjuran majlis ini, diharap hubungan warga media
dan PMU menjadi lebih akrab bukan sahaja di dalam
urusan kerja bahkan di dalam kehidupan seharian. Tanpa
kehadiran pengamal media adalah mustahil untuk PMU
mempromosikan aktiviti yang dilaksanakan dengan lebih
cepat kepada mesyarakat setempat. Melalui hasil karya-
karya media ini juga telah mengangkat nama PMU
sebagai institusi TVET yang dikenali dan menjadi pilihan
ramai belia untuk melanjutkan pelajaran mereka.

Oleh itu Majlis Perwakilan Pelajar mengambil


kesempatan ini untuk menganjurkan majlis yang pertama
kalinya di anjur oleh pihak PMU sebagai pengiktirafan
kepada pihak pengamal media yang telah banyak
membantu hebahan berkaitan Politeknik Mukah.

Bacaan doa Syukur ke hadrat ilahi kerana limpah kurnia-Nya majlis


pada mala mini dapat dilangsungkan dalam suasana
aman & harmoni.

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat,

Bersama kita memohon rahmat,

Moga majlis mendapat berkat.

Bagi meneruskan majlis pada pagi ini, marilah bersama-


sama kita menadah tangan untuk bacaan doa agar majlis
kita diberkati. Dijemput saudara Hasbie untuk bacaan
doa.

Bagi yang bukan beragama islam boleh membaca doa


mengikut kepercayaan masing-masing.
Ucapan Aluan Pabila mulut mula bermadah,

Semua orang akan bersuara,

Doa selamat dipohon sudah,

Tiba masanya beralih acara.

Dengan itu majlis menjemput Yang Berusaha Encik


Iskandar bin Reduan, Timbalan Pengarah Akademik
Politeknik Mukah untuk menyampaikan ucapan beliau.
Lihat Siapa Yang Majlis dengan hormatnya mempersilakan.
Hadir: Pengarah,
TPA, TPSA
-----UCAPAN PENGARAH-----

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas amanat


yang disampaikan sebentar tadi. Dengan ini majlis
diteruskan lagi dengan persembahan tayangan video
Montaj.

Dengan segala hormatnya mempersembahkan.


Bagi menyempurnakan Majlis Apresiasi Media 2022 kali
ini, majlis sekali lagi menjemput Yang Berusaha Encik
Iskandar bin Reduan, Timbalan Pengarah Akademik
Politeknik Mukah diiringi Timbalan Pengarah Sokongan
Akademik serta Ketua Jabatan Hal Ehwal &
Pembangunan PElajar untuk tampil ke hadapan untuk
menyampaikan cenderamata penghargaan kepada
mereka yang diraikan pada hari ini serta bendera jalur
gemilang bagi meraikan Hari Kebangsaan yang bakal tiba
tidak lama lagi.

Dipersilakan.

-----------------------------Baca senarai nama----------------------

Terima kasih diucapkan kepada


______________________________________________

______________________________________________

______________________________________________
kerana sudi menyampaikan Cenderamata tanda
pengiktirafan dan penghargaan kepada para pengamal
media. Terima kasih.
Penutup Sekali lagi, majlis merakamkan jutaan terima kasih
kapada jemputan kehormat serta hadirin dan hadirat
sekalian atas kesudian untuk bersama-sama menjayakan
program ini.

Nan dimakan bersama teh tarik,

Nan dimakan penuhnya isi,

Nan elok bawalah balik,

Nan tak elok tinggallah disini.

Sekiranya terdapat sebarang kelemahan dan kekurangan


dalam pengendalian program pada hari ini, kami pihak
MPP dengan rendah hati memohon ribuan ampun dan
maaf. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Yang Maha
Esa dan yang buruk itu datang dari kami.

Sebelum kita beredar meninggalkan majlis, dijemput


semua hadirin untuk menjamu hidangan minum pagi dan
sebelum beredar nanti diminta hadirin sekalian untuk
bergerak ke Lobi Pentadbiran bagi sesi bergambar.

Sekian terima kasih. Assalamualaikum warahmatullah


w.b.t

Anda mungkin juga menyukai